Dari Johor ke Jepun, dua anak muda ini membuktikan bahawa kecemerlangan bukan hanya diukur pada segulung ijazah, tetapi juga pada nilai, adab dan jiwa yang dibawa bersama.

Baru-baru ini, dua pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dipilih sebagai Imam Tarawih di Osaka, Jepun sepanjang Ramadan ini, sekali gus mengangkat nama institusi itu di pentas dakwah antarabangsa.

Dua pelajar yang sudah pun berangkat ke Osaka malam tadi ialah Muhammad Danish Arman Shah, 23, yang juga pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, manakala Iman Solehin Zulyadi, 22, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Ramadan Di Bumi Sakura, Dua Pelajar UTM Galas Amanah Imam Tarawih Di Osaka

UTM dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pelajar itu menerima jemputan rasmi daripada Japan Da’wah Centre untuk berkhidmat sebagai Imam Tarawih di Osaka bermula hari ini hingga 23 Mac depan.

Menurutnya, pemilihan itu dilihat sebagai pengiktirafan terhadap pendekatan pendidikan holistik UTM yang menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik, kekuatan rohani dan pembentukan sahsiah mahasiswa.

Ramadan Di Bumi Sakura, Dua Pelajar UTM Galas Amanah Imam Tarawih Di Osaka

“Sebagai antara graduan terbaik 5 Excellence Track Programme (5ETP), Teras TeknoHafiz, kedua-dua mereka dibentuk melalui platform strategik universiti yang menyepadukan penguasaan ilmu profesional, penghayatan al-Quran dan pembangunan keperibadian berteraskan adab.

“Pendekatan itu memastikan mahasiswa bukan sahaja kompeten dalam bidang kepakaran masing-masing, malah memiliki disiplin diri, integriti serta kefahaman tanggungjawab sosial yang tinggi.

“Penglibatan di Jepun juga selari dengan aspirasi UTM ASCEND 2030 yang menekankan pembangunan graduan berilmu, beradab dan berwawasan global,” katanya.

Ramadan Di Bumi Sakura, Dua Pelajar UTM Galas Amanah Imam Tarawih Di Osaka

Ads

Menurut UTM, melalui kerangka ini, universiti memberi penekanan terhadap nilai hormat, amanah, tanggungjawab, kesederhanaan serta keupayaan berinteraksi secara profesional dalam persekitaran pelbagai budaya.

Dalam konteks masyarakat minoriti Muslim di Jepun, peranan sebagai imam bukan sekadar memimpin solat sunat Tarawih, malah menuntut kepimpinan rohani yang berhemah, komunikasi antara budaya yang berkesan serta akhlak terpuji dalam setiap interaksi.

“Penglibatan ini turut mencerminkan komitmen UTM melahirkan graduan yang mampu berperanan sebagai duta ilmu, budaya dan nilai sejagat di peringkat antarabangsa.

Ads

“Selain memimpin ibadah sepanjang Ramadan, kedua-dua graduan berkenaan dijangka menjadi contoh sahsiah dan disiplin yang mencerminkan imej Islam serta reputasi Universiti sebagai institusi pendidikan tinggi yang membina insan seimbang,” jelasnya.

UTM berkata, pihak universiti akan sentiasa menyokong inisiatif yang memperkukuh peranan graduan sebagai khalifah yang membawa manfaat kepada masyarakat dan kemanusiaan sejagat, selari dengan pelaksanaan agenda UTM ASCEND 2030.

“Amanah ini diharapkan dapat digalas dengan baik sekali gus mengharumkan nama UTM di persada antarabangsa,” katanya.

Ads

Ramadan Di Bumi Sakura, Dua Pelajar UTM Galas Amanah Imam Tarawih Di Osaka

Kisah ini bukan sekadar tentang dua pelajar yang terbang jauh ribuan kilometer dari tanah air. Ia tentang bagaimana ilmu dan iman boleh bergerak seiring, membawa nama Malaysia ke bumi asing yang bukan hanya sebagai pelajar, tetapi sebagai duta nilai dan akhlak.

Ramadan kali ini, gema bacaan mereka bukan sahaja mengisi ruang masjid di Osaka, tetapi turut menjadi simbol bahawa anak muda Malaysia mampu bersinar di mana sahaja mereka berada.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: BH Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads