Setelah persediaan yang memakan masa berbulan lamanya, akhirnya pereka fesyen Hatta Dolmat boleh menarik nafas lega pada hari ini.
Pada acara anjuran organisasi Miss Universe Malaysia pada hari ini, Hatta, 39 telah diumumkan sebagai pereka fesyen terpilih bagi mempersiapkan kostum kebangsaan dan busana gaun untuk Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam yang bakal bertanding tidak lama lagi.
Ini merupakan kali pertama Hatta terlibat dalam dunia ratu cantik dan platform apa lagi yang lebih eksklusif melainkan pentas Miss Universe.
Sewaktu ditemui oleh REMAJA pada acara berkenaan, Hatta menjelaskan serba sedikit mengenai inspirasi di sebalik rekaan kostum kebangsaan yang dinanti-nantikan oleh ramai pihak ini.
“Pada peringkat awal, saya telah siapkan beberapa lakaran dengan mengambil idea wayang kulit, wau bulan, burung Kenyalang, rama-rama, Raja Brookes (dari Sarawak). Akhirnya apabila difikirkan semula, kita sebenarnya mempunyai satu mercu tanda semulajadi yang cantik iaitu Gunung Kinabalu di Sabah.”
“Sebagai salah satu daripada puncak tertinggi di dunia, saya rasakan pertandingan Miss Universe adalah momen terbaik untuk memperkenalkannya kepada masyarakat dunia. Lagipun, saya baru sahaja balik dari Sabah dan terus terinspirasi dengannya.
Ads
“Tapi, saya tidaklah nak bawa batu ke apa ke atas pentas. Gunung Kinabalu itu hanyalah simbolik kepada elemen dan penceritaan yang ada pada kostum tersebut.
“Antaranya seperti mesej kemampanan (sustainability), kitar semula (recycle), guna semula (upcycle) dan matlamat pembangunan mampan (Sustainable Development Goals atau SDG). Kita nak bawa mesej-mesej ini ke peringkat universe supaya mereka tahu kita adalah komuniti yang cintakan alam semulajadi.
Dalam dunia fesyen di Malaysia, sememangnya Hatta Dolmat merupakan di antara pelopor gerakan fesyen lestari.
Pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 Ogos lalu, Hatta telah memperkenalkan penggunaan fabrik yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula demi menyahut inisiatif Program Alam Sekitar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Badan Penyelaras di Laut Asia Timur (COBSEA) dalam menyelesaikan isu pencemaran plastik.
Ads
Bagi kostum kebangsaan ini, Hatta secara kreatif telah menggunakan bahan seperti plastik terbuang, kayu terbuang dan fabrik lama dari Kloth yang pernah digunakannnya bagi koleksi Minggu Fesyen Kuala Lumpur.
Berkenaan kerjasamanya dengan Lesley Cheam, Hatta menggambarkan gelaran yang dibawa oleh Lesley itu begitu dekat dengan idea memperkenalkan Gunung Kinabalu di mata dunia. Baginya, puncak gunung setinggi 4,095m dari paras laut itu selari dengan Lesley yang berada pada kedudukan tertinggi sebagai seorang wanita setelah dinobatkan Miss Universe Malaysia 2022.
“Kita cuba cari apa yang tertinggi di Malaysia. Bila dia (Lesley) pakai, dialah yang tertinggi di Malaysia. Kita juga cuba untuk lari daripada kostum-kostum yang pernah dicipta untuk wakil negara terdahulu. Selain makanan dan unsur kebudayaan, kita terlupa yang Malaysia juga mempunyai landmark secantik Gunung Kinabalu,” jelasnya.
Ads
“Bila bercakap tentang harapan, mestilah semua orang berharap Malaysia akan membawa pulang kejuaraan dan mahkota Miss Universe itu. Tapi saya cuma berharap Lesley untuk menjadi diri sendiri dan melakukan yang terbaik di New Orleans kelak.
“Tentang kategori Kostum Kebangsaan terbaik pula, saya tidak pernah pun terfikir untuk menang memandangkan ini adalah perlibatan pertama saya bagi persediaan pertandingan ratu cantik. Bila saya langkah keluar dari butik pagi tadi, saya sudah tetapkan mindset untuk menerima apa saja pandangan orang ramai,” ujar Hatta.
Tambahnya lagi kepada REMAJA, beberapa sentuhan akhir bakal dilakukannya pada kostum nasional dan gaun Lesley Cheam sebelum dia ‘terbang’ ke Amerika Syarikat tak lama lagi. Sama-sama kita nantikan sentuhan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah anda bahawa cara mencuci muka yang betul boleh membantu mengekalkan kecantikan dan awet muda? Salah satu teknik yang semakin popular ialah teknik “Beauty Fingers”.
Hah, jangan main tonyoh dan asal siap saja ya!
Antara jari yang patut anda gunakan ialah, tiga jari terakhir iaitu jari tengah, jari manis dan jari kelingking. Bukan sepuluh jari dan tapak tangan tu, lain jadinya nanti.
Malah nak sapu serum atau pelembap muka pun sebaiknya guna tiga jari kecantikan ini. Kata tak mahu kulit cepat kedut, kan?
Kenapa guna jari kecantikan?
Sebab tiga jari terakhir ni mempunyai tekanan rendah dan tak menyumbang kepada kedutan di wajah, yang menyebabkan muka cepat kendur dan tua sebelum usia.
Cara Cuci Muka Yang Betul
Nak muka tegang dan tak kendur ke bawah, cuci muka muka dari dagu dan naik ke pipi, ke hidung dan kemudian ke dahi.
Dan jangan lupa kalau nak awet muda, guna jari kecantikan anda atau mesra dipanggil beauty fingers!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Waktu sahur bukanlah waktu termudah bagi seseorang untuk bangun dari tidur dan bersahur. Namun, ia adalah salah satu perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dan kita sebagai umatnya harus bersahur walaupun hanya dengan seteguk air masak atau seulas buah kurma.
Banyak jenis makanan ‘mudah’ yang boleh diambil, tetapi entah mengapa mi segera adalah antara yang paling digemari oleh ramai pelajar (dan orang dewasa). Kononnya ia mengandungi karbohidrat yang mampu menanggung lapar dahaga seseorang untuk tempoh seharian.
Dah ngantuk, memanglah senang kalau makan mi segera semasa sahur. Tapi…
Namun, amalan bersahur dengan mi segera amatlah tak dinasihatkan jika ia diambil pada setiap hari kerana 4 faktor ini..
Risiko Obesiti
Sepatutnya, amalan berpuasa membuatkan kita lebih sihat sepanjang bulan ramadan. Tetapi lain pula ceritanya jika kita mengamalkan mi segera untuk waktu sahur kerana ia boleh meningkatkan risiko obesiti.
Ini kerana kurangnya kandungan protein dan vitamin di dalamnya, lantas karbohidrat daripada mee segera mudah berubah menjadi lemak jika tidak digunakan.
Tekanan Darah Tinggi
Simptom tekanan darah tinggi ini adalah disebabkan zat sodiumnya yang berlebihan lalu meningkatkan risiko sakit jantung serta darah tinggi jika dimakan pada setiap hari.
Hati Rosak?
Fuhh, macam serius je ni.
Karbohidrat daripada mi segera tadi akan terpecah menjadi zat lain kerana badan korang kekurangan nutrisi lain. Zat itu kemudiannya beralih ke organ hati demi membantu sistem pencernaan. Namun, tak semua zat yang masuk ke bahagian hati itu adalah zat positif untuk tubuh badan.
Risiko Kanser
Mesti korang pernah dengar kan?
Pengambilan mi segera secara kerap boleh meningkatkan risiko kanser kerana sel-sel normal boleh berubah menjadi sel kanser jika bersentuhan dengan karsinogen dalam jumlah yang besar.
Walaupun keluarga korang tak mempunyai sejarah penyakit kanser, itu tak bermakna kita semua selamat jika gaya hidup pemakanan kita terutamanya pada bulan Ramadan tetap tak berubah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejadian malang yang menimpa dirinya tidak menjadi penghalang untuk terus memajukan diri. Victoria Salcedo, 23 tahun, yang berasal dari Guayaquil, Ecuador ini merupakan salah seorang finalis pertandingan Miss Ecuador 2021. Pemenang pertandingan ini akan mewakili negara itu ke pertandingan Miss Universe 2021 yang dijangkakan bakal berlangsung penguhujung tahun ini.
Victoria yang merupakan seorang pelajar dan juga pempengaruh media sosial hilang kedua belah tangan dan sebelah kaki dalam insiden renjatan elektrik ketika berusia lima tahun. Walaupun dia dikategorikan sebagai orang kurang upaya dek kecacatan kekal, itu tidak langsung mematahkan semangatnya untuk hidup. Bahkan dia mahu menyampaikan mesej agar masyarakat lebih bersikap memahami.
Seorang pelajar dalam bidang kewartawanan, Victoria dalam satu temubual berkata, “Insiden yang belaku kepada dirinya bukan penghalang bagi mengejar impian dan terus maju ke hadapan. Selain belajar dalam bidang kewartawanan saya juga aktif berenang dan menyertai pelbagai aktiviti tanpa masalah. Kekurangan ini tidak menghalang saya.”
Memperaga busana dalam pertunjukan fesyen. Sumber gambar: Instagram Victoria Salcedo
Menurutnya lagi perkara yang paling sukar bukanlah tentang keupayaan dirinya, tetapi bagaimana hendak beradaptasi dengan orang yang selalu memandangannya dengan serba kekurangan. Dia belajar untuk menguruskan hidupnya dan berbuat aktiviti dengan kaki kanannya yang berfungsi.
Memiliki lebih 120 ribu pengikut di Instagram dan 260 ribu pengikut di TikTok, dia menjadi inspirasi untuk masyarakat yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Menggunakan laman media sosialnya sebagai medium untuk menyampaikan mesej positif tentang ketidakupayaan, dia mendidik masyarakat agar menjadi lebih peka dan prihatin.