
Sejak pandemik muncul diserata dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa bulan lalu telah mengubah sistem pembelajaran di Malaysia.
Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video. Ada pensyarah yang memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyediakan video presentation dan disebabkan itu seorang pengguna tiktok berkongsi website video yang berguna buat para pelajar mahupun korang yang sudah berkerja.
Video tiktok berdurasi 1 minit itu mendapat tanda suka sebanyak 51.3K dan 272.3 K tontonan.
Jom kita ikuti video tiktok yang dikongsi.
@ayunindirahSemoga bermanfaat ❤️ ##malaysia ##fypシ ##fypppppppppppppp
Menurut gadis ini, kita boleh edit presentation mengunakan tiga website ini secara percuma.
Tip 1: Slidesgo.com

.
Tip 2 : Canva

.
Tip 3 : Slidescarnival.com

.
Rata-rata netizen teruja dan berterima kasih dengan perkongsian yang berguna ini.

.
Diharap perkongsian ini dapat membantu memudahkan kerja korang, disamping buat video presentation korang lebih gempak.
Selamat mencuba!
Sumber: Tiktok @ayuni.ndrah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa Remaja Hebat Yang Menjadi “Jantung Hati Rasulullah” Ketika Zaman Kegemilangan Islam?

Remaja hari ini dianggap bertuah. Lahir dari kesusahan orang terdahulu yang bersusah payah memperjuangkannya. Jika remaja hari ini hanya perlu memikirkan pelajaran sahaja tetapi di zaman kegemilangan Islam dahulu, sudah lahir remaja hebat sehingga digelar jantung hati Rasulullah kerana kehebatannya dalam peperangan menghadap musuh Islam.
Mari kenali tiga remaja hebat semasa zaman Rasulullah. Apa kelebihan mereka dan kenapa kesemuanya layak diangkat sebagai Ikon remaja terbaik.
Usamah bin Zayd – Panglima Perang
Beliau mendapat gelaran Hibb Rasulillah yang bermaksud Jantung Hati Rasulullah. Ini kerana Rasulullah amat menyayangi Usamah sebagaimana Baginda menyayangi cucunya, Hassan dan Husein. Malah, Rasulullah pernah menjadikan Usamah sebagai anak angkat Baginda.
Usamah dilahirkan di Makkah pada 7 tahun sebelum Hijrah. Bapanya iaitu Zaid bin Haritsah merupakan individu terawal yang memeluk Islam. Ibunya Ummu Aiman pula adalah wanita yang menjaga Nabi Muhammad ketika kecil dahulu.
Dialah yang mengasuh Rasulullah waktu kecil, selagi ibundanya masih hidup. Dia pulalah yang merawat sesudah ibunda wafat. Karena itu, dalam kehidupan Rasulullah, beliau hampir tidak mengenal ibunda yang mulia, selain Ummu Aiman
Rasulullah menyayangi Ummu Aiman, sebagaimana layaknya sayangnya seroang anak kepada ibunya. Beliau sering berucap, “Ummu Aiman adalah ibuku satu-satunya sesudah ibunda yang mulia wafat, dan satu-satunya keluargaku yang masih ada.”
Tugas yang pernah diberikan kepada Usamah adalah tugas yang berat. Usamah bin Zayd diberikan tanggungjawab sebagai panglima perang semasa Rasulullah tidak menyertai peperangan tersebut. Rasulullah meyakini kemampuan Usamah walaupun usianya pada masa itu baru mencecah 17 tahun.
- Mus’ab bin Umayr – Penghafal Al-Quran
Terkenal kerana keberaniannya, Mus’ab bin Umayr menjadi antara yang terawal terlibat dalam episod perkembangan Islam. Mus’ab mendapat dua gelaran iaitu Safir al-Islam yang bermaksud Orang Baik dan Mus’ab Al-Qari yang bererti Penghafal Al-Quran.
Mus’ab lahir dalam keluarga yang kaya dengan harta yang melimpah-ruah. Dia juga dikatakan paling berwibawa, tampan, lembut, teguh pendirian dan suka memakai wangian yang harum.
Walaupun begitu, kekayaan itu hilang apabila Mus’ab membuat keputusan untuk memasuki Islam dengan ditentang ibunya sendiri.
Mus’ab merupakan di antara individu yang terawal memeluk Islam. Malah, ramai yang masuk Islam melalui Mus’ab seperti Sa’ad bin Muaz. Rasulullah pernah menghantar Muaz untuk mengajar Islam kepada penduduk Madinah yang telah memeluk Islam.
Mus’ab juga menjadi orang pertama yang mendirikan solat Jumaat. Mus’ab menjadi pembawa bendera Nabi dalam perang Badar dan perang Uhud.
Di dalam perang Uhud, pihak musuh telah memotong tangan kanannya. Lalu, Mus’ab memegangnya dengan tangan kirinya pula. Dipotong pula tangan kirinya.
Mus’ab tetap tidak menjatuhkan bendera. Malah meletakkannya di dadanya. Akhirnya, musuh telah memanah dada Mus’ab dan beliau telah gugur sebagai pahlawan syahid di medan perang.
Mus’ab meninggal dalam keadaan syahid dengan hanya memiliki sehelai kain. Ada riwayat menyebut bahawa surah Al-Ahzab, ayat 23 diturunkan mengenainya.
- Mu’adz bin Jabal – Pakar Halal dan Haram
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Orang yang paling memahami tentang perkara halal haram di antara umatku adalah Mu’adz bin Jabal.”
Mu’az bin Jabal juga digelar Abu Abdul Rahman. Beliau seorang yang cerdas, mempunyai kata-kata yang baik, berwibawa, tampan, dengan budi pekerti cemerlang. Mu’adz bin Jabal merupakan salah seorang di antara enam sahabat yang menghafal Al-Quran.
Ibn Mas’ud pernah berkata,
“Mu’adz adalah orang yang selalu khusyuk dalam beribadah kepada Allah dan beragama secara hanif. Kami biasa menyamakan Mu’az dengan Nabi Ibrahim.”
Mu’adz juga pernah menyertai beberapa peperangan termasuk Perang Badar. Rasulullah juga pernah memberikan beliau tanggungjawab sebagai hakim dan guru di Yaman. Semasa mengutusnya, Rasulullah membawakannya sepucuk surat untuk diberikan kepada penduduk di sana dengan menulis di dalamnya,
“Aku utus kepada kamu semua, orang terbaik dalam keluargaku.”
Sebelum ke Yaman, Rasulullah bertanya kepadanya;
“Berdasarkan apa kamu memutuskan perkara, wahai Mu’adz?”
“Dengan kitab Allah (al-Qur’an)” Jawab Mu’adz.
“Jika kamu tidak menemuinya dalam kitab Allah?”
“Aku putuskan berdasarkan Sunnah Rasulullah.”
“Jika tidak dijumpai di dalam Sunnah Rasulullah.”
“Aku akan berijtihad dengan menggunakan akal fikiranku.”
“Segala puji hanya bagi Allah yang telah memberikan petunjuk-Nya kepada utusan Rasul-Nya.” Balas Rasulullah.
Sumber Rujukan: Tazkirah.net
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hasrat Aisha Retno & Aziz Harun Tercapai, KETIPAK KETIPUNG RAYA Jadi Fenomena Di Media Sosial

Naib Juara Anugerah Juara Lagu (AJL38), Aisha Retno dan bintang kelahiran Brunei, Aziz Harun kembali bersama lagi tahun ini dengan sebuah bingkisan istimewa berjudul Ketipak Ketipung Raya, sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Lagu yang dicipta dan ditulis oleh Aziz Harun, Aisha Retno bersama dengan bantuan Romeo serta Glowrush selaku penerbit ini sebenarnya merupakan sebuah projek spontan yang tidak dijangka.
“Ia sebuah lagu yang lahir secara spontan pada tahun lalu. Pada saat itu saya teringin mempunyai sebuah lagu raya saya sendiri kerana tidak mahu ketinggalan. Dan saya ingin menjadikannya kandungan di platform media sosial TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Songstress of the Moment: AISHA RETNO Buka Cerita Kejayaan Sutera

“Kebetulan pada waktu itu saya sedang bekerjasama dengan Aisha Retno untuk lagu Jarak, jadi saya bertanya pada Aisha jika dia sudi bantu menulis lagu ini bersama. Aisha bersetuju dan kami pun menyiapkan apa yang sempat dan memperkenalkannya di media sosial.
“Kami tak menyangka lagu itu mendapat sambutan yang baik dari para pengikut kami di media sosial, khasnya di laman TikTok. Lantas kami mengambil keputusan untuk merakamkan dan menyiapkannya dengan betul supaya dapat dilancarkan tahun ini sebelum Aidilfitri,” jelas Aziz Harun.
Selain itu, kedua penyanyi berbakat besar ini juga senang bekerjasama kerana keserasian sudah wujud sejak berduet lewat lagu Jarak lagi. Namun, bezanya hanyalah tema lagu duet kali ini adalah lagu Hari Raya.

“Aziz seorang yang sangat berbakat dan kami berkongsi minat yang sama dalam muzik. Dengan hasil kerjanya yang terbukti hebat dan komitmennya yang berterusan, saya tidak ragu-ragu untuk berkolaborasi lagi dengannya.
“Lagipun saya memang dah lama inginkan lagu raya sendiri dan sekarang terhasillah duet ini dan saya rasa ia mampu pergi jauh sebagai salah satu koleksi duet kami bersama,” kata Aisha pula.
Dalam pada itu, lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik yang dirakam dalam sekali harung sahaja. Selain mereka berharap pendengar berpuas hati dan dapat menerima buah tangan terbaharu ini.
“Saya memang tak sabar melihat reaksi penonton yang bakal menyaksikan keakraban yang kami tampilkan dalam video muzik ini. Kami berharap semua yang sudah menantikan lagu ini sejak tahun lalu berpuas hati dengan hasil yang kami usahakan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Pakailah ‘Braces’ Kalau Nak Diet…” -Aisha Retno Tepis Dakwaan Ambil Bahan Terlarang

“Saya pula harap anda semua akan menyukai lagu Raya pertama kami ini yang juga memberi penghormatan kepada rentak joget. Saya sengaja menampilkan unsur joget dalam lagu ini dan memberi sedikit nafas baharu supaya ia bakal lebih diminati dan dihargai, khasnya di laman media sosial seperti TikTok.
“Kami juga berharap ia akan menjadi lagu malar segar yang akan sentiasa diingati untuk masa-masa akan datang. Kami seronok menghasilkannya dan harap pendengar juga akan berasa seronok mendengarnya,” tutur pasangan duet itu penutup bicara.
Sebagai informasi, lagu Ketipak Ketipung Raya telah menjadi fenomena di media sosial apabila ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menggunakan lagun ini sebagai muzik latar video mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7 Trik Eyeliner Yang Wajib Perempuan Tahu

Nak mata cantik? Satu tip yang boleh kami kongsi kan adalah dengan memantapkan lagi teknik penggunaan eyeliner.
Jadi perempuan, mestilah harus sentiasa nampak cantik kan? Apa kata korang cuba dulu 7 trik mudah ini untuk menonjolkan gaya fresh setiap hari.
Pilih warna yang sesuai
Untuk wanita Asia, antara warna yang sesuai korang boleh cuba ialah warna hitam, coklat, atau plum. Pastikan eyeliner boleh disesuaikan dengan warna eye shadow yang dipakai.
Kesan smokey eyes
Guna eye shadow yang sama warna dengan eyeliner. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.

Untuk yang bermata bundar
Cukup sekadar menarik garisan bermula dari tengah dan bukan dari hujung mata. Untuk yang mempunyai mata bersaiz kecil pula, tariklah garisan dari hujung dalam mata.
Kesan mata yang lebih tajam
Jangan buat dari hujung dalam mata, tapi mulakan dari tengah dan seterusnya buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata.

Sebelum membuat garisan di bawah mata
Taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan sempurna.
Membentuk garis mata yang tebal
Gunakan eyeliner berbentuk cecair. Pilihan terbaik adalah yang hujungnya berbulu. Manakala untuk kesan yang lebih semula jadi, gunakan pensil alis. Klik sini untuk lihat eyeliner dan kosmetik lain dari NITA Cosmetics. Menarik dan berbaloi!

Letakkan siku pada permukaan yang mendatar
Cara ini dilakukan kalau tak nak tangan bergoyang semasa menghasilkan garisan.
Mulakan dari tengah kelopak mata ke arah dalam, lukis sedekat mungkin dengan batas bulu mata tumbuh. Lakukan proses yang sama untuk membentuk garis yang menghala ke arah luar mata.
Senang je kan? Lepas ni boleh la try sendiri dan lihat hasilnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

