Biarpun sudah melebihi tiga minggu menemui penonton di pawagam, filem Polis Evo 3 masih tidak lekang daripada perhatian peminat filem tempatan apabila sekali lagi ia mencatatkan satu lagi rekod baharu.
Kali ini, Polis Evo 3 disahkan sebagai filem aksi komedi paling laris pernah dilancarkan di pawagam Malaysia sepanjang masa. Ini setelah ia berjaya meraih kutipan mengagumkan sebanyak RM50 juta dalam tempoh 24 hari ditayangkan termasuk tarikh tayangan awal!
Biarpun sudah memasuki minggu keempat tayangan di pawagam-pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura disamping berhadapan saingan sengit filem-filem Barat; filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini masih menjadi pilihan orang ramai.
Ads
Berikutan rekod baharu yang telah dipecahkan ini, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 iaitu Raja Jastina Raja Arshad mewakili keseluruhan produksi menzahirkan rasa syukur di atas sambutan orang ramai.
“Terima kasih kepada pihak pawagam yang masih menyokong polis Evo 3 dengan memberikan jumlah tayangan yang masih tinggi meskipun sudah memasuki minggu keemapt tayangan.
Ads
“Terima kasih juga kepada pihak media, rakan penerbit, barisan pelakon dan penonton Malaysia. Tanpa anda kejayaan ini tidak akan berhasil. Kejayaan ini diharap dapat menjadi penyuntik semangat buat kami serta para penerbit di luar sana untuk terus menghasilkan karya berkualiti kerana penonton di luar sana telah membuktikan sokongan mereka terhadap filem tempatan,” katanya.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibu mana yang tidak terharu apabila anak yang selama ini dijaga rapi berjaya dalam akademik. Selebriti terkenal, Rita Rudaini meluahkan rasa terharu apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin bin Mohamad Aidil Zafuan berjaya memperoleh anugerah kecemerlangan dalam bidang akademik.
Bukan calang-calang pelajar boleh diberikan anugerah tersebut memandangkan pelajar yang berada di sekolah tersebut semuanya merupakan pelajar cemerlang yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia.
Dalam hantaran video berdurasi 1.08 minit yang dimuat naik di Instagram Rita, dapat dilihat Ryan yang kini merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan menaiki pentas menerima Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua.
“Tahun lepas ketika birthday mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ini Ryan bagi hadiah lagi, dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tertinggo. Syukur Alhamdulillah. Mummy nak anak-anak mummy buktikan kepada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Membesarkan anak-anaknya sebagai ibu tunggal. Rita turut memberikan kata-kata semangat buat puteranya itu agar tidak mempedulikan kata-kata negatif.
“Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Jadi yang terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih Allah kerana hadiahkan rezeki anak-anak yang baik untukku. Sudah memadai. Rezeki Ramadan,” pesannya.
Meluahkan rasa dalam coretan yang cukup panjang. Hantaran tersebut setakat ini telah menerima lebih 50 ribu tanda suka dan menerima hampir setengah juta tontonan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak seperti kebiasaannya, suasana lengang di beberapa tempat tumpuan pelancongan sangat jelas bagi menggambarkan situasi pandemik sedang melanda dunia.
Perkongsian gambar yang telah dibuat oleh Penang Kini menyaksikan suasana lengang di Danok, Thailand yang selalunya sering menjadi tumpuan pelancong, lebih-lebih lagi dari masyarakat Malaysia.
Perkongsian ini juga telah membuatkan netizen mengimbau kembali kenangan mereka bercuti di Thailand dan rindu untuk melancong ke sana lagi.
Lain-lain gambar
Antara tempat pelancongan lain di Thailand yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia adalah Hatyai, Songkhla dan Krabi. Mesti korang rindu nak ke sana kan?
Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak COVID-19 ini tidak lagi berlaku dan semoga industri pelancongan di seluruh dunia kembali pulih.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sila bayangkan situasi ini. Lima sekeluarga maut akibat kemalangan jalan raya.
Kos menguruskan jenazah lebih kurang RM1500 bagi seorang. Jika didarab lima orang sekaligus, jumlah dikeluarkan pada hari itu sahaja mencecah RM7500.
Dalam keadaan musibah dan kesedihan, bukan semua orang sentiasa ada duit dalam simpanan yang boleh diberikan sekaligus. Apa nak buat dan mana nak cari duit? Ya, saudara mara membantu, seorang sedikit tapi itu kalau saudara mara berharta.
Anak muda, kos pengurusan jenazah bukan murah lagi hari ini. Sesetengahnya mengikut lokasi dan mungkin ada lebih mahal dari dinyatakan.
Tapi semua masalah ini boleh diringankan jika kita cakna dengan join KHAIRAT KEMATIAN.
Kematian itu pasti bagi setiap orang. Namun kos pengkebumian ada ketikanya membebankan bagi ahli keluarga tiada kemampuan
REMAJA bawakan isu betapa pentingnya kita cakna tentang soal khairat kematian yang mungkin dipandang remeh oleh sebahagian anak muda hari ini. Bagi mereka isu ini tidak berapa penting tetapi kematian boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita tahu masanya.
Remaja sempat menemuramah Naqib Masjid Jamek Al Khadijiah, Ustaz Mohd Shahril bin Abdul Samat, 34 tahun mengenai isu ini.
Naqib Masjid Jamek Al Khadijiah, Ustaz Mohd Shahril bin Abdul Samat
Menurut Ustaz Mohd Shahril, di Masjid Jamek Al Khadijiah, sistem pengurusan jenazah mereka dianggap antara yang terbaik sehingga menjadi ikutan bagi masjid lain.
“Kita memperkenalkan skim khairat kematian RM50 setahun bagi seisi keluarga. Jika satu keluarga itu ahlinya 10 orang, maka 10 individu itu akan diberi keahlian mereka dan andai berlaku kematian, semuanya kita akan uruskan.
“Biasanya kita akan uruskan jenazah bermula dari hospital, bawa ke masjid, mandi, kafan, solat dan urusan kuburnya. Pendek kata dari A-Z, pihak masjid akan uruskan,”katanya memaklumkan kos lain iaitu pengangkutan akan dikenakan jika ahli kariah meminta jenazah dibawa pulang ke kampung halaman (luar dari tempat tinggal kariah).
Menurut Ustaz Shahril, pihak masjid mengenakan RM1 bagi 1 kilometer perjalanan.
“Sebagai contoh, ada ahli kariah meninggal di Kuala Lumpur dan mahu dibawa pulang ke Perlis. Kita akan kenakan charge bagi 600 KM sahaja di mana ia akan didarab 3 iaitu RM1800 meliputi perkhidmatan van jenazah, bayaran pemandu selain minyak dan tol. Selebihnya pihak masjid akan tampung menggunakan tabung yang dibentuk,”katanya memaklumkan, kos pengurusan jenazah hari ini bukan murah dan berbeza-beza mengikut kawasan dan negeri.
Isu kubur yang semakin penuh. Hari ini kos pengkebumian yang jumlahnya bukan sedikit memerlukan satu keluarga mendaftarkan melalui Skim Khairat Kematian kerana ianya tidak terlalu mahal.
Mahu ajak anak muda
Pun begitu, jelas Ustaz Shahril, dia mahu mengajak anak muda yang sudah berkeluarga tetapi masih tinggal di rumah keluarga untuk menyertai skim khairat kematian bagi ahli keluarga mereka sendiri.
“Dengan kos RM50 setahun, diandaikan dia membayar bagi tempoh 10 tahun di mana jumlahnya mencecah RM500 sahaja. Kalau berlaku kematian, jumlah yang dikeluarkan oleh pihak masjid sudah berganda lebih dari itu. Jika sebelum itu mereka menjadi ahli kerana kos dibayar oleh bapa mereka tetapi apabila mereka berkeluarga, tentu mereka mahu melindungi anak isteri mereka juga.
“Bagi saya, ahli-ahli kariah di Pantai Dalam patut merebut peluang ini kerana dengan kadar yang fleksibel dan agak murah bagi seisi keluarga, manfaat ini perlu diambil oleh ahli kariah kerana kematian boleh terjadi bila-bila masa,”katanya yang mengakui pihak masjid sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah khususnya kematian secara mengejut dan mereka tidak ada duit.
Kongsi Ustaz Shahril, pernah ada ahli kariah bertemunya dan berkata dia hanya mempunyai RM1000 sahaja untuk urusan pengkebumian bapanya.
“Saya kata boleh dan selebihnya biar tabungan masjid uruskan. Malah ada kalangan anak kariah yang tidak punya apa pun dan kita bantu kerana ia fardu kifayah yang dituntut,”katanya ketika ditemui dan memaklumkan pihak masjid biasanya menguruskan tidak kurang 15 jenazah sebulan bagi kariah Pantai Dalam ini.
Bagaimana pun jelas Ustaz Shahril, tiada paksaan dalam mengambil khairat kematian ini namun kesedaran kepada anak muda harus diberi penekanan betapa pentingnya mereka tahu dan ambil peluang ini kerana kosnya amat murah itu RM50 setahun bagi seisi keluarga.
Ustaz Shahril akui masjid sudah merangka pelbagai program untuk menarik anak muda ke masjid
Tambah Ustaz Shahril, banyak program-program dirangka pihak masjid termasuk program Jom Daftar sebagai ahli Khairat Kematian kepada anak muda.
Masa yang sama, jelasnya pihak masjid banyak membuat program iaitu Khairat Kehidupan.
“Kita sedang merancang Skim Khairat Kehidupan. Jika Skim Khairat Kematian RM50 setahun, bagi Skim Khairat Kehidupan ini hanya RM100 setahun. Pihak masjid merancang mengadakan kenduri cukur jambul perdana bagi bayi baru lahir, majlis khatan percuma, tuisyen free, kalau cemerlang kita beri anugerah termasuk kita akan bayarkan yuran kemasukan ke IPTA kalau keluarganya berdaftar dengan skim kita lancarkan itu.
“Banyak lagi kita buat seperti bantu asnaf, bantu OKU, bantu ibu tunggal dan lain lagi. Kita juga mahu tubuhkan Sahabat PPUM Skuad Rahmatanlilaamin dengan menziarahi orang susah dan sakit di hospital kerana kita mahu memakmurkan masjid dengan anak muda,” katanya ketika ditemui.
Masa yang sama, kita juga lancarkan Tabung Abdul Rahman Auf iaitu bagi program bina tangga kubur dan lain-lain lagi bagi golongan kaya yang mahu membantu golongan susah.
“Semua ini kita buat kerana mahu masjid dilihat sebagai tempat penuh rahmat dan disukai ramai,”jelasnya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.