Selepas rakyat Malaysia sudah dibenarkan untuk melancong di dalam negara, kami pasti ramai yang ingin merancang percutian berbaloi.
Cameron Highland antara tempat percutian pilihan masyarakat Malaysia bila tiba musim cuti. Selain daripada cuacanya yang sangat menyenangkan, ada banyak tempat menarik yang wajib korang singgah kalau ke sana.
Macam dah menjadi trend sekarang, semua nak bercuti di tempat-tempat penginapan yang unik dan berkonsep istimewa termasuklah konsep ala-ala glamping ni.
So korang ada yang plan naik ke Cameron Highlands boleh la mengunjungi port baru ini iaitu THE BACKYARD GLAMPING, Kampung Sedia di Tanah Rata, Cameron Highlands.
Menurut salah seorang tetamu, Nur Hanani Ismail yang menginap di sana baru-baru ini memaklumkan bahawa pengalaman bercuti di The Backyard Glamping sememangnya sangat menyeronokkan dan penuh dengan privasi.
Kenapa namanya ‘backyard’ adalah kerana glamping tersebut terletak betul-betul di belakang rumah pemiliknya dan pastinya aspek keselamatan di sini dijaga dengan baik.
Ads
Khemah utama yang disediakan bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan tempat tidur yang luas dan selesa, malah turut merangkumi :-
.
.
.
– 1 tilam queen, 1 tilam single
Ads
– Cerek air panas
– Complimentary mineral water & instant coffee’
– Tuala mandi
– Tempat BBQ
Ads
– Campfire
– Water heater & tandas
– Dapur & sinki
– Ruang parking
Korang tak perlu risau pun untuk cari makan sebab Nasi Lemak Abang Strawberry yang popular tu pun dekat je kalau nak jalan kaki hanya sekitar 250 meter sahaja.
Harga untuk satu malam bagi khemah utama adalah RM180 dan khemah tambahan hanya RM80.
Nanti kalau korang nak pergi, jangan lupa roger penulis ye….hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam tarian Kill This Love dari Blackpink nampaknya masih belum reda dan adik-beradik Niana Guerrero turut tidak ketinggalan untuk membuat cover lagu ini, tetapi dilakukan lebih santai di dalam kereta.
Lebih menarik lagi, adiknya Natalia yang baru berusia lingkungan 5 tahun sudah pandai meniru aksi Blackpink. Serious comel gila family ni.
Rata-rata peminat mereka memuji kecomelan Natalia dan menyifatkan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Abangnya Ranz Kyle juga selalu bersama Niana dalam membuat video tarian bersama. Dah nampak adiknya, Natalia juga bakal mengikut jejak langkah abang dan kakaknya itu.
Walaupun baru berusia 5 tahun, Natalia sudah pandai menari. Ramai yang memuji kecomelan telatah kanak-kanak ini.
Setelah 3 hari di upload di laman Facebook mereka, video ini telah mendapat lebih daripada 200 ribu shares dan 14 juta tontonan.
Congrats gais!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah perkahwinan bagaikan tidak lengkap tanpa kehadiran cahaya mata, namun rezeki itu datang sama ada cepat mahupun lambat sahaja.
Sama seperti pasangan lain, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mengimpikan untuk memiliki cahaya mata sendiri selepas genap setahun mendirikan ruman tangga bersama suami tercinta, Farhan Norzaini.
Luahan tersebut diungkap pelakon drama Ramadan Yang Hilang itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suami.
“Jika tak keberatan, doakan semoga kami dikurniakan zuriat. Semoga doa-doa kita diperkenankan, amin Ya Rabb,” tulisnya.
Dalam coretan itu juga, Zulin sempat mendedikasikan ucapan teristimewa buat pasangan, setelah genap setahun melayari fasa perkahwinan bersama.
“Setahun usia perkahwinan mengajar kita tentang mengenali satu sama lain. Menerima kurang lebin setiap dari kita. Memahami, terbiasa.
“Bawa ke tahun-tahun seterusnya. Makin lama makin cinta. Kita sederhana tapi bahagia. Syukur Ya Allah,” titipnya sambil meluahkan rasa cinta dan berdoa agar kekal selamanya bersama suami tersayang.
Luahan penyanyi lagu Dan Ketika Itu tersebut sekali gus itu mengundang pelbagai reaksi daripada para peminat dan rakan artis selain mereka dilihat memberi sokongan agar doanya dimakbulkan kelak.
“Amin, semoga Zulin dan suami dikurniakan zuriat secepat mungkin. Jangan penat berdoa,” komen seorang pengikutnya.
“Buat pejuang garis dua (golongan wanita yang berusaha mendapatkan zuriat), semoga dikurniakan zuriat pada tahun ini, amin,” komen pengikut lain.
“Selamat ulang tahun perkahwinan babe. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan saya doakan awak dikurniakan rezeki anak yang ramai selepas ini, amin,” titip rakan penyanyi, Idayu.
Sekitar hujung September tahun lalu, Zulin mendedahkan dia sebenarnya baru sahaja mengalami keguguran sebulan sebelum itu, iaitu pada bulan Ogos.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga dengan sekali lafaz pada tanggal 20 Februri tahun lalu, selepas dua tahun mengenali hati budi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tarikh 4 Mei pada setiap tahun pasti diingati oleh pencinta fesyen seluruh dunia sebagai tarikh untuk acara MET Gala anjuran majalah fesyen, VOGUE dan muzium Metropolitan New York.
Malangnya pada tahun ini, MET Gala tidak dapat diacarakan oleh VOGUE disebabkan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia. Manhattan sendiri merupakan di antara bandaraya di Amerika Syarikat yang teruk terjejas dengan peningkatan jumlah kes.
Lalu keputusan untuk membatalkan MET Gala pada tahun ini disokong oleh semua pihak.
Namun, itu tidak bermakna VOGUE dan hos jemputannya, Billy Porter akan membiarkan 4 Mei berlalu begitu sahaja. Mereka telah mencipta #METGalaChallenge di media sosial untuk mengajak peminat fesyen mencipta gaya kegemaran masing-masing daripada sejarah penganjuran MET Gala dan memuat naik foto ke Instagram.
@noedresses menyukai gaya pelakon siri Netflix, To All The Boys I’ve Loved Before ini kerana dirinya sendiri yang mempunyai darah campuran Asia. Lana menyarung dress rekaan Giambattista Valli dan dia meniru gaya ini menggunakan plastik daripada perabot terbuang.
Pelakon Jerman, Diane Kruger memang tak asing lagi di karpet merah Hollywood, she is a freaking pro! Untuk look kali ini, @shannon_the_sloth menggunakan tuala, tuala tangan, pin dan tape untuk mencipta semula dress rekaan Prabal Gurung.
Be prepared, akan ada satu lagi pakaian yang disarungkan oleh Rihanna dalam senarai ini. @nedfulmer sangat spot on dengan dress yang sarung Rihanna pada tahun 2018 bersempena tema ‘Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination’. Senang, hanya gunakan alumnium foil dan apa yang kelihatan sepeti backdrop parti hari jadi sebagai selendang.
OH MY PRINCESS! Sempena MET Gala pada tahun lalu, pelakon dan fesyenista, Zendaya telah memilih tema Cinderella yang bertukar dari gadis biasa kepada puteri jelita hasil jampian fairy godmother. Untuk challenge kali ini, @eugeneleeyang menepati tema dengan mencipta semula dress ini menggunakan, hhm, sarung bantal, langsir dan fairy lights. Betul tak?
Kehadiran Ezra Mille (The Fantastic Beast) di MET Gala pada tahun lepas telah mencetuskan aura berbeza di acara fesyen terkenal dunia ini. Dia telah membuktikan bahawa 1) Lelaki juga boleh dinobatkan sebagai best-dressed celebrity dan 2) Solekan pada wajah bukan semata-mata untuk menjadi flawless. @chicachiquedid such an amazing job dengan pakaian serba hitam putih, siap dengan solekan mata yang menepati gaya asal Ezra.
@lcgarma dan @elciee membuktikan bahawa seseorang itu hanya perlu menjadi kreatif untuk cabaran ini. Dress dengan corak bunga, spot on. Kepingan fabrik (mungkin kertas) bulat berwarna merah, wow. Cuma penulis mengharapkan solekan yang lebih menepati gaya Rihanna untuk tema ‘Comme der Garcons’ ini.
Selain Ezra Miller, Jared Leto juga merupakan di antara selebriti lelaki di Hollywood yang tidak gentar untuk berfesyen. Seperti d Met Gala 2018 ini, @van_kelsing cuba untuk mencipta semula look Gucci ala paderi ini dengan menggunakan dress mendiang moyangnya, rambut palsu dan perhiasan kristal daripada pohon krismas!
Walaupun kebiasaannya, @nursekelly3 bertugas sebagai seorang jururawat dalam barisan hadapan di New York, itu tidak menghalangnya untuk mengambil masa lapang and just have fun with this challenge. Dia yang menyukai gaun Versace Blake Lively dari MET Gala 2017 ini mencipta semula look tersebut menggunakan gaun hospital yang tak sempat dipakai kerana telah terkoyak. Blake sendiri berkata ini adalah gaya kegemarannya!
Semasa Lady Gaga menjadi hos jemputan untuk acara MET Gala pada tahun lalu, dia tidak lepaskan peluang untuk menjadi selebriti pertama yang berjalan di karpet merah tersebut. Sambil membawa props dan sekumpulan model lelaki sebagai penolong, Gaga juga menyarungkan 4 pakaian berbeza! @crescentshaykills it dalam challenge ini dengan menggunakan cadar katil merah jambu dan bakul laundry.
Walaupun Lady Gaga dan Rihanna ialah selebriti kegemaran semua orang di MET Gala, namun penyanyi dan pelakon Janelle Monae merupakan fesyenista yang selalu memberikan momen fesyen menarik di karpet merah. Penulis berpendapat @seasunstefunny yang sememangnya berpengalaman dalam mencipta rekaan popular untuk anaknya menepati tema dengan gaya Janelle ini.
*
GAYA MANAKAH YANG PALING KORANG GEMARI?
Sementara itu, jom lihat gaya Zendaya pada tahun lepas.