
Sejak video yang menyaksikan kanak-kanak petah bernama Muhammad Haziq Mohd Asyraf tular di media sosial beberapa minggu lalu, semakin banyak jemputan dari pelbagai pihak termasuklah beberapa syarikat pengeluar produk yang terpaksa ditolak olehnya secara baik.
Ini memandangkan tahap kesihatan Haziq yang menghidap talasemia memerlukan keluarganya untuk bijak membahagikan masa kanak-kanak itu antara di sekolah dan temu janji doktor yang perlu dipatuhi.
Sehingga kini, khabarnya lebih 20 jemputan terpaksa dilupakan oleh Haziq. Ibunyq, Nur Shakilla Zainol, 33 berkata anaknya itu hanya akan memenuhi jemputan untuk majlis bersesuaian sahaja. Jadual Haziq itu juga akan disusun rapi oleh keluarga agar anaknya tidak rasa terbeban.

Jangan Ambil Kesempatan
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau di Sungai Petani, Kedah turut berharap agar pihak luar tidak mengambil kesempatan terhadap populariti mencanak yang diterima oleh anak muridnya itu sehingga mengakibatkan kesihatan serta pelajarannya terabai.

Encik Subberi Salleh turut mengingatkan agar mana-mana pihak yang ingin meraikan murid Tahun Lima itu untuk mengambil kira waktu persekolahan yang harus dipatuhinya. Ini demi menjamin persediaan rapi dapat dilakukan oleh Haziq yang bakal berdepan peperiksaan penggal tiga, tidak lama lagi.
Beliau ditemui media ketika mengiringi Haziq yang memenuhi jemputan Balai Bomba & Penyelamat Amanjaya Sungai Petani untuk merasai pengalaman memadam api dan menaiki jentera bomba, kelmarin.
Sumber : Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes Rogol Pelajar: Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati, Persoal Keputusan KPM Benarkan Empat Pelajar Tertuduh Duduki SPM

Susulan isu empat pelajar yang didakwa terlibat dengan kes jenayah serius, termasuk rogol, namun masih dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.
Kes ini timbul selepas empat pelajar lelaki berusia 17 tahun di Alor Gajah, Melaka didakwa merogol rakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah. Walaupun berdepan pertuduhan di mahkamah dan ditahan reman, mereka dilaporkan akan tetap diberi ruang untuk menduduki peperiksaan utama itu.

Jaminan Hak Pendidikan Semua Pelajar
Menurut sebuah kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 12 Oktober lalu menegaskan, bahawa hak pendidikan tidak boleh dinafikan kepada mana-mana pelajar.
Selain itu, jelas hak tersebut dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan (Perkara 12) serta Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), termasuk kepada mereka yang sedang menunggu proses perbicaraan, tahanan penjara, atau yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
BACA: Kes Rogol Pelajar : KPM Benarkan Calon SPM Terus Menduduki Peperiksaan

Desakan Peperiksaan Di Lokasi Khas
Walaupun begitu, masyarakat awam mula membanjiri media sosial dengan pelbagai reaksi yang memperlihatkan kebimbangan mereka. Ramai berpendapat, jika benar pelajar berkenaan perlu menduduki peperiksaan, ia harus dijalankan di lokasi khas seperti penjara atau sekolah pemulihan Henry Gurney, bukan di sekolah asal mereka.
Memetik komentar salah seorang pengguna media sosial seperti @nyssapotter_ memberi pendapatnya berbunyi, “Jangan sesekali bagi mereka jejak sekolah mereka. Biarlah ambil peperiksaan di tempat khas.”
Seorang lagi pengguna, @ernyfazleena juga turut menyuarakan pendapat senada, “Nak jawab SPM boleh, tapi dalam Henry Gurney la, bukan dekat sekolah yang sama. Baru ada keinsafan sikit.” Di mana, pandangan ini turut disokong oleh orang ramai yang bimbang keselamatan serta kesejahteraan pelajar lain, khususnya pelajar perempuan.

Hak Pendidikan Di Bawah Perlembagaan
Namun, terdapat juga suara yang cuba meluruskan perbincangan seperti seorang pengguna bernama Mohd Firdaus Jailan mengingatkan orang ramai bahawa hak pendidikan dilindungi perlembagaan.
“Kepada yang salahkan menteri, bacalah perlembagaan dahulu. Sebab itu, banduan dalam penjara pun boleh dapat ijazah sampai PhD. Nak marah guna otaklah,” katanya.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa pihak yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pendekatan KPM yang dianggap terlalu ‘lembut’.

Tuntutan Ketegasan Terhadap KPM
Pengguna @rosearaslan yang menerima ratusan tanda sokongan di media sosial pula menegaskan, “SPM nak ambil, ambil di balai polis, jangan sekali dengan budak lain. Kau sanggup ke kalau anak perempuan kau sekelas dengan rapist?”
Sebahagian lain pula mempersoalkan keutamaan KPM dalam mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai perkara ini.
“Sepatutnya dia tak perlu sebut sesuatu yang bermanfaat buat pesalah. Talk more about punishment, talk more about plan for the mangsa,” kata seorang pengguna bernama @hasif_one.

Sementara itu, walaupun undang-undang jelas menetapkan hak pendidikan, perdebatan ini menunjukkan jurang besar antara prinsip perlembagaan dengan realiti sosial masyarakat. Bagi sesetengah pihak, isu keselamatan dan keadilan terhadap mangsa harus diangkat seiring dengan hak pendidikan tertuduh.
Intihanya, kes ini bukan sahaja menimbulkan persoalan tentang pelaksanaan hak pendidikan, tetapi juga mencabar KPM untuk mencari keseimbangan antara memberi peluang kepada pelajar yang sedang berdepan pertuduhan dan memastikan perlindungan serta keadilan kepada mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seram! Doktor Dirasuk Selepas Terima Barangan Kemas Pesakit Warga Emas

Ramai di antara kita mungkin gembira menerima hadiah tanpa menyedari niat pemberinya. Bagi kita, ia mungkin satu penghargaan dan kasih sayang yang cuba ditunjukkan oleh pemberinya.
Kisah benar yang dikongsikan oleh Ustaz dari Pusat Perubatan Al Mujahidin, Melaka ini memberikan satu ingatan agar berhati-hati bila menerima hadiah dari orang yang kita tidak kenal terutama yang sudah lanjut usianya. Ini kerana biasanya orang tua-tua ini ingin menyerahkan “saka”mereka kepada penerima baru sebelum meninggal.
Baca perkongsiannya bagaimana seorang doktor dirasuk ketika berubat di pusat rawatan ini dan akhirnya terkeluar cerita seorang pesakit warga emas telah memberinya barangan kemas atas alasan suka kepada doktor berkenaan.
Datang sepasang suami isteri buat rawatan ikhtiar hamil minggu lepas.Suami isteri ini berkerja di hospital satu tempat kerja.Mereka dah berkahwin 7Tahun masih belum di kurniakan Cahaya mata.
Mereka juga baru sahaja buat IVF ,tapi tak berjaya juga.Mereka akur bukan rezeki mereka berdua..Di atas saranan kawan-kawan mereka cuba datang buat rawatan Islam pula.Datang la suami isteri ini berjumpa saya.
Pasangan ini kali pertama datang berjumpa saya.Saya ruqyah si suami Alhamdulillah tiada apa masalah.Bila saya ruqyah si Isteri..Belum sempat habis saya baca AL Fatihah isteri tiba-tiba bangun terus bersilat…Meloncat di atas sofa depan saya buka jurus Silat.Sambil bersilat beliau merenung tajam ke arah saya.
Saya Tanya pada beliau apa yang kamu mahu dari dia??
Beliau jawab:Dia milik aku!!!Jangan kau sentuh@ganggu dia termasuk kamu menunjuk ke arah suami nya dengan suara yang amat kasar.
Tiba-tiba ketawa mengilai hahahah hahahaha hahahah.
"Saya terus bertanya beliau kenapa kamu ganggu dia???
Pesakit:Dia sekarang dah jadi milik aku sejak dia ambil gelang Emas yang di beri Tuan aku pada anak ini..Sejak dia ambil gelang emas dan cincin yang di beri Tuan aku ,dia terima sekarang dia jadi milik aku… hahahaha…Selagi aku bersama dia,dia tak akan hamil,aku akan makan janin dia jika dia hamil..Aku setiap malam tak bagi dia tidur,bagi dia marah Suami dia,kerap sakit kepala ,kerap mengantuk di tempat kerja ..Aku buat dia selalu stress hahaha.
Tanpa berlengah saya sambung ruqyah beliau sehingga lah ia mengaku kalah.. Katanya jika nak buang kan nya kembali kan barang nya pada keturunan nya balik jika tidak ia tidak akan mahu keluar sampai bila-bila. Saya tidak mempercayai kata-katanya ruqyah beliau hinggalah pesakit itu rebah.
Bila pesakit itu sedar saya bertanya padanya.Akak ada terima pemberian gelang&cincin tak dari seseorang??
"Ada Ust lapan tahun lepas masa saya tengah berkerja masa tu Ust.. Saya seorang nurse macam biasa Ust ramah dengan semua pesakit-pesakit di ward..Satu hari saya berkerja shiff malam seorang makcik usia dalam lingkungan umur 70an dah tua..Dia panggil saya. Macam biasa saya ingat nak minta bantuan sakit.Saya bertanya makcik tu ,saya panggil dia nenek,Ya nek nak saya bantu apa ya nek??
Nenek:Nak tiada apa la nak,nek suka tengok kamu nak,sejak dari nek masuk ward suka tengok kamu,bila nek panggil kamu minta tolong selalu tolong nenek..Nenek nak bagi kamu hadiah kamu nak tak??
Pesakit:Pada mulanya saya tolak Ust..Saya tak nak sebab bukan hak saya kan…Tapi dia paksa juga terima…Saya tetap berkeras tak nak ..Dia usaha juga pujuk saya untuk terima.
Nenek:Terima la pemberian ikhlas nek ni nak, anggap je sebagai hadiah dari nenek sepanjang kamu menjaga nenek di sini..Nenek ikhlas nak.
Pesakit:Saya tengok la barang apa yang dia bagi dalam bungkusan kain putih..Buka kain putih tu Gelang emas lama tebal Ust ,dengan cincin..Saya terperanjat ..Tapi masa tu darah muda Ust bila nampak gelang besar saya terima je Ust tanpa fikir apa-apa…Tapi apa yang pelik seingat saya bila nenek itu keluar ward..Jumpa nenek tu dia salam dengan saya ,jaga barang itu baik-baik ya nak jangan hilangkan dan jual ya ikhlas nek bagi pada kamu.
Masa salam tu anak perempuan nenek itu ada je sebelah ,tak marah pun bagi barang kemas tu pada saya. Anak nenek tu cakap pada saya rezeki kamu dik. Saya apa lagi memang suka la dapat gelang emas Ust..
Sejak dari itu bermula la,saya jadi susah tidur malam,kerap bermimpi nenek tua di ward tu,kerap mimpi budak,menyusu budak,main budak,rumah lama,sesat dalam hutan,di kejar orang nak bunuh,tsunami,mimpi ular,mimpi bersetubuh dengan orang tak di kenali.
Badan pula selalu bisa,lenguh belakang tengkuk bahu dan belikat,rambut banyak gugur dan macam2 lagi..Kerap sesak nafas,kembung perut,susah tidur malam,cepat nak marah-marah.
Pergi berubat hanya bagi air penawar lega sekejap datang balik sakit nya begitulah kehidupan saya Ust…Bila Ust tanya ini teringat balik saya semua ini..Adakah gangguan saya ada kena mengena dengan Nenek tu Ust???
Allahuakbar mana saya nak cari nenek itu Ust?? Sebelum ini saya tak pernah meracau begini Ust….??
Saya suruh beliau barang kemas tu bawa jumpa saya untuk hapuskan pendamping di barang kemas tersebut.. Alhamdulillah lepas rawatan beliau beliau ada hubungi saya akan datang buat rawatan susulan tak lama lagi bawa barang yang di ambil oleh nenek dulu.Katanya dah kurang sakitnya,dah mula boleh tidur malam,dah tak sakit kepala , manakala perut pula dah kurang kembung.. Syukur sangat2 mendengar perubahan nya.
Nasihat saya sesiapa pun yang hendak bagi barang sesuatu pada kita,kita sendiri tak tahu asal usul dia jangan lah kita terima.Macam cerita di atas adalah kisah benar. Memang banyak berlaku di masa kini..Terutama Staff nurse baik lelaki @perempuan jika orang nak beri sesuatu janganlah kita mudah terima dan percaya sebaiknya tolak secara baik.
Bila dah terkena nak di buang susahnya hanya yang pernah alami sahaja yang tahu penderitaan nya…Dari kita sihat tanpa sengaja kita jadi mangsa keadaan…Barang yang di beri berserta dengan akad terima jaga dia itu adalah saka yang hendak di lepaskan…
Moga cerita di atas dapat menjadi pengajaran buat kita semua dan di jauhkan perkara yang tak di ingini berlaku pada diri kita dan family kita Aamiin Ya Mujiib .
Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin / Gambar : Liputan6.com (Mochamad Khadafi)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ucap Selamat Tinggal Melalui Instagram Story, Peminat Kesan Cubaan Bunuh Diri KARA Goo Hara

REMAJA tidak mempunyai niat lain, hanya sekadar ingin berkongsi pendapat dan pandangan terhadap isu ini selain daripada mendidik remaja khususnya.
Berikutan daripada kes bunuh diri di kalangan remaja kian meningkat termasuk remaja di Malaysia, isu bintang kpop Goo Hara yang dahulunya popular dengan grup wanita KARA, dikhabarkan hampir membunuh dirinya akibat tekanan daripada pelbagai pihak.

Goo Hara yang berusia 28 tahun itu dijumpai oleh pengurus peribadinya sendiri dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya. Pengurus Hara bertindak serta-merta setelah menghidu niat wanita itu. Goo Hara ditemui pengsan di dalam bilik yang dipenuhi asap dan terus dibawa ke hospital berdekatan.
Hara sempat menyampaikan kata-kata terakhir di Instagram Story nya dengan kata-kata depresi yang diakhiri dengan ‘selamat tinggal’ Sabtu lalu. Bukan saja pengurus peribadinya, malah netizen juga dapat merasakan ada sesuatu tidak kena pada posting wanita itu. Rata-rata memberi kata-kata semangat kepada wanita itu agar tidak membuat keputusan melulu dan terus tabah dalam menghadapi dugaan.

Goo Hara sebelum ini mendapat perhatian netizen di Korea Selatan ekoran kes dera oleh bekas teman lelakinya sendiri. Malah penyanyi dan pelakon di bawah agensi Keyeast Entertainment itu mendapat kecaman bertubi-tubi daripada peminat apabila dia menjalani pembedahan plastik pada wajah.
Korea Selatan menduduki tangga ke-10 dan merupakan negara Asia pertama terkenal dengan kes bunuh diri. Hara bukanlah kes pertama kerana ramai selebriti terkenal negara tersebut melakukan percubaan membunuh diri malah ada antara mereka berjaya membunuh diri mereka sendiri.
Antara selebriti terkenal yang telah menarik nyawa mereka sendiri adalah Shinee Jonghyun dan pelakon drama Winter Sonata, Park Yong Ha.

Antara perkara yang menjadi punca ramai membuat keputusan untuk membunuh diri adalah media sosial yang membawa kepada penyakit depresi. Budaya di Korea Selatan tidaklah seindah wajah ahli kumpulan BTS ataupun Red Velvet. Kebanyakan selebriti hidup untuk memuaskan kehendak orang sekeliling mereka terutamanya peminat.

Sikap masyarakat yang mengagung-agungkan selebriti seperti tuhan dan menuding jari apabila mereka melakukan kesalahan dah jadi asam garam industri hiburan tak kira negara. Mereka terpaksa menjaga penampilan, menjaga tingkah laku agar dilihat sempurna di mata masyarakat. Perlu tahu, selebriti juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada silap meskipun peminat adalah sumber rezeki selebriti tersebut.
Dikhabarkan, ini kali kedua Hara mencuba untuk membunuh dirinya. Walau bagaimanapun, dia kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dalam proses pemulihan.
Apa yang REMAJA cuba sampaikan di sini, tak kira sebesar mana pun kesilapan seseorang itu, kita yang melihat perlu bantu mereka bukan terus mengecam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


