REMAJA pernah melaporkan mengenai penutupan operasi beberapa syarikat besar di Rusia. Ia dilakukan sebagai respon balas mereka membantah tindakan ketententeraan Presiden Rusia, Vladimir Putin terhadap Ukraine.
Antara yang mengambil tindakan sedemikian rupa termasuklah francais makanan segera popular dari Amerika Syarikat, McDonald’s.
Memetik kata-kata CEO-nya Chris Kempczinski dalam satu pekeliling kepada semua pekerja di sana, 847 buah cawangan McDonald’s di Rusia ditutup buat sementara waktu sebagai mesej kepada kepimpinan Rusia untuk tidak meragut nyawa rakyat Ukraine yang tidak bersalah.
Sehingga kini, agensi pelarian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih daripada 2.1 juta rakyat Ukraine telah meninggalkan negara itu dan memasuki negara jiran.
Ads
*
Walaupun penutupan operasi McDonald’s secara sementara baru saja dilaksanakan Selasa lalu, masyarakat di Rusia terutamanya anak muda mulai gelisah, tidak boleh duduk diam dan mengidamkan menu kegemaran daripada McDonald’s.
Rusia direkodkan sebagai negara keenam yang memiliki operasi francais terbesar di dunia. Sumber Foto : Bloomberg
Khabarnya, sebilangan produk McDonald’s sedang terjual pada harga tidak masuk akal di pasaran gelap ataupun ‘black market’ secara atas talian. Lapor Anadolu Agency, telahpun ada hamburger yang berjaya dijual pada harga USD150 atau kira-kira RM647!
Fuhh, boleh beli puluhan set burger tu di McDonald’s Malaysia.
Ads
Menurut salah seorang penduduk di sana kepada Anadolu Agency, keputusan penutupan operasi ini tidak masuk akal dan menyedihkan. Dakwanya, remaja di sana kini tidak lagi mempunyai kawasan untuk ‘lepak’ dan berbual selepas sekolah memandangkan kafe atau restoran lain menjual menu yang terlalu mahal.
*
Sedikit info mengenai sejarah McDonald’s di Rusia; francais pertamanya telah dibuka pada tahun 1990 di Dataran Pushkin, Moscow.
Menurut laporan Washington Post pada waktu itu, orang ramai sanggup berbaris sepanjang lebih 450 meter di luar pintu McDonald’s pada waktu itu demi mendapatkan pesanan pertama mereka di Rusia.
Ads
Francais McDonald’s pertama di Rusia ini dibuka penuh sensasi apabila rakyat di sama mengerumuni pada 1 Februari 1990. FotoWashington Post.
Kini, cawangan ini telah berubah wajah menjadi lebih kontemporari, menyelesakan dan luas setelah ia melalui proses pengubahsuaian pada tahun 2020.
Keadaan francais yang sama selepas ia melalui proses dekorasi semula pada tahun 2020. Foto : FramewebFoto : Frameweb
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang nak tahu, tanggal 6 November merupakan hari kelahiran Lee Dong Wook, pelakon Korea yang mempunyai darah Siberia. Bukan sahaja kacak dan pandai berlakon tetapi dia juga mempunyai kebolehan untuk menjadi pengacara.
Wow…pakej yang sempurna…
Berbekal pengalaman dalam dunia lakonan selama 20 tahun dalam dunia lakonan, nampaknya tiada siapa yang boleh menyangkal bakat yang ditonjolkan oleh Lee Dong-Wook dalam setiap drama yang diterajuinya terbaru drama “Tale Of The Nine Tailed” yang tengah trending ini.
Penulis salah seorang peminat drama “Tale Of The Nine Tailed” ni…hehe
Menyambut ulang tahun yang ke-39 pada hari ini , rata-rata ramai yang mengucapkan doa yang baik-baik pelakon ini.
Namun, terselit ucapan pendakwah selebriti, PU Azman di laman instagram Lee Dong Wook.
Sehingga mencetuskan pelbagai reaksi lucu warganet dengan gelagat PU Azman atau turut mesra disapa Cik Man yang menghiburkan netizen malah meskipun kisah itu sudah lama diperkatakan namun ia masih mendapat perhatian sekali gus membuatkan orang ramai tidak jemu melihatnya menyakat Lee Dong Wook.
Sumber Instagram Lee Dong Wook .
Paling lucu apabila PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias membuat ucapan tersebut dalam Bahasa Korea.
Vietnam juga antara negara pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti dan travel. Selain destinasi bersejarah dan kawasan melancong menarik sebab utama pelancong memilih ke Vietnam adalah untuk membeli-belah.
Foto Via Photo courtesy of Moc Chau Island Tourist Area
Jika sebelum ini negara China ada jambatan kaca terpanjang di dunia yang terletak di Gunung Huashan dan juga merupakan salah satu laluan pendaki paling bahaya di dunia dan banyak lagi.
Terbaru, Vietnam dilaporkan bakal membuka sebuah jambatan kaca sepanjang 632 meter yang akan dibuka kepada pelancong tidak lama lagi, dipercayai merupakan jambatan kaca terpanjang di dunia, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.
Pegawai-pegawai pulau pelancongan Moc Chau di wilayah Son La berkata, jambatan Bach Long itu akan dibuka pada 30 April ini sempena cuti Hari Penyatuan Semula.
Butiran mengenai Bach Long diserahkan kepada Guinness World Records untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai jambatan kaca terpanjang di dunia.
Rekod semasa kategori itu menjadi milik jambatan kaca sepanjang 429.98 meter yang dibina di atas Ngarai Besar Zhangjiajie di wilayah Hunan, China.
Geladak jambatan itu diperbuat daripada kaca kukuh yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka Perancis, Saint Gobai dan mempunyai tiga lapisan setebal 40 milimeter.
Menurut pihak berkuasa pelancongan Vietnam, hanya 500 pelancong akan dibenarkan berada di atas jambatan itu pada satu-satu masa kerana mengambil kira faktor keselamatan. – Agensi
Fuh, dengar pun dah seram. Kalau korang berani tak nak cuba?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika sebelum ini banyak kematian akibat Covid-19 terdiri daripada warga tua atau yang mempunyai penyakit kronik tetapi tidak sekarang ye guys!
Semalam kes kematian harian di negara mencatatkan angka tertinggi akibat jangkitan Covid-19 iaitu sebanyak 126 kes. Peningkatan hari demi hari ini sangat merisau kan semua pihak.
Kes kematian yang meningkat sehingga tiga angka ini melibatkan 29 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Kelantan, 11 kes di Johor, 10 kes di Kedah, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing lima (5) kes di Melaka dan Terengganu, empat (4) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Perak, serta satu (1) kes di Pulau Pinang.
126 kematian dilaporkan hari, kematian harian tertinggi sejak pandemik melanda negara kita.
✅29 kes di Selangor
✅18 kes di Kuala Lumpur
✅14 kes di Negeri Sembilan
✅12 kes di Kelantan
✅11 kes di Johor
✅10 kes di Kedah
✅ 8 kes di Labuan
✅ 5 kes di Melaka, Terengganu
Ajal maut ditangan Allah, walaupun baru berusia dua 20-an, dua gadis tanpa sebarang latar belakang penyakit turut maut sekaligus membuktikan wabak ganas ini boleh menyerang tanpa mengira siapa.
Mangsa pertama dengan nombor kematian 2921, berasal dari Kelantan dan berusia 27 tahun meninggal dunia di Hospital Machang.
Mangsa kedua dengan nombor kematian 2933, berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan dan berusia 26 tahun meninggal dunia di Hospital Labuan.
Berikut pula merupakan ringkasan kes kematian berkaitan COVID-19 yang dilaporkan semalam.
Al-fatihah dan takziah kami ucapkan kepada semua mangsa Covid-19 dan keluarga mangsa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!