Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang individu di Threads baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila anak kepada pelakon popular, Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sekali lagi berjaya mendapatkan beg tangan mewah Hermès Kelly.
Menerusi satu perkongsian video di platform tersebut, individu berkenaan menyifatkan pemilikan beg tangan berkenaan bukan sekadar satu pembelian biasa, sebaliknya diperoleh melalui usaha dan bukan sesuatu yang mudah dimiliki oleh semua orang.
Ads
“Nur Fatima Aisya baru sahaja berjaya mendapatkan beg Hermès Kelly keduanya terus dari butik.
“Yang tahu, sahaja tahu. Ini bukan sekadar pembelian biasa, ini adalah akses yang diperoleh dengan usaha,” tulisnya.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut menegaskan bahawa tidak semua orang berpeluang untuk masuk dan keluar dengan sebuah beg tangan jenis Kelly, lebih-lebih lagi untuk kali kedua.
Ads
“Bukan semua orang boleh masuk dan keluar dengan sebuah Kelly. Apatah lagi dua kali,” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Threads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Jun sehingga Oktober dikatakan antara masa terbaik untuk bercuti ke Jepun, betul ke?
Mungkin ya, mungkin juga tidak – bergantung kepada musim di Jepun yang korang suka. Namun sekiranya korang memang mempunyai perancangan untuk bercuti ke sana – specifically ke Tokyo – dalam masa terdekat, mungkin Brandon Salim boleh bekalkan beberapa tip untuk korang.
Brandon yang juga merupakan pemegang watak KJ di samping Randy Pangalila, Ikmal Amry dan Hafreez Adam dalam drama bersiri Gantung pernah ke Jepun untuk penggambaran filem Winter in Tokyo.
Dari kiri: Hafreez Adam, Randy Pangalila, Ikmal Amry dan Brandon Salim.
Dan sebelum itupun, Brandon pernah ke sana untuk urusan lain termasuk bercuti. Sebagai pelancong pro ke Jepun, ini adalah 4 perkara yang dia recommend untuk korang lakukan di sana.
Sea urchin atau landak laut mungkin kedengaran ganjal kepada kita di Malaysia. Namun ia adalah antara makanan yang biasa dinikmati oleh orang Jepun. Brandon sendiri pernah merasai landak alut yang dijual di Pasar Ikan Tsujiki, Tokyo.
“Itu adalah pasar ikan paling terkenal di Tokyo. Ada saja stok ikan baru seperti ikan Tuna di sana tetapi saya akan mencari sea urchin pada waktu malam selepas tamat shooting. Memang segar dan sedap!” katanya.
Di Jepun, selain berjalan kaki, basikal adalah ‘alat pengangkutan yang biasa digunakan terutamanya di kalangan remaja. Salah satu sebabnya adalah untuk melihat daerah di Jepun.
Jika di Tokyo mungkin basikal amat berguna untuk cepat sampai ke sesebuah tempat. Namun jika di kawasan separa urban, pemandangan semasa menunggang basikal memang mendamaikan, kata Brandon. “Kita boleh lihat tasik yang cantik, pokok, sungai dan segalanya yang indah. Laluan berbasikal di sana juga amat teratur dan selamat.”
Yes, why not! Bercuti ke luar negara sambil mendengar muzik favourite korang. Band kegemaran Brandon ialah One OK Rock. “Saya suka sangat dengan band ini. Sebenarnya saya tak berkesempatan untuk menonton konsert mereka sewaktu berada di Jepun kerana perlu rush pulang ke Indonesia. Sekarang memang menyesal!”
Jika tak sempat untuk ke konsert, Brandon menasihatkan korang untuk download muzik best daripada penyanyi atau band negara berkenaan. Kemudian dengarkan saja playlist tersebut sepanjang percutian korang.
Kalau nak menonton konsert tu, depends juga pada timing kan? Tetapi kalau nak menonton movie tempatan di pawagam di Jepun, mesti tak ada masalah. Menurut Brandon, menonton di pawagam orang rasanya berbeza tau!
“Saya pernah menonton filem Blue Spring Ride iaitu filem live action ilham anime dan komik romantik. Susah saya nak lupakan pengalaman itu,” tambahnya.
Rasanya kalau kita bercuti di mana-mana negara asing, cubalah untuk adapt masuk dengan kehidupan seharian remaja di sana. Jangan sekadar melawat tempat tumpuan pelancong je.
Barulah feel sikit travelogue korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amboi, kalau barang percuma cepat je eh korang take action! Hehe..
Laporan Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa sambutan luar biasa ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap perlaksaan program e-Tunai Rakyat.
Buktinya, dalam tempoh 2 hari saja, sebanyak RM18.8 juta telah dibelanjakan. Perbelanjaan tersebut hadir daripada sejumlah 672,000 pemohon yang diluluskan.
Untuk pengetahuan, korang hanya boleh menuntu pemberian e-Tunai sebanyak RM30 itu daripada tiga pengendali e-Dompet saja kaktu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.
Penggunaannya hanya sah dari 15 Januari lalu hinggalah 14 Mac akan datang. Jika ada jumlah yang tak dibelanjakan dalam tempoh tersebut, ia akan luput selepas itu.
*
Mungkin korang boleh belanjakan e-Tunai itu di Tealive sempena promosi mereka bulan ni.
Pejam celik pejam celik sudah sampai bulan 7 kita di tahun 2022 ini. Bulan ini ada 6 lagi drama K-drama terbaharu yang bakal ditayangkan. Antara yang menjadi pilihan adalah drama lakonan Kim Hee-sun dalam “Remarriage & Desires” yang akan ditayangkan di saluran Netflix.
Selain itu, banyak lagi drama menarik yang bakal mencuri hati penonton dan berikut adalah senarai kdrama terbaharu bulan Julai 2022.
1. REMARRIAGE AND DESIRES
Pelakon utama: Kim Hee-sun, Lee Hyun-wook
Tarikh tayangan: 15 Julai
Platform: Netflix
“Remarriage & Desires” ialah sebuah drama satira realistik mengenai individu yang berimpian untuk mengubah hidup dengan mengahwini pasangan kaya dan mengekalkan status kewangan ataupun menaiki tangga kelas sosial. Menerusi drama ini, penonton akan didedahkan dengan masyarakat yang materialistik selain kisah perkahwinan komoditi.
2. ADAMAS
Pelakon utama: Ji Sung, Lee Soo-kyung, Seo Ji-hye
Tarikh tayangan: 27 Julai
Platform: tvN
“Adamas” merupakan karya yang menggambarkan kisah seorang penjejak kebenaran yang bersaudara kembar, di mana mereka akan membongkar kebenaran daripada kejadian 22 tahun lalu. Mereka akan melawan kejahatan untuk membersihkan tuduhan pembunuhan bapa kandung mereka yang dituduh membunuh bapa tiri mereka.
3. TODAY’S WEBTOON
Pelakon utama: Kim Se-jeong, Nam Yoon-su
Tarikh tayangan: 29 Julai
Platform: SBS, Viu, Viki
“Today’s Webtoon” ialah adaptasi dari drama Jepun “Sleepeeer Hit!” yang mengisahkan tentang seorang atlet judo wanita On Ma-eum (Kim Se-jeong), yang mengalami kesukaran untuk menjadi penyunting webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon. Ia akan menggambarkan sifat kompetitif bidang di Korea Selatan.
4. BIG MOUTH
Pelakon utama: Lee Jong-suk, Yoon-A
Tarikh tayangan: 29 Julai
Platform: MBC, Disney+
“Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga, Park Chang-ho (Lee Jong-suk) yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh. Yoon-A pula akan membawa watak sebagai Go Mi-ho, seorang jururawat dan isteri kepada Park Chang-ho.
5. THE GOOD DETECTIVE 2
Pelakon utama: Jang Seung-jo, Son Hyun-joo, Ji Seung-hyun
Tarikh tayangan: TBA
Platform: JTBC
Pada musim pertama, drama ini mempertemukan dua detektif berbeza personaliti iaitu Kang Do-chang (Son Hyun-joo) dan Oh Ji-hyeok (Jang Seung-jo) yang sanggup melakukan apa sahaja bagi membongkarkan jenayah dan mencapai keadilan.
6. TO X WHO DOESN’T LOVE ME
Pelakon utama: Han Ji-hyo, Kim Do-young
Tarikh tayangan: 14 Julai
Platform: TVING, Viu, Iqiyi
“To X Who Doesn’t Love Me” akan menceritakan kisah tentang buku nota ajaib yang boleh membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengan seseorang selama sebulan. Do-young akan memainkan watak utama Jung Shi-ho, seorang pelajar kolej yang trauma dengan pengalaman pahit semasa zaman persekolahannya. Sebagai rakan lelaki kepada Seo Hee-soo (Han Ji-hyo), Jung Shi-ho adalah satu-satunya yang mengetahui rahsia buku nota ajaibnya, dan dia menjadi bimbang apabila dia cuba menggunakan buku nota itu untuk memulakan percintaan sebulan.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!