Tiada perancangan untuk cuti Hari Merdeka pada hujung minggu ini?
Apa kata korang ‘terjah’ sahaja ke acara Riuh Merdeka yang bakal dilangsungkan selama 30 jam tanpa henti!
Berlangsung di Monumen Alaf Baru, Presint 2 Putrajaya; Riuh Merdeka bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 tahun ini menjanjikan kelainan berbanding edisi terdahulu apabila ia menyajikan persembahan pentas terus-menerus selama 30 jam.
Ini termasuklah pengisian 20 persembahan terdiri daripada artis-artis terkenal tanah air seperti Priscilla Abby, Balan Kash dan Pop Shuvit pada hari Sabtu serta Datuk Zainal Abidin, Alif Satar & The Locos, IamNeeta, Putri Dahlia dan persembahan kemuncak oleh Misha Omar; kesemuanya pada hari Ahad.
Jangan dilupa juga acara persembahan bunga api tepat pada jam 12 tengah malam pada 31 Ogos di sini!
Ads
Turut ditampilkan Riuh Merdeka adalah tayangan filem pacak untuk orang ramai mulai jam 12 tengah hari pada 30 Ogos sehingga pagi 31 Ogos 2025.
Antara filem-filem utama yang ditayangkan ialah Boboiboy (Sabtu, 2 petang), Hantu Kak Limah (Ahad, 2 pagi) dan Sherif Narkos (Ahad, 4 pagi).
Ads
Bagi yang hadir bersama-sama member & ahli keluarga pula, jangan risau kerana segala kemudahan ada disediakan agar korang boleh stay put dan nikmati masa terluang secara tenang di Riuh Merdeka.
Ia menyediakan 40 vendor makanan, 20 vendor penjualan jenama tempatan, 6 jenis bengkel dan 4 pengaktifan kreatif. Segalanya ada di sini bagi memastikan korang dapat bergembira sambil menyambut Hari Kebangsaan tahun ini dengan memori menarik.
Seperti tahun-tahun sudah, kita semua ambil maklum mengenai keadaan trafik yang bertambah sesak di lokasi utama setiap kali tibanya tarikh 31 Ogos.
Ads
Bagi menjamin keselesaan pengunjung di Putrajaya pada hujung minggu ini, pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dilaporkan menyediakan 15,000 petak parkir di sekitar Presint 1, 8, 9 dan 18 selain kemudahan pengangkutan awam percuma seperti 100 bas dan enam teksi air dari beberapa jeti utama sekitar tasik Putrajaya untuk ke lokasi utama seperti acara Riuh Merdeka.
It is a date, then. Jom sama-sama kita raikan kemuncak bulan kemerdekaan tahun ini di Riuh Merdeka, Precint 2 Putrajaya. Jumpa di sana okay!
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jujurnya, ramai saja rakyat Malaysia sudah bersedia untuk disuntik dengan vaksin COVID-19 setelah beberapa negara lain kini aktif memulakan kempen bersama rakyat negara masing-masing.
Namun seperti yang dijelaskan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin pada bulan lalu, terdapat kelewatan bagi Malaysia mendapatkan vaksin disebabkan oleh faktor kos.
Negara jiran, Singapura sebagai contoh berjaya menjadi negara pertama Asia untuk menerima vaksin Pfizer-BioNTech seawal bulan Disember kerana, “mereka mempunyai kemampuan kewangan yang lebih besar.”
Tambah beliau, adalah lebih penting bagi Malaysia mengurus jangkaan memandangkan pelan vaksinasi Malaysia akan mengambil masa sehingga 18 bulan untuk kesemua rakyat.
Kelmarin, BERNAMA melaporkan sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura menjadi di antara penerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech baru-baru ini.
Sebahagian daripada mereka telah berkongsi perngalaman menerima suntikan termasuklah lelaki yang dikenali sebagai Imra Astata Ibrahim, 40.
Beliau yang bekerja dalam sektor marin telah menerimanya pada 13 Januari lalu dan akan menerima suntikan kedua selepas 21 hari.
Kata beliau, mereka sekumpulan telah dimaklumkan mengenai kemungkinan adanya kesan sampingan selepas menerima suntikan. Setakat ini mereka masih sihat, cuma beliau merasa sedikit kebas pada hari kejadian seperti yang biasa kita rasai selepas menerima apa-apa suntikan.
Berbanding Malaysia yang memerlukan 18 bulan untuk program vaksinasi, Singapura dijangka akan menerima vaksin mencukupi bagi keseluruh rakyatnya sebelum akhir 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang tahu tak lebih dari 50% rakyat Malaysia sebenarnya menghidap intoleransi laktosa atau hipolaktasia iaitu ketidakupayaan untuk mencerna laktosa (sejenis gula yang terdapat dalam susu)?
Hal ini menyebabkan mereka mengalami kesan sampingan seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan sebagainya sebaik sahaja mencerna susu atau produk tenusu lain.
Namun usah khawatir kerana anda berpeluang untuk merasai sendiri kenikmatan susu berlemak dari jenama susu berasaskan tumbuhan no.1 Australia, So Good Oktober ini!
Oktober ini, rakyat Malaysia dijemput untuk merasai secara percuma susu berasaskan tumbuhan dengan melawat Pusat beli-belah Plaza Arkadia dari 13 Oktober hingga 15 Oktober 2023.
Pengunjung Bar Susu SO GOOD akan berpeluang menikmati pelbagai hidangan lazat dan
pilihan susu tanpa tenusu yang berkhasiat, termasuk beberapa jenis oat dan badam terlaris SO GOOD, dan Coklat Susu Oat So Good yang sedap dan berlemak!
Usah risau bagi mereka yang ‘lactose intolerance’ kerana semua susu yang disajikan adalah bebas laktosa, rendah lemak tepu dan 100% mesra vegan.
Bar Susu SO GOOD akan dibuka di lokasi dan tarikh berikut:
Bar Susu So Good di Plaza Arkadia, Desa Park City
Tarikh: 13 – 15 Oktober 2023, dari 11.00 pagi hingga 7.00 malam
Lokasi: Plaza Arkadia, Plaza Utama (di hadapan blok Hutton)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: So Good
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum wujudnya laman media sosial seiring dengan kepesatan platform digital kini, industri penerbitan majalah sangat luas di Malaysia. Boleh dikatakan saban bulan berpuluh judul majalah ditawarkan kepada pembaca seluruh Malaysia. Setiap naskhah yang dihasilkan menjadi satu karya yang dinanti-nantikan oleh pembaca.
Percaya atau tidak, jualan satu-satu majalah boleh menjangkau sehingga berpuluh ribu unit setiap kali keluaran bahkan ada sesetengah edisi boleh dijual sehingga ratusan ribu unit. Namun begitu seiring dengan kebangkitan dunia digital, majalah seolah-olah telah dilupakan mengakibatkan industri ini semakin menguncup dan akhirnya banyak judul berkubur.
Jom kita intai beberapa majalah yang dahulunya pernah wujud dan popular dalam kalangan pembaca Malaysia namun kini sudah tiada di pasaran baik dari bentuk fizikal mahupun digital.
JELITA
Majalah Jelita merupakan sebuah majalah berbentuk kewanitaan yang memfokuskan kepada wanita berkerjaya dan juga berada di bandar. Diterbitkan pada tahun 1976, majalah ini melalui beberapa perubahan dibawah syarikat penerbitan yang berbeza. Pada tahun 2015 majalah ini telah dihentikan dibawah penerbitan Berita Publishing. Kemudiannya ia telah ‘dihidupkan’ kembali pada 2016 di bawah penerbitan Syarikat Blu Inc Sdn bhd sehinggalah syarikat tersebut menamatkan operasi pada April 2020.
FEMALE
Majalah Female antara majalah berbahasa Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1974 di Malaysia. Majalah ini dihasilkan di bawah syarikat penerbitan MPH group dan kemudiannya berevolusi dibawah syarikat penerbitan Blu Inc Sdn Bhd. Seiring dengan penutupan syarikat tersebut pada April 2020, penerbitan majalah ini juga turut terhenti.
ANJUNG SERI
Majalah Anjung Seri merupakan antara majalah pertama di Malaysia yang memfokuskan kepada seni hiasan dalaman rumah. Merupakan majalah yang popular suatu ketika dahulu, jenama ini merupakan terbitan Berita Publishing Sdn Bhd sejak 1993. Majalah ini telah menutup bisnesnya dan tidak diterbitkan lagi sejak tahun 2015 seiring dengan penutupan bisnes majalah oleh syarikat tersebut.
HER WORLD
Majalah herworld merupakan antara majalah berkonsep kewanitaan, gaya hidup yang tertua diterbitkan di Malaysia, iaitu pada tahun 1960. Merupakan majalah pertama yang diterbitkan oleh News Straits Time Press (Malaysia), majalah ini kemudiannya dikendalikan oleh Berita Publishing Sdn Bhd bermula tahun 1973 dan kemudiannya beralih milik ke Syarikat Blu Inc Sdn Bhd. Majalah ini akhirnya menutup operasi dan tidak lagi diterbitkan ekoran penutup syarikat tersebut pada April 2020.
RIAS
Majalah Rias merupakan salah satu majalah yang diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Kumpulan Utusan. Majalah ini merupakan sebuah majalah yang memfokuskan kepada dunia fesyen dan juga hiburan yang sangat popular suatu ketika dahulu. Diterbitkan sekitar pertengahan 1990-an, antara acara popular yang dianjurkan oleh majalah ini adalah Anugerah Jarum Berlian RIAS yang mengangkat bakat baru dalam dunia fesyen tempatan. Menurut sumber majalah ini dihentikan penerbitannya sekitar tahun 2004.
WW
Majalah Wanita & Wawasan atau lebih dikenali dengan akronimnya WW merupakan majalah yang dicetuskan oleh pengarang tersohor di Malaysia, Wirda Adnan. Beliau sebelum itu pernah menjawat gelaran pengarang di Majalah Wanita dan GLAM. Edisi pertama majalah ini diterbitkan pada September 2011. Walaubagaimanapun jangka hayat majalah ini tidak panjang apabila ia menutup operasi pada tahun 2015.
COSMOPOLITAN
Majalah Cosmopolitan merupakan majalah antarabangsa pertama yang diterbitkan di dalam bahasa kebangsaan di negara ini. Jenama majalah yang terkenal di seluruh dunia ini melebarkan sayapnya di Malaysia pada tahun 2005 bertujuan untuk menarik minat golongan wanita muda Melayu. Ternyata pilihan itu tepat apabila Cosmopolitan menjadi popular dan mencapai jualan yang memberangsangkan. Diterbitkan oleh ACP Magazine, majalah ini akhirnya bertukar tangan dan diterbitkan pula oleh Syarikat Blu Inc Sdn Bhd. Seiring penutupan syarikat tersebut, Cosmopolitan edisi Malaysia tidak lagi diterbitkan.
PEREMPUAN
Majalah Perempuan merupakan antara majalah berbentuk kewanitaan yang bersaing bersama rakan seangkatan seperti majalah Wanita, Jelita, Nona dan juga Keluarga. Majalah ini merupakan terbitan syarikat Alaf Semenanjung Sdn Bhd. Kali terakhir majalah ini diterbitkan adalah pada tahun 2012.
Bila dilihat kembali kisah penutupan majalah ini, membuatkan rasa rindu kepada majalah bercetak menjadi semakin tebal. Membaca di skrin tidak akan sama dengan membelek helaian kertas.
Namun tidak semua menutup tirai, masih ada yang bertahan namun sudah bertukar arah kepada dunia digital. Majalah Keluarga misalnya yang diterbitkan pada tahun 1976, berkembang pesat di dunia digital. Sama seperti REMAJA juga, yang telah lebih 37 tahun usianya, kini aktif di pentas digital menerusi laman sesawang dan juga rangkaian media sosial.
Jangan lupa untuk terus menyokong kami. Ikuti perkembangan REMAJA di laman Instagram, Facebook, Twitter dan juga TikTok.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.