Bulan ini rasanya paling banyak k-drama yang akan ditayangkan untuk menemui penonton sepanjang November. Ada lebih 10 drama terbaharu Korea yang korang wajib tonton bulan ini.
Jom kita lihat antara k-drama yang akan ditayangkan sepanjang November ini.
1. Melancholia
Drama kontroversi yang berkisarkan tentang skandal seksual di antara guru Matematik dan seorang pelajar di sekolah berprestasi tinggi berakhir dengan sebuah tragedi. Empat tahun kemudian, mereka bertemu kembali, kini sebagai orang dewasa mereka ingin mendedahkan kes korupsi di sekolah dan menggembalikan reputasi sebagai seorang guru.
2. Dr. Brain
Mengisahkan tentang perjalanan emosional seorang saintis yang obses mencari teknologi baru untuk mengakses kesedaran dan ingatan otak. Kehidupannya berubah ketika keluarganya menjadi mangsa kemalangan misteri dan dia menggunakan kemahirannya untuk mengakses kenangan dari otak isterinya untuk misteri tentang apa yang berlaku kepada keluarganya.
3. School 2021
Kisah pelajar yang menghadiri sekolah menengah khusus dan mengejar cita-cita, namun bukan semata-mata untuk masuk ke Universiti.
4. Shadow Beauty
Koo Ae Jin sering dibuli di sekolah, malah turut dihina oleh masyarakat kerana rupa parasnya. Namun, selepas sekolah, dia mempunyai kehidupan rahsia dan bertukar menjadi Genie. Koo Ae Jin bergilir-gilir menjadi antara dirinya sendiri dan Genie, serta rahsianya ini diketahui oleh seorang budak lelaki.
5. One Ordinary Day
Drama adaptasi dari siri Criminal Justice keluaran BBC ini mengisahkan dua orang lelaki yang terlibat dalam kes pembunuhan. Kim Hyun Soo (Kim Soo Hyun), seorang pelajar kolej yang hidupnya berantakan apabila dia secara tidak sengaja menjadi suspek utama dalam satu kes pembunuhan. Shin Joong Han (Cha Seung Won), seorang peguam yang nyaris tidak lulus ujian guaman dan merupakan satu-satunya orang yang membantu Kim Hyun Soo.
Ads
6. Hellbound
Mengisahkan tentang seseorang akan mendapat jangkaan bila akan mati dan apabila tiba masanya, malaikat maut akan muncul di hadapannya lalu membunuhnya dan mengheretnya ke neraka.
7. Happiness
Terdapat pangsapuri yang baru dibina, dimana tingkat atas untuk jualan umum manakala tingkat bawah untuk disewakan, di sini ditunjukkan perang psikologi dan dikriminasi kasta di antara penduduk pangsapuri itu. Kawasan tersebut dilanda kemusnahan apabila jangkitan wabak baru tersebar dimana manusia dijangkiti wabak yang mengakibatkan mereka dahaga terus menerus.
8. Chimera
Berlaku sebuah insiden letupan 35 tahun lepas, letupan itu berkait dengan kes pembunuhan bersiri yang dikenali sebagai kes Chimera (raksasa mitos Greek, berkepala singa, berbadan kambing dan mempunyai ekor seperti ular yang mampu menyemburkan api dari tekaknya). Kini, kejadian letupan yang sama berlaku.
9. Now We Are Breaking Up
Ha Yong Eun merupakan ketua kumpulan reka bentuk untuk label fesyen, dia berusia 38 tahun, tetapi sebagai pereka label fesyen, dia menjaga badannya dan mengikuti aliran terkini untuk mengekalkan penampilan muda dan cantik. Dia seorang yang berdedikasi dengan pekerjaannya, dan tidak peduli dengan hubungan cintanya.
Ads
10. The Red Sleeve Cuff
Berlatarkan tahun 1700-an, The Red Sleeve Cuff mengisahkan kisah cinta di antara Raja Jeongjo dan Gundik Diraja, Uibin Sung.
Sung Deok Im (Lee Se Young) merupakan dayang istana, Putera Mahkota Lee San jatuh cinta kepadanya. Putera Mahkota itu kemudian naik takhta dan ditabalkan sebagai Raja Jeongjo, dia menginginkan Sung Deok Im untuk menjadi gundiknya, tetapi Sung Deok Im menolak. Sung Deok Im mahu menjalani hidup dengan bebas tanpa protokol, yang amat mustahil dijalaninya jika dia menjadi gundik.
11. Inspector Koo
Koo Kyung Yi merupakan wanita berusia 40-an, bekas pegawai polis dan kini berjaya sebagai penyiasat insurans dan detektif peribadi. Dia sentiasa dapat menyelesaikan kes dan cuba menangkap pembunuh bersiri yang merupakan seorang pelajar perempuan di sebuah universiti.
12. Crime Puzzle
Drama ini mengisahkan pakar psikologi jenayah, Han Seung Min dihantar ke penjara kerana membunuh calon ahli politik. Manakala profiler jenayah, Go Ah Sung yang kehilangan ayahnya dalam satu kes pembunuhan. Go Ah Sung menemubual Han Seung Min untuk kes yang berlaku di dalam penjara dan mereka berhadapan dengan kebenaran yang tidak dijangka berkenaan serangkaian kes pembunuhan.
Mengisahkan tentang idol terkenal yang menderita penyakit ‘tidur berjalan’ dan doktor wanita yang secara diam-diam merawatnya dan tinggal bersamanya.
14. Going To Blue House Like This
Drama komedi gelap ini mengisahkan pemenang pingat emas Olimpik yang dilantik menjadi menteri Budaya, Sukan dan Pelancongan, berhadapan dengan kes penculikan, di mana suaminya yang merupakan pengkritik politik diculik.
15. Mobebius: The Veil
Mengungkap kisah tentang Seo Soo Yeon, Jang Chun Woo dan Do Jin Suk, empat tahun sebelum peristiwa ‘The Veil’.
16. Secret Royal Inspector Joy
Mengisahkan tentang polis rahsia diraja yang bertugas untuk menyamar dan membongkar korupsi. Ra Yi Eon, seorang pemuda Joseon pemalas yang sebenarnya hanya berhasrat membuka warung jual mandu, namun kebetulan dia memiliki otak yang pintar jadi dia menjadi polis rahsia diraja termuda yang menduduki ranking nombor 1 di ujian kelayakan negara.
17. Shadow Window: The Queen’s House
Drama ini mengisahkan tentang Han Su Joo yang memberi sokongan dan galakan kepada seorang wanita yang terlibat dalam perselingkuhan, tetapi tanpa pengetahuannya suaminya yang berselingkuh dengan wanita itu.
Aktres jelita, Siti Khadijah Halim mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu bapanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, pelakon drama popular From Saga With Love itu dilihat menyambut hari lahirnya di sebuah kafe bersama ahli keluarga sebelum membawa ibu bapanya ke sebuah pameran kereta jenama tempatan.
Dalam kejutan tersebut, Siti Khadijah menghadiahkan sebuah kereta Proton S70 kepada kedua-dua ibu bapanya, yang ternyata tidak dapat menahan air mata menerima pemberian istimewa itu daripada anak mereka.
“Hari ini adalah hari yang istimewa bagi saya sebab saya akan pickup satu hadiah yang sangat berharga dan bermakna bagi saya.
“Setiap tahun saya akan hadiahkan diri saya sesuatu. Tahun ini hadiahnya sedikit berbeza dan perasaan saya bercampur baur,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.
Tindakan Siti Khadijah tersebut sekali gus menerima pujian warganet yang rata-rata tersentuh melihat momen berkenaan dan memuji keprihatinannya dalam membahagiakan kedua ibu bapanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Siti Khadijah Halim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amboi..siap bawa ‘toto’ tau Datuk Seri Vida Di Karpet Merah GMWA2022
Kehadiran usahawan sensasi, Dato Seri Vida (Vida) di acara Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi seperti dijangka menjadi topik perbualan semua penonton dan netizen.
Tercalon dalam kategori Muzik Video Terbaik bagi lagu Ku Ikhlaskan, DSV menerusi hantaran di Instagram, dilihat menggayakan Pyjama Selimut Kain Perca Multiracial hasil rekaan Behati di acara karpet merah Gempak Most Wanted Award itu.
“Gempak Most Wanted Award 2022. Tp 5 Muzik Video Terbaik ‘Ku Ikhlaskan’.”-Tulis DSV di Instagram
Respon Netizen
Fesyen yang digayakan oleh DSV telah mencetuskan reaksi dari pelbagai pihak, malah ramai yang berseloroh melihat DSV membawa ‘Patchwork Comforter’ ketika menghadiri malam anugerah berkenaan.
Foto Via instagram
Tapi praktikal juga, mesti tak ada masalah kesejukan DSV bila heret ’toto’ di red carpet, Apa komen korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengacara terkenal, Nana Mahazan melihat penglibatan anak perempuannya, Althea dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sebagai satu pengalaman yang sangat berharga dan proses pembelajaran yang baik untuk usia remaja.
Cabaran Bahasa Melayu Jadi Ujian Terbesar Althea
Nana, 42, berkata Althea berdepan cabaran utama dari segi komunikasi dalam bahasa Melayu, yang menjadi antara kesukaran terbesar sepanjang menyertai program tersebut.
Menurutnya, walaupun rancangan itu belum bersiaran secara rasmi, Althea sudah mula merasai tekanan sehingga mengalirkan air mata ketika sesi rakaman promosi.
“Program ini menarik sebab dapat lihat dia keluar dari zon selesa. Cuma saya rasa cabaran terbesar dia adalah bercakap dalam bahasa Melayu.
“Masa mula-mula rakaman promo, dia ada menangis. Saya tanya kenapa, sebab belum diserang netizen, rupanya dia rasa susah nak bercakap Melayu.
Sebenarnya dia boleh cakap, tapi bila orang tanya laju-laju, dia tak sempat nak terjemahkan apa yang difikirkan dan jadi panik,” katanya kepada Remaja.
Tak Kejar Kemenangan, Lebih Utamakan Perkembangan Diri
Bagi Nana, kemenangan bukanlah keutamaan utama dalam penyertaan Althea dalam program tersebut. Sebaliknya, dia lebih mementingkan perkembangan diri dan keyakinan anaknya.
“Kalau dia tak menang pun tak mengapa. Asalkan bila habis program nanti dia lebih fasih bercakap Melayu, itu pun saya sudah cukup gembira,” ujarnya.
Nana & Suami Sempat Ragu-Ragu Pada Awalnya
Dalam pada itu, Nana turut mengakui dia dan suaminya, Brian pada awalnya berasa ragu-ragu untuk membenarkan Althea menyertai program tersebut kerana faktor usia.
Menurutnya, walaupun Althea tidak mempunyai masalah dalam nyanyian, sifat pemalunya membuatkan mereka sedikit bimbang dengan penerimaan orang ramai.
“Saya dan suami rasa dia masih terlalu muda untuk berdepan dengan penilaian orang ramai. Saya sendiri pernah melalui fasa dihina dan dikecam sebelum ini.
“Jadi saya tak pasti sama ada Althea benar-benar bersedia atau tidak, memandangkan dia baru berusia 16 tahun,” kongsinya.
Barisan Peserta TTMM2 Meriahkan Persaingan
Selain Nana dan Althea, musim kedua TTMM turut menampilkan beberapa pasangan selebriti dan anak mereka yang lain, antaranya Adira bersama Anggrek, Datuk A. Aida bersama Azeva, Datuk Fazley bersama Fariedz Fazley serta Datuk Seri Vida bersama Cik B.
Turut memeriahkan pertandingan ialah Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Ani Maiyuni dan Viviana, Pak Azad dan Amarra serta Safura dan Kim Khairii, menjadikan saingan musim ini lebih berwarna-warni dan penuh variasi bakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung di UNITEN dijangka bakal meriah dengan aksi Chelsea dan Manchester United pada 31 Oktober. Jom sertai peminat bola sepak menonton secara live!