Sejak pengumaman perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula dari warga negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehinggalah ia sekarang diperluaskan ke tujuh lagi buah negeri, pihak kerajaan menerusi Menteri Kanan Keselamatannya sering mengingatkan warga kota untuk tidak sesekali pulang ke kampung halaman.
Larangan tersebut sebenarnya telah mula diberikan sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lagi. Ia demi mengelakkan merebaknya wabak Covid-19 ke negeri-negeri lain terutamanya kepada warga emas di kawasan luar bandar (kampung halaman).
Ads
Namun, tidak semua orang betul-betul ‘menghadam’ arahan itu. Mereka tidak memahami atau enggan menerima relevan di sebalik arahan itu.
Justeru, setelah pengumuman PKPB dilaksanakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri semalam, laporan hari ini mendapati kebanyakan kaunter tiket bas telahpun diserbu oleh warga kota yang ingin ‘lari’ daripada kemelut PKPB.
Ads
Gambar Hiasan: RailTravel Station.
Kebanyakan tiket bas yang menuju ke Kelantan telahpun terjual ibarat pisang panas pada hari ini memandangkan Kelantan merupakan salah satu negeri yang terkecuali daripada arahan PKPB selain Pahang dan Perlis.
Ads
Permintaan drastik ini hadir sehari sebelum PKPB secara menyeluruh di 7 lagi buah negeri dilaksanakan bermula hari esok. Menurut laporan rakan media di Malaysia Kini, di antara destinasi popular yang ingin pulang ke Kelantan adalah dari Perak, Johor dan Pulau Pinang.
Bagi warga Lembah Klang pula, mereka tidak lagi dibenarkan untuk menerntas negeri tanpa surat perlepasan penguatkuasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebenarya semua orang kentut. Bagaimana ia dilaksanakan, itu perkara nombor dua. Ada yang kentut secara senyap, ada yang kentut sambil menahan nafas dan ada yang kentut dengan bangga di depan kawan-kawan rapat.
Foto Via Instagram
Namun, percaya atau tidak wanita cantik dan penyanyi di Brazil ini, dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang melampau didakwa berpunca daripada sering menahan kentut di hadapan teman lelakinya.
Penyanyi Viviane de Queiroz Pereira, lebih dikenali sebagai Pocah berkongsi pengalaman yang memalukan itu kepada 1.5 juta pengikutnya di Instagram story baru-baru ini.
Pocah mendedahkan bahawa di mengalami kesakitan yang teruk pada perut pada jam 5.30 pagi sehingga memerlukan rawatan perubatan di hospital.
Foto via iamlejen
“Saya kini sihat. Sakit itu hanya sebab tahan kentut,” ujarnya.
Kemudian penyanyi berkenaan sempat memberikan beberapa kata nasihat kepada para peminatnya supaya tidak berasa terlalu malu untuk kentut di hadapan pasangan mereka.
“Para gadis, jangan malu untuk kentut di hadapan pasangan anda.”
“Apa yang lebih memalukan adalah membiarkan teman lelaki anda tidak dapat tidur dengan aman kerana anda mengajaknya ke hospital dan selepas itu, mengetahui bahawa anda sakit kerana kentut terperangkap dalam badan anda,” katanya.
Pocah yang dilahirkan di Rio de Janeiro, adalah berketurunan Afrika dan Portugal. Dia pada asalnya tidak mengendahkan sakit perut yang dialami kerana menerima nasihat di TikTok.
Tetapi selepas kesukaran itu, dia berkata akan melepaskan kentut dengan bebas. Menurut beberapa pakar perubatan, perbuatan menahan kentut boleh menjadi berbahaya dan membawa kepada gejala yang menyakitkan.
Untuk info, pada era Roman dan purba Jepun, buang angin di tempat awam merupakan amalan normal dan biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah impian semua orang yang bergelar Muslim tidak kira umur, bangsa mahu pun jantina.
Menjadi bualan hangat sekarang apabila seorang usahawan kosmetik yang merupakan seorang transgender bersama keluarga dan rakannya menunaikan umrah.
Yang menjadi isu apabila, beliau dan rakan-rakan dilihat menunaikan umrah dengan menggunakan telekung seperti jemaah wanita tulen yang lain. Berani ye!
Dan upate terbaru, agensi yang membawa Nur Sajat mengerjakan umrah, mengesahkan bahawa usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.
Menurut NST ,Pihak Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, mereka terpaksa mengambil tindakan terbabit berikutan isu tersebut menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.
Agensi itu juga mendakwa pihaknya sukar mendapat kerjasama daripada Sajat dan sebarang perbincangan hanya dilakukan melalui orang tengah iaitu melalui pembantu peribadinya.
“Kami sudah meminta mutawif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawif) keluar dari Makkah.
“Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah,” katanya.
Menurut agensi itu lagi, pihaknya turut meminta Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menimbulkan kekecohan dengan tindakannya memakai telekung semasa mengerjakan umrah.
“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air. Pihak kami terutama mutawwif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya. Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,” katanya.
Dalam pada itu, Albayt Travel turut memaklumkan, dakwaan kononnya Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana.
Difahamkan, petang ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina Sajat.
Moga hal ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak memburukkan nama Malaysia di Arab Saudi!
Kang naya je kite susah nak menunaikan Umrah dan Haji!
Sebelum ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Amira Natasha Abdullah itu telah mencetuskan kontroversi dan menjadi mangsa kecaman orang ramai termasuklah para pendakwah,selebriti, pempengaruh dan pelawak setelah menanggalkan tudung dan persalinan baju kurung di atas pentas. Ia berlaku selepas Siti Amira atau Amy memperkenalkan dirinya dan mengaku telah menghafaz 15 juzuk surah Al-Quran sebagai sebahagian daripada konten jenakanya.
Belum reda lagi api kemarahan rakyat Malaysia khususnya umat islam tentang isu ini. Kini viral pula, pengasas kelab komedi tersebut iaitu Ryzal van Geyzel beberapa video yang menunjukkan beliau jadikan agama dan bangsa sebagai bahan lawak.
Sedihnya, ‘persembahan’ ini turut mendapat sorakan, gelak tawa dan tepukan dalam kalangan penonton bagaikan seronok melihat agama Islam dipermainkan?
Apa sebenarnya hukum guna agama sebagai bahan jenaka? Jom kita ikut ulasan Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Hukum gurauan berlebihan terutama apabila mempermainkan agama Islam termasuk dari sudut kepercayaan, syiar dan amalan adalah haram, mendatangkan dosa serta mampu membawa ketegangan.
Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan menghina Islam secara terbuka dalam masyarakat majoriti muslim hanya akan membawa kepada ketegangan dan mengakibatkan sesuatu yang tidak ingini berlaku.
Mohd. Asri berkata, gurauan secara umumnya adalah dibenarkan namun boleh menjadi haram sekiranya memperlekeh atau merendahkan orang lain dalam perkara atau bentuk tidak wajar.
Katanya, ia juga menjadi haram apabila mereka perkara tidak wujud yang membawa keburukan serta mendatangkan mudarat kepada pihak lain dari segi fizikal, emosi, maruah atau ketenteraman individu mahupun masyarakat.
“Selain itu, gurauan juga haram apabila ada unsur perlakuan maksiat, dosa dan kemungkaran serta bahasa dan perlakuan tidak wajar mengikut uruf. Fatwa berkenaan gurauan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Perlis kali ke-53/2021 dan diperakukan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis pada 14 September 2021,” jelasnya.
Tambah Mohd. Asri, gurauan masa kini dalam bentuk prank, karikatur, satira, parodi, komedi dan seumpamanya dibenarkan sekiranya tidak bercanggah dengan syariat.
WAN SALIM WAN MOHD. NOOR (foto Via Utusan)
Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, kelab-kelab hiburan dan komedi di negara ini masih boleh beroperasi dan tidak perlu ditutup, namun satu garis panduan dan kawalan tertentu perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa supaya pemilik dan mereka yang berkunjung ke situ sentiasa memelihara batas-batas moral dan agama.
Menurutnya, pihak-pihak berkuasa agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan-jabatan agama perlu menasihati masyarakat supaya sentiasa menghormati kesucian agama Islam dan tidak dijadikan bahan mainan atau gurauan.
“Banyak lagi perkara lain boleh dijadikan bahan jenaka, kenapa agama pula yang dipilih untuk tujuan itu. Jika penganut agama Islam sendiri yang mempersendakan agamanya, maka bagaimana orang bukan Islam boleh menghormatinya? Semoga kedudukan agama Islam sentiasa dimartabatkan sebagai agama rasmi negara dan dihormati oleh seluruh warganegara sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam,” katanya.
Hmm…macam dah tak ada idea lain nak buat jenaka pula,huhu…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!