
Baru malam ketiga kita menyambut kedatangan Ramadan, tapi korang sudah boleh membuat perancangan untuk Raya tahun ini.
Bagi yang ada bajet lebih sikit dan berkira-kira untuk menukar atau membeli kereta sempena Raya tahun ini, Proton ada berita baik untuk korang.
Bagi setiap model kereta Proton yang terjual dan didaftarkan dari 16 hingga 31 Mei ini, pelanggan akan menerima baucar servis yang sama nilainya dengan perbezaan harga kereta semasa dan harga kereta baharu selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

Proton Holdings Bhd berkata, ia bagi memastikan pelanggan mereka mendapat manfaat daripada perubahan tersebut.
“Proton menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Walaupun GST berkadar sifar hanya akan berkuat kuasa bermula 1 Jun ini, kami ingin memberi ganjaran kepada pelanggan kami serta-merta sebagai penghargaan atas sokongan mereka,” jelas Proton semalam.
So, model kereta Proton mana yang paling onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikasi Hijrah Diri Dibangunkan JAKIM Dikeluarkan Dari Google Play

Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun membangunkan sebuah aplikasi bagi membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam kembali kepada fitrah diri.
BACA: Aplikasi ‘Hijrah Diri’ Inisiatif JAKIM Buat Golongan Kecelaruan Jantina

Namun begitu, aplikasi tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh Google Play. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), perkara ini dimaklumkan kepadanya oleh agensi di bawah Hal Ehwal Agama dan ternyata ia adalah perkara yang sangat mendukacitakan.

Jelasnya, aplikasi itu bertujuan untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan yang mulia tetapi dinafikan pihak tertentu. Banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat berleluasa dengan megah di peranti yang semakin merosak jiwa umat Islam dan anak muda.

BACA: Calon LGBT Ini Wakili Filipina Ke Miss Universe 2021? Tapi Memang Cantik Pun
Beliau juga telah mengarahkan JAKIM berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut. Umat Islam juga diminta untuk berdoa agar usaha kecil Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi utama iaitu JAKIM ini dipermudahkan oleh Allah.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
38 Program Pengajian Universiti Awam Digugurkan, Netizen Beri Pendapat

Sebanyak 38 program akademik di 19 universiti awam seluruh negara digugurkan kerana dilihat sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa dan masa depan.
Keputusan ini telah pun dibuat oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dengan mengambil kira beberapa faktor, termasuklah disebabkan bidang pengajian pada peringkat sarjana dan sarjana muda tersebut tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan untuk mengikut permintaan semasa industri.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, setiap universiti awam telah membuat kajian dari semasa ke semasa, sama ada program yang ditawarkan masih lagi relevan dengan perkembangan semasa, atau pun sebaliknya.
Jadi, terpulang kepada universiti tersebut untuk menambah atau menggugurkan program akademik yang ditawarkan bagi memastikan graduan dilahirkan nanti mempunyai potensi untuk memenuhi permintaan semasa kerjaya yang ditwarkan di negara kita.
Ha, agak-agak korang program apa yang dimansuhkan ni?
Berikut merupakan antara 38 program yang akan digugurkan.
Universiti Malaya (UM)
• Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik (Reka bentuk Produk)
• Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Awam dan Sekitaran)
• Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Pembuatan)
Universiti Sains Malaysia (USM)
• Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) (Kepujian) (Perancangan Bandar dan Wilayah)
• Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) (Kepujian) (Rekabentuk Dalaman)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
• Kejuruteraan (Elektrik-Telekomunikasi)
• Sains Komputer (Komputeran Industri)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) dengan Kepujian
• Sarjana Pengurusan Air
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
• Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
• Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Kepujian) Skrin
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) (Kepujian)
• Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam-Sekolah Rendah) (Kepujian)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
• Sarjana Sains (Perbankan Islam)
• Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
• Sarjana Sains (Kimia)
• Sarjana Sains (Matematik)
Universiti Sains Sains Malaysia (USIM)
• Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI
• Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
• Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan & Perdagangan)
Isu ini turut mendapat beberapa pandangan daripada orang awam.

Jika usaha ini dapat membantu menaikkan taraf pendidikan di negara kita, moga ianya berhasil dan dapat melahirkan lebih banyak graduan yang memenuhi kehendak pasaran kerjaya negara.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Ketua Polis Daerah Thailand, Joe Ferrari Akhirnya Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Bekas ketua polis daerah di Thailand yang dikenali sebagai ‘Joe Ferrari’ akhirnya dipenjara seumur hidup atas kesalahan mendera seorang suspek dadah hingga mati ketika dalam proses siasatan.
Thitisan Utthanaphon didapati bersalah kerana membunuh dengan melakukan seksaan sehingga menyebabkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kezaliman polis serta rasuah dalam pasukan keselamatan itu.
BACA: Tidak Kenal Kuasa & Pangkat, Bekas Ketua Polis Daerah Thailand Berdepan Hukuman Mati

Rakaman video Ogos tahun lalu menunjukkan sekumpulan pegawai yang didakwa termasuk, Thitisan menekup kepala tahanan sambil menyoalnya. Suspek berusia 24 tahun itu meninggal dunia dalam tahanan polis dan video tular itu telah dijadikan bukti untuk siasatan terhadap tindakan Thitisan dan enam pegawai lain.
Rakaman itu menunjukkan Joe Ferrari dan pegawainya ‘membungkus’ tujuh beg plastik di kepala suspek ketika soal siasat dan cuba memeras ugut AS$60,000 (RM263,690) yang membawa kepada kematian mangsa.

Hakim di Mahkamah Jenayah Pusat bagi Kes Rasuah dan Salah Laku Bangkok menjatuhkan hukuman mati Thitisan yang berusia 41 tahun itu tetapi segera menukarnya kepada penjara seumur hidup. Mahkamah mengurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup kerana Thitisan cuba membantu memberi bantuan kecemasan kepada suspek dan membayar perbelanjaan pengebumian untuk keluarga itu.
Namun, ibu mangsa tidak berpuas hati dan menjelaskan dia tidak mahu melihat wajah Thitisan.

Thitisan Utthanaphon didapati bersalah kerana membunuh dengan melakukan seksaan kepada suspek (Foto: Bangkok Post)
“Saya mahu (hukuman mati). Saya mahu perkara berlaku kepadanya seperti yang berlaku kepada anak saya,” katanya.
Untuk info, Thitisan Utthanaphon mendapat gelaran ‘Joe Ferrari’ kerana minatnya terhadap kereta mewah ketika skandal rasuah mengejutkan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Thailand, selain gaya hidupnya yang serba mewah.
Semoga hukuman yang diterimanya itu sedikit sebanyak dapat memberi keadilan buat mangsa dan diharap agar kes ini menjadi teladan kepada pihak berkuasa yang lain. Walaupun mempunyai kuasa, tidak bermakna mereka boleh melakukan sesuka hati sehingga menyebabkan kematian.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

