Tidak dinafikan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebahagian dari kita hadapi kesukaran untuk membeli barang keperluan. Masa yang sama, banyak masa terluang membuatkan kita banyak membuat pembelian di online untuk memudahkan kita mendapat barangan diperlukan.

Apabila pembelian online terlalu banyak, sudah tentu syarikat-syarikat penghantaran seperti Pos Laju, J&T, Gdex dan banyak lagi bertungkus lumus bekerja lebih dari sebelum PKP. Masa yang sama disebabkan barangan terlalu banyak sudah pasti pekerja penghantaran perlu berusaha keras memastikan barangan pengguna sampai tepat pada masanya.

Di fb seorang pengguna atas nama PS Cahaya , wanita ini (Fadh) ada  membuat satu perkongsian mengenai kemalangan yang menimpa seorang pekerja Pos Laju pada Jumaat lalu di Shah Alam  iaitu Faizal Akmal Mohd Radzi. Dalam kemalangan itu di mana beliau terlanggar sebatang pokok di tepi jalan, di dalam van Pos Lajunya kelihatan penuh dengan barangan dipesan pengguna. Akibat kemalangan itu juga, Faizal Akmal  kini terlantar di wad unit rawatan rapi (ICU)  di Hospital Klang.

Posmen Kemalangan & Kini Di ICU, Doakan “Hero”  Yang Banyak  Bantu Kita Time PKP
Akibat kemalangan itu, Faizal kini terlantar di Unit ICU Hospital Klang
Posmen Kemalangan & Kini Di ICU, Doakan “Hero”  Yang Banyak  Bantu Kita Time PKP
Van yang penuh barangan ini terbabas melanggar pokok mengakibatkan posmen ini alami kecederaan

Dalam perkongsian itu juga, di fbnya beliau memaklumkan kemalangan itu terjadi  pada Jumaat lepas di area U8, Shah Alam. Beliau kini di ICU Hospital Klang dan masih menunggu keputusan Covid-19 sebelum boleh menjalani dua major operation. Sama-samalah kita doakan beliau negative COVID-19 seterusnya dapat menjalani prosedur seterusnya.

IKLAN

Dalam masa yang sama, PS Cahaya memaklumkan yang hero banyak membantu kita time PKP ini mempunyai seorang isteri (seorang suri rumah) dan tiga orang anak kecil berusia 8, 7 dan bayi berusia 9 bulan. Bila kemalangan terjadi, sudah pasti isterinya hadapi kesukaran dari sudut kewangan kerana suaminya terlantar sakit.

Posmen Kemalangan & Kini Di ICU, Doakan “Hero”  Yang Banyak  Bantu Kita Time PKP
Di dalam van Pos Laju ini, kelihatan penuh barangan untuk dihantar kepada pengguna

Posmen Kemalangan & Kini Di ICU, Doakan “Hero”  Yang Banyak  Bantu Kita Time PKP

IKLAN

Marilah kita bantu hero kita ni dengan meringankan beban keluarga beliau. Bagi yang ingin membuat sumbangan boleh membantu isterinya iaitu Nor Aini Zakir Hussin di akaun Maybank 158118160832 atau CIMB Bank di akaun 7606181105.

Dalam notanya, beliau yang dikenali sebagai Fadh berkata akan pergi jumpa family beliau untuk menghulurkan bantuan segera. Masa yang sama memaklumkan akan sumbangan yang boleh kita sama-sama bantu untuk meringankan hero kita Ketika PKP ini.

IKLAN

Seperti katanya, # saya yg minta no account wife beliau. Bukan wife beliau yang minta bantuan ya. Kita jaga kita. Lebih-lebih lagi insan yang mengalami ujian lebih berat dari kita.

Bagi kita yang ada kelebihan rezeki, tidak salah untuk membantu orang lain. Setiap sumbangan itu hanya Allah yang mampu membalas segalanya.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI