Minggu kelima program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia (RTSMY) kali ini menyaksikan satu kejutan manis buat para peminat setia apabila tiada sebarang penyingkiran diumumkan. Kesemua 14 orang peserta berjaya mara ke peringkat suku akhir, sekaligus menambahkan lagi debaran untuk minggu-minggu mendatang.
Dalam pada itu, minggu ini para peserta tampil dengan tema persembahan ‘Switch Mode 360’ menyaksikan peningkatan prestasi ketara dalam kalangan peserta apabila rata-rata tampil lebih yakin, matang dan berani mencabar kebolehan vokal masing-masing.
Menurut salah seorang daripada pihak juri dan komposer tetap RTSMY, Ajai berkata beliau amat berpuas hati dengan hampir kesemua persembahan daripada bintang pada minggu ini.
“Saya rasa pihak produksi perlu buat tema ‘360’ ini setiap minggu, sebab bila ada tema ini ramai peserta akan praktis lagi lebih,” kata Ajai.
Ads
Sementara itu, mengetuai senarai TOP5 minggu ini ialah Hariz Fayahet yang mencuri perhatian dengan membawakan lagu berjudul ‘Cik Mek Molek’memperolehi markah sebanyak 70.76%.
Turut tersenarai adalah Didie Shazry (70.38%) dengan gaya persembahan paling bertenaga sambil memainkan gitar elektrik, serta Zury (69.87%) yang memukau juri dengan penampilannya yang luar biasa menerusi lagu ‘Ikan Dalam Kolam’ nyanyian asal Elcorona Gambus.
Tidak kurang juga, Pasya yang meraih 67.41% terus menunjukkan konsistensi minggu demi minggu. Persembahan beliau kali ini lebih menonjolkan dirinya sebagai bintang versatile.
Ads
Sementara itu, Sharee Lopes yang mengumpul 64.81% tampil membawakan lagu bergenre dangdut berjudul ‘Selangit’ yang tidak boleh disangkal, membuktikan kehadirannya bukan sekadar pelengkap barisan.
RTSMY menampilkan barisan lima juri tetap profesional yang juga merupakan komposer hebat tanah air iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul. Para peserta diadili berdasarkan sistem pemarkahan yang terdiri daripada 80% markah juri profesional dan 20% undian umum.
Dihoskan oleh gandingan mantap Alif Star dan Sherry AlHadad, rancangan ini disiarkan secara langsung selama lapan minggu menerusi saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi Astro GO serta sooka.
Dengan semua peserta masih kekal dalam saingan, saingan minggu suku akhir dijangka akan jadi lebih sengit dan mendebarkan. Siapa yang akan terus melonjak? Siapa pula yang mungkin tergelincir? Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mat Kilau memecahkan rekod sebagai filem epik pertama yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.Telah menarik perhatian ramai penggemar filem tanah air negara khususnya pencinta sejarah kepahlawanan Melayu terdahulu.
Hasilnya, ia telah mendapat RM11 juta dalam tempoh kurang dari empat hari sejak mula ditayangkan, kenyataan itu dikeluarkan oleh Golden Screen Cinema (GSC) yang dimuat naik di laman Facebook rasmi semalam, GSC.
Malah, pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, menzahirkan kesyukuran apabila filem arahannya, Mat Kilau, berjaya meraih kutipan sebanyak sejuta ringgit, pada hari pertama tayangan filem tersebut.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Syamsul apabila filem terbitan bersama Kembara Studio dan Skop Productions itu telah mencatatkan kutipan sebanyak RM2.8 juta setakat Jumaat, di mana pada hari pertama tayangan sahaja mereka telah berjaya memperoleh RM1 juta menerusi satu posting yang dimuat naik Instagram miliknya.
“Izin Allah. Maka dengan ini, Mat Kilau menjadi filem epik pertama Malaysia memecahkan rekod pembukaan sebagai ‘Filem epik Melayu kutipan paling tinggi dalam sejarah’.
“Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan. Satu juta dalam masa satu hari sahaja!” tulisnya.
Terdahulu, filem Mat Kilau yang menjadi fenomena ketika ini dalam mengembalikan nostalgia sejarah kebangkitan pahlawan-pahlawan Melayu telah mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman epik Melayu di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor popular, Fattah Amin memfailkan saman berjumlah RM5 juta terhadap seorang pempengaruh media sosial dan suaminya selepas mendakwa pasangan itu menyebarkan fitnah kononnya dia berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada selebriti terkenal, Nur Fazura.
Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan pada 26 Ogos lalu, pasangan bernama Nuraien Adilla Hasha Akhbar dan suami, Mohd Hafizzuddin Hamri didakwa memuat naik kenyataan berbaur fitnah di platform Threads pada 29 Julai dan 22 Ogos.
Kenyataan itu kemudiannya tular dan dikongsi meluas, termasuk oleh beberapa portal hiburan. Ia membawa maksud seolah-olah Fattah berlaku curang dengan bekas isterinya yang juga usahawan tudung, sehingga rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian.
“Akibat tindakan mereka, saya mengalami gangguan emosi, penghinaan serta pengaiban secara umum selain ia telah mencemarkan nama baik saya,” kata Fattah dalam tuntutan berkenaan.
Beliau turut menuntut kedua-dua defendan membuat permohonan maaf secara bertulis di akaun media sosial masing-masing.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi pada Khamis memerintahkan kedua-dua defendan menurunkan semua hantaran yang menuduh pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu curang.
Peguam yang mewakili Fattah, Mohd Faiz Iskandar Hamzah berkata, Hakim Datuk Anand Ponnuduraimembenarkan permohonan secara ex-parte dan memberikan perintah injinuksi ad-interim terhadap pasangan tersebut.
Dalam prosiding berkenaan, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam.
Untuk rekod, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Fattah melafazkan cerai terhadap Fazura dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Oktober 2024.
Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lima tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jarang sekali konsert hiburan artis Thailand dianjurkan di Kuala Lumpur. Selalunya yang dijemput ke sini jika tidak bukan artis Korea Selatan, pastinya artis Barat.
Tidak hairanlah apabila kehadiran 9 orang pelakon dan penyanyi Thailand ke Shah Alam semalam menerima sorakan cemerlang daripada para peminat mereka.
Antara yang membuat kemunculan istimewa itu ialah bintang drama viral, My Ambulance seperti Sunny Suwanmethanot, Wongravee Nateetorn (Sky), Thanapob Leeratanakachorn (Tor), Kritssanapoom Pibulsonggram (Jaylerr), Ice Paris Intara-komalyasut, Billkin Putthipong, Kanyawee Songmuang (Thanaerng), Nichaphat Chatchaipholrat (Pear-wah) dan Chonlathorn Kongying-yong (Captain).
Lebih 2,000 orang peminat menghadiri acara Dimsum Thaipop 2019 #LetsSanookTogether yang berlangsung di dewan Ideal Convention Centre IDCC, di sini untuk bertemu mereka.
Selain daripada mendendangkan beberapa lagu popular daripada siri drama tersebut seperti My Ambulance, Lucky One, Love Message, You Are My Everything dan It’s OK, mereka juga sempat untuk menyanyikan rendisi lagu Inggeris kegemaran mereka.
Ini termasuklah Lost Stars (Pearwah & Billkin), Let It Be (Ice bersama gitar), Humble (Jaylerr) dan persembahan terakhir Uptown Funk oleh mereka semua.
*
Nampak saja Thailand dekat dengan Malaysia, penulis pada awalnya mengagak mereka sudah biasa ‘turun’ ke Malaysia untuk bercuti, bekerja dan sebagainya.
Namun rata-rata artis Thai ini baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur disebabkan acara Dimsum ThaiPop 2019 ini.
Seperti yang dikatakan oleh Ice, dia terkejut apabila peminat turut sama menyanyikan lirik kata lagu Thai walaupun mereka tidak mengetahui maksudnya.
“Ini adalah kali pertama saya ke Kuala Lumpur dan saya pasti akan melawat lagi selepas ini.”
Bagi korang yang masih belum berkesempatan untuk menonton drama My Ambulance, korang boleh binge-watch siri tersebut di aplikasi atas talian dimsum okay!
*
*
GEMPAK TAK RESULTS DEWI REMAJA?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin berkongsi fasa bahagia selepas bergelar isteri, kisah perkenalan dengan Esmeer Mansor serta bagaimana cinta dan kematangan mengubah hidupnya.