Malam yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, malam shopping!
Setiap tahun, tarikh 11 November pasti akan dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingin merebut diskaun hebat daripada pelbagai jenis produk.
Ibarat Boxing Day di Malaysia, ada beberapa platform atas talian yang sedang bersiap-sedia untuk menerima penangan korang merebut produk impian. Haa, siapa yang dah tak sabar-sabar tu, ini merupakan 8 buah laman web yang perlu dikunjungi sempena kempen 11.11.
01
SHOPEE
Huh, iklan Shopee featuring Phua Chu Kang ini memang dimainkan di mana-mana tempat kan! Setiap kali buka radio, TV, YouTube dan apps di telefon, mesti iklan 11.11 mereka yang akan dimainkan.
Yes, Shopee 11.11 kembali semula untuk tahun ini dan ia dijangka disambut pada skala yang lebih besar.
Lebih 1,200 jenama dan usahawan akan menawarkan potongan harga terbesar bermula sekarang sehingga 11 November nanti sempena jualan hebat platform tersebut. Malah, Shoppe juga akan menurunkan kadar perbelanjaan minimum dari RM40 kepada RM11 saja agar korang boleh menikmati penghantaran secara percuma.
Menariknya, korang juga berpeluang untuk memiliki sebuah kereta proton X50 serba baharu untuk RM1 saja! Pada 11 November ini, Shopee juga akan menyiarkan rancangan Shopee Live di saluran TV3.
Selain persembahan artis popular, korang sebagai penonton di rumah juga berpeluang untuk memenangi hadia seperti motosikal Honda Vario, jongkong emas, televisyen Samsung 65’ dan pembersih vakum Dyson.
Ini adalah masa terbai untuk korang dapatkan produk elektronik daripada Acer pada harga diskaun 50 peratus!
Sempena jualan 11.11, Acer menawarkan diskaun lumayan itu untuk beberapa model keluaran mereka seperti laptop Acer Aspire 3 (RM1,399), dekstop Acer Aspire C22 (RM1,899), portable projector Acer C250i, monitor K202HQL dan gaming monitor Aopen 27HC5RP 27 inci.
Haa bukan setakat tu je tau, korang pun boleh dapatkan kerusi gaming serba selesa Predator yang didatangkan dengan lengan 4D dengan potongan diskaun 50 peratus (RM659) di jualan Shopee.
Selain itu, belian korang juga akan disertai dengan baucar RM100 untuk harga yang lebih rendah.
03
SCHNEIDER Electric
Ads
Schneider Electric merupakan jenama baharu yang memperkenalkan soket elektrik (extension) bernama AvatarOn Extend yang mudah digunakan dan menawarkan plug suis yang korang perlukan sentiasa. Ia mempunyai rekaan slim dan dijamin selamat untuk digunakan.
Sempena jualan 11.11 ini, Schneider Electric menawarkan diskaun 30% untuk jenis SKU, diskaun 15% untuk AvatarOn, Easy 9 dan Trailing Socket. Bagi mana-mana produk lain, mereka menawarkan sekurang-kurangnya diskaun sebanyak 8%. Dapatkannya di Lazada.
Tak mahu ketinggalan dengan musim promosi 11.11, vivo menerusi laman web Shopee menawarkan beberapa model telefon pintar mereka pada harga yang lebih murah.
Antaranya termasuklah vivo Y91C (2GB RAM + 32GB ROM – RM299, Harga Asal RM379), vivo Y50 (6GB + 128GB ROM – RM659, Harga Asal RM999) dan vivo S1 Pro (RM779, Harga Asal RM1,099). Selain itu, dengan setiap pembelian apa-apa produk Vivo menerusi platform Shopee, korang juga berpeluang untuk mendapatkan baucar diskaun bernilai setinggi RM70.
Setiap tahun, jenama dari Korea Selatan, Samsung pasti tidak akan mengecewakan peminat gajet keluaran mereka setibanya promosi 11.11. Pada tahun ini menerusi platform Lazada, Samsung menawarkan diskaun sehingga 50 peratus. Bukan itu saja, korang boleh merebut flash sale Samsung yang akan berlangsung dari 12 tengah malam hingga 2 pagi pada malam ini.
Antara promosi yang ditawarkan adalah penurunan harga untuk model Galaxy A01 Core (RM329 menjadi RM199), Galaxy M31 (RM1099 menjadi RM799), Galaxy M51 (RM1,599 menjadi RM1,399) dan Galaxy Note10+ (RM4,199 menjadi RM2,099).
Di samping itu, korang juga boleh memperolehi diskaun sebanyak RM220 dengan menggunakan kod baucar ‘SSHA220’ apabila membuat pembelian sebanyak RM2200 atau lebih untuk barangan Samsung.
Jika Shopee mempunyai rancangan istimewa bagi meraikan 11.11, Lazada juga tidak ketinggalan. Korang boleh menonton Lazada 11.11 Super Show yang akan ditayangkan pada 9 malam ini di saluran TV3.
06
ALI BABA
Lain macam cara platform antarabangsa dari China, Ali Baba meraikan tarikh jualan 11.11 dengan menganjurkan Global Shopping Festival. Seperti yang korang tahu, pelbagai barangan ada dipasarkan menerusi Ali Baba. Tahun 2020 saja menyaksikan kenaikan jumlah barangan yang diletakkan diskaun iaitu sebanyak 2 juta produk.
07
HUAWEI
Amboi, cepat betul Huawei memulakan jualan istimewa mereka! Hehe.. Jualan 11.11 Huawei telah bermula sejak 3 November lalu di mana mereka menyediakan baucar berniali RM200 untuk produk terpilih dari sekarang sehingga 11 November kelak.
Baucar ini hanya boleh digunakan pada 11 November, esok. Selain itu, Huawei juga kini sedang memberi peluang flash sale untuk korang dapatkan barangan jenama tersebut serendah RM1.10.
Antaranya adalah Huawei Band 4 Strap (RM1.10), Huawei AM61 Sport Bluetooth Earphone (RM11), Huawei Mate 20 (RM110), Huawei nova 3i (RM110) dan banyak lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan ini rasanya paling banyak k-drama yang akan ditayangkan untuk menemui penonton sepanjang November. Ada lebih 10 drama terbaharu Korea yang korang wajib tonton bulan ini.
Jom kita lihat antara k-drama yang akan ditayangkan sepanjang November ini.
1. Melancholia
Drama kontroversi yang berkisarkan tentang skandal seksual di antara guru Matematik dan seorang pelajar di sekolah berprestasi tinggi berakhir dengan sebuah tragedi. Empat tahun kemudian, mereka bertemu kembali, kini sebagai orang dewasa mereka ingin mendedahkan kes korupsi di sekolah dan menggembalikan reputasi sebagai seorang guru.
2. Dr. Brain
Mengisahkan tentang perjalanan emosional seorang saintis yang obses mencari teknologi baru untuk mengakses kesedaran dan ingatan otak. Kehidupannya berubah ketika keluarganya menjadi mangsa kemalangan misteri dan dia menggunakan kemahirannya untuk mengakses kenangan dari otak isterinya untuk misteri tentang apa yang berlaku kepada keluarganya.
3. School 2021
Kisah pelajar yang menghadiri sekolah menengah khusus dan mengejar cita-cita, namun bukan semata-mata untuk masuk ke Universiti.
4. Shadow Beauty
Koo Ae Jin sering dibuli di sekolah, malah turut dihina oleh masyarakat kerana rupa parasnya. Namun, selepas sekolah, dia mempunyai kehidupan rahsia dan bertukar menjadi Genie. Koo Ae Jin bergilir-gilir menjadi antara dirinya sendiri dan Genie, serta rahsianya ini diketahui oleh seorang budak lelaki.
5. One Ordinary Day
Drama adaptasi dari siri Criminal Justice keluaran BBC ini mengisahkan dua orang lelaki yang terlibat dalam kes pembunuhan. Kim Hyun Soo (Kim Soo Hyun), seorang pelajar kolej yang hidupnya berantakan apabila dia secara tidak sengaja menjadi suspek utama dalam satu kes pembunuhan. Shin Joong Han (Cha Seung Won), seorang peguam yang nyaris tidak lulus ujian guaman dan merupakan satu-satunya orang yang membantu Kim Hyun Soo.
6. Hellbound
Mengisahkan tentang seseorang akan mendapat jangkaan bila akan mati dan apabila tiba masanya, malaikat maut akan muncul di hadapannya lalu membunuhnya dan mengheretnya ke neraka.
7. Happiness
Terdapat pangsapuri yang baru dibina, dimana tingkat atas untuk jualan umum manakala tingkat bawah untuk disewakan, di sini ditunjukkan perang psikologi dan dikriminasi kasta di antara penduduk pangsapuri itu. Kawasan tersebut dilanda kemusnahan apabila jangkitan wabak baru tersebar dimana manusia dijangkiti wabak yang mengakibatkan mereka dahaga terus menerus.
8. Chimera
Berlaku sebuah insiden letupan 35 tahun lepas, letupan itu berkait dengan kes pembunuhan bersiri yang dikenali sebagai kes Chimera (raksasa mitos Greek, berkepala singa, berbadan kambing dan mempunyai ekor seperti ular yang mampu menyemburkan api dari tekaknya). Kini, kejadian letupan yang sama berlaku.
9. Now We Are Breaking Up
Ha Yong Eun merupakan ketua kumpulan reka bentuk untuk label fesyen, dia berusia 38 tahun, tetapi sebagai pereka label fesyen, dia menjaga badannya dan mengikuti aliran terkini untuk mengekalkan penampilan muda dan cantik. Dia seorang yang berdedikasi dengan pekerjaannya, dan tidak peduli dengan hubungan cintanya.
10. The Red Sleeve Cuff
Berlatarkan tahun 1700-an, The Red Sleeve Cuff mengisahkan kisah cinta di antara Raja Jeongjo dan Gundik Diraja, Uibin Sung.
Sung Deok Im (Lee Se Young) merupakan dayang istana, Putera Mahkota Lee San jatuh cinta kepadanya. Putera Mahkota itu kemudian naik takhta dan ditabalkan sebagai Raja Jeongjo, dia menginginkan Sung Deok Im untuk menjadi gundiknya, tetapi Sung Deok Im menolak. Sung Deok Im mahu menjalani hidup dengan bebas tanpa protokol, yang amat mustahil dijalaninya jika dia menjadi gundik.
11. Inspector Koo
Koo Kyung Yi merupakan wanita berusia 40-an, bekas pegawai polis dan kini berjaya sebagai penyiasat insurans dan detektif peribadi. Dia sentiasa dapat menyelesaikan kes dan cuba menangkap pembunuh bersiri yang merupakan seorang pelajar perempuan di sebuah universiti.
12. Crime Puzzle
Drama ini mengisahkan pakar psikologi jenayah, Han Seung Min dihantar ke penjara kerana membunuh calon ahli politik. Manakala profiler jenayah, Go Ah Sung yang kehilangan ayahnya dalam satu kes pembunuhan. Go Ah Sung menemubual Han Seung Min untuk kes yang berlaku di dalam penjara dan mereka berhadapan dengan kebenaran yang tidak dijangka berkenaan serangkaian kes pembunuhan.
13. Let Me Be Your Knight
Mengisahkan tentang idol terkenal yang menderita penyakit ‘tidur berjalan’ dan doktor wanita yang secara diam-diam merawatnya dan tinggal bersamanya.
14. Going To Blue House Like This
Drama komedi gelap ini mengisahkan pemenang pingat emas Olimpik yang dilantik menjadi menteri Budaya, Sukan dan Pelancongan, berhadapan dengan kes penculikan, di mana suaminya yang merupakan pengkritik politik diculik.
15. Mobebius: The Veil
Mengungkap kisah tentang Seo Soo Yeon, Jang Chun Woo dan Do Jin Suk, empat tahun sebelum peristiwa ‘The Veil’.
16. Secret Royal Inspector Joy
Mengisahkan tentang polis rahsia diraja yang bertugas untuk menyamar dan membongkar korupsi. Ra Yi Eon, seorang pemuda Joseon pemalas yang sebenarnya hanya berhasrat membuka warung jual mandu, namun kebetulan dia memiliki otak yang pintar jadi dia menjadi polis rahsia diraja termuda yang menduduki ranking nombor 1 di ujian kelayakan negara.
17. Shadow Window: The Queen’s House
Drama ini mengisahkan tentang Han Su Joo yang memberi sokongan dan galakan kepada seorang wanita yang terlibat dalam perselingkuhan, tetapi tanpa pengetahuannya suaminya yang berselingkuh dengan wanita itu.
Minggu kelima program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia (RTSMY) kali ini menyaksikan satu kejutan manis buat para peminat setia apabila tiada sebarang penyingkiran diumumkan. Kesemua 14 orang peserta berjaya mara ke peringkat suku akhir, sekaligus menambahkan lagi debaran untuk minggu-minggu mendatang.
Dalam pada itu, minggu ini para peserta tampil dengan tema persembahan ‘Switch Mode 360’ menyaksikan peningkatan prestasi ketara dalam kalangan peserta apabila rata-rata tampil lebih yakin, matang dan berani mencabar kebolehan vokal masing-masing.
Menurut salah seorang daripada pihak juri dan komposer tetap RTSMY, Ajai berkata beliau amat berpuas hati dengan hampir kesemua persembahan daripada bintang pada minggu ini.
“Saya rasa pihak produksi perlu buat tema ‘360’ ini setiap minggu, sebab bila ada tema ini ramai peserta akan praktis lagi lebih,” kata Ajai.
Sementara itu, mengetuai senarai TOP5 minggu ini ialah Hariz Fayahet yang mencuri perhatian dengan membawakan lagu berjudul ‘Cik Mek Molek’memperolehi markah sebanyak 70.76%.
Turut tersenarai adalah Didie Shazry (70.38%) dengan gaya persembahan paling bertenaga sambil memainkan gitar elektrik, serta Zury (69.87%) yang memukau juri dengan penampilannya yang luar biasa menerusi lagu ‘Ikan Dalam Kolam’ nyanyian asal Elcorona Gambus.
Tidak kurang juga, Pasya yang meraih 67.41% terus menunjukkan konsistensi minggu demi minggu. Persembahan beliau kali ini lebih menonjolkan dirinya sebagai bintang versatile.
Sementara itu, Sharee Lopes yang mengumpul 64.81% tampil membawakan lagu bergenre dangdut berjudul ‘Selangit’ yang tidak boleh disangkal, membuktikan kehadirannya bukan sekadar pelengkap barisan.
RTSMY menampilkan barisan lima juri tetap profesional yang juga merupakan komposer hebat tanah air iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul. Para peserta diadili berdasarkan sistem pemarkahan yang terdiri daripada 80% markah juri profesional dan 20% undian umum.
Dihoskan oleh gandingan mantap Alif Star dan Sherry AlHadad, rancangan ini disiarkan secara langsung selama lapan minggu menerusi saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi Astro GO serta sooka.
Dengan semua peserta masih kekal dalam saingan, saingan minggu suku akhir dijangka akan jadi lebih sengit dan mendebarkan. Siapa yang akan terus melonjak? Siapa pula yang mungkin tergelincir? Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu benda yang sangat penting bila travel dan tak travel ialah baju atau pakaian. Especially korang yang suka sangat ambik gambar dan OOTD.
Tapi tak semua hotel atau guest house ada disediakan iron tau! Especially kalau travel ke Jepun. Kalau ada, itu dikira bonus…
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita terutamanya pening kepala.
Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
1. Flat iron
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.
2. Air + Cuka
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.
3. Wap dari cerek panas
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
4. Hair dryer
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.
5. Shower steam
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.
6. Tuala basah
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.
7. Periuk panas
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.
8. Kiub ais
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.
So lepas ni tak perlu la risau baju berkedut nak OOTD kalau travel ke luar negara. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!