Setiap kali Hari Raya Aidilfitri pastinya seisi keluarga meluangkan masa bersama dengan menonton tayangan menarik di kaca televisyen. Inilah masanya untuk kita berkumpul mengeratkan lagi silaturahim bersama sanak saudara yang lain.
Tahun ini Aidilfitri pastinya disambut lebih meriah kerana sudah dua tahun kita tidak dapat meraikannya bersama insan tersayang. Apa yang menariknya lagi, Astro juga menawarkan 190 program istimewa sepanjang Syawal ini untuk ditonton bersama keluarga.
Pengisian Syawal kali ini bakal dimeriahkan dengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi hiburan variasi ‘Raya Specials’, komedi muzikal, koleksi filem-filem blockbuster tempatan dan antarabangsa, drama bersiri popular, telefilem khas Aidilfitri yang menampilkan barisan selebriti popular tanah air.
Ads
Bagi peminat program ‘signature’ pula, program terbaharu ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan akan memulakan siarannya mulai 20 mei 2022, setiap Jumaat pada pukul 9 malam di Astro WARNA.
Selain itu juga, jangan lepaskan peluang untuk menonton lakonan Hero Remaja 2022, Nadhir Nasar dalam filem pendek berdurasi 20 minit yang berjudul ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’. Filem pendek ini berkisarkan tentang seorang anak muda yang terkesan dengan penangan pandemik yang kehilangan pekerjaan serta harta benda dan ia sarat dengan mesej yang cukup bermakna untuk dijadikan teladan bersama.
Ads
Nantikan tayangannya secara eksklusif di Astro GO menjelang Hari Raya pertama, 3 Mei 2022 pada pukul 8.30 malam serta di saluran-saluran televisyen Astro pada 3 Syawal, 5 Mei 2022 pada pukul 8.00 malam.
Sambutan perayaan Aidilfitri pastinya tidak lengkap tanpa diserikan dengan koleksi filem-filem terlaris tempatan dan telefilem khas Raya. Di Astro Ria, korang boleh mengikuti tayangan tiga buah filem pecah panggung seperti ‘Penunggang Agama 2’, ‘18 Puasa di Kampung Pisang’, ‘Kampung Pisang Muzikal’ dan enam buah telefilem istimewa Syawal, termasuklah ‘Raya Talak Satu’, ‘Peti Ais Mak’, ‘Menantu ke Isteri Untuk Abah’, ‘Nyanyuk’, ‘Angah’ dan ‘Jangan Masuk Rumahku’ yang akan bersiaran setiap hari dari 1 hingga 6 Syawal pada pukul 10 pagi.
Ads
Nah, ada banyak lagi program menarik yang ditayangkan di Astro Syawal ini untuk korang tonton. Sambil beraya, jangan lupa berhibur dengan tayangan-tayangan yang disediakan okay? Selamat Hari Raya guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Melur Untuk Firdaus berjaya mencipta fenomena apabila gandingan Anna Jobling dan Meerqeen nampaknya menerima sambutan luar biasa bukan hanya dari peminat di Malaysia, malah pasangan ini juga turut dikenali di Indonesia.
Drama 28 episod itu memperlihatkan ‘chemistry’ yang terjalin diantara pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen bersama finalis Dewi Remaja 2018/2019, Anna Jobling.Walaupun baru pertama kali memegang watak utama dalam sebuah drama, Anna tidak mengecewakan penonton, malah menerima pujian kerana lakonannnya yang bersahaja.
Melur untuk Firdaus bukan hanya berjaya meraih perhatian peminat di Malaysia, malah drama itu juga menjadi fenomena sehingga mendapat tempat di hati peminat di negara jiran, Indonesia.
Terbaharu, kedua-dua selebriti ini telah berkunjung ke Indonesia atas urusan kerja, namun apa yang mengejutkan Anna dan Meerqeen diserbu peminat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta.
Finalis Dewi Remaja 2018/2019 turut memuat naik video di laman instagramnya dan memberitahu bahawa mereka sudah sampai di Jakarta. Semalam juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Anna Jobling dan menurutnya, dia telah menerima banyak hadiah daripada peminat dan mengucapkan terima kasih atas hadiah-hadiah tersebut serta diraikan luar biasa di sana (Jakarta).
Betul-betul hebat penangan Anna Jobling dan Meerqeen dalam Melur Untuk Firdaus sehingga dirai seperti ini di Indonesia. Semoga korang terus sukses dalam meneruskan kerjaya sebagai penghibur di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Winter Sonata antara drama Korea pertama yang menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 2002 yang lalu. Maka, tidak hairanlah jika masyarakat di negara kita gemar menonton K-Drama.
Antara drama Korea lain yang hit pada era 2000-an adalah Autumn In My Heart, Coffee Prince, Full House, Successful Story of a Bright Girl dan banyak lagi.
Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanalah agaknya wajah mereka sekarang kan? Jom kita lihat antara himpunan gambar pelakon-pelakon lelaki Korea yang terkenal era 2000-an dulu dan sekarang yang dikongsi oleh Kakimuvee.
Baru-baru ini kami ada menyiarkan berita tentang beberapa team produksi drama di Korea terpaksa ditunda kerana salah ramai pelakon yang terlibat menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19. Sungguh, virus ini tidak mengenal mangsa dan risikonya juga tinggi lebih-lebih lagi jika dijangkiti pada golongan warga emas.
Terbaru, pengarah terkenal Kim Ki Duk dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 semasa berada di Latvia, Eropah. Menurut sumber, pengarah itu tiba di Latvia pada pertengahan November dan dirawat di hospital kerana mengalami gejala koronavirus.
Kredit foto: The Week
Namun, rawatan yang dijalankan tidak berjaya dan dia meninggal dunia selepas dua hari dimasukkkan ke hospital.
Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar khususnya buat industri filem Korea kerana Kim Ki Duk merupakan satu-satunya pengarah di Korea Selatan yang memenangi ketiga-tiga festival filem utama di Eropah; Cannes, Venice dan Berlin.
Antara filem terkenal yang diarahkan olehnya termasuk 3-Iron, Samaria, Arirang, Spring, “Summer, Fall, Winter…and Spring” dan One on One.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga masyarakat kita lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga SOP yang diarahkan.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...