Kenyataan Rasmi Berhubung Isu Video Youth Talk

Merujuk kepada perkara di atas, pihak produksi dan editorial REMAJA terpanggil untuk menjelaskan situasi yang kini diperbesarkan melalui ruangan komen sebuah video yang dimuat naik pada Isnin, 21 Mei 2019.

Dalam video berjudul ‘Perspektif Masyarakat Terhadap STPM’ itu, REMAJA telah menjemput 4 orang panel yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan Aziq Mukhriz sebagai moderator.

Ralat Kenyataan Video Youth Talk: “Lepas SPM Wajar Sambung STPM?”

Di dalam video berdurasi 6 minit tersebut, salah seorang panel Youth Talk telah bercakap mengenai kelayakan pelajar Politeknik untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree). Pelajar tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa pelajar kelulusan Politeknik tidak berkelayakan. Namun setelah diamati inti pati video tersebut, dia secara sukarela ingin memperbetulkan kenyataan tersebut.

IKLAN

Menurutnya, mana-mana pelajar yang mempunyai kelulusan baik dan cemerlang sememangnya layak untuk menyambung pengajian tanpa mengambil kira sama ada dirinya merupakan graduan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM), program Matrikulasi, program asasi, program Diploma, Politeknik dan institusi yang sama taraf dengannya. Semuanya bergantung kepada keputusan pelajar dan usaha yang diterapkan.

 

Satu lagi isu yang ditimbulkan oleh para penonton adalah mengenai jemputan pihak REMAJA ke atas pelajar sekolah menengah untuk membincangkan topik pengajian tertiari walaupun mereka belum menamatkan persekolahan.

IKLAN

Pada hemat REMAJA, ini seharusnya tidak perlu dijadikan sebagai isu memandangkan misi siri Youth Talk ini adalah untuk membahaskan sebarang isu yang sedang melanda pengetahuan massa. Sama ada ia merupakan isu yang berkait rapat dengan para pembahas mahupun isu terbuka, mereka diberikan topik tertentu untuk dibahaskan dalam medium Youth Talk.

Ralat Kenyataan Video Youth Talk: “Lepas SPM Wajar Sambung STPM?”

Sebelum ini menerusi Youth Talk, REMAJA pernah mengangkat topik yang pelbagai termasuklah budaya hiburan K-Pop, isu fitnah di media sosial, sama ada peperiksaan MUET itu masih relevan dan sebagainya.

IKLAN

Oleh itu, REMAJA berharap agar latar belakang para panel tidak dijadikan isu yang membendung golongan remaja semuda usia mereka daripada bergiat aktif dalam bidang perbahasan. Tinggi juga harapan REMAJA agar panel yang diundang untuk siri Youth Talk kali ini dan juga pada siri-siri yang akan datang tidak menerima kecaman yang sebegitu rupa. Siri ini direkodkan secara natural tanpa skrip tertentu dan segala poin yang dikemukakan adalah pendapat yang dilontarkan secara spontan.

Bagaimanapun, pihak produksi REMAJA akan lebih berhati-hati dalam proses penyuntingan video agar poin yang kontroversial, tidak sahih ataupun tidak benar wajar ditarik keluar lebih awal sebelum ia dimuat naik untuk tontonan umum.

Sekian, terima kasih.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI