Berapa kerap pernah kamu kenali seseorang yang biarpun lebih muda usianya berbanding kamu, namun paras wajahnya tidak menampakkan dia seiring usianya.
Bahkan, kulit wajahnya kelihatan lesu, penat, sudah mula menunjukkan garisan halus di bawah mata dan di sekitar muka. Senang cerita, wajahnya tidak bermayalah walaupun masih remaja!
Itulah di antara yang dihadapi oleh ramai generasi muda yang menghabiskan masa seharian di hadapan skrin gajet elektronik. Do not get us wrong, tiada salahpun untuk kamu menatap skrin. Apatah lagi ia adalah sebahagian daripada gaya hidup generasi sekarang untuk menyiapkan tugasan dan mengambil tahu perkembangan semasa.
Begitupun, ada harga yang perlu dibayar apabila kita menjadi obses dengannya. Tempoh tidur turut menjadi lebih singkat berbanding kehendak badan. Tanpa sedar, kulit wajah kamu akan mula menunjukkan kesan penuaan pramatang berbanding bahagian fizikal lain.
Tahukah anda? Penuaan wajah boleh bermula pada usia awal 20-an disebabkan gaya hidup kita sendiri. Kulit wajah semakin sukar untuk menjana semula sel kulit baru apabila usia semakin meningkat menyebabkan kulit wajah bertambah kasar dan kendur.
Pada waktu itu, menangis tepi bucu katil pun tiada gunanya sudah!
Oleh sebab itulah, kamu perlu mula menukar cara penjagaan kulit wajah seawal usia belasan tahun lagi. Bagi yang sudah memasuki usia 20-an, kamu juga belum terlambat.
Mulakan dengan mendapatkan waktu tidur yang cukup. Perbanyakkan juga pengambilan air masak yang membantu menyegarkan kulit serta memberi hidrasi.
Bagi menambah lebih ‘boost’ kepada proses skin regeneration atau penjanaan semula sel kulit baru ini, kamu juga wajar mengintai ke arah produk penjagaan kulit yang terbukti berkesan. Salah satu yang ingin REMAJA syorkan kini ialah INNISFREE Black Tea Youth Enhancing Ampoule dan Treatment Essence yang bersifat anti penuaan.
Ads
Rangkaian produck Black Tea Youth Enhancing INNISFREE menawarkan kesan penetapan semula kulit membantu meningkatkan penampilan lima tanda kulit yang tidak bermaya: kulit kering, kulit kusam, keadaan kulit yang tidak stabil, tekstur kulit kasar, dan kulit sensitif.
Black Tea produk dari INNISFREE mengandungi Reset Concentrate™, sejenis bahan aktif yang dipatenkan oleh INNISFREE dengan kandungan antioksidan yang tinggi dan memberikan manfaat anti-penuaan yang berkesan.
INNISFREE Black Tea Youth Enhancing Ampoule terbukti secara klinikal memberikan kesan “penegangan kulit 3D”* dan membentuk penghalang yang mengunci kelembapan dan meningkatkan keadaan kulit anda semasa berehat, untuk kulit yang lebih tegang, halus, dan sihat.
Ampoule ini juga dilengkapi dengan Night Defence Formula™, formula kelembapan tiga lapis yang menggalakkan penyerapan semalaman bahan-bahan aktif yang berkesan bagi menangani masalah penuaan kulit.
*Hasil tinjauan sendiri ke atas 31 wanita berumur antara 22 – 55 tahun, P&K Research Centre Co., Ltd., dari 17 Mac – 22 Apr 2020, selepas 4 minggu penggunaan.
Dalam pada itu, INNISFREE Black Tea Youth Enhancing Treatment Essence pula memastikan hasil yang kamu terima lebih maksima di mana ketegangan kulit wajah meningkat, garis halus semakin samar malah kulit turut kelihatan glowy serta cerah.
Rahsianya, esen yang digunakan menggalakkan penukaran sel kulit wajah kepada yang lebih cerah, licin dan berseri. Ia mengandungi Black Tea Peptide Activator™ daripada ekstrak teh daun hitam dan 8 lagi jenis peptida. Lantas, tahap anti pengoksidan kulit juga meningkat demi merawat kesan-kesan penuaan.
Ia juga mengandungi derivatif vitamin C, niacinamide dan glutathione untuk menambah kecerahan kulit. Lebih menggembirakan apadalah apabila kamu akan mula menyedari tiada lagi kesan-kesan kemerahan atau iritasi pada kulit wajah yang selalu ada akibat faktor luaran seperti gaya hidup, cuaca serta penggunaan produksolekan secara kerap.
Ads
Guna dua produk ini bersama-sama mempunyai kesan sinergi, meningkatkan kesan antioksidan dan anti-penuaan yang optimum kepada tona kulit yang sekata, memperbaiki penampilan kedutan, meningkatkan keanjalan kulit dan mencerahkan kulit dalam masa 4 minggu.**
Tidak semua orang sedar mengenai kelebihan daun teh hitam terhadap kulit wajah kecuali penggemar jenama INNISFREE yang mempercayai kehebatan teknologi jenama dari Korea Selatan itu sejak dahulu. Selalunya, kandungan yang digembar-gemburkan adalah daun teh hijau, bukan? Haa, rupanya, daun teh hitam pun tidak kurang hebatnya!
INNISFREE Black Tea Youth Enhancing Ampoule umpamanya mengandungi formula Reset Concentrate™ yang terbukti secara klinikal memberikan kesan penegangan kulit 3D dan membantu ‘mengunci’ kelembapan pada kulit agar ia berterusan sepanjang tempoh rehat kamu pada waktu malam.
Ampoule ini juga dilengkapi dengan tiga lapisan Night Defence Formula™ yang menggalakkan penyerapan semalaman bahan-bahan aktif yang berkesan bagi menangani masalah penuaan kulit.
Ads
**Diuji secara klinikal ke atas 21 wanita berumur antara 26 – 39, DERMAPRO, 23 Ogos – 29 Sep 2021.
INNISFREE Black Tea Youth Enhancing Ampoule dijual daripada harga RM156 (30ml) hingga RM187 (50ml) manakala INNISFREE Black Tea Youth Enhancing Treatment Essence pula boleh kamu dapati daripada harga RM89 (75ml) hingga RM156 (145ml).
Untuk mengetahui info lanjut mengenainya, layari laman sesawang INNISFREE ini atau ke akaun-akaun media sosial INNISFREE:
Untuk mengetahui info lanjut mengenainya, layari laman sesawang INNISFREE ini atau ke akaun-akaun media sosial INNISFREE:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim pertandingan ratu cantik bagi edisi 2023 semakin hampir dengan beberapa buah pertandingan bakal berlangsung tidak lama lagi pada suku pertama tahun ini.
Antara yang paling diperkatakan ialah Miss Eco International 2023 yang dijadualkan berlangsung pada dari 21 Februari 2023 hingga malam penentuan pada 4 Mac 2023 di kota Cairo dan Hurghada di Mesir.
Bagi edisi kali ini, Malaysia bakal diwakili oleh wakil baharu lagi segar, Tisya Ong.
Miss Eco International Malaysia 2023, Tisya Ong.
Bagi melaungkan semangatnya dan para penyokong Miss Eco International Malaysia 2023 itu, sebuah majlis pengenalan kostum nasional dan gaun malam yang akan diperagakan olehnya di Mesir kelak telahpun diadakan baru-baru ini. Tentunya, kostum nasional Tisya menjadi salah satu kejutan paling dinanti-nantikan.
Sekali lagi, kostum nasional bagi wakil Miss Eco International Malaysia 2023 direka khas oleh Ain Mohamad seperti mana yang pernah dilakukannya buat Miss Eco International Malaysia 2022, Prasana Shri pada tahun lalu.
Mengimbas semula sentuhan rekaan Ain untuk Prasana itu, mesej yang ada pada kostum berkonsepkan Wanita Pasar Tani tersebut cukup besar.
Ain bukan hanya memastikan ia cantik dilihat dan menarik mata yang memandang, malah kostum tersebut juga secara tidak langsung mempromosikan aktiviti jual beli rakyat tempatan tanpa mengira kaum sejak turun-temurun. Ia turut pada hemat penulis mengangkat martabat wanita sebagai kelompok berdikari dalam mencari punca rezeki sendiri.
Kini, Ain sekali lagi diberikan kepercayaan oleh organisasi Ratu Wanita Malaysia untuk menyiapkan kostum nasional wakil Miss Eco International Malaysia.
Digelar sebagai ‘The Capital of Malaysia’, pereka mendapat inspirasi daripada populariti jalan raya di sekitar ibu negara Kuala Lumpur yang sering dikunjungi rakyat tempatan serta pelancong asing.
Tisya dalam kostum nasional rekaan Ain Muhamad
Ketika dihubungi REMAJA, Ain berkongsi mengenai gabungan idea di antaranya selaku pereka kostum dan pasukan Ratu Wanita Malaya sendiri yang inginkan persalinan kostum yang sarat mesej biarpun hanya beronakan hitam putih dengan sedikit percikan rona perak.
“Warna hitam putih ini menggambarkan nostalgia filem-filem tempatan dahulu kala. Saya mengambil inspirasi daripada gaya elegan yang pernah disarungkan oleh primadona filem Melayu terdahulu seperti (Allahyarhamah Puan Sri) Saloma. Beliau juga adalah pelantun lagu berjudul Kuala Lumpur, bukan?
“Malah, ilham daripada beliau turut saya jelmakan dengan memakaikan sarung tangan serta siluet seakan ‘peplum’ pada bahagian kanan kostum. Peplum cukup popular pada era Saloma dan bahagian itu juga saya gambarkan sebagai jalan-jalan raya yang berliku di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.
Pada bahagian kostum serba putih ini tertera beberapa nama jalan raya terkenal di Kuala Lumpur termasuklah Lebuh Ampang, Jalan Semarak, Jalan Duta, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Petaling, Jalan Alor dan banyak lagi. Setiap satu nama jalan raya itu ditulis sendiri oleh Tisya Ong sambil dibantu oleh seorang juru inai yang dilantik.
Bahagian bahu kostum pula tidak dibiarkan kosong dengan adanya ikon bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya dalam rona perak bersesuaian dengan tona monokrom yang dipilih oleh Ain.
Aksesori perhiasan kepala (juga dalam rona perak) menaikkan seri seorang gadis Malaysia yang kaya dengan paduan budaya, sementara bahagian belakang kostum yang diperbuat daripada cetakan akrilik memaparkan gambaran siluet beberapa pencakar langit di Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan kita semua.
Tradisional Ke Moden
Kepakaran rekaan Ain Mohamad sememangnya terletak pada kostum nasional berkonsep tradisional dan terbukti, ia menerima respon positif di pentas pertandingan ratu cantik. Selain kostum nasional Prasana Shri, Ain juga pernah menghasilkan kostum nasional Miss Grand Malaysia 2020 yang diperagakan oleh wakil negara pada waktu itu, Jasebel Robert.
Justeru, penulis tertanya sekiranya perubahan angin bagi kostum nasional kali ini daripada tradisional kepada yang lebih moden telah memberikan cabaran buatnya?
“Faktor destinasi yang agak jauh (Mesir) yang perlu dituju oleh Tisya Ong sedikit sebanyak memainkan peranan dalam mencetuskan idea kostum nasional yang lebih ‘ringkas’ dan minimal.
“Apabila saya duduk berbincang dengan organisasi, assignmentnya mudah sahaja iaitu untuk menggunakan warna hitam putih bagi edisi kali ini. Mereka bersama-sama dengan wakil kita, Tisya Ong ingin mencuba idea tersebut. Malah, Pengarah Nasional Ratu Wanita Malaysia, Afeer Razak jugalah yang memberi idea menyelitkan nama-nama jalan raya tersebut.
“Seminggu proses perbincangan yang kami lakukan manakala pembikinan kostum pula mengambil masa sekitar dua minggu.
“Sudah tentu, akan ada lagi penambahan dan proses tambah baik yang kami akan lakukan kepada kostum ini sebelum Tisya berlepas tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan,” jelas Ain.
Saat diajukan sama ada perubahan wakil Miss Eco International Malaysia 2023 baru-baru ini yang akhirnya menjadi milik Tisya Ong telah menerbitkan sebarang komplikasi dalam penghasilan kostum nasional ‘The Capital of Malaysia’ ini, Ain menegaskan bahawa segala proses perbincangan dan penghasilan kostum telah melibatkan Tisya Ong selepas perlantikannya dibuat.
Oleh itu, segalanya berjalan lancar malah lebih personal buat Tisya sendiri memandangkan graduan ijazah sarjana Perbankan dan Kewangan itu turut sama terlibat sejak perbincangan awal.
“Harapan saya tentulah ingin melihat Tisya Ong membawa pulang gelaran dan mahkota. Namun secara peribadinya, saya inginkan dia membuatkan penonton di sana terpegun dengan kehadirannya dan membuatkan orang tahu bahawa gadis dari Malaysia juga bukan calang-calang lawan,” tambah Ain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjagaan organ intim bagi wanita bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh. Kawasan ini harus dijaga rapi kerana ia merupakan organ terpenting. Biasakan diri menjaganya dengan baik.
1. Pilih tuala wanita yang mempunyai daya serapan yang tinggi agar anda selesa ketika melakukan aktiviti lasak.
2. Elakkan daripada menggunakan sabun wangi untuk mencuci vagina anda. Sabun wangi hanya akan membunuh bakteria baik dalam vagina dan akan meninggalkan bakteria buruk yang akhirnya akan membawa bau yang kurang menyenangkan.
3. Pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid dan jenis aktiviti yang akan dilakukan. Sebaiknya semasa hari aliran banyak ataupun ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita yang ‘bersayap’.
4. Yogurt dikenali dengan bakteria baik yang membantu usus melawan bakteria jahat. Makan yogurt lebih kerap boleh membantu menyingkirkan jangkitan yis pada vagina yang membawa kepada bau busuk.
5. Korang dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah kerana darah akan mempercepatkan proses kuman membiak. Bagi yang menggunakan tampon pula, anda harus ingat untuk menukarnya.
6. Memakai pantyliner boleh membantu menyerap bau dan juga lendir keputihan.
7. Menggunakan tuala yang bersih dan kering, pastikan vagina bebas daripada lembap selepas mandi. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria buruk daripada membiak di kawasan intim.
8. Terapi air adalah salah satu cara yang paling mudah dalam pembersihan badan. Ia mempunyai unsur-unsur semula jadi yang boleh mencuci keluar kekotoran, seterusnya membantu mengelakkan sebarang bau yang tidak menyenangkan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun pada tahun ini suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri masih suram tanpa kehadiran sana saudara dan kenalan rapat ke rumah, ia masih wajar disambut oleh kita semua sebagai tanda kemenangan.
Bercakap mengenai sambutan, tentulah kita akan membeli pakaian baru setiap kali tibanya lebaran. Cuma bagi golongan lelaki, ia sedikit berbeza kerana tidak semua lelaki ‘bernafsu’ untuk menukar baju Melayu mereka pada setiap tahun.
“Selagi boleh muat, pakailah..” –Huh, mesti korang pernah dengar kan?
Oleh itu, REMAJA senaraikan 4 jenama pilihan kami yang menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan Hari Raya namun tidak semestinya tertakluk kepada baju Melayu konvensional saja.
Uniqlo
Apa yang membuatkan koleksi Raya Uniqlo ini istimewa adalah keselesaan yang ada padanya. Sebagai contoh, baju Melayu tanpa kolar dan berkolar ini diperbuat dengan teknologi Dry Easy Care iaitu daripada jenis kain stretch jersey. Jadi, ia cantik terletak pada tubuh dan tidaklah terlalu ketat.
Seperti tahun-tahun lalu, Uniqlo juga menawarkan kemeja bermotif Batik dengan cetakan moden. Ia diperbuat daripada jenis kain kapas yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.
Justeru, kita boleh memakai kemeja ini bukan saja sepanjang bulan Syawal tetapi juga sepanjang tahun. Hanya dengan memadankan kemeja Batik ini dengan seluar jenis ankle pants atau ultra light pants dari Uniqlo, you are good to go.
Girls, jangan risau kerana ada juga pilihan menarik untuk korang.
Seperti yang korang lihat pada kempen featuring Mira Filzah ini, ia berpotongan longgar dan amat menyelesakan. Korang boleh memilih baju Raya jenis Rayon Tunic ala kurta ataupun seleksi blaus dan skirt bermotif Batik.
Ada sesuatu yang istimewa mengenai koleksi Lubna Homme bagi Aidilfitri tahun ini
Ya, korang masih boleh mencari pilihan baju Melayu dan jubah dari Lubna seperti biasa. Namun, Lubna pada tahun ini memberi peluang kepada kita untuk menyarungkan top yang lebih kasual.
Sama ada korang sedang mencari kemeja berlengan pendek ataupun baju Melayu moden Teluk Belanga yang mudah untuk digayakan sebagai top biasa – it is all up to you.
Rasanya semua fesyenista remaja di luar sana sudah sinonim dengan identiti jenama Behati. It is not for the faint of heart, namun sesiapa saja sebenarnya boleh menggayakan pakaian daripada Behati tanpa mengira peringkat usia atau bentuk fizizal seseorang.
Tahun ini, Behati meneruskan koleksi Hari Raya mereka yang berasaskan pakaian tradisional berpotongan oversized. Sejak tular pada tahun 2019, permintaan terhadap koleksi raya oversized ini terus meningkat.
Kali ini, kita bertuah ada item yang mudah untuk digayakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh adalah Denim Baju Oversaiz, Baju Kurung Air Emas dan set Linen Denim Baju Melayu ini. Penulis merasakan ia senang digayakan untuk apa-apa tujuan tanpa perlu menunggu hari perayaan.
Okay secara teknikalnya, Superdry tidak memperkenalkan koleksi Hari Raya khas pada tahun ini. But we cannot help but to fall in love with these Hawaiian Box pieces!
Bukan saja ia bersesuaian untuk dijadikan pakaian memenuhi undangan rumah terbuka Raya (err okay tiada rumah terbuka pada tahun ini, but still..).
Lebih penting adalah ia bersifat universal untuk digayakan untuk apa-apa acara sekalipun.
Lagipun Superdry sedang menawarkan diskaun di Zalora sekarang. So boys, tunggu apa lagi?
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...