Pelakon dan usahawan terkenal Korea Selatan, Goo Hye Sun, baru-baru ini mencuri perhatian apabila menerima pengiktirafan berprestij daripada KAIST dalam kategori Bakat Kreatif di mana beliau menjadi salah seorang daripada 19 individu dan pasukan yang dipilih dibawah strategi budaya KAIST, yang menilai kecemerlangan berdasarkan lima tonggak utama iaitu bakat kreatif, penyelidikan, globalisasi, penciptaan nilai teknologi serta kepercayaan dan komunikasi.
Memetik laporan media tempatan, pengiktirafan ini diraih Goo Hye Sun ketika sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di KAIST Graduate School of Future Strategy. Ia sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai figura serba boleh yang berjaya menyeimbangkan akademik, seni dan keusahawanan.
Lebih menarik, anugerah tersebut diterima seiring peluncuran inovasi terbarunya dalam industri kecantikan iaitu rol rambut jenis rata yang direka khusus sebagai alternatif lebih selesa dan mesra alam berbanding rol konvensional. Difahamkan, produk berkenaan menampilkan penggunaan plastik yang dikurangkan sehingga 80 peratus, menjadikannya seiring dengan tren kecantikan mampan yang semakin mendapat perhatian pengguna global.
Ads
Kredit foto: Goo Hye SunKredit foto: Goo Hye Sun
Di samping itu, rekaan rol rambut tersebut turut mengetengahkan konsep kecantikan sebagai sebahagian daripada naratif budaya, selaras dengan kecenderungan beliau yang sering menyatukan nilai seni dan fungsi praktikal dalam setiap projeknya. Sentuhan kreatif ini membolehkannya menonjol di tengah-tengah persaingan industri kecantikan Korea yang terkenal kompetitif.
Sejak ia dilancarkan, produk inovatif itu menerima reaksi positif daripada pengguna yang memuji reka bentuknya yang ‘stylish’ serta keselesaannya, walaupun tanpa mencubanya secara fizikal. Penerimaan awal yang menggalakkan ini turut dibantu oleh strategi pemasaran berasaskan gaya hidup yang menekankan elemen estetik dan kemudahan penggunaan.
Ads
Rol rambut tersebut kini boleh didapati melalui pelbagai platform runcit, baik dalam talian mahupun kedai fizikal. Ketersediaannya secara meluas dijangka meningkatkan lagi jenama yang diusahakan oleh pelakon yang popular menerusi drama Boys Over Flower dan Angel Eyes itu.
Kredit foto: Goo Hye SunKredit foto: Goo Hye Sun
Sementara itu, menerusi kejayaan produk serta pengiktirafan rasmi daripada KAIST, Goo Hye Sun terus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon kreatif yang versatil. Dedikasinya dalam menggabungkan reka bentuk mampan, inovasi teknologi dan kepekaan artistik membuktikan bahawa beliau bukan sekadar selebriti, tetapi seorang usahawan visioner.
Ads
Pencapaian terbaharu ini turut mengukuhkan reputasi beliau sebagai bintang inspirasi yang tidak gentar meneroka pelbagai bidang, sekaligus terus relevan dalam industri hiburan, akademik dan keusahawanan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu demi satu kejayaan yang diraih oleh selebriti popular dan usahawan wanita muda, Noor Neelofa Mohd Noor apabila Dewi Remaja 2009/10 kini melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan memperkenalkan jenama pakaian Lofa Brand.
Hasil kerjasama bersama sebuah syarikat yang berpangkalan di United Kingdom, buat permulaannya Lofa Brand memasarkan pakaian street wear, iaitu sweatshirt dan sweater ‘hoodie’ yang bercetak LOFA di bahagian hadapan koleksi tersebut.
Macam goreng pisang panas, rata-rata daripada koleksi ini sudah pun sold out selepas beberapa hari dikeluarkan.
Iye la, siapa yang tak nak menyimpan koleksi istimewa jenama fesyen dari Neelofa kan? Semua orang tahu tentang fashion sense yang ada pada selebriti cantik ini, jadi tak hairanlah kalau personaliti ini sudah memasuki pasaran industri fesyen.
Koleksi Human
Terbaru, jenama fesyen ini mengeluarkan koleksi Human yang diinspirasi daripada peristiwa serangan masjid di New Zealand. Ketika ditemuinya baru-baru ini, Neelofa berkongsi kisah disebalik jenama baru yang diperkenalkannya ini.
“Saya mahu bawa mesej dalam setiap koleksi jenama Lofa Brand. Malah, material yang digunakan pada setiap helaian koleksi pakaian pula amat berkualiti tinggi. Ia selesa dan tidak panas mengikut kepada cuaca di Malaysia,”
“Memamg saya ingin mengeluarkan koleksi pakaian yang ringkas memandangkan saya sendiri memakai pakaian tersebut. Jadi, saya memilih material yang sesuai untuk dipakai di negara kita,” jelas Neelofa.
Melancarkan koleksi Human ini pada 5 Ogos lepas, korang boleh mendapatkan merchandise terbaru dari Lofa ini melalui online dan mengambil masa 7 hari untuk proses penghantaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah, resepsi di antara pelakon, Farah Nabilah dan suami, Amirul berlangsung gemilang semalam.
Ternyata, Farah bijak memilih pereka fesyen duo, Rizman Ruzaini untuk menyiapkan dress bagaikan puteri semalam.
Selain Farah, jemputan selebriti yang bertandang ke majlis mereka turut tak melepaskan peluang untuk ‘melaram’. Jom tengok.
01
Scha Alyahya
Ditemani oleh suami, Awal Ashaari yang bertindak selaku pengacara majlis, Scha kelihatan elegan dalam persalinan biru gelap dengan trend puffed sleeves popular kini.
02
Mira Filzah
Pada pandangan kasar, Mira mungkin kelihatan minimal dalam sarungan baju kurung polos oleh Merah Jambu. Namun itulah keinginan Mira sewaktu proses rekaan – klasik dan tak ditelan zaman.
03
Syamim Farid
OMG, Syamim kelihatan cukup glamor dalam persalinan merah Samm Republic.
04
Izara Aishah & Tya Ariffin
Ke mana saja dua orang menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini pergi, pastinya mata tak terlepas daripada memberikan tumpuan kepada mereka.
05
Fazura
Selain daripada dress hijau zamrud yang menurut trend terkini, pasti ramai terkejut bila mendapat tahu Fazura menyiapkan solekannya sendiri semalam!
06
Siti Saleha
Turut menggayakan tas tangan daripada Dior sama seperti Scha Alyahya, Siti Saleha kelihatan ayu dalam persalinan tradisional moden. Macam nak bertunang sekali lagi, hehe..
*
Stail siapa yang menjadi kegemaran kamu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang tak tahu, bantuan ePENJANA RM50 akan dikreditkan ke akaun e-wallet korang bermula 31 Julai yang lepas. Ini merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disediakan untuk membantu beberapa sektor ekonomi yang terkesan akibat COVID-19.
Inisiatif ini bagus sebab sekarang lebih ramai yang memilih untuk menggunakan contactless payment bagi mengehadkan sentuhan.
Lagi-lagi bila korang memang pengguna Boost! Korang akan dapat RM50 dari ePENJANA dan pada masa sama korang boleh dapat reward dan tawaran menarik dengan kempen Boost’s ini.
Jom tengok apa yang korang boleh dapat kalau tuntut menggunakan Boosts!
Untuk info korang, kempen Boost’s #KasiTambah menawarkan faedah dan ganjaran menarik termasuk peluang membawa pulang kereta Perodua Myvi atau motosikal Yamaha bagi melengkapkan kredit RM50 ePENJANA yang diberikan kerajaan.
Menurut syarikat itu, bagi menuntut kredit RM50 ePENJANA dengan Boost, pengguna perlu melakukan proses pengesahan akaun eKYC (Know Your Customer) serta memuat turun dan menjadi pengguna berdaftar di MySejahteraApp.
“Sepanjang empat bulan lepas, rakyat Malaysia telah menjalani gaya hidup digital yang mana penggunaan e-dompet telah menjadi tabiat pembayaran mereka setiap hari. Kami percaya insentif RM50 ePENJANA akan menggalakkan lagi penggunaan meluas e-dompet dalam kalangan rakyat Malaysia” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khairil Abdullah.
Menangi bonus bulanan!
Penuntut insentif yang berjaya turut berpeluang memenangi hadiah bulanan termasuk
• Perodua Myvi 1.5L AV AT 2020
• Motosikal Yamaha Y15ZR
• Samsung S20 Ultra
• TV Pintar Samsung 50-inci 4K
Insentif RM50 e-PENJANA bermula secara rasmi hari ini dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000 berdasarkan kepada rekod terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan menjadi pengguna berdaftar MySejahtera App.
Kempen Boost’s #KasiTambah menawarkan faedah dan ganjaran menarik termasuk peluang membawa pulang kereta Perodua Myvi atau motosikal Yamaha bagi melengkapkan kredit RM50 ePENJANA yang diberikan kerajaan.
So, jangan lupa untuk tuntut RM50 ePENJANA korang dengan Boost okay. Inform member korang sekali supaya mereka tak lepaskan peluang menarik ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...