Memasuki minggu ketiga program nyanyian Raise The Star Malaysia pada malam ini, rata-rata penonton dan peminat setiap peserta yang berjaya mara hingga ke tahap ini sudahpun mengenali kelebihan suara, teknik nyanyian, keupayaan lontaran vokal dan serba sedikit personaliti yang dimiliki oleh 18 orang peserta yang masih meneruskan perjuangan mereka.
Begitupun buat juri tetap Raise The Star Malaysia terdiri daripada Audi Mok, Ajai, Ikhwan Fatanna, Shila Amzah dan Aina Abdul, mereka rupanya bukan sekadar mencari peserta yang mempunyai bakat nyanyian sahaja.
Itu belum cukup memadai untuk melayakkan seseorang itu dinobatkan sebagai juara sulung pertandingan ini.
Sebaliknya menurut mereka, seseorang itu perlulah memiliki keaslian atau originaliti serta keunikan identiti agar Malaysia mempunyai permata baharu yang boleh digilap usai pertandingan melabuhkan tirainya kelak.
Ketika menemui Ajai dalam sidang media sebaik program berakhir baru-baru ini, REMAJA mendalami apakah x-factor yang dicarinya daripada 18 peserta berkenaan.
Menurut komposer terkenal tanah air itu, Raise The Star Malaysia membuka peluang yang jarang sekali ditawarkan oleh mana-mana program realiti nyanyian lain termasuk yang pernah diterbitkan oleh Astro sendiri. Ini kerana sebelum ini, acapkali komen-komen yang diterima oleh peserta mereka tidak hadir daripada penerbit muzik atau penulis lirik yang kaya dengan pengalaman bertapak di sebalik tabir pembikinan lagu-lagu hit tempatan.
Ads
(Dari kiri) Sebahagian juri tetap Raise The Star Malaysia terdiri daripada Audi Mok, Ajai dan Shila Amzah.
“Juri-juri di Raise The Star terdiri daripada producer (dan) writer… jadi kami mempunyai subjek tentang setiap persembahan individu itu. Dan subjek kami akan berlainan.
“Mereka yang memasuki program ini kesemua sudah bagus. Boleh menyanyi. Jadi sekarang yang kami cari ini adalah sparks untuk meluaskan repertoire setiap peserta. Inilah yang kami gelarkan sebagai Artist dan Repertoire atau A&R. Rata-rata sebelum ini, banyak album yang dijayakan oleh subjek-subjek A&R ini semuanya menjadi.
“Itu cabaran yang kami berikan kepada peserta Raise The Star yang masih bertahan. Mereka perlu buktikan bahawa pakej nyang mereka miliki itu lengkap untuk diketengahkan ke hadapan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Saluran Astro Ria iaitu Norzeha Mohd Salleh turut menambah, kelainan yang dibawakan oleh Raise The Star Malaysia juga terletak kepada perletakan lima orang jurinya yang berpengalaman dalam pembikinan lagu.
Ads
“Kelima-lima komposer telah mengikuti perjalanan peserta Raise The Star sejak uji bakat lagi. Bukan setakat itu, mereka menjurikan peserta-peserta yang dipilih oleh mereka sendiri selama lapan minggu.
“Lima peserta terbaik pada akhir pertandingan ini nanti bakal mendapat lima lagu daripada lima komposer terbaik di Malaysia yang ada bersama kita kali ini. Itu adalah kelainan utama Raise The Star berbanding program realiti nyanyianyang pernah kita terbitkan di Astro,” titipnya.
Sekadar info pada konsert kedua minggu lepas, Zuana dan Pasya berjaya mengekalkan kedudukan mereka dalam senarai lima peserta terbaik. Tiga slot lagi dipenuhi oleh Didiy Shazry, Haris Fayahet dan Max Brandon.
(Dari kiri): Zuana, Didiy Shazry, Haris Fayahet, Pasya dan Max Brandon membentuk The Five pada konsert kedua, minggu lalu.
Manakala, empat peserta telahpun disingkirkan selepas mereka mengutip undian markah terendah daripada juri tetap dan penonton.
Ads
Teruskan mengikuti saingan sengit Raise The Star Malaysia di Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, 9 malam atau strim melalui Astro One & sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Aina Abdul semakin meniti dibibir peminat sejak tahun lalu lagi kerana penyanyi berusia 28 tahun ini telah berjaya menggapai beberapa buah kejayaan dalam mengharumkan industri muzik negara.
Bermula dengan menjadi juara sebagai Idol bagi rancangan realiti Vokal Mania 2020, Aina nampaknya terus-menerus mencipta kejayaan kerana berjaya menempatkan diri di tempat kedua menerusi lagu Semalam dalam Anugerah Juara Lagu ke-35.
Peminat mungkin sudah familiar dengan lagu-lagu seperti Sumpah, Semalam dan Sepi, tapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Aina Abdul juga mempunyai single bahasa Inggeris yang tidak kurang hebatnya. Dia turut berkolaborasi bersama beberapa artis lain seperti Altimet dan Hohoman16.
Kelunakan suara Aina menyanyikan lagu bahasa Inggeris sudah tidak perlu disangkal lagi kerana penyanyi ini sering membuat cover lagu antarabangsa di laman sosialnya.
Jom kita lihat antara single bahasa Inggeris yang dinyanyikan oleh penyanyi bersuara tinggi ini.
1. Reminiscing
2. Shadow
3. Ghost
4. Same Kind (Baraka Blue, Altimet feat. Aina Abdul)
5. Hashtag (Hohoman16 feat. Aina Abdul)
6. Obsessive (Hohoman16 feat. Aina Abdul, Hazel Leong)
Amacam, power kan? Tapi mungkin peminat sudah terbiasa dengan nyanyian bahasa Melayu daripada artis tempatan, maka ramailah yang tidak menyedari jika seseorang penyanyi itu turut mempunyai single bahasa Inggerisnya sendiri.
Jadi lepas ni, bolehlah korang layan lagu-lagu bahasa Inggeris daripada Aina Abdul pula ya. Memang terbaik!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat kumpulan wanita k-pop popular Blackpink, YG Entertainment telah pun mengesahkan tayangan perdana pertama kumpulan penyanyi itu, “BLACKPINK: The Movie” tidak lama lagi.
Filem tersebut khabarnya dijadualkan akan ditayangkan di pawagam sekitar 100 negara seluruh dunia pada 8 Ogos ini sempena ulang tahun ke-5 Blackpink. Projek yang dinamakan sebagai ‘BLACKPINK’s 4+1 PROJECT’ ini merupakan antara pelan terbesar yang pernah dikelola oleh YG Entertainment dalam meraikan ulang tahun kumpulan wanita popular itu.
‘BLACKPINK: The Movie’ akan dibahagikan kepada beberapa segmen, termasuklah ‘The Room of Memories’, ‘Beauty’, ‘Unreleased Special Interviews’, serta rakaman dari konsert jelajah BLACKPINK ‘In Your Area’ dari tahun 2018, dan ‘The Show’ 2021. Pembikinannya juga akan menemui penonton dalam 4DX di pawagam terpilih.
Wah, sudah tentu peminat Blackpink tidak sabar menantikan filem yang bakal menjadi box office ini ditayangkan di Malaysia. Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak pandemik COVID-19 di negara kita menurun supaya kita semua boleh kembali menonton filem di pawagam.
Nantikan update terbaru mengenai BLACKPINK’s 4+1 PROJECT’ ini.
Mungkin agak pelik dan aneh, pereka fesyen dan pengacara popular Indonesia, Ivan Gunawan menarik perhatian warganet selepas menjaga dua buah anak patung yang dianggap sebagai bayi sebenar.
Patung tersebut lengkap dengan sifat sempurna bayi, kalau sekali pandang memang macam bayi betul lah!
Dia telah memperkenalkan dua ‘anak’nya itu dengan menamakan mereka sebagai Miracle Putra Gunawan dan Marvelous Putra Gunawan di laman Instagram miliknya. Malah, menerusi satu temu bual bersama pengacara terkenal, Boy William, Ivan mengakui bahawa dia sudah menganggap dua anak patung tersebut sebagai anaknya yang perlu dijaga dengan baik.
Bukan itu sahaja, Ivan Gunawan malah memberitahu dia turut menyediakan bilik khas buat ‘anak’nya.
Dia berasa sangat bersyukur dengan kehadiran mereka kerana hidupnya tidak kesepian lagi.
Bukan hanya Ivan Gunawan, malah beberapa selebriti negara jiran kita turut ‘memperkenalkan’ bayi masing-masing bagaikan zaman kanak-kanak.
Roy Kiyoshi
Bergambar bersama dua ‘anaknya’. Roy sememangnya salah seorang artis yang suka memelihara patung. Di dalam keretanya Roy juga meletakkan anak patung pelindung. Malah Roy Kiyoshi telah mengumpul berpuluh-puluh anak patung misteri sejak 2006 di rumahnya. Foto: doc. Instagram Roy Kiyoshi.
2. Celine Evangelista
Wanita cantik ini juga mempunyai ‘anak’ yang dipanggil bayi Joseph. Anak patung itu kelihatan sangat comel. Foto: doc. Instagram Celine Evangelista,
3. Lucinta Luna
Lucinta Luna yang popular di Malaysia dengan lagu ‘Bobo Dimana’ juga tidak ketinggalan ada anak patung. Dia juga pernah membawa anak patungnya berjalan-jalan ke pusat beli-belah. Anak patung itu dinamakan dengan nama Fitri. Foto: doc. Instagram Lucinta Luna.
4. Ruben Onsu
Mempunyai anak patung bernama Roby. Ruben Onsu bergambar dengan Roby di Instagramnya. Ish, dagu dia geramm!! Foto: doc. Instagram Ruben Onsu.
5. Soimah
Soimah dalam sosialnya juga turut memuat naik ‘anakya’ yang montok. Basuki ialah nama anak patung Soimah. Foto: doc. Instagram Showima.
Namun begitu, rata-rata warganet menunjukkan pelbagai reaksi apabila melihat perbuatan tidak masuk akal itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!