
Kalau korang pelajar atau alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), mesti dah familiar dengan pokok besar yang ada di atas bukit tu kan?
Baru-baru ini, kecoh tentang pokok tunggal yang berusia puluhan tahun itu tumbang menyembah bumi.
Ada yang mengatakan bahawa pokok itu sudah terlalu tua dan daunnya juga dah tak serimbun dulu.
Pelbagai reaksi daripada orang ramai turut dikongsi di laman media sosial.



Bukan saja menjadi ikonik untuk pelajar UPM, pokok besar tersebut juga kerap kali muncul di kaca TV dan layar perak.
Paling diingati penonton adalah apabila pokok ikonik ini menjadi latar belakang bagi filem Lagenda Budak Setan lakonan Datuk Farid Kamil dan Lisa Surihani.

Selain itu, pokok ini juga pernah menjadi lokasi untuk klip video Di Penjara Janji nyanyian penyanyi terkenal negara, Awie.

Air Asia tidak ketinggalan untuk mengabdikan lakaran gambar pokok lagenda tersebut pada sebuah badan pesawat atas kerjasama mereka dengan UPM pada 12 September 2017.

Tak dinafikan lokasi pokok besar tu memang sangat menarik. Ramai juga pelajar yang menjadikan tempat itu sebagai port ambil gambar time konvo.
Pastinya ia menjadi menyimpan seribu kenangan buat mereka..
Kredit: Ahmad alMeseiry
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rupanya Kalau Nak Berjaya & Kaya Dalam Bisnes, Kena Kahwini Pasangan Yang Betul Serta Supportive

Bila sebut Mydin, ramai yang tahu kerana ia sebuah pasaraya yang menjual kelengkapan rumah dengan harga cukup murah juga borong. Jika dahulu Mydin hanya menjual peralatan rumah namun hari ini pasaraya itu telah mempelbagaikan cabang perniagaannya termasuk menjual barangan basah bagi memudahka warga kota membeli belah dalam satu bumbung.
Dalam pada itu, ramai juga mengenali Pengarah Urusan Mydin Holding Mohamed Holdings Berhad iaitu Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin yang sangat humble.

Dua hari lalu, bos yang humble nie berkongsi rahsia dengan pendengar bagaimana dirinya menguruskan Mydin Holding dalam satu temu bual dengan Ikim.FM. Apa yang menariknya Dr Haji Ameer telah berkongsi jatuh bangun dalam dunia perniagaan termasuk memberi tips. Antara yang menariknya ialah mesti mengahwini pasangan yang betul serta sentiasa supportive kalau nak berjaya dalam bisnes.
Beliau turut menasihati bagaimana perlu mengawal belanja agar kita ada simpanan pada masa depan. Paling rare katanya, kalau mak bapak ada syarikat, kita mesti kerja dengan orang dulu untuk timba pengalaman sebelum masuk ke syarikat sendiri.
Hah, korang mana-mana yang masih bujang dan ada cita-cita nak jadi buat bisnes satu hari nanti, pastikan pasangan korang “sama kepala” dengan otak bisnes korang tu ya. Barulah boleh berjaya dan kaya. Catatan nota dari bos besar Mydin ini telah disalin dan diringkaskan oleh Puan Suhaili Ikhsan, seorang Ketua Pegawai Ekskutif di ABS Education Sdn Bhd.
Bacalah bagaimana orang lain catat kejayaan, mana tahu korang terinspirasi pula satu hari nanti.

23 nota catatan bual bicara Founder Mydin di Ikim.FM:
- Sentiasa berkira-kira untuk membeli sesuatu. Bukan sebab tak ada duit, tapi kenapa kena beli?
- Menyusun duit. Dari kecil lagi beliau dilatih oleh bapa beliau apabila mengira duit, duit disusun dahulu. Susun duit kepala agung mesti berada di sebelah kanan.
- Duit syiling mesti simpan dalam tabung.
- Jangan beri duit mudah kepada anak, walaupun kita mampu.
- Latih diri & keluarga kita supaya independent.
- Sentiasa monitoring (semak) kerja kita.
- Jika buat silap, betulkan kesilapan, move on, jangan ungkit-ungkit lagi. Jalan terus!
- Setiap keputusan ada kesannya. Mesti buat keputusan dan berani tanggung risikonya.
- Tugas pengurus adalah mengurus & memastikan unit yang diuruskan berjalan lancar. Maka, jika ada staf di bawah pengurus tersebut tidak melakukan kerja yang sepatutnya, adalah menjadi tanggungjawab pengurus menyelesaikan tugasan tersebut macam mana cara sekalipun.
- Retail is detail. Micro manage baru empower.
- Mengurus family bisnes – mesti ada satu ketua. Ketua buat keputusan akhir.
- Loyalty – setia.
- Anak-anak founder atau keluarga founder nak kerja dalam Mydin, mesti kerja di luar dahulu selama 5 tahun baru masuk dalam bisnes Mydin. Bekerja dalam bisnes yang kita akan ceburi. Berkuli & cari pengalaman.
- Fokus dalam berbuat sesuatu. Sehingga jadi expert. Berkembang pun dalam jenis bisnes yang sama.
- Apabila berbisnes, mesti mula dari bawah. Bina asas yang kukuh. Berkembang sedikit demi sedikit.
- Pilih siapa yang patut jadi pelanggan bisnes kita. Kita tak boleh jual kepada semua orang. Semua orang tak boleh jadi pelanggan kita.
- Kena bezakan bisnes kita dengan pesaing kita. Apa unik bisnes kita berbanding pesaing?
- Jaga hubungan baik dengan supplier. Ada masa langit tak selalu cerah. Ada masa supplier jadi payung kita. Ada masa yang lain kita pula jadi payung supplier kita.
- Apakah rahsia kejayaan bisnes Mydin? Kahwin pasangan yang betul, yang supportive.
- Apa cerita & skrip kita kepada anak-anak akan membantu pembentukan mindset dan masa depan mereka.
- Success means happiness.
- Masa tua nanti, kita akan bertanya apakah usia kita selama ini diperuntukkan untuk berbuat perkara yang betul.
- Pastikan setiap hari kita berada di dalam doa ibu ayah kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk 71 Tahun Nikah Gadis 18 Tahun Di Subang, Honda PCX Jadi Hadiah Hantaran

Kalau dah jodoh tak ke mana.
Walau berbeza usia namun sudah tertulis jodoh antara kedua insan ini.
Di Indonesia, viral kisah seorang datuk dikenali sebagai Abah Sarna berusia 71 tahun dari Kelurahan Majasari, Mukim Pagaden, Subang, Jawa Barat menikah dengan gadis, Noni berusia 18 tahun berasal dari Bunut Pangsor, Mukim Pagaden, Daerah Subang, Jawa Barat.
Perbezaan usia antara keduanya adalah 53 tahun.
Pernikahan keduanya mulai viral selepas dimuat turun di akaun facebook Ririn Priyanti
“Kalian kalah soswet dari si abah, YANG JOMBLO JANGAN IRI,” (kalian kalah dengan lelaki tua, bujang jangan cemburu) tulis Ririn Priyanti


Sama seperti pasangan pengantin lain, ada majlis persandingan antara kedua mempelai ini. Mereka mengenakan gaun dan persalinan pernikahan berwarna putih dan pink. Malah menukar baju sehingga dua kali dengan warna berbeza.
Keduanya nampak begitu mesra dan langsung tidak kekok di hadapan orang ramai. Malah Noni tersenyum sipu saat dicium suaminya di hadapan orang ramai ketika majlis persandingan mereka.
Honda PCX Jadi Hadiah Hantaran Mewah
Sama seperti pasangan pengantin lain, hadiah hantaran antara yang menjadi tumpuan.
Uniknya Noni dihadiahkan sebuah motosikal Honda PCX 150 (carian mendapati di Malaysia ia dijual RM11,844) selain barang keperluan rumah seperti tilam, almari dan kelengkapan rumah tangga yang lain). Dan kesemua barang hantaran itu dibawa dengan dua buah kenderaan yang mengiringi semasa majlis pernikahan mereka.


Wow, memang berada atuk nie!
Masa yang sama, Abah Sarna turut menyerahkan mas kahwin 11 gram emas selain wang Rp10juta rupiah (kira-kira RM3000)
Apa pun, semoga keduanya berbahagia hingga ke akhir hayat. Jadi jangan risau kalau jodoh korang bukan rakan sebaya atau lebih muda kerana Allah sudah menentukan jodoh kita sejak di luh mahfuz lagi.Sumber : Tribunnews
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!

Bukan namanya orang Malaysia jika korang tak kenal dengan Datuk Nicol Ann David ini.
Jika dihitung pencapaian anak jati kelahiran Pulau Pinang ini, memang tak terkira banyaknya. Meskipun namanya dalam industri sukan terkenal di seluruh dunia namun beliau tetap selesa untuk merendah diri.
ARTIKEL BERKAITAN : #GIRLPOWER: Enggan Toleh Belakang, Intan Serah Mahu Fokus Menjadi Atlet Bertaraf Antarabangsa
Nama Datuk Nicol Ann David menjadi bualan tidak hanya di dalam negara bahkan seluruh dunia apabila beliau merangkul gelaran berprestij Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia!
Menerusi undian yang dibuat secara dalam talian di laman web Sukan Dunia itu, ratu skuasy berkenaan mendapat 318,943 undi menewaskan 23 atlet lain dari seluruh dunia.
Dilahirkan pada 26 Ogos 1983, bekas atlet ini merupakan anak kepada Desmond David dan Ann Marie David. Beliau mempunyai dua beradik perempuan iaitu Lianne Marie dan Cheryl Therese.

Minatnya dalam sukan skuasy mula disedari bapanya ketika beliau berusia lima tahun. Difahamkan, ketiga-tiga beradik ini didedahkan dengan sukan berkenaan sejak kecil lagi.
Seawal usia 15 tahun, Datuk Nicol sudah berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia. Kejayaan meraih pingat emas di Sukan Asia Pattaya, Thailand pada tahun 1998
menjadi pembakar semangat buat tokoh sukan ini untuk terus melakar pelbagai sejarah.
Sebelum itu pun, dia telah beberapa kali memenangi kejohanan peringkat antarabangsa Terbuka Junior Scotland Under-12 dan Kejohanan Hong Kong Under-13.
Sepanjang pembabitannya sebagai atlet skuasy, jaguh wanita ini merangkul gelaran Juara Dunia sebanyak 8 kali! Beliau kemudian mengumumkan persaraan pada tahun 2019.


Yang pasti, Datuk Nicol David merupakan antara atlet yang berpendidikan tinggi. Pada tahun 2019, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan dari Universiti
Sains Malaysia (USM).
Berkongsi momen istimewa itu, ujarnya, “I’m so honoured! Never thought I would get this. Thanks to USM for this Honorary Degree of Doctor of Sports Science.”
Biarpun meraih pelbagai kejayaan di pentas dunia tapi wanita lasak tersebut tetap setia menimba ilmu. Walau sudah bersara, beliau masih menjadikan ilmu sebagai keutamaan.
Tambahan pula pada akhir Januari 2021, Datuk Nicol berkongsi rasa teruja dan gembira selepas berjaya menamatkan pembelajaran secara dalam talian dalam Foundations of Positive Psychology, University of Pennsylvania!
“I never thought I would be studying after squash but I gave it a shot during the pandemic. I have always been interested in understanding more how our mind works for us and against us and this specialization has given me better insights and tools for understanding our thoughts better. Never too late to learn something new.”

Datuk Nicol yang meniti usia 40 tahun pernah menarik perhatian masyarakat ketika masih bergelar pelajar sekolah apabila beliau memperoleh keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ramai mengagumi kepintaran jaguh sukan kebanggaan ini apatah lagi waktu itu dia sudah mula aktif dengan skuasy. Moga kejayaan bekas atlet kebanggaan negara ini terus menjadi sumber inspirasi buat anak muda dan remaja di luar sana!
Artikel ini diambil dan diolah dari Nona.
BACA LAGI :#GirlPower: Atlet Wanita Terkaya Pada Usia 25 Tahun, 10 Fakta Menginspirasikan Naomi Osaka
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

