Memang sedih jika berlaku kematian secara tiba-tiba, tambah jika berlaku pada usia muda dan tidak mempunyai sakit apa-apa. Ahli keluarga yang melalui momen sebegini pasti akan merasai trauma berpanjangan.
Membaca perkongsian dari Doktor Ahmad Samhan yang bertugas di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur mengenai kisah seorang lelaki yang juga ayah kepada dua anak kecil meninggal dunia semasa hari raya haji baru ini mengundang sebak di dada.
Tiada punya sebarang sakit namun semasa ingin berjalan raya bersama anak isteri, lelaki ini dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur berikut mengadu sakit dada kiri. Biar segala usaha sudah dilakukan untuk menyelamatkannya di unit kecemasan namun serangan jantung mengejut menimpanya membuatkan arwah meninggal dunia. Pilihan gaya hidup tidak sihat, menghisap rokok 14 batang sehari mungkin menjadi asbab arwah mendapat serangan jantung secara tiba-tiba.
Kisah sebegini boleh menjadi tauladan buat perokok lain. Ya betul nyawa di Allah taala tapi jika kita tidak ingin mengubahnya (mengamalkan gaya hidup sihat), kita mungkin akan meninggalkan seribu masalah kepada anak isteri.
Baca perkongsian Dr Ahmad Samhan seperti dicatat di fbnya yang mendapat 7.8K perkongsian.
“Doktor, seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri. Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”
Aku letak gagang telefon.
Selang beberapa minit, pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan (CPR).
Pesakit dalam lingkungan awal 30-an, berpakaian baju melayu. Mungkin mahu pergi beraya.
Masing-masing sudah tahu apa patut buat. Bagaikan refleksi. Nyawa pesakit perlu diselamat dalam masa yang singkat.
“Bagi saya ETT”,pintaku.
ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.
Ads
“Check pulse”
“No pulse”
“Continue CPR!”
“Aderenaline has given”
Selang setiap 2 minit, nadi akan diperiksa dan penekan dada bertukar.
“Pesakit ini berumur 28 tahun, tiada masalah kesihatan. Dia seorang perokok. Sehari 14 batang.Tiba-tiba tak sedarkan diri selepas beberapa saat memegang dada sebelah kiri”
“Cardiac monitor showed VT(Ventricular Tachycardia) but no pulse”
Ads
“I’m clear, you’re clear, everybody’s clear”
Pesakit telah defibrilasi untuk memulihkan corak rentakan jantung kepada normal.
“Cardiac monitor showed asystole”
“Continue CPR!”
Keputusan darah untuk jantung (trop T) menunjukkan nilai 1100. Tak sedar dah hampir setengah jam kami berikan resusitasi namun masih tiada respon.
“Samhan, tolong explain pada keluarga,” kata pakar.
Kelihatan seorang wanita sedang duduk di ruang menunggu. Seorang anak diriba dan seorang lagi tertidur. Kepala di atas peha ibunya.
Pasti sedih saat melalui momen-momen begini bagi ahli keluarga yang tinggal
“Saya Dr Samhan. Kami dah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih menyayangi suami puan. Kami minta maaf”
Wanita itu kelu tanpa kata. Anak yang diriba tiba-tiba menangis seolah-olah faham apa yang telah terjadi pada ayahnya.
Kalau dulu, serangan sakit jantung sinonim dengan orang tua tapi sekarang orang muda pula makin ramai diserang sakit jantung. Malahan yang diserang tak pernah ada sakit jantung dan aktif bersukan. Mungkin cara hidup (lifestyle), pemakanan dan tabiat merokok menjadi punca utama.
Benar, untuk ubah cara hidup dan berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah. Bukan tak mahu berhenti. Dah berkali cuba tapi gagal. Terus kecewa dan berhenti untuk cuba lagi.
Tapi ingat, kita ada isteri yang perlu kasih sayang seorang suami, ada anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ayah dan ada ibu ayah yang rindukan kehadiran seorang anak.
Kita perlu korbankan rasa kecewa untuk cuba terus berhenti merokok. Kita perlu korbankan rasa ketagih pada rokok. Kita perlu berkorban demi mereka.
Berkorbanlah sebelum kita terkorban!
Dr Ahmad Samhan
-Kita hidup bukan hanya untuk kita-
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri saban tahun, seluruh Malaysia, terutamanya umat Islam, akan tampil dengan persediaan dari A-Z untuk menyambutnya dengan penuh meriah dan keceriaan.
Apabila usia korang kini memasuki ke alam remaja atau yang baru sahaja melangkah ke dunia pekerjaan, memori sambutan Hari Raya semasa kecil pastinya akan diimbas kembali dalam ingatan.
Mulalah terkenangkan keriuhan seisi keluarga semasa ingin membeli pakaian Hari Raya. Tak cukup dengan persalinan tradisional di pagi Syawal, ibu bapa kita akan membelikan pula persalinan yang lebih kasual untuk diperagakan semasa berkunjung ke rumah sanak saudara.
Hey! Nak pergi open house, mestilah baju kena baru. Hehe.
Tahun 2023 tidak terkecuali daripada membuahkan bibit-bibit baharu menjelang Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Memori yang lebih indah pasti bakal tercipta apabila korang akhirnya dapat bertentang mata dan beramah mesra dengan ahli keluarga dan tentunya, BFF yang tak sabar untuk melihat rekaan pakaian korang pada tahun ini!
Sebab itulah, kita semua perlu bersiap sedia dengan lebih awal. Dalam banyak-banyak kempen koleksi pakaian Raya pada tahun ini, REMAJA paling tertarik dengan koleksi yang satu ini.
PUMA. Jenama yang selalu dikaitkan dengan arena sukan dan gaya hidup aktif. Tidak pula terlintas di kepala untuk memakai jenama PUMA apabila beraya.
Itulah kelainan yang dicetuskan oleh PUMA pada tahun 2023 apabila buat julung kalinya, ia memperkenalkan koleksi Hari Raya pertamanya dalam sejarah.
Khas didatangkan ke negara-negara rantau Asia Tenggara termasuklah Malaysia, PUMA hadir dengan koleksi eksklusif berjudul Memori Aidilfitri pada kali ini.
Usahlah pula korang bayangkan Baju Melayu dan Baju Kurung berjenama PUMA. Identiti PUMA bagi koleksi kali ini masih kekal dengan stail remaja kontemporari namun versatil untuk digayakan ke mana-mana sahaja, sama ada untuk menyambut Hari Raya mahupun untuk sekadar lepak bersama member.
Koleksi Memori Aidilfitri membolehkan korang ‘blend in’ dengan tetamu yang lain dan pada masa yang sama, tetap menonjolkan persona diri korang sebagai seorang yang berstail, yakin dan relaks.
Jom lihat apa yang istimewanya mengenai koleksi PUMA Memori Aidilftri ini.
Siluet persalinan yang flowy dan menyelesakan. Mesti tak panas punyalah!
Persalinan perempuan pun mestilah ada. Tampak clean dan berstail.
Ada juga rekaan sneakers PUMA Roma Classic Gum yang praktikal untuk korang pakai beraya seharian mengelilingi kampung.
Istimewanya, PUMA membuka peluang untuk korang membawa pulang hadiah menarik termasuklah barangan PUMA.
Apa yang perlu korang lakukan bermula 15 Mac 2023 hingga 21 April 2023 ini adalah untuk berkunjung ke stor PUMA dan mendapatkan koleksi Memori Aidilfitri ini. Dengan itu, korang terus berpeluang untuk menyertai aktiviti ‘Kad Raya PUMA’ di mana korang boleh memilih kad raya daripada papan ‘Kad Raya PUMA’ di dalam stor yang anda kunjungi.
Harganya not bad.
Koleksi PUMA Memori Aidilfitri ini ditawarkan dari harga RM199 hingga RM399. Untuk lebih info mengenai koleksi ini, kunjungi sahaja LAMAN WEB PUMA.
Oleh itu, jangan ketinggalan untuk mendapatkan pakaian dan aksesori daripada koleksi Raya ‘Memori Aidilfitri’ PUMA di kesemua stor PUMA seluruh negara. Barulah rare!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bedak asas atau lebih dikenali sebagai foundation merupakan salah satu produk mekap paling penting bagi setiap gadis. Selain menutup kesan jerawat dan parut pada wajah, foundation juga berfungsi melindungi kulit kamu daripada sinaran cahaya matahari yang boleh menjadikan kulit lebih gelap.
Seringkali kita lihat betapa mulus, cerah dan bersihnya kulit wajah gadis-gadis di Korea Selatan apabila kita menonton penyanyi dan pelakon dari sana. Actually, jika kamu bijak mengenakan foundation, ia akan mempunyai efek semulajadi bak kulit-kulit porcelin selebriti K-Drama.
Terkini, satu lagi teknik K-Beauty semakin ppopular di sana. Mereka kita tidak lagi menggunakan berus ataupun span mekap bagi meratakan foundation. Sebaliknya, mereka menggunakan spatula khas! Teknik ini khabarnya sedang menjadi ikutan beauty influencer kerana ia menghasilkan solekan yang paling minimal dan kelihatan semulajadi.
Spatula sebenarnya tidak asing dalam dunia mekap tapi lebih popular dalam kalangan jurusolek profesional. Ia biasa digunakan untuk mencalit dan mencampurkan beberapa produk secara bersih dan terhindar daripada bakteria.
Sapuan spatula juga dikatakan lebih nipis dan menyeluruh. Apa yang perlu korang lakukan hanyalah meletakkan sedikit foundation di belakang tangan. Kemudian, sapu tipis pada hujung spatula dan perlahan-lahan leret foundation pada wajah.
Agar foundation lebih kemas, korang masih memerlukan span dan dabfoundation pada kulit. Ternyata, hasilnya seolah-olah seperti hasil mekap kerja tangan jurusolek Korea Selatan!
Tapi ingat, trik utama untuk mendapatkan calitan terbaik adalah dengan memastikan kalau tona foundation yang dipilih serasi dengan warna kulit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sosialit dan usahawan terkenal, Kim Kardashian sudah melalui bertahun-tahun pengalaman bereksperimen dengan trend fesyen dan solekan. Adakala ia menjadi dan tidak kurang juga beberapa kali di mana Kim tersasar jauh dari trek berdasarkan pemerhatian pengkritik fesyen.
Dengan percubaan tersebutlah, Kim kini dianggap sebagai salah seorang selebriti Barat yang mempunyai momen ikonik dengan pemilihan fesyennya.
Lihat sajalah setiap kali beliau dijemput ke acara fesyen tahunan Met Gala yang dianjurkan oleh Vogue Amerika Syarikat dan muzium Met New York. Dari dulu lagi stail yang disarungkan oleh Kim akan menjadi topik perbualan termasuklah pada edisi tahun lalu di mana Kim telah mewakili jenama Balenciaga.
Korang tentu ingat lagi akan busana serba hitam ala ninja yang menutupi seluruh bahagian badan Kim termasuklah wajahnya.
Kim Kardashian bersama adiknya, Kendal Jenner di Met Gala 2021.
Disebabkan keberanian Kim untuk menyahut ‘cabaran’ berjalan dengan wajahnya tertutup atas nama fesyen, Kim telahpun menjadi mangsa meme selama berbulan-bulan. Ada yang menganggap dia kelihatan seperti karakter Dementor dalam filem Harry Potter dan ada juga yang menyamakan Kim dengan visual dalam animasi Pokemon.
Semua orang termasuk kami sendiri beranggapan ia adalah satu lagi eksperimentasi Kim agar seluruh dunia bercakap mengenainya. Rupa-rupanya, busana tersebut bukanlah pilihan pertamanya dan Kim sendiri enggan memakainya.
Dalam temubual bersama majalah Vogue edisi Mac 2022, Kim bercakap mengenai pemilihan idea tersebut setelah dia diyakinkan oleh Balenciaga dan pengarah kreatifnya, Demna Gvasalia.
“(Pada mulanya) saya menentang. Saya tidak tahu bagaimana rupa saya sekiranya dipakaikan topeng sebegitu. Mengapa saya ingin menutup muka sepenuhnya?
“Tetapi mereka yakinkan saya bahawa ini adalah acara kostum gala. Ini bukannya parti Vanity Fair di mana semua orang perlu menunjukkan muka yang cantik. (Met Gala tahun lalu) mempunyai tema dan tetamunya diwajibkan memakai pelitup muka (selain di karpet merah). Jadi wujudlah idea tersebut,” katanya.
Biarpun wajah Kim langsung tidak kelihatan sewaktu berjalan di karpet merah, Kim masih melantik pasukan jurusolek untuk mempersiapkan solekannya di bawah topeng tersebut.
Selain busana Balenciaga itu, Kim juga sanggup berbelanja besar demi tocang palsunya sepanjang 75 inci itu yang dikatakan bernilai USD10,000.
Agaknya, entah apalah idea Kim bagi acara Met Gala seterusnya?
Adakah gayanya sekali lagi akan dicedok oleh pelakon terkenal, Rozita Che Wan seperti yang dilakukannya di sebuah acara fesyen di Kuala Lumpur, tahun lalu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!