
Sudah menjadi kebiasaan setiap kali memasuki tahun baru, acara sambutan besar-besaran bakal dianjurkan dengan persembahan bunga api di kebanyakan tempat di seluruh negara.
Namun, sejak dua tahun ini sambutan tahun baru tidak lagi meriah kerana pandemik COVID-19 yang melanda duna. Tahun ini juga, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan pembatalan sambutan Tahun Baharu, sebaliknya akan diganti dengan solat hajat dan doa selamat bagi menghormati nasib mangsa banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Menurut Berita Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak meluluskan sebarang permit penganjuran sambutan Tahun Baharu di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata ia bagi mengelak risiko penularan COVID-19 dalam komuniti.
Orang ramai diingatkan supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti sambutan tahun baharu atau berkumpul beramai-ramai pada malam ini di mana-mana lokasi tumpuan ramai.

Pihak polis dilaporkan akan menjalankan pemantauan dan rondaan pematuhan SOP PPN Fasa 4 di beberapa lokasi tumpuan sekitar ibu negara sempena sambutan Tahun Baru 2022.
Jadi bagi korang yang dah merancang nak sambut tahun baru, batalkan sahaja niat itu kerana takut ditahan kerana melanggar pematuhan SOP. Hiks!
Happy New Year guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[VIDEO] Warga Amerika Protes Kena Perintah Berkurung, Anggap COVID-19 “Satu Penipuan”
![[VIDEO] Warga Amerika Protes Kena Perintah Berkurung, Anggap COVID-19 “Satu Penipuan” 6 [VIDEO] Warga Amerika Protes Kena Perintah Berkurung, Anggap COVID-19 “Satu Penipuan”](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/04/Untitled-design-25.jpg)
Boleh dikatakan satu dunia membicarakan wabak pandemic COVID-19. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menggariskan wabak ini berbahaya dan mampu mengancam nyawa manusia di seluruh dunia.
Hari ini sahaja, lebih dari dua juta orang iaitu 2,328179 orang disahkan positif dijangkiti dengan Amerika Syarikat mencatatkan jumlah tertinggi di dunia dengan 734,552 orang positif dan kematian dicatat adalah seramai 38,835 orang.
Jika di Malaysia, kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian wabak ini yang sudah memasuki fasa ke 3 (hampir sebulan setengah sehingga 28 April ini) dan usaha ini dilihat hampir berjaya walau belum menang sepenuhnya.
Ini kerana dua hari berturut-turut bilangan pesakit positif dicatatkan menurun berbanding mereka yang disahkan sembuh sekaligus membuktikan pendekatan diambil pihak kerajaan bertepatan.
Namun lain pula di Amerika Syarikat, di mana segelintir rakyatnya mengadakan protes kerana perintah berkurung yang dikenakan mengikut negeri.
Perintah berkurung di seluruh negara ini dilakukan mengikuti keputusan Presiden Donald Trump untuk memperluaskan garis panduan menjauhkan jarak sosial penduduk negara itu menjelang April.
Trump mengumumkan perintahnya selepas Dr Anthony Fauci, pakar penyakit jangkitan utama kerajaan, berkata Amerika Syarikat boleh mengalami lebih daripada 100,000 kematian dan berjuta-juta jangkitan dari pandemik coronavirus. Dalam kes ini lebih dari 225 juta rakyat Amerika Syarikat kini diletakkan di bawah perintah berkurung selepas Gabenor Virginia, Maryland dan Florida mengeluarkan arahan tersebut.
Jika rakyat Malaysia agak patuh dengan PKP (walau ada segelintir yang degil), nampaknya rakyat Amerika lebih ingkar apabila mengadakan protes jalanan mengenai perintah berkurung ini.
Mereka mengangkat sepanduk dan beberapa temuramah dilakukan rata-ratanya mengakui mampu menjaga diri sendiri. Mereka mahu menggunting rambut yang sudah panjang (siap tulis sepanduk, mahu kedai dibuka). Lebih tragis menganggap virus COVID-19 ini satu penipuan. Dah 38,000 orang mati pun masih anggap penipuan?
So apa komen korang? Atau biarkanlah Amerika sebab dia orangkan ada banyak Adiwira Dunia!
Lihat video ini!
These are the People Protesting Coronavirus Stay-at-Home Orders
'THERE'S NO PANDEMIC': People across the U.S., many of whom are vocal Trump supporters, are protesting stay-at-home orders.COVID-19 has killed more than 37,000 people in America within the last 7 weeks.
Posted by NowThis Politics on Saturday, 18 April 2020
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dakwah Piala Dunia, Ratusan Penyokong Bola Sepak Peluk Islam Di Qatar

Hidayah itu milik Allah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
ARTIKEL LAGI : Perkahwinan Gadis & ‘Oppa’ Ini Tarik Perhatian, Kedua-Duanya Mualaf!
Memilih untuk menukar keyakinan agama bukanlah satu perkara yang boleh dibuat mainan. Berpindah kepercayaan daripada satu agama ke satu agama lain memerlukan kekuatan dan juga tawakal yang tinggi.

Terbaharu khabar dari Qatar, siapa sangka penganjuran Piala Dunia 2022 merupakan dakwah buat umat Islam.
Hal ini seberapa video tersebar di media sosial menunjukkan beberapa penyokong bola sepak yang berada di Qatar bagi menyaksikan Piala Dunia memeluk agama Islam dengan mengucapkan dua kalimah shahadah.
Menurut beberapa ciapan di akaun Twitter, lebih 500 penyokong memeluk agama Islam sejak kejohanan itu bermula minggu lalu.
Walaupun jumlah itu tidak disahkan, yang pastinya memang benar terdapat individu atau keluarga yang bukan Islam mengucapkan dua kalimah shahadah. Dengan tanpa sebarang liputan media, ramai yang berkongsi detik mereka memeluk agama Islam di media sosial.
Dakwah Islam
Di samping memastikan kelancaran penganjuran Piala Dunia, Qatar turut memastikan pendakwah dan sukarelawan sentiasa bersedia menjawab persoalan mengenai Islam daripada penyokong.
Dengan jutaan penyokong berada di Qatar daripada seluruh dunia, dijangkakan ramai berminat dengan lebih lanjut bukan sahaja budaya masyarakat negara itu malah agama Islam itu sendiri.

Ketika ditemubual Al Jazeera, seorang sukarelawan berkata: “Kami tunjukkan kepada mereka apa itu Islam dan berusaha mengubah persepsi palsu terhadap Islam yang kerap mereka nampak dan dengar selama ini.”
Pusat Dakwah ditubuhkan untuk menjelaskan kepada pelawat asing selain mengedarkan risalah kepada mereka.
“Setiap hari kami temui sekitar 50-100 orang dan kami ajar mereka mengenai Islam dan memberikan maklumat kepada mereka,” menurut seorang sukarelawan.
Qatar turut memasang papan tanda besar atau banting berunsurkan Islam termasuk hadis mengenai adab menerima tetamu.
Pihak hotel turut menyediakan kod QR bagi membolehkan pengunjung mengimbas dan seterusnya mengetahui lebih lanjut mengenai Islam dalam pelbagai bahasa di telefon bimbit mereka.
Jika ini yang berlaku bertambahlah umat Nabi Muhammad S.A.W di muka bumi ini. Alhamdulillah!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jumpa Duit @ Barang BUKAN Rezeki Terpijak, HARAM Hukumnya Kalau Makan & Guna

Tular di media sosial seorang peniaga bundle, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29 menemui wang tunai 550,00 yen (RM20,755.84) di kedainya Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok kelmarin.
Dia yang membeli pakaian bundle berkenaan pada harga RM50 menyifatkan ianya rezeki terpijak selepas menemui dompet mengandungi wang yen tersebut.
Bagaimana pun selepas akhbar menyiarkan kisahnya itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta agar peniaga berkenaan menyerahkan wang berkenaan kepada pihak beragama kerana itu BUKAN HAKNYA.
Jelas Datuk Mohamad Shukri, jika wang ditemui di Kelantan harus diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.

Sebaik isu ini diperkatakan di media sosial, orang ramai mulai keliru dan berbeza pendapat. Kata mereka, duit atau barang yang dijumpai adalah REZEKI TERPIJAK dan merupakan hak mereka.
Ada yang suruh perbesarkan lagi perniagaannya dan lain-lain lagi.
Jadi sebelum kita yang “ilmunya masih sedikit dan masih banyak belajar ini” ada sesuatu yang korang harus faham mengenai hukum ditetapkan di dalam Islam.

REMAJA menghubungi Ustaz MK Azman yang juga merupakan seorang motivator dan fasilitator profesional.
Menurutnya, jumpa barang atau duit bukan rezeki terpijak sebaliknya satu tanggungjawab iaitu amanah kerana keperibadian kita dinilai sama ada kita ini amanah atau tidak.
Masa yang sama, barang atau benda yang dijumpai dan tidak diketahui pemiliknya, di dalam ilmu Fiqh diistilahkan sebagai luqathah.
“Luqathah ialah harta ataupun barang yang dijumpai di suatu tempat yang tidak dimiliki, tidak diketahui pemiliknya, tiada tanda-tanda di dalam jagaan atau tidak berada di tempat yang lazimnya harta atau barang itu berada, sama ada ia hilang dari pemiliknya disebabkan tercicir ataupun terlupa.
Dalam satu riwayat hadis dari Zaid bin Khalid al-Juhani Radhiallahu ‘anhu, apabila Rasulullah SAW ditanya mengenai barang luqathah, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Ketahui (amati) bekas dan pengikatnya, kemudian hebahkanlah dalam tempoh setahun, sekiranya kamu masih tidak mengetahui pemiliknya maka kamu boleh gunakan dan ia menjadi barang wadi‘ah padamu. Apabila datang pemilik untuk menuntutnya pada suatu hari setelah berlalu suatu jangka masa, maka berikanlah kepadanya.”(Hadits riwayat Muslim)
Jadi korang dah fahamkan mengenai menjumpai barang atau duit di tepi jalan dan sebagainya.
Menurut Ustaz MK Azman, HARAM hukumnya jika kita makan atau menggunakan duit berkenaan tidak kira apa tujuannya.
“Walau pun jumlahnya RM1 atau 10 sen, asal ia bukan hak kita, kita wajib masukkan ke tabung masjid untuk pembangunan masyarakat. Kalau jumlah yang kecil pun perlu, apatah lagi satu jumlah yang besar.

Begitu juga dengan telefon bimbit atau barang-barang lain yang kita jumpai.
“Saya ambil contoh telefon bimbit. Kita dah isytihar dan tunggu setahun. Lama kelamaan akan rosakkan kalau tak guna. Jadi kita boleh beli telefon berkenaan di mana ada akad dan saksi semasa kita membeli barangan berkenaan mengikut nilai semasa harga telefon berkenaan. Duit itu kemudiannya hendaklah kita masukkan ke tabung masjid untuk pembangunan masyarakat.
“Kalau barang itu jenis mudah rosak pula, kita perlu bayar ikut nilainya dan jumlahnya perlu dimasukkan ke dalam tabung masjid juga,” katanya yang kemudian membawa satu kisah dia ditanya oleh seorang individu mengenai duit dividen yang sumber pelaburannya diragui.
“Dia tanya saya boleh ke gunakan duit itu untuk buat jalan bertar. Saya katakan boleh kerana hukum pada duit haram ini kita boleh gunakan untuk pembangunan masyarakat. Bagaimana dengan kontaktor yang menerima duit berkenaan.
“Hukumnya tidak haram pada kontraktor yang menerima duit berkenaan kerana itu upah bagi kerjanya. Cuma kita niatkan agar duit itu untuk kebaikan umat semua,’ katanya yang meminta orang ramai yang keliru dengan hukum merujuk kepada pihak lebih berpengetahuan agar tidak terpesong dari pegangan.
Jadi korang dah fahamkan. Apa saja barangan atau duit yang kita jumpa, ianya bukan rezeki terpijak ya. Wajib masuk ke tabung masjid atau kalau jumlahnya besar perlu beri kepada pihak berkuasa seperti Baitulmal dan sebagainya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

