Kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada lima tahun lalu, kini selebriti Korea yang merupakan penyanyi, pelakon dan penari, Bi Rain sekali lagi bakal kembali ke sini untuk membuat persembahan sempena Betadia Night di Axiata Arena Bukit Jalil.
Difahamkan, konsert yang berlangsung pada 27 Ogos ini turut menampilkan dua penyanyi tempatan iaitu Andrew Tan dan Jess Lee yang bakal berkongsi pentas bersama selebriti popular Korea itu.
Andrew merupakan penyanyi Mandapop yang sudah lama menceburi bidang nyanyian sejak tahun 2006 selepas memenangi pertandingan Astro Talent Quest di Malaysia dan TVB International Chinese New Talent Singing Championship di Hong Kong.
Jess Lee pula memulakan karier menyanyi selepas menjadi juara dalam pertandingan nyanyian televisyen popular One Million Star musim ketujuh dan berjaya mengumpulkan markah tertinggi serta memecah rekod pada pusingan akhir.
Apa yang menariknya, Betadia Night adalah persempahan percuma yang memberi peluang kepada peminat menyertai peraduan untuk mendapatkan tiket dalam talian secara percuma.
Bagaimana caranya? Korang perlu mendaftar secara oline dan untuk mendapatkan maklumat serta cara mendaftar, ikuti laman Facebook Betadia Malaysia
So guys, kalau korang peminat Rain jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket menonton persembahan selebriti Korea ini. Rebut tiket selagi masih ada!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli kumpulan iKON, Bobby telah melakukan pengumuman mengejut dan memaklumkan akan mengahwini kekasih hatinya yang sedang berbadan dua dan bakal melahirkan anak mereka pada bulan depan.
Berita ini dikongsi menerusi hantaran terbarunya di Instagram dengan memuat naik surat tulisan tangannya sendiri.
“Hello, ini Bobby iKON. Ada sesuatu yang benar-benar ingin saya ceritakan hari ini, jadi saya menulis ini setelah lama berfikir.
Saya telah berjanji untuk berkahwin dengan orang yang saya sayangi.
Saya juga akan menjadi bapa pada bulan September.
Saya gembira dapat mengalu-alukan ahli keluarga baru, tetapi saya meminta maaf kepada peminat yang terkejut dengan berita ini.
Saya sepatutnya memberitahu anda lebih awal, tetapi saya minta maaf kerana saya terpaksa merahsiakannya dahulu atas alasan tersendiri.
Saya merasakan tanggungjawab yang berat kerana saya menganggap saya telah menimbulkan beban emosi yang besar kepada orang-orang yang selalu menolong dan menyokong saya yang kekurangan banyak dalam banyak hal.
Saya dengan tulus meminta maaf kepada orang-orang yang terluka atau keliru dengan berita saya.
Saya berjanji akan menjadi orang yang tidak memalukan ibu bapa saya bersama dengan ahli dan peminat iKON yang telah menjadikan diri saya sebagai individu yang diperlukan di dunia ini.
Lebih daripada itu, saya akan bekerja lebih keras lagi untuk tidak membahayakan anggota dan peminat yang sedang menunggu aktiviti iKON.”
Tahniah diucapkan kepada Bobby dan diharap para peminatnya memahami situasi dan menghormati jkeputusannya untuk melangkah ke fasa kehidupan seterusnya.
Kehidupan sebagai remaja jauh menyeronokkan. Tak banyak pun kena fikir kecuali menjaga hubungan dengan Allah. Baik dengan mak ayah. Buat simpanan untuk masa depan selain lakukan hal-hal positif.
Lain dengan orang berkahwin. Ada hati isteri atau suami yang perlu dijaga. Kena tahu bagaimana nak ambil hati keluarga mentua. Perlu fikirkan bagaimana nak tambah pendapatan sebab nak bayar duit ansuran rumah dan kereta. Itu belum lagi perlu menjaga anak-anak selain banyak masalah lain.
Jadi memang senangkan jadi orang bujang. Tak banyak masalah kalau kita tak cari masalah itu datang. Paling utama semangat kena kuat, usaha perlu lebih dan tahu apa perlu dibuat.
Wow, memang mencabar betul berbasikal ke puncak gunung Annapurna ini. Macam-macam halangan dilalui
Baca perkongsian pelajar Ijazah Sarjana Microbiologi dari Universiti Putra Malaysia, Leftenan Muda Akmal Hayat Abdul Karim (PSSTLDM) yang mengikuti cabaran menakluk Puncak Annapurna, Nepal antara gunung yang paling berbahaya di dunia dengan hanya berbasikal.
Inspirasi 10 wakil Malaysia dengan tiga darinya wanita membukti bahawa Malaysia Boleh dalam Ekspedisi Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit pada 4-21 Mei tahun lalu di mana kesemuanya berjaya mengelilingi puncak Annapurna.
Happy bila misi tercapai. Malaysia Boleh!
Di sebalik kejayaan dicapai, biar sudah lima bulan kejayaan manis dirasai, Akmal Hayat yang lebih senang dipanggil Hayat, menceritakan kembali bagaimana dia sebenarnya seperti menempah mautnya sendiri kerana pada ketinggian 3500 meter, dia diserang sindrom Altitude Mountain Sickness (AMS) di mana tubuhnya mulai kekurangan oksigen.
“Pada ketinggian 3500 meter, saya mulai mengalami tanda-tanda diserang AMS. Tak lalu nak makan. Terasa loya dan pening. Kami memang practice tidak membawa tong oksigen ke puncak bagi mengurangkan beban kayuhan. Masa yang sama, kami memakai baju tebal kerana cuaca sentiasa berubah-ubah. Anginnya terlalu sejuk. Bukan saja saya, tapi dua peserta juga sudah mulai alami AMS.
“Tapi saya tetap teruskan kayuhan sejauh 30 km sehari bagi menghabiskan ekspedisi ini. Mencapai tahap ketinggian 4200, muka saya mulai kebiruan. Apa yang saya makan semuanya dimuntahkan kembali. Tubuh memang sudah lembik.
Disaat tenaga makin kurang, mental perlu kuat hadapi cabaran
“Tapi bila memandang ke puncak Annapurna, saya rasakan puncak itu sangat dekat di hati. Sepatutnya dalam peraturan pendakian, jika terkena serangan AMS, kita perlu turun ke bawah bagi mengelak rosiko kematian.
“Tapi saya memohon kepada Allah SWT, berilah saya peluang untuk mengelilingi dan menawan puncak Annapurna ini. Saya nekad untuk meneruskan kayuhan. Tapi baru sekali dua kayuh, pandangan saya semakin berat.
“Memandangkan circuit ke puncak amat sempit, kami perlu bergilir-gilir meneruskan kayuhan dengan amat perlahan. Ada ketika kami perlu memikul basikal di bahu kerana laluannya sangat sempit dan licin.
“Tapi inilah cabaran yang saya lakukan kepada diri sendiri. Dalam orang lain melihat saya seperti tidak boleh, saya tetap berbasikal juga. Alhamdulilah, akhirnya saya berjaya ke puncak pada ketinggian 5416 meter iaitu di Thorung La Pass.
“Kami memulakan kayuhan di Besisahar pada ketinggian 760 meter dan selepas sampai di puncak tertingginya, Thorung La Pass (5416 meter), kami kemudian menuruni puncak dari laluan berbeza dan tamat di Pokhara pada ketinggian 827 meter.
Ketika menamatkan kayuhan, hanya rasa syukur mampu saya ucapkan. Ya Allah, memang rasa bangga pada diri sendiri kerana saya akhirnya berjaya membuktikan tiada apa yang mustahil,” katanya berkongsi pengalaman.
Semakin tinggi menuju ke puncak, salji menunggu. Cuaca kadang gelap, kemudian cerah secara tiba-tiba
Miliki berat 90 kg tapi itu bukan halangan
Pelajar Sains ini memang sudah lama terlibat aktif dalam sukan berbasikal. Dia mencabar keupayaan diri kerana berat badannya mencecah 90 kg.
Di saat orang lain berasa mustahil kerana berat badan, Hayat akui dia tidak terfikir begitu. Dia mahu buktikan berat badan bukan halangan untuk berbuat sesuatu yang disukainya, kata anak bongsu dari lima beradik ini.
Kalau tak kuat semangat, memang tak sampai ke puncak jadinya
Baginya berat badan bukan soal tetapi semangat paling utama. Sebelum terpilih bersama 9 orang peserta ekspedisi ini, dia terpaksa bersaing dengan 116 peserta sebelum saringan demi saringan dilakukan.
“Setiap hari, kami disyaratkan perlu berbasikal sejauh 100. Selepas solat Subuh, saya mulai mengayuh dari kampus, UPM menuju ke Putrajaya. Pusing-pusing Putrajaya sebelum kembali semula untuk ke kuliah. Alhamdulillah, saya mampu mengurus masa dengan baik selama tiga bulan sebelum ekspedisi ini bermula.
Kongsi Hayat lagi, dari 116 yang datang, kemudian tinggal 20 peserta sebelum 10 terpilih mengikuti Ekspedisi Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit di mana dia adalah peserta termuda sekali.
Bakal menamatkan pengajian Januari tahun depan, kata Hayat dia sudahpun ditawarkan oleh pensyarahnya untuk mengikuti Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Sains yang amat diminatinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Shila Amzah mencadangkan agar pihak penganjur Anugerah Juara Lagu (AJL) mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah hadiah utama atau menyediakan saguhati kepada semua finalis.
Menerusi ciapan di X, penyanyi lagu Khilaf Asmara itu memaklumkan kos yang ditanggung oleh finalis untuk menyediakan persembahan terbaik di pentas AJL adalah tinggi, dan hadiah kemenangan seharusnya lebih setimpal dengan usaha yang dilakukan.
“Berdasarkan jumlah artis dah berbelanjakan untuk pentas AJL kan, macam dah boleh naikkan duit grand prize itu.
“Atau macam kena ada hadiah (duit) saguhati at least kepada semua finalis sebab semua spend itu,” tulisnya.
Cadangan Shila tersebut secara tidak langsung mendapat sokongan ramai daripada netizen, rata-rata bersetuju bahawa hadiah kemenangan perlu sepadan dengan usaha dan kos yang dikeluarkan oleh para peserta.
Beberapa pengguna juga mengingatkan bahawa pentas AJL memerlukan pelaburan besar, termasuk kos pakaian, props, efek pentas, dan tenaga kerja bagi memastikan persembahan yang memukau.
Setakat ini, pihak penganjur belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.
Sekadar info, Marsha Milan dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara LaguKe-39 (AJL39), menerusi lagu balada, Hening Rindu, pada malam Ahad
Kejayaan itu menyaksikan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi AJL39.
Naib juara AJL 39 menjadi milik lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera Zaini ciptaan dan lirik oleh Hael Husaini dan Iqie Hugh, sekali gus menyaksikan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Menduduki tempat ketiga, lagu Saksama nyanyian Akim & The Majistret ciptaan Akim & The Majistret dan lirik oleh Bunga Cantik, melayakkan mereka menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Enie Zakri yang mempertaruhkan lagu Aura memenangi kategori Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang trofi dengan bersama wang tunai RM12,000.
Seterusnya, kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000 dan trofi menjadi milik Aina Abdul selepas mempamerkan persembahan berkonsepkan jantung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: X Shila Amzah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...