Wanita berusia 33 tahun ini bukanlah asing dalam dunia penyiaran di Malaysia, dia pernah bergelar penyampai di Astro Awani dan kemudiannya begitu dikenali sebagai salah seorang wajah hadapan Astro GoShop yang merupakan saluran televisyen membeli belah popular kini.
Pemilik nama penuh Nur Syakirin binti Husnal Az’hari ini bukanlah calang-calang orangnya, petah berbicara di hadapan kaca televisyen dan memukau pandangan saat menjadi pengacara majlis, dia juga seorang insan yang cemerlang dalam akademik. Buktinya, baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana.
Merupakan graduan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran), ibu kepada dua cahaya mata ini berjaya menamatkan pengajiannya dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.98.
Ekoran kecemerlangannya, dia dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK. Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Syakirin berkongsi, “Alhamdulillah, ia bukan sahaja memerlukan kemahuan yang hebat tetapi juga melibatkan kerja keras dedikasi, disiplin diri dan kasih sayang daripada keluarga, sahabat dan team di UNIRAZAK.”
Ads
Bersama suami yang banyak memberikan sokongan.
Menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang apatah lagi bergelar seorang wanita yang berkerjaya dan dalam masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah mudah. Syakirin berkongsi yang sepanjang pengajiannya dia sempat mengandung dan melahirkan anak, melakukan kerja luar, menyertai aktiviti kokurikulum ekstra dan menguruskan kempen pilihan raya.
“Alhamdulillah, saya mempunyai sistem sokongan yang kuat. Dan sudah tentu, saya banyak berkorban untuk berada di mana saya berada. Dan kebanyakannya, saya mengorbankan masa lapang saya. Tiada yang lebih menggembirakan anda selain dapat melihat hasil jerih payah anda,” kongsinya apabila ramai bertanya bagaimana dia berjaya menamatkan pengajiannya walaupun sibuk.
Ads
Di set Astro GoShop
Sedikit mengenai latar pendidikannya, menurut maklumat di Linkedin, Syakirin mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Korea. Dia juga merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan dari Donyang Mirae University dan Yonsei University, Korea Selatan.
Menamatkan khidmatnya bersama Astro selepas 11 tahun berkhidmat di syarikat penyiaran terbesar negara itu, menurut perkongsian di laman Instagramnya, Syakirin kini bekerja dalam sektor kerajaan.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa je yang tak ingat lirik lagu ikonik berkaitan dengan kemerdekaan negara kita ni kan? Masa sekolah dahulu 11 tahun kena nyanyi
Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, stesen MRT Merdeka ada buat satu paparan dinding khas yang dipanggil ‘pit stop’ buat semua warganegara Malaysia.
Menerusi perkongsian foto di Twitter @MyrapidKL, paparan dinding tersebut dipenuhi dengan rukun negara yang memang awesome habis!
Stesen Merdeka merupakan ‘pit stop’ menarik buat anda kerana ianya direka khas sempena peristiwa 31 Ogos 1957.
Marlizanmusti, Polis Bantuan Prasarana berkata, masih ramai yang tidak menghafal rukun negara, apatah lagi untuk memahaminya. pic.twitter.com/lDYV11hQbn
Jadi dengan paparan dinding di Stesen MRT Merdeka ini, diharap dapat mengingatkan kembali rakyat Malaysia tentang Hari Kemerdekaan dan juga Rukun Negara. pic.twitter.com/wlpPxIcZeX
Berita gembira buat peminat K-Pop tempatan apabila MONSTA X secara rasmi mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia menerusi konsert jelajah dunia ‘The X: Nexus’ yang akan berlangsung beberapa bulan lagi sekaligus menambah senarai konsert besar K-Pop yang bakal diadakan di Kuala Lumpur tahun ini.
Menerusi perkongsian menerusi aplikasi X rasmi kumpulan itu, Kuala Lumpur tersenarai sebagai salah satu hentian tambahan bagi jelajah The X: Nexus, selepas kumpulan tersebut terlebih dahulu mengumumkan persembahan di beberapa bandar antarabangsa termasuk Bangkok, Jakarta dan Taipei. Selain Malaysia, Hong Kong dan Macau turut diumumkan sebagai destinasi baru jelajah berkenaan.
Konsert MONSTA X di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 28 Mac ini, Sabtu, bertempat di Mega Star Arena. Pemilihan tarikh dan lokasi ini dijangka menarik kehadiran ribuan peminat memandangkan sambutan luar biasa yang sering diterima kumpulan tersebut setiap kali mengadakan persembahan di rantau Asia.
Untuk pengetahuan, konsert ini dianjurkan oleh MXE Entertainment dengan kerjasama T-Rex Studio. Setakat ini, maklumat lanjut berhubung penjualan tiket termasuk harga dan pelan tempat duduk masih belum didedahkan. Namun, peminat dinasihatkan untuk bersedia dan menantikan pengumuman rasmi daripada pihak penganjur dalam masa terdekat.
Lebih menarik, kehadiran MONSTA X yang dianggotai oleh Shownu, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney, dan I.M ke Kuala Lumpur kali ini amat dinanti-nantikan kerana ia menandakan kepulangan semula kumpulan tersebut ke Malaysia selepas hampir tujuh tahun. Kali terakhir MONSTA X bertemu peminat tempatan adalah menerusi konsert jelajah ‘We Are Here’ yang berlangsung pada tahun 2019.
Sepanjang perjalanan kerjaya mereka, MONSTA X dikenali sebagai antara kumpulan K-Pop yang memiliki identiti muzik tersendiri serta persembahan pentas yang penuh bertenaga. Jelajah dunia ‘The X: Nexus’ juga dilihat sebagai platform penting buat kumpulan ini untuk terus mengukuhkan pengaruh mereka di peringkat antarabangsa.
Di samping itu, para peminat terutamanya Monbebe disarankan untuk terus mengikuti perkembangan terkini menerusi akaun media sosial rasmi MXE Entertainment dan T-Rex Studio bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai konsert MONSTA X ‘The X: Nexus’ di Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persepsi orang kita “kulit cerah itu cantik manakala kulit gelap pula tidak menarik”.
Buktinya, kini tidak kira para gadis, wanita mahupun lelaki lebih cenderung menghabiskan wang ringgit melakukan rawatan pemutihan serta mengambil minuman tambahan agar berhasil mendapatkan kulit secerah awek Kpop. Paling merisaukan mereka ini tidak menghiraukan kesihatan diri dimasa akan datang.
Baru-baru ini, pelakon berbakat besar, Nabila Huda meluahkan kehairanan beliau apabila kebanyakan kaum wanita obses untuk memiliki warna kulit yang cerah berbanding sawo matang.
Menerusi ciapan dikongsikan di laman Twitter, pemilik nama Nabila Huda Suhaimi berpendapat warna kulit asli wanita Melayu adalah cantik dan unik.
“Kenapa ramai perempuan Melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obses nak berkulit putih?”ciapnya.
Anak kepada penyanyi lagenda, Amy Search ini turut berkata, setiap wanita berkulit sawo matang seharusnya berbangga kerana warna berkenaan sangatlah ‘seksi’ dan mempunyai daya tarikan sendiri.
‘Beauty Standard’ Asia
Rata-rata warganet meninggalkan komen bersetuju dengan pandangan Nabila Hu dengan mengatakan kulit asli setiap wanita Melayu adalah cantik. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman dan pendapat bahawa ada pihak meletakkan aras kecantikan seseorang wanita perlulah memiliki kulit cerah, barulah dikategorikan sebagai cantik.
Sebelum ini, Nabila Huda berbangga kerana tidak pernah mengambil sebarang pil pencerahan kulit meskipun bergelar seorang anak seni. Malah, beliau, menyatakan dia bangga dan bersyukur memiliki kulit yang sempurna, sawo matang kerana ia melambangkan ciri-ciri seorang wanita Melayu terakhir.
Tengok, kulit semulajadi dan gelap pun cantik tau…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.