Memang tak boleh nafi, selebriti Korea ni terkenal sebab muka flawless dan badan yang kerengga.
Biasalah, semua orang cakap, rupa tu penting sebab tu la aset utama kita. Kena jaga elok-elok supaya sentiasa tampak cantik walaupun dah bertambah usia.
Salah seorang bintang Korea yang betul-betul jaga penampilan dan kesihatan dia adalah Han So Hee yang cantik manis tu. Korang mesti kenal dia kan, dari drama popular macam “The World Of The Married” dan “My Name.”
Sebelum ini, Han So Hee ada membuat video live-streaming dengan peminat di Instagram. Di situ dia berborak dengan peminat sambil menikmati makanan. Menerusi siaran tersebut, kelihatan dia mengunyah sehingga 50 kali setiap suapan.
Malah dia juga mengambil masa sehingga lima minit untuk suapan. Pakar pemakanan menyarankan mengunyah perlahan untuk penghadaman yang lebih baik dan ia juga membantu dalam mengurangkan rasa lapar.
Tidur juga sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutama kulit. Kurang tidur juga boleh membuatkan kulit kelihatan tidak segar dan mudah bermasalah. Oleh itu, tidur adalah salah satu kunci utama Han So Hee untuk sentiasa mengekalkan kulit yang sihat.
Ads
“Saya sentiasa cuba dapatkan tidur yang cukup setiap hari, sekurang-kurangnya 4 jam,” kata Han So Hee dalam temubual bersama Showbiz Korea Arirang. Han So Hee juga sentiasa mengutamakan rehat dan tidur antara waktu penggambaran, supaya kulit dan badannya kekal segar.
Han So Hee juga berkata pengambilan jumlah air yang betul supaya tubuh dan kulit kekal sihat juga merupakan tabiat yang baik. Dia juga mengakui tidak mengambil kopi demi mengekalkan pengambilan cecair dalam tubuhnya.
Air minuman dipercayai untuk membantu badan anda membuang semua toksin dengan lebih cekap dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri. Selain itu, air dapat memberikan nutrisi yang baik kepada sel kulit untuk membantu melembapkan kulit secara semulajadi.
Demi menjaga kesihatan kulit wajahnya, Han So Hee mengakui tidak gemar bersolek tebal. Dia memilih wajah solekan yang ringan dan polos menjadikan kulit kelihatan lebih segar. Kebiasaannya, dia hanya memakai solekan asas ringan atau gincu supaya wajahnya tidak kelihatan pucat.
Selebriti popular ini juga turut mendapat tajaan syarikat minuman kolagen Gyeol Collagen dari Kyung Nam Pharm. Pengambilan minuman ini boleh membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan anda. Oleh itu keanjalan dan tekstur kulit boleh kekal tegang tanpa kedutan dan garis halus.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Oat adalah salah satu bijirin yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Namun, korang tahu tak yang makanan diet ini juga mampu mencantikkan kulit dan menghilangkan parut jerawat.
Petua kulit cantik ini hanya menggunakan beberapa bahan dapur untuk dimasukkan dalam botol dan terus spray ke muka. Apa yang best, jika konsisten amal, kulit boleh sihat tanpa masalah parut.
Hilangkan Parut Jerawat
Jom tengok macam mana nak buat!
BAHAN-BAHAN:
Oat yang tiada perisa
Air mineral
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rendam oat dalam air semalaman. Letak dalam bekas.
2. Esok paginya cuci muka guna air rendaman oat itu. Jika hendak lebih senang, letak dalam botol spray.
3. Spray pada wajah guna air rendaman oat tersebut kemudian bilas. Perubahan yang boleh dilihat ialah kulit kurang berminyak dan parut makin pudar, kulit pun cerah.
4. Apabila kulit mengalami alahan, buat hal naik jerawat dan sebagainya, cuci muka dengan air oat ini.
5. Lakukan 2-3 kali seminggu. Daripada guna cleanser yang harsh, pedih dan keringkan kulit waktu, lebih baik waktu pagi guna air oat.
6. Jangan berharap kesan seawal 24 jam sebab ia menggunakan bahan natural. Dalam produk skincare banyak sahaja guna oat memang membantu mencantikkan kulit wajah.
Haaa.. tetapi anda kena sabar ya. Biasanya kalau menggunakan bahan-bahan semula jadi, kesannya agak lambat. Namun kalau selalu buat, memang kulit akan cantik tanpa parut!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramaikan yang suka minum minuman ketika panas. Katanya lebih nikmat berbanding air yang telah suam. Namun jika inilah kesukaan anda selama ini, sila hentikannya sesegera mungkin.
Kajian terbaru diterbitkan dalam Journal Of Cancer memaklumkan, individu yang suka minum teh ketika panas dapat meningkatkan risiko kanser kerongkong.
Penelitian dari 50,000 orang yang dilakukan terhadap individu yang berusia 40-75 tahun yang menjadi responden menunjukkan rendaman teh dalam suhu 60 darjah Celsius sebanyak 700ml sehari, boleh meningkatkan kanser kerongkong sebanyak 90 peratus.
Seharusnya teh tidak boleh diminum ketika terlalu panas sebaliknya perlu menunggu seketika.
Menurut Dr Farhat Islami dari American Cancer Society berkata ramai individu menyukai teh atau kopi panas namun penemuan dari kajian yang kami lakukan mendapati, ia meningkatkan risiko kanser kerongkong.
Namun bagi mengelak risiko ini terjadi, anda harus menunggu minuman menjadi hangat sedikit (bukan menghirup dalam keadaan terlalu panas) sebelum menghirupnya. Perbuatan secara berulang yang diakibatkan asap dan cairan panas akan mengakibatkan kanser kerongkong.
Sebenarnya kajian ini bukan baru namun penemuan terbukti bahawa suhu panas boleh mengakibatkan kanser kerongkong. Walau kanser kerongkong tidak seramai kanser payudara tetapi ia berada di senarai ke lapan paling ramai penghidapnya.
Menurut Stephen Evans, Profesor Pharmacoepidemiology di London School of Hygiene & Tropical Medicine, Stephen Evans berkata, suhu panas adalah isu penting dalam hal ini.
“Ada banyak makanan dan minuman panas yang sering kita makan tetapi perbuatan ini jelas tidak baik. Ia umpama menyalai kerongkong di dalam microwave dan boleh mendatangkan kecederaan pada kerongkong.
“Trauma inilah yang akan menyebabkan perubahan sel dan ia berubah menjadi kanser,” tambah Evans.
Jadi hentikan tabiat ini ya kalau mahu terus sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Masya Masyitah mula menjadi perhatian apabila dia berjaya memenangi pertandingan Ceria Popstar pada tahun 2014 ketika baru berada di tingkatan dua. Bermula dari titik tersebut, gadis cantik yang berasal dari Kedah ini terus aktif dalam dunia tarik suara.
Buktinya dia pernah menjadi juara pertandingan pencarian bakat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 yang berlangsung pada 24 Oktober 2020. Masya berjaya menewaskan penyanyi Filipina, Phem sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$40,000 iaitu kira-kira RM160 ribu.
Selain terkenal dengan suaranya yang merdu, gaya penampilan pemilik nama penuh Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff ini juga kerap menjadi perhatian ramai. Dia cukup pandai berfesyen sesuai dengan usianya yang masih muda. Biarpun berhijab, itu tidak menjadi penghalang baginya untuk berkesperimen dalam gaya.
Terbaharu dalam hantaran di Instagramnya, Masya yang kini sedang berada di Jepun dilihat cukup comel mengenakan pakaian bertemakan rona biru denim dan dapat dilihat rekaannya berkonsep kawaii yang cukup comel.
Dalam hantaran tersebut, dia menulis kapsyen berbunyi, “Just go. Go see all the beauty in the world. Learn. Grow. Discover.”
Memadankan busana tersebut bersama baju turtle neck dan seluar rona putih bersama but tinggi rona hitam, penampilan Masya diserikan lagi dengan penggayakan beanie dan loket berbentuk M. Gaya selendangnya pula dilepas labuh bersahaja.
Teman selebriti, Hannah Delisha memberikan komen, “So Cute” manakala pemilik akaun Instagram @cy97 pula berkata, “Some how you always can match the vibe where you are.” Seorang lagi warga net @i_am-mariam1101 turut meninggalkan komen berbunyi, “Comelnyer… macam anime dah.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.