Satu ketika dahulu Malaysia pernah viral kerana seorang lelaki yang dikatakan mempunyai rupa paras seperti Shah Rukh Khan, namun ia hanyalah salah faham kerana gambar tersebut adalah hasil daripada suntigan foto.
Lain pula di negara jiran kita Indonesia, seorang lelaki yang merupakan TikTokers menjadi tular kerana sering memuat naik video Hindustan dan menganggap dirinya sebagai Shah Rukh Khan.
Dikenali sebagai Rahul Aceh, video yang dimuat naik dua hari lepas di laman TikTok @rahuljunior1213 sudah pun mendapat lebih daripada 8 juta tontonan dan menerima hampir 30 ribu komen.
Paling menghiburkan apabila netizen turut meninggalkan komen mencuit hati di video tersebut.
Ads
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa lelaki ini memang mempunyai iras-iras Shah Rukh Khan.
Ads
Sehingga kini, Rahul Junior telah pun mempunyai lebih kurang 205 ribu followers dengan 1.4 juta likes di TikTok.
Ads
Dari awal lagi memang Shah Rukh Khan junior ini sering memuat naik video Hindustan di laman TikToknya. Lihat sahaja gayanya yang bersahaja itu memang menghiburkan. Hiks!
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini ada mengumumkan sekolah tidak akan dibuka awal walaupun tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Menurut beliau, sesi persekolahan di seluruh negeri akan ditangguhkan sehingga wabak Covid-19 pulih sepenuhnya.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) telah bersetuju untuk bekerjasama bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro. KPM berkata, kerjasama itu merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 6 April 2020.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian. Pendekatan ini juga membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP.
Untuk info, Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro akan mula bersiaran pada 4 Mei 2020 dan akan disiarkan selama dua (2) jam pada setiap Isnin hingga Jumaat. Bukan itu sahaja, waktu siaran program terbabit bermula pada jam 10 pagi hingga 11 di saluran 601 dan 11 pagi hingga 12 tengah hari menerusi saluran 603.
Ulang Siaran
Rancangan ini turut akan diulang siar pada jam tiga hingga empat petang di saluran 601 dan jam empat hingga lima petang di saluran 603 pada hari yang sama.
“Selain itu, program ini juga dapat ditonton secara percuma pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO yang boleh dimuat turun menggunakan peranti dengan sistem pengoperasian Android dan iOS”
Jadi untuk tidak ketinggalan program TV ini, pastikan periksa jadual rancangan yang boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
KPM yakin bahawa melalui kerjasama dengan Astro ini akan memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa bagi membolehkan proses PdP dilaksanakan dengan lebih meluas terutamanya dalam keadaan yang mencabar pada masa ini.
Siapa sangka seekor kucing jalanan bergelar juara dunia dan mengharumkan nama Malaysia dengan merangkul gelaran juara dunia di World Winner 2024.
Dinamakan ‘Baby’, kucing betina berusia sembilan tahun ini mencipta sejarah apabila berjaya dinobatkan sebagai juara dunia dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa, atau secara rasmi dikenali sebagai World Winner Show 2024, yang diadakan di Oslo, Norway pada 3 November lepas.
Baby, seekor kucing betina yang dimiliki oleh pasangan Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus, berjaya meraih kemenangan besar dengan menewaskan ribuan pesaing dari pelbagai negara, menjadikannya ikon kebanggaan Malaysia.
Dengan kejinakan dan sifat manja, Baby berjaya memikat hati juri dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa anjuran FIFe! Keperibadian Baby yang tenang dan bersahaja sepanjang sesi penilaian membuatkan dia menonjol, malah mendapat perhatian besar daripada semua yang hadir.
Difahamkan, penjagaan rapi yang diberikan oleh pemiliknya, Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus, juga memainkan peranan penting—bulu Baby sentiasa nampak kemas dan berkilau, menyerlahkan lagi kecantikannya di pentas pertandingan.
Lebih mengagumkan, Baby yang sudah berusia sembilan tahun ini turut bersaing di peringkat akhir bersama seekor lagi kucing jantan milik pasangan tersebut, menjadikan pentas akhir benar-benar milik Malaysia!
Kucing lain turut dibawa untuk wakili Malaysia di Oslo
Selain Baby, beberapa lagi ekor kucing dari pelbagai baka turut dibawa hasil inisiatif Kelab Kucing Malaysia (KKM) untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan berkenaan antaranya:
Empat ekor kucing baka British Short Hair.
Tiga ekor kucing jalanan dan Seekor kucing Bengal.
“Penyertaan kali kedua ini membuahkan hasil apabila juri tertarik dengan perwatakan Baby selain piawaian lain yang memenuhi spesifikasi pemarkahan.
“Ini merupakan kali kedua Baby menyertai FIFe World Cat Show, selepas kali pertama bertanding pada 2017 di Amsterdam, Belanda, di mana Baby berjaya melangkah ke pentas final untuk pencalonan World Winner.
“Ini adalah penghargaan yang tinggi diterima kerana Baby perlu bersaing sengit dengan 1,500 ekor kucing lain yang turut menyertai pertunjukkan ini,” jelas Rooaida, dipetik Kosmo.
Selain pasangan itu, Timbalan Presiden KKM iaitu Habil Hussain serta Setiausaha Agong, Muhammad Hasbullah Ibrahim turut mengiringi kontinjen dari Malaysia ini ke Oslo untuk pertandingan tersebut.
Menurut Rooaida, dia dan suaminya memberikan pendedahan awal kepada Baby dengan sering membawanya menyertai pertunjukan kucing di dalam negara. Langkah ini bertujuan membantu Baby menyesuaikan diri dengan suasana yang terbuka dan ramai orang.
“Pendedahan ini penting supaya Baby terbiasa dengan orang ramai, sekali gus memupuk sifat jinak dan manjanya,” jelas Rooaida.
“Baby hanyalah kucing baka biasa. Kami ambil dia dari jalanan dan pelihara dengan penuh kasih sayang sehingga dia menjadi seperti sekarang.”
Tiada apa yang lebih memilukan apabila kehilangan orang tersayang. Lebih sebak jika sebelum kehilangan itu disusuli gerak hati bahawa ada kemalangan yang bakal menimpa. Bukan mahu menidakkan takdir tapi gerak hati seorang isteri yang suaminya bertembung dengan lori benar-benar menjadi kenyataan.
Cukup memilukan dalam kemalangan yang benar-benar terjadi itu, bukan saja suami meninggal namun anak kecil berusia 8 tahun turut maut. Dua kehilangan sekaligus.
Bagi Rafidah Mat Isa, 36 tahun, yang baru kehilangan suami, Mohd Subir Mahamad Isa, 54 dan anak Muhamad Rayan Danish Abdullah, 8 yang maut akibat digilis lori pembancuh simen di Kilometer 90.4 Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran susur masuk Tol Kamunting, Taiping, 11.30 pagi semalam. Jelas kemalangan itu adalah detik yang cukup berat dihadapinya. Namun bagaikan ada gerak hati, dia terlebih dahulu dapat bayangan suaminya terlibat kemalangan dengan lori.
Kongsinya, malam Ahad lalu, arwah suami ada mengatakan hayatnya sudah tidak lama susulan kanser dihidapinya. Awal pagi sewaktu arwah menghantar saya ke rumah majikan saya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada 5 pagi, kata-kata itu sentiasa bermain di fikiran saya.
"Malah sepanjang perjalanan dari rumah ke Sungai Ara fikiran saya 'melayang' sehingga terbayangkan yang dia terbabit kemalangan dengan lori, sedangkan perkara (tragedi) itu belum terjadi. Tidak sangka pula ia memang terjadi bahkan turut membabitkan anak kami.
"Selepas menghantar saya, arwah kembali ke Juru mengambil anak (Muhamad Rayan Danish) untuk dibawa bersama ke Kuala Kangsar. Arwah anak tidak tunjuk sebarang kelakuan aneh, cuma kelmarin (Sabtu) dia makan masakan saya dengan begitu berselera," katanya ketika ditemui selepas pengkebumian suami serta anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pauh, Sayong, Kuala Kangsar, malam tadi.
Dalam pada itu, sesuatu yang amat menyedihkan, suami dan anak pulang ke kampung untuk menziarahi kubur ibu arwah memandangkan baru kali ini berkesempatan, namun tidak sangka akhirnya mereka berdua dikuburkan di sisi kubur itu," katanya lagi.
Tambahnya lagi, kepulangan arwah suami serta anaknya dari kediaman mereka di Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Kuala Kangsar adalah bagi menziarahi kubur ibu suaminya itu di Kampung Pauh, Sayong, Kuala Kangsar selepas wanita berkenaan meninggal dunia pada 27 Mac lalu iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 berkuatkuasa.
Beliau berkata, sejak perlaksanaan PKP bermula 18 Mac, baru kali ini arwah berdua berkesempatan pulang ke Kuala Kangsar memandangkan tahap kesihatan suaminya itu yang sering terganggu disebabkan menghidapi kanser usus.
Katanya, selain menziarahi kubur, arwah suami dan anaknya pulang ke kampung bagi menguruskan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta zakat susulan tahap kesihatan suaminya yang tidak lagi mampu bekerja selain kedaifan hidupnya sekeluarga.
Jenazah Mohd Subir dan Muhamad Rayan Danish selamat dikebumikan dalam satu liang pada 10.30 malam tadi selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Kepala Bendang, Sayong.
Rafidah yang bekerja sebagai pengasuh di rumah majikannya berkata, kesusahan hidup yang dikongsi bersama kedua-dua arwah menyebabkan mereka sekeluarga tidak mempunyai kereta dan hanya bergerak menaiki motosikal atau perkhidmatan e-hailing untuk ke mana-mana.
"Memasuki Julai tahun ini, genaplah setahun arwah suami menjalani pembedahan membuang bahagian usus yang sudah dijangkiti sel barah. Bagaimanapun tahap kesihatannya masih merosot selepas menjalani pembedahan itu.
"Sebagai muslim saya reda dengan pemergian mereka, biarpun agak ralat memandangkan Muhamad Rayan Danish merupakan anak kandung tunggal saya," katanya. Menurutnya, arwah suaminya pernah dua kali berkahwin sebelum ini dan berpisah dengan kedua-duanya isterinya yang terdahulu. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!