Isu pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sejak Khamis lalu menggemparkan negara. Dalang penyebaran sisa kimia sudah pun ditangkap dan bakal didakwa. Malah dikatakan, inilah kes kali pertama kes dibawa ke mahkamah atas tuduhan pencemaran alam sekitar.
Di bawah tuduhan Akta Alam Sekitar Sekeliling 1974, Seksyen 34 (b), yang jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 ribu dan atau 5 tahun penjara.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu bagi membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa terbabit dalam operasi itu melengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang diperlukan.
“Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan baginda tersentuh apabila mendengar satu klip rakaman yang mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.
Pencemaran Sungai Kim-Kim akibat pembuangan sisa kimia mengakibatkan seluruh sekolah di Pasir Gudang ditutup
Dalam isu ini mendapat perhatian seluruh negara, tular satu rakaman suara sangat menyedihkan meminta rakyat Malaysia mengadakan solat hajat bagi membantu mangsa pencemaran bahan kimia yang jumlahnya semakin meningkat.
Tidak diketahui suara siapa namun nada suaranya sangat sebak hingga mengundang rasa simpati sesiapa yang mendengarnya.
Ayat-ayatnya yang cukup menyentuh perasaan dan suaranya mampu membuat sesiapa sebak mendengarnya.
Ads
Assalamualaikum wbt
Kepada sahabat-sahabat saya semua yang berada d luar Pasir Gudang, kalau sembahyang hajat, kalau sembahyang waktu, tolong sembahyangkan hajat untuk kami semua yang berada di Pasir Gudang.
Umat islam dan juga kawan-kawan yang satu sekolah, yang berada di dalam Pasir Gudang. Dalam keadaan kritikal kami semua di Pasir Gudang.
Kerana kimia makin melarat-larat. Dan banyak sekolah telah ditutup. Kanak-kanak sekolah ramai kena dah dan juga guru-guru.
Saya minta pada kawan-kawan semua tolong doakan kami semua yang ada di pasir Gudang ini. Mudah-mudahan kami semua selamat. Assalamualaikum.
Ads
Boleh berlaku kematian jika mangsa tidak dirawat dengan betul kerana ia menyekat saluran pernafasanAntara kesan akibat terhidu sisa kimia dimana kita akan susah bernafas dan seluruh tubuh berasa lemah
Difahamkan pagi ini, sebanyak 111 buah sekolah di Pasir Gudang diarahkan ditutup serta merta sehingga ke satu tarikh diberitahu kelak.
Semalam UITM Pasir Gudang juga diarahkan ditutup sehingga 17 Mac ini ekoran masalah kesihatan orang ramai di sekitar kawasan pembuangan sisa toksid semakin meruncing.
Difahamkan 900 lebih mendapatkan rawatan. 506 kini masih berada di hospital malah 9 lagi berada di Unit Rawatan Rapi.
Ads
Masa yang sama tular juga di media social seorang pelajar meninggal dunia akibat masalah pernafasan tetapi berita itu didapati palsu.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan kepada semua penduduk Pasir Gudang terutamanya yang berada berhampiran Sungai Kim Kim agar sentiasa mandi dan membasuh pakaian setiap hari untuk mengelak daripada radiasi bahan kimia disebar.
“Selepas gelombang keempat ini jangan ambil mudah kita boleh terhidu, boleh resap melalui kulit dan sangat bahaya.
“Orang awam dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar berhampiran Sungai Kim Kim, mandi dan basuh pakaian berasingan.
“Walaupun pakai sarung tangan, partikel akan melekat dan jika tidak dibasuh ianya boleh tercemar kepada mangsa kedua,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi gadis-gadis yang mengimpikan majlis perkahwinan dihadiri oleh sanak saudara dan rakan karib, sudah boleh mengorak senyuman ya. Memandangkan momen indah ini akan kita lalui sekali sahaja seumur hidup, sudah pasti kita mahukan yang paling indah tercipta.
Sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan Merangkap Menteri Pertahanan), Dato’ Sri Ismail Sabri memberikan berita gembira kepada pengusaha catering yang sudah lama terjejas berikutan PKP dengan mengumumkan bahawa semua jenis kenduri sudah boleh dibuat mulai 1 Julai 2020.
Ia merangkumi kenduri kahwin, tunang, tahlil, akikah, ulang tahun termasuk reunion dengan kehadiran tidak melebihi 250 orang tetamu dalam majlis yang diraikan.
“Jumlah tetamu ini bergantung kepada kapasiti lokasi pemilihan majlis. Jika tempatnya kecil, jumlah tetamu mungkin kecil tetapi tidak boleh melebihi jumlah dinyatakan tadi,” jelasnya.
Walau sudah diberi kelonggaran mengadakan pelbagai majlis, tetapi jika sebelum ini kita biasa mengambil makanan sendiri iaitu hidangan secara buffet di majlis-majlis tetapi memandangkan kita masih di dalam perintah larangan sehingga 31 Ogos ini, dalam setiap majlis hidangan akan disajikan oleh pramusaji.
*media[210227]**
“Ini bermakna tiada hidangan buffet sebaliknya hidangan disajikan oleh pramusaji di majlis diadakan. Namun setiap tetamu perlu mematuhi semua prosedur ditetapkan iaitu penjarakan sosial, suhu badan diambil di pintu masuk serta perlu melengkapi app My Sejahtera bagi mengelak penularan COVID-19 yang belum menemui penawarnya,” katanya dalam sidang akhbar sebentar tadi.
Dalam pada itu, ibadah haji yang bakal berlangsung juga dibenarkan namun jumlah kehadiran dihadkan termasuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dilarang berada di tempat ibadah korban dilakukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Platform streaming filem digital Netflix mengesahkan bahawa akan melakukan adaptasi siri Spanyol La Casa de Paperl atau Money Heist versi Korea.
Money Heist adalah siri drama jenayah Sepanyol yang berkisarkan tentang sekumpulan individu yang melakukan rompakan di Royal Mint of Spain, diketuai oleh dalang jenayah yang dipanggil Profesor. Netflix mempunyai hak penstriman global pada 7 tahun dan telah menayangkan siri ini sebanyak empat musim.
Kini, syarikat produksi Korea, BH Entertainment bersama Content ZIUM dilaporkan sedang berbincang untuk memulakan siri drama ini dalam versi Korea.
Pada 1 Disember lalu, pihak mereka telah mengesahkan siri ini dengan menampilkan plot yang hampir sama dengan versi asal, namun ia akan tetap mengekalkan set jalan cerita di Korea.
Siri remake ini akan diarahkan oleh Kim Hong Sun, yang dikenali dengan beberapa drama popular seperti Son: The Guest, Voice dan Black. Skrip akan ditulis oleh Ryu Yong Jae dan teamnya yang menulis drama tvN Psychopath Diary.
BH Entertainment (A Single Rider, Miss Baek) dan Content ZIUM (Itaewon Class, Go Back Couple, More Than Friends, Run On) akan menjadi penerbit bersama.
Butiran tentang barisan pelakon, tajuk drama dan jadual penggambaran akan diumumkan tidak lama lagi.
Sama-sama kita nantikan siapa selebriti yang bakal membintangi siri Money Heist versi Korea ini. Tazabar!
Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa. Bagi rumah yang tiada penghawa dingin lebih terasa kehangatannya.
Memetik laporan dari BERNAMA, tidak lama lagi, Malaysia bakal dilanda dengan cuaca panas dan kering apabila berlakunya Monsun Barat Daya!
Keadaan cuaca panas itu dijangka bermula pada 18 Mei ini dan akan berterusan sehingga pertengahan September nanti — menyebabkan kurangnya pembentukan awan yang menghasilkan hujan dalam tempoh berkenaan.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memaklumkan taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata — kecuali negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak yang akan menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Ogos dan September.
Manakala, kawasan barat dan pedalaman Sarawak dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Mei dan Jun.
Sementara di timur Sabah dijangka menerima hujan sedikit bawah purata pada bulan September dan Oktober.
Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan cuaca yang agak kering serta menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu di sesetengah tempat.
Jerebu tempatan atau merentas sempadan boleh berlaku sekiranya terdapat pembakaran terbuka yang tidak terkawal.
Korang juga dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak melakukan pembakaran terbuka dan paling penting, minum air yang secukupnya.
Jika tidak mempunyai sebarang aktiviti luar, elakkan daripada kerap berada di luar rumah atau bangunan. Be safe guys!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!