
Berita baik untuk pelajar-pelajar IPTA
Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia, banyak sektor-sektor perniagaan yang mengalami kerugian termasuklah juga institusi pendidikan tinggi dan pelajar tidak terkecuali.

Terbaru, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui laman twitternya mengumumkan 20 Universiti Awam akan mengurangkan beberapa jenis yuran bagi membantu pelajar yang terjejas akibat masalah kewangan.
Antara yuran yang dikurangkan dengan purata antara 10% sehingga 35% :
- Yuran Perkhidmatan
- Yuran Asrama
- Yuran Konvokesyen
- Yuran Aktiviti Kolej
[KENYATAAN MEDIA]
Pengurangan Yuran Pelajar di Universiti Awam sepanjang Pandemik Covid-19#KPTPrihatin#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/bRQ1ltkLlG
— Kementerian Pengajian Tinggi (@MOHEOfficial) July 16, 2021
Langkah-langkah yang telah diambil ini jelas memperlihatkan keprihatinan Kerajaan dalam menangani bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar dan ibubapa.
Penulis rasa perkara ini sangat wajar memandangkan kebanyakkan mahasiswa di universiti tempatan datang daripada keluarga (B40 & M40) yang terkesan dari segi ekonomi ekoran Covid 19.
Moga inisiatif yang diberikan ini boleh membuatkan semua pelajar IPTA menarik nafas lega.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MYDCF Acara Terbesar Hujung Minggu Ini, Rai Konten Digital Terbaik Di Malaysia Sepanjang 2024

Tertanya-tanya ke manakah harus korang pergi untuk luangkan masa pada hujung minggu ini? Well, ponder no more! Kami ada jawapannya.
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bakal melangsungkan Festival Konten Digital Malaysia (MYDCF) 2024 pada 13 (Jumaat) hingga 15 (Ahad) September 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


Istimewanya untuk tahun ini, MYDCF akan menampilkan dua komponen utama iaitu Level Up Play dan Creators XPO KL yang akan membawa pengunjung meraikan pencapaian konten digital terbaik dari Malaysia dan Asia Tenggara.
MYDCF 2024 bakal diisi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah pertandingan e-sukan, Kejohanan Permainan Mudah Alih & Kad Terbesar, Zon Permainan Interaktif, Persembahan & Aktiviti Animasi Malaysia serta peluang untuk berinteraksi bersama pencipta kandungan digital dan pempengaruh terkenal tempatan.


Korang juga akan disajikan dengan dewan pameran luas yang mengetengahkan teknologi terkini dalam perkakasan, perisian dan aksesori permainan melibatkan nama-nama besar seperti Bushiroad Asia, Acer Predator, Ultraman, Todak Studios, Detective Conan, Boboiboy, dan banyak lagi.
Dalam pada itu, terdapat beberapa aktiviti utama lain termasuklah pameran permainan indie terbesar di Asia Tenggara dengan penyertaan dari Taiwan, Australia, Hong Kong dan Malaysia.
Turut dilangsungkan di sana adalah acara Bushiroad Expo 2024, kejohanan e-sukan seperti ACER Liga Predator 2024, MLBB Junior Cup 2024, PUBGM Pertandingan Terbuka, e-Racing Antarabangsa 2024 dan Kejohanan e-Football Pocket.

Selain berpeluang berinteraksi di ruang pameran sambil mencuba produk baharu, dan menerokai teknologi terkini dalam permainan serta animasi; MYDCF 2024 turut menampilkan booth SeeNI dan KLIIK yang dibawakan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd buat julung kalinya.

Bertempat di dalam Dewan 7 pada 13 hingga 15 September ini, booth SeeNI dan KLIIK akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta bermacam-macam hadiah untuk korang bawa pulang.
Antara yang paling mencuri tumpuan adalah sudut podcast yang akan dilangsungkan di sana serta uji bakat Drama Pendek SeeNI pada 14 dan 15 September dari jam 3 petang hingga 5 petang bagi korang yang ingin mempamerkan bakat lakonan terpendam.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai festival yang merayakan inovasi dan kecemerlangan dalam kandungan digital di Malaysia.
Pembelian tiket untuk peserta terawal kini boleh didapati di Ticket2U dengan diskaun istimewa sehingga 25%.
Untuk info lanjut, kunjungi akaun media sosial SeeNI dan KLIIK.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Surat Rayuan Yuran, Kini Bergelar Doktor! -“5 tahun Bekerja Keras Bermandi Keringat & Air Mata…”

Kisah perjuangan seorang graduan perubatan, Dr. Saundarya, mengundang rasa bangga dan sebak ramai, termasuk Menteri Sumber Manusia Malaysia, Steven Sim Chee Keong yang pernah menerima rayuan bantuan daripada pelajar itu sendiri.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Steven Sim mendedahkan beliau dijemput secara peribadi oleh keluarga Dr. Saundarya ke majlis konvokesyen anak mereka sebagai tanda penghargaan.
Menurutnya, beliau masih mengingati detik ketika menerima sepucuk surat daripada Saundarya yang terdesak mahu melangsaikan yuran pengajian beberapa hari sebelum peperiksaan akhir.

“Hutang puluhan ribu ringgit memang amat berat sekali. Ayahnya pemandu lori. Umur dah 60 tahun.
“Dah tak larat tapi dia bertekad nak bantu anaknya itu mencapai cita-cita jadi seorang doktor,” tulisnya.
Steven turut berkongsi kisah menyentuh hati ketika beliau sendiri mengunjungi kediaman keluarga tersebut bagi membantu melunaskan yuran tertunggak.
“Ketika saya melawat rumah mereka untuk membayar hutang yuran pengajian itu, ayah berkata, dia pemandu lori, ayahnya pula penoreh getah tapi dia nak supaya anaknya berjaya dalam hidup,” katanya.
Lebih membanggakan, Saundarya bukan sekadar menamatkan pengajian dalam bidang perubatan, tetapi turut meraih pingat pelajar cemerlang dan tiga kali menerima Anugerah Dekan sepanjang lima tahun pengajian.
“5 tahun bekerja keras bermandi keringat dan air mata, hari ini Saundarya akhirnya bergelar Doktor.

“Saya amat bangga dijemput familinya untuk hadiri konvo Dr. Saundarya.
“Dia bukan sahaja lulus pengajian malah telah dapat pingat pelajar cemerlang, 3 kali dapat Anugerah Dekan,” tambahnya lagi.
Difahamkan, Dr. Saundarya bakal memulakan tugas di sebuah hospital di Pulau Pinang minggu hadapan.

Dalam pada itu, Steven Sim turut menitipkan pesan penuh makna buat doktor muda ini agar terus berbakti kepada masyarakat dan sentiasa mengenang pengorbanan ibu bapa.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu turut mendoakan kejayaan kerjaya Dr. Saundarya sambil menyatakan bahawa dunia kini amat memerlukan tenaga perubatan yang berdedikasi sepertinya.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terharu dan tumpang bangga atas kejayaan Dr. Saundarya yang berjaya mengatasi kesulitan hidup demi mengejar cita-cita.
Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada Steven Sim atas keprihatinan dan bantuan yang diberi.
Sumber: FB Steven Sim Chee Keong
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Engku Aleesya Cemerlang IGCSE, Ready For A-Level! – Erra Fazira Luah Bangga

Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, kini tersenyum bangga apabila anak gadisnya, Engku Aleesya, berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan IGCSE. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Erra menerusi media sosial, lengkap dengan ucapan ringkas penuh makna: “I’m proud of you, anak!”
Ungkapan itu nyata mencuri perhatian ramai kerana ia melambangkan rasa bahagia seorang ibu melihat kejayaan anaknya. Lebih istimewa, kejayaan ini juga membuka lembaran baru buat Aleesya untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi – A-Level.
Langkah Baru, Cabaran Baru
Selepas melalui fasa IGCSE dengan gemilang, Aleesya kini bakal meneruskan perjalanan akademiknya ke A-Level. Bagi kebanyakan pelajar, A-Level dianggap sebagai salah satu cabaran besar sebelum ke universiti. Namun, dengan semangat dan disiplin yang dimiliki, Aleesya dilihat sudah bersedia menghadapi fasa baru ini.
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Kejayaan Aleesya bukan sahaja membanggakan Erra, tetapi turut menjadi inspirasi buat remaja lain. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, kisah ini membuktikan bahawa dengan usaha, fokus dan sokongan keluarga, kejayaan pasti boleh digapai.
Ramai yang kagum dengan cara Aleesya mampu seimbang antara kehidupan remaja dan tuntutan akademik. Inilah bukti bahawa kunci kejayaan bukan semata-mata belajar tanpa henti, tetapi juga menjaga keseimbangan gaya hidup, disiplin diri, serta sokongan daripada orang tersayang.
Semangat #RemajaCemerlang
Kejayaan Engku Aleesya mengingatkan kita bahawa setiap usaha pasti ada hasilnya. Buat remaja di luar sana, jangan sesekali putus asa. Teruskan usaha, cipta matlamat, dan cari inspirasi daripada kisah-kisah kejayaan seperti ini.
Seperti kata Erra, rasa bangga seorang ibu tidak datang dari keputusan semata-mata, tetapi daripada sikap rajin, semangat belajar dan ketabahan seorang anak dalam mencapai impian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


