Dari pandangan luar, kita melihat kelompok selebriti yang berpengaruh dan mempunyai nama besar sebagai individu yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi, tidak gentar untuk berdepan khalayak ramai dan juga sentiasa tampi bersedia dengan apa jua cabaran.
Namun kita terlupa bahawa selebriti juga merupakan manusia biasa yang mempunyai isu peribadi dan kekurangan diri juga. Cuma apabila ada sesuatu yang ‘mengundang’ berlaku dalam hidup mereka, perhatian yang diberikan terhadap mereka berkali-kali ganda lebih dapat dirasai tekanannya.
Itulah yang berlaku kepada pelakon dan usahawanita terkenal, Mawar Rashid semalam sewaktu menghadiri acara pelancaran produk baharu jenama Mawarose dan buka puasa bersama rakan media semalam.
Sebelum dijemput keluar ke atas pentas utama untuk berhadapan dengan pemberita, Mawar yang juga merupakan finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/15 dipercayai berdepan serangan keresahan ataupun anxiety attack.
Anxiety attack bukanlah suatu perkara baharu malahan ia kerap menyerang sewaktu kita tidak menjangkakannya.
Setelah Mawar dijemput ke pentas bagi memberikan kata-kata aluan, secara tiba-tiba dia merasa terganggu lalu dilihat mengalirkan air mata sebelum dirinya cuba ditenangkan oleh suami yang setia berada di sisi.
Ads
Berdasarkan beberapa video dan foto yang dikongsi oleh rakan pemberita lain, Mawar kemudiannya beralih ke tepi pentas untuk menenangkan diri sambil suaminya, Raf Yaakob meneruskan sesi pengenalan tersebut bersama wakil perniagaan Mawarose, Lily Rashid yang memberikan penerangan mengenai salah satu produk yang dilancarkan iaitu Lip Plumper.
Raf seterusnya menenangkan khalayak pemberita di hadapannya dengan menjelaskan bahawa serangan gelisah boleh terjadi seperti yang mereka semua sedang saksikan tanpa mengenal masa atau tempat.
Beliau memujuk Mawar untuk kembali ke pentas dan meneruskan ucapan. “You are not a loser, you are a winner sayang. Okay? I’m with you for the rest of my life okay? Will you start your speech? I’m with you,” kata Raf.
Ads
Aww sweet sangat, kan?
Mawar akhirnya memberanikan diri untuk memberikan ucapannya terhadap pencapaian melancarkan tiga produk berbeza Mawarose semalam.
“Mawar tak pernah bayangkan akan mendapat pencapaian seperti ini. Bukan mudah untuk Mawar mulakan perniagaan Mawarose ini. Terima kasih Mummy kerana selalu membuatkan saya, anak-anak lain dan menantu semua gembira. Mummy berikan segalanya, usaha. Tidak lupa juga kepada ibu mertua saya, anda selalu ada bersama saya,” katanya.
Ini bukanlah kali pertama seorang selebriti tempatan diserang rasa gelisah di hadapan khalayak ramai. Jika korang masih ingat pada akhir tahun lalu, pelakon Maya Karin hampir mengelak daripada menjadi rakan penyampai kepada Faizal Hussein semasa acara Festival Filem Malaysia ke-32 setelah beliau merasai bakal diserang serangan panik sebelum naik ke pentas.
Faizal pada waktu tersebut cuba memujuk dan menyakinkan Maya untuk menguatkan diri dan kekal tenang untuk bersama-samanya muncul di atas pentas bagi melaksanakan tugasan tersebut. Maya cekalkan hati dan membaca skrip biarpun jelas tangannya pada waktu itu sedang menggeletar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua minggu lalu, REMAJA ada melaporkan mengenai berita gembira pertunangan penyanyi Ariana Grande kepada Dalton Gomez.
Meskipun berita tersebut muncul secara mengejut, ahli keluarga Ariana terutama ibunya, Joan Grande dan adiknya, Frankie Grande mengalu-alukan kehadiran Dalton ke dalam keluarga mereka.
Satu perkara yang menjadi topik bualan ramai peminat bintang dokumentari Netflix, ‘Excuse Me, I Love You’ itu adalah mengenai rekaan cincin pertunangannya yang – ya, cantik – tetapi mempunyai konsep yang unik dan jarang sekali dipilih oleh bakal pengantin lain.
Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya, baru-baru ini usahawan barangan kemas dan pereka cincin pertunangan Ariana itu iaitu Jack Solow dihubungi oleh E! News dan berpendapat Dalton telah memilih cincin paling sempurna untuk tunangnya itu.
Menurut Jack, dia bekerjasama dengan Dalton selama 6 minggu untuk menyiapkan cincin tersebut kerana mereka memerlukan masa untuk mencari bentuk berlian yang unik.
“Dalton terlibat dalam setiap proses pemilihan menerusi panggilan FaceTime dan Zoom disebabkan perbezaan lokasi. Dia benar-benar teliti tentang apa yang diiinginkannya.
“Dia mempunyai konsep tertentu mengenai rupa cincin ini, sedikit kontemporari berbanding cincin biasa. Idea meletakkan berlian pada sudut ke tepi dan penambahan mutiara pada cincin ini datang daripadanya. Baginya, mutiara memberikan nilai sentimental,” kata Jack.
Tidak hairanlah apabila peminat Ariana pantas teringat semula kepada foto cincin pemberian nenek Ariana kepadanya yang juga mempunyai mutiara.
Mereka berdua memilih untuk menyambut Hari Natal baru-baru ini di kediaman keluarga Ariana. Sumber Foto: Instagram @arianagrande
“Dalton sememangnya detail-oriented. Dia banyak memberi fokus kepada perincian cincin ini dan ingin membuatkannya istimewa khas untuk Ariana. That was his goals.”
Aww, sweet-nya!
Menariknya, ada sumber dalaman yang berjaya mendedahkan nilai cincin tersebut dan menganggarkannya bernilai lebih daripada $USD750,000! Ia berdasarkan kepada warna dan kejernihannya pada berlian bujur 8 karat itu.
Nampaknya, Dalton memang benar-benar sayangkan Ariana ya. Harapnya, Ari akan menemui kebahagian sebenar untuk pertunangan kali ini.
Untuk pengetahuan, Ariana pernah bertunang dengan Pete Davidson pada bulan Mei 2018 dan berpisah lima bulan kemudian.
Haa, siapa kata masyarakat Malaysia lebih meminati filem antarabangsa berbanding naskah tempatan?
Buktinya, filem Polis Evo 3 telah berjaya meraih kutipan bernilai RM1.3 juta sekaligus berada di tangga pertama dalam carta Top 10 GSC Malaysia bagi kutipan tertinggi pada 24 Mei 2023.
Kutipan tersebut sekaligus mengenepikan saingan sengit daripada filem-filem blokbuster barat yang juga sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Antaranya termasuklah filem Fast X yang berada di tangga kedua, Guardians of the Galaxy (GOTG) Vol. 3 di tangga ketiga dan The Super Mario Bros. Movie di tangga keenam.
Manakala filem Anwar: The Untold Story pula berada di tangga keempat. Not bad bagi industri perfileman Malaysia, bukan?
Tidak dinafikan, salah satu tarikan filem arahan Syafiq Yusof ini adalah barisan pelakonnya yang diminati ramai seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Douglas Lim, Nora Danish, Syafiq Kyle, Faraali Khan dan ramai lagi.
Shaheizy SamZizan RazakFaraali KhanSyafiq Kyle
Di samping itu, jalan cerita Polis Evo 3 juga menjadi kekuatan utama yang berjaya membawa penonton ke pawagam.
Ia mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang kembali dengan misi terbaru. Kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Untuk pengetahuan korang, filem pertama Polis Evo pada tahun 2015 telah mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office melebihi RM18 juta. Manakala, sekuelnya Polis Evo 2 (2018) pula memungut jumlah box office RM23juta.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2. “Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku,” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad (3x) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin, maka mereka akan meredhai engkau
“Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih (3x)
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“Bismillaahirrahmaa nirrrahiim. Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar ” (3x)
Marilah sama-sama untuk kita cuba amalkan amalan sebelum tidur ini. Sesungguhnya banyak pahala dan manfaat yang bakal kita terima sekiranya melakukan ibadah-ibadah seperti ini.
Walau sesibuk mana korang di siang hari, ambil sedikit masa sebelum tidur untuk melakukan 4 perkara ini. InsyaAllah!