Konsert minggu pertama Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di MBSA malam tadi menyaksikan kesemua 12 peserta menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan.
Walaupun tiada peserta tersingkir, persaingan tetap sengit apabila setiap peserta tampil memberikan persembahan terbaik bagi memikat hati barisan juri.
Qilo Kuasai Kedudukan Teratas
Penyanyi, Qilo muncul sebagai peserta paling menyerlah apabila berjaya menduduki tempat pertama menerusi persembahan lagu If I Ain’t Got You yang dipopularkan oleh Alicia Keys.
Sementara itu, tiga peserta yang berada di kedudukan tercorot ialah Aliff Kimiey, Sufie Rose dan Sabrina, masing-masing menerusi lagu Di Balik Petanda, Pulang dan Canggung.
Ads
Hussain Jadi Peserta Ke-12, Azeva Bergelar Hos Baharu
Konsert sulung itu turut menghadirkan kejutan apabila Naib Juara program Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2), Husain, diumumkan sebagai peserta ke-12 Big Stage X Rocketfuel menerusi slot ‘Exclusive Spot’.
Bukan itu sahaja, pemenang tempat keempat TTMM2, Azeva pula diumumkan sebagai hos baharu yang akan bergandingan bersama Nabil Ahmad sepanjang musim ini.
Ads
Dalam pada itu, trio penyanyi Aisha Retno, Hael Husaini dan Akim Ahmad kekal menggalas tanggungjawab sebagai juri mingguan.
Kontrak Bernilai Sehingga RM200,000 Jadi Rebutan
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta akan bersaing bagi merebut Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Ads
Ganjaran tersebut merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Musim ini menyaksikan persaingan melibatkan Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta Husain yang dipilih menerusi slot Exclusive Spot.
Jangan lupa untuk menyaksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, selain boleh menstrim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat korang yang tengah nak beli kereta, beberapa jenama kereta termasuk keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 selepas perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan sekurang-kurangnya lima jenama kenderaan termasuklah model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen akan turun harga.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata berdasarkan struktur cukai baru, hampir semua model Perodua akan menyaksikan harga lebih rendah.
Wah, kalau macam ni ada chance la korang nak tukar kereta baru kan. Hiks!
Jom kita tengok antara senarai kereta yang bakal diturunkan harga.
1. Perodua Axia
Harga: RM40,390
Sebelum ini: RM41,497
2. Perodua MyVi 1.5
Harga: RM54,090
Sebelum ini: RM55,300
3. Honda Jazz 1.5
Harga: RM83,633
Sebelum ini: RM85,750
4. Toyata Vios
Harga: RM93,200
Sebelum ini: RM93,980
5. BMW
Harga: RM185,800
Sebelum ini: RM188,800
6. Volkswagen Polo
Harga: RM74,900
Sebelum ini: RM76,888
Moga dengan penurunan harga kereta ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang untuk beli kereta sendiri. Namun begitu, ukur baju di badan sendiri ya. Jangan sebab harga kereta turun, korang pergi beli yang diluar kemampuan pula.
Terbaru, pelakon Afiq Muiz mencuri perhatian di media sosial apabila dipercayai sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya.
Menerusi sebuah perkongsian foto di Instagram, Afiq atau pemilik nama sebenar Muhammad Afiq Muiz Azman Shah (34) meluahkan rasa syukur selain memberi bayangan dirinya kini sudah ‘diikat’ menerusi hubungan yang lebih serius.
Dalam hantaran tersebut, pelakon drama bersiri ‘Gerak Khas 2.0’ itu dilihat tampil sedondon bersama seorang wanita mengenakan busana berwarna hijau pekat yang cukup elegan.
Namun begitu, identiti bakal isterinya masih menjadi tanda tanya apabila wajah wanita berkenaan sengaja disorok menggunakan sejambak bunga tangan ketika sesi fotografi tersebut.
“Alhamdulillah, ok lock,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Perkongsian itu sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang rata-ratanya meluahkan rasa teruja selain menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.
Kredit foto: IG Afiq Muiz
Setakat ini, Afiq masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai status pertunangannya mahupun berkongsi lanjut mengenai wanita yang berjaya mencuri hatinya itu.
Untuk info, Afiq sebelum ini mula dikenali menerusi drama ‘Memori Cinta Suraya’ selain turut membintangi beberapa naskhah popular lain seperti ‘Bidadari Kiriman Tuhan’, ‘Cinta Tiada Ganti’, dan ‘Nikmat Hanya Sesaat’. Sebelum ini, Afiq pernah mendirikan rumah tangga dengan Pachara Apin pada tahun 2019 sebelum dilaporkan berpisah pada 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Helen McCrory yang memainkan watak Narcissa Malfoy dalam siri filem Harry Potter telah meninggal dunia akibat penyakit kanser.
Hanya pada usia 52 tahun, kematian Helen itu telah mengejutkan ramai pihak termasuklah pelakon yang memainkan karakter anaknya, Draco Malfoy dalam filem Harry Potter, Tom Felton.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Tom meluahkan rasa sedih dan juga kecewa kerana ada beberapa perkara yang tidak sempat untuk disampaikan olehnya kepada Helen secara personal.
Pada bahagian kapsyen untuk foto daripada salah satu babak akhir filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Tom menulis, “Saya amat sedih kerana terpaksa menyatakan selamat tinggal secara tiba-tiba.
“Saya tidak pernah mengambil peluang untuk memberitahu Helen bagaimana dia telah membantu saya menjadi insan seperti sekarang, di dalam set dan di luar set.
“Helen selalu menjadi dirinya sendiri, selalu pantas menangkap, bijak berkata-kata, mesra dan selalu mempunyai masa untuk melayan semua orang.
“Terima kasih kerana membantu saya ke hadapan dan ‘memimpin’ tangan saya apabila saya memerlukannya.”
Di ruangan komen, peminat Tom memberikannya sokongan dan mengucapkan takziah kepada pihak Helen McCrory.
Untuk pengetahuan, Helen meninggalkan seorang suami bernama Damien, anak-anaknya dan seluruh ahli keluarganya. Selain watak Narcissa, Helen juga dikenali menerusi watak ikonik lain dalam filem seperti Peaky Blinders dan Penny Dreadful.