Boleh dikatakan apa saja yang dilakukan oleh anak perempuan kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B pasti menjadi bualan netizen.
Tidak mengambil masa yang panjang,Nur Edlynn Zamilleen,15, Instafamous dan juga kini dilaporkan sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan terbaru 4 hari lepas melancarkan debut single berjudul Tolonglah di bawah terbitan Seventeen 11 Music.
Sejak video muzik lagu berkenaan dimuat naik di YouTube pada 1 Disember lalu, ia telah ditonton sebanyak 1,233,926 views sehingga menjadi trending no 1.
Menariknya, lagu berkenaan menewaskan sebuah lagi lagu iaitu Kuasa Cintamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sudah ditonton sebanyak 649,129 views dan kedua-dua lagu berkenaan dilancarkan pada hari yang sama.
Pempengaruh dan usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman baru-baru ini membuat kenyataan terbaru mengatakan dia masih lagi beragama Islam.
Memetik Harian Metro, usahawan bengkung berusia 38 tahun itu memberikan jawapan ringkas kepada seorang pengikut yang meluahkan rasa kecewa apabila Sajat mengenakan tudung sebagai penampilan sopannya ketika bulan puasa.
“Aku tetap Islam walaupun mak nyah. Aku tidak menduakan agama aku. Jangan kau mudah jatuhkan hukum mengenai siapa aku.”
Begitulah komen ringkas yang ditinggalkan Nur Sajat. Menerusi ruangan komen di sosial medianya pula, meskipun dia sudah menukar jantina daripada lelaki kepada wanita, namun dia masih lagi beragama Islam.
Mana tidaknya, perkara itu sepatutnya tidak terjadi memandangkan dia seorang lelaki dan ia dianggap melampaui batas dalam agama kerana menyerupai wanita.
Tegas usahawan kelahiran Perak itu, statusnya sebagai mak nyah tidak seharusnya dihakimi dan dijatuhkan hukum. Menjengah ruangan komen, ramai yang menyeru supaya Sajat segera bertaubat ke jalan yang benar dan mendoakan agar dia mendapat hidayah daripada Allah.
Untuk info, dua tahun lepas sekitar Mac 2021, Sajat pernah membuat kenyataan tidak sensitif apabila menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam melalui sebuah video yang tular di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sesiapa yang pernah mengikuti dokumentari raja dadah Colombia, pasti mengenali nama Pablo Escobar. Kekayaan Pablo sangat melampau dan dia mengecapinya dengan hanya menjual dadah sahaja. Bergelar Raja Dadah, menjadikan nama Pablo Escobar sangat digeruni di Amerika Syarikat dan Colombia. Di saat kegemilangannya, dia mengimport 15 tan kokain sehari ke Amerika Syarikat sekaligus meletakkan dirinya antara 10 orang terkaya dunia dengan nilai RM133 bilion tujuh tahun berturut-turut yang dikeluarkan oleh Forbes.
Lupakan Pablo Escobar kerana dalam negara juga ada bercita-cita menjadi seperti dirinya.
Semalam, negara digemparkan dengan rampasan dadah terbesar apabila Jabatan Kastam dan Polis merampas sejumlah 500 kilogram Ketamin dan 3.23 tan Kokain bernilai kira-kira RM650 juta dalam serbuan di dua premis premis perniagaan di Puncak Alam dan Seksyen U5, Shah Alam, semalam yang disyaki dijadikan makmal memproses dadah berkenaan.
Serbuan dilakukan Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dengan dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, bertindak atas maklumat risikan dan intipan di premis berkenaan sejak awal bulan ini.
Fuhh, dah macam kilang tepung nampaknya tapi rupanya dadah. Gambar dari fb Info Roadblock JPJ/PolisSudah banyak jiwa anak muda terkorban kerana dadah dan diharap pengedarnya dikenakan hukuman seberat-beratnya
Dalam serbuan pertama di Puncak Alam kira-kira jam 4.30 pagi semalam, empat lelaki tempatan bersama sembilan warga asing ditahan, seterusnya membawa kepada penemuan 11 guni mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis Ketamin seberat 500 kilogram.
Hasil soal siasat kemudian membawa kepada serbuan di lokasi kedua iaitu di sebuah rumah kedai di Seksyen U5, Shah Alam pada jam 9.20 malam.
Menurut Pengarah JSJN, CP Datuk Mohd Khalil Kadir Mohd, penggeledahan di lokasi kedua membawa kepada penemuan dan rampasan 3,230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih disyaki Kokain yang keseluruhannya dianggarkan seberat 3.23 tan.
“Kesemua suspek dan barang kes kemudian dibawa ke pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Kilang memproses dadah ini terletak di Puncak Alam, Selangor
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi memaklumkan rampasan dadah berkenaan adalah yang terbesar pernah direkodkan di negara ini.
Kataya, kejayaan itu jelas memperlihatkan komitmen berterusan PDRM, khususnya JSJN dalam memerangi sindiket dadah di negara ini, melalui kerjasama dengan agensi berkaitan.
“Bukit Aman sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatluasaan dan pasukan keselamatan lain dalam usaha membanteras penyeludupan, pemprosesan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah,” katanya.
Abdul Hamid berkata, kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah harus diperangi habis-habisan kerana implikasi negatifnya kepada rakyat dan negara.
“PDRM sendiri ketika ini sedang memberi tumpuan terhadap usaha membersihkan warga kerjanya yang yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
“Dalam tempoh tidak sampai sebulan Op Blue Devil dilancarkan, hampir 100 pegawai dan anggota dikenakan tindakan selepas hasil ujian air kencing mereka didapati positif dadah,” katanya.
Pergilah ke mana sahaja bila biacara tentang industri muzik global kita pasti tidak dapat mengelak berbicara tentang K-pop. Bukan hanya K-drama, fesyen, makanan malah tarian dari Korea Selatan ini turut menjadi ikutan semua. Begitulah pengaruh K-pop yang mempunyai pengikut setia diseluruh dunia.
Malah, remaja Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Baru-baru ini seorang influencer Malaysia yang merupakan pelajar di Korea dan aktif menari di laman media sosial iaitu Sabrina Azhar.
Meskipun merupakan seorang hijabi, ianya tidak menghalang gadis berusia 23 tahun itu untuk memaparkan bakat menarinya buat tatapan semua. Bukan sahaja menari, malah Sabrina sudah pun bernaung di sebuah agensi hiburan di Korea bagi mengembangkan lagi bakatnya.
Menariknya, kisah anak kelahiran Subang ini turut menarik perhatian media antarabangsa dan ditayangkan di BBC. Tapi, malangnya perkara ini tidak disambut dengan baik oleh netizen Malaysia.
Untuk info, video berdurasi pendek itu, Sabrina dilihat memperkenalkan dirinya dan berselang seli dengan klip kehidupan beliau di Korea Selatan serta video pendek tarian k-pop.
“I like my hijab and I like dancing.”
How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments
— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022
Tujuan video itu dibuat adalah untuk memaparkan realiti sebenarnya dunia tarian k-pop yang datang dari pelbagai sudut pegangan dan budaya. Ia juga mengetengah bagaimana k-pop kini menjadi cara hidup bagi sesetengah remaja.
Gadis jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Hanyang, Seoul ini dalam video tersebut turut menyatakan bahawa dia memahami dunia batas-batas yang telah ditetapkan, namun baginya jika ia melakukan sesuatu perkara yang betul atau tidak melakukan kerosakan ke atas orang lain, jadi ia bukanlah suatu masalah.
Dikecam Netizen
Bagaimanapun, sejak dimuat naik. Video itu tidak diterima baik oleh netizen terutamanya di Malaysia. Sebahagiannya mengecam beliau dan ada juga yang mempersoal pandangan beliau.
Malah, kenyataan yang dikeluarkannya di dalam dokumentari itu menerima kritikan ramai kerana sepertinya bercanggah dengan agama Islam.
Dalam pada itu, Sabrina masih berdiam dan tidak mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini.
Hmm…Apa pandangan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya berkongsi berita bahagia mengenai tarikh pernikahan...