Penggemar bola sepak tanah air mesti tidak asing lagi dengan nama pemain sensasi bola sepak negara ini. Pernah diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan Liga Premier Futsal Malaysia 2019, Intan Serah kini makin giat memperluaskan sayapnya dalam industri sukan yang diminatinya dari kecil ini.
Beliau yang baru-baru ini dilantik sebagai duta jenama sukan popular, Under Armour bersempena dengan pertandingan UA Combine yang bakal berlangsung 9 September ini berkesempatan hadir ke sesi temuramah bersama pihak REMAJA pada Jumaat lepas.
Pernah bergelar atlet sukan olahraga, dirinya akui terdapat perbezaan ketara apabila bergelar atlet sukan individu dan berkumpulan.
“Sejujurnya bagi saya, disebabkan sukan olahraga adalah sukan individu jadi ianya sedikit sunyi. Training sorang-sorang, semua struggle sorang-sorang, makan sorang-sorang, menang pun sorang-sorang, jadi kepuasan itu hanya pada diri saya sahaja,
‘Tapi berbeza dgn sukan bola sepak kerana ianya sukan berkumpulan. Maka, kita rasa emosi dan susah payah itu bersama. Bak moto dalam filem Ola Bola, menang sama-sama, kalah sama-sama. Itulah apa yang saya rasakan dalam industri sukan bola sepak ini,” jelasnya.
Visi atlet muda ini juga selari dengan komitmen yang ditekankan oleh Under Armour, “Protect The House” iaitu sebuah gerakan yang menggalakkan semua atlet untuk mempunyai mentaliti; semangat berpasukan mampu mengatasi segalanya.
Ads
Atlet berusia 24 tahun ini juga cekal menghadapi setiap rintangan yang datang, terutama dari segi kecaman dan kritikan dari orang ramai terhadap prestasinya selaku seorang atlet.
“Kita dah beralih ke dunia sosial media, jadi kritikan dan kecaman yg saya dapat setiap kali keputusan game tidak menyebelahi, agak mengguriskan hati terutama sekali apabila ianya melibatkan ahli keluarga dan privasi saya,
“Sejujurnya, saya kurang membaca komen-komen diberikan cuma kadang kritikan tersebut sampai pada pihak ibu bapa saya. Maka sedikit sebanyak ianya membuatkan saya terkilan dengan situasi tersebut,
“Saya ada berpesan pada mereka untuk jangan terlalu fokus membaca komen berbaur negatif. Lebih baik fokus pada sisi positif, lihat berapa ramai yang menyokong saya selama ini berbanding dengan mereka yang asyik mahu mengkritik,” komen atlet tersebut.
Ads
Mahu fokus menjadi atlet bertaraf antarabangsa, pemain kelab Kelana Unitedini enggan menoleh ke belakang lagi dan mahu melebarkan lagi sayapnya sebagai seorang atlet di mata dunia.
“Perancangan saya buat masa ini adalah untuk menjadi pemain bertaraf antarabangsa, dengan membuka lebih banyak lagi peluang di luar sana,
“Saya turut berharap agar kawan-kawan atlet lain juga turut bersama-sama memajukan industri sukan Malaysia,” komennya.
Ads
Sekadar info, Under Armour baru-baru ini mengumumkan bahawa UA COMBINE, salah satu pertandingan kecergasan terbesar di rantau ini akan kembali untuk meneruskan komitmen mereka dalam mewujudkan penanda aras prestasi atlet yang muktamad.
Edisi tahun ini juga akan menyaksikan atlet dari pelbagai lapangan sukan turut bersaing di
Depot Sentul untuk mengejar ganjaran hadiah wang tunai sebanyak RM51,000.
Jika anda ingin menyaksikan dan menyertai keseronokan serta memberi sokongan kepada pesaing-pesaing di UA Combine 9 September ini, anda boleh mendaftar sebagai penonton di https://uacombinemy.com/spectators/
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Intan Serah, Under Armour
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyampai radio, Fizi Ali menitipkan dedikasi yang teristimewa buat anakanda perempuannya, Ameena Sofia.
Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, Fizi kotakan kata-kata janji buat anak tersayangnya di mana akan memberi kebahagiaan maksimum selain sedaya upaya membuatkan kehidupan Ameena bahagia setiap kali mereka menghabiskan waktu berdua.
“Untuk anakku Ameena Sofia, memang betul kita tak banyak masa bersama. Daddy tak dapat bagi 100 peratus masa dengan awak. Daddy tak dapat bagi macam ayah orang lain bagi dekat anak mereka.
“Tapi daddy janji setiap kali kita jumpa, daddy akan buat awak manusia paling bahagia dalam dunia,” katanya.
Bersempena ulang tahun kelahiran kelima Ameena, Fizi memuat naik video memaparkan momen-momen manis mereka sejak anak perempuannya itu kecil untuk dijadikan sebuah kenangan terindah.
Berniat video tersebut ditonton semula apabila puterinya dewasa kelak, dia langsung tidak kisah andai ada pihak melihat luahan itu sebagai cubaan merebut Ameena daripada bekas isterinya, Shakilla Khoriri.
“Insya-Allah, Daddy akan buat yang terbaik untuk awak. Mungkin ada mulut-mulut akan cakap daddy ini bapa ‘terpaling’ konon nak rebut awak.
“Daddy tak kisah, janji satu hari nanti bila daddy dah tiada ada, awak tengok balik semua video-video ini. Khas untuk awak sayang.
“Daddy sayang awak. Kami semua sayang awak. Selamat hari jadi sayang. Nanti jumpa kita sambut ya,” coretnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi mereka yang lahir pada tahun 1987, 1999 dan 2011, pastinya korang merasa teruja apabila tahun Arnab mengikut kalendar masyarakat Cina kembali lagi untuk sambutan Tahun Baru Cina 2023.
Namun tahukah korang, tatkala masyarakat Tiong Hua di Malaysia menyambut tahun Arnab, mereka di Vietnam pula rupa-rupanya menyambut tahun Kucing!
Menurut laporan, di seluruh negara Vietnam sejak awal bulan ini lagi telah dihias dengan pelbagai jenis imej kucing manakala pusat membeli-belah dan kedai-kedai di sana pula penuh dengan dekorasi bertemakan kucing dan juga hadiah popular di sana bernama ‘Tet’ yang diinspirasikan daripada – well you guess it – kucing!
Antara hiasan di jalan raya Vietnam bagi menyambut Tahun Baru Cina 2023.
Mengapa agaknya Vietnam berbeza dengan negara lain seperti di Malaysia, Singapura dan China?
Tidak ramai yang tahu sebenarnya, hanya 10 zodiak yang adalah dalam kalender masyarakat Cina disambut oleh masyarakat di Vietnam. Ini termasuklah tikus, harimau, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir.
Namun, zodiak arnab akan ditukar kepada kucing, manakala zodiak kerbau akan ditukar kepada lembu.
Ada sebab mengapa dua zodiak ini ditukarkan kepada haiwan lain
Menurut laporan Voa News, pakar budaya tradisional Vietnam di sana bernama Nguyen Hieu Tin memberitahu bahawa ia disebabkan oleh kepentingan sawah padi untuk ekonomi Vietnam.
“Padi adalah sebahagian besar daripada industri pertanian Vietnam. Dengan adanya ancaman haiwan perosak seperti tikus, kucinglah haiwan popular yang akan memburu kelibat haiwan perosak ini.”
Para pekerja dilihat membersihkan hiasan landskap di Vietnam yang menampilkan figura kucing.
“Satu lagi penjelasan lain (mengapa arnab ditukar kepada kucing) adalah kerana masyarakat Vietnam merasakan tikus dan arnab tidak jauh bezanya. Oleh itu, mereka memilih kucing kerana ia berbeza daripada tikus.
“Dan satu lagi penjelasan masuk akal adalah kerana bunyi perkataan ‘arnab’ dalam bahasa Cina iaitu Mao. Dalam bahasa Vietnam, ia berbunyi seperti ‘meo’ yang bermaksud kucing,” ujarnya.
Antara perhiasan kucing yang dijual di Vietnam sempena sambutan Tahun Baru Cina 2023.
Biarpun berbeza zodiak haiwan, masyarakat di Vietnam tidak mempunyai masalah memilih kucing memandangkan di sana, kucing merupakan simbolik kepada kepercayaan pembawaan tuah dan perjalanan yang lancar. Disebabkan itulah, mereka yang lahir pada tahun kucing di sana dianggap sebagai individu yang dipermudahkan dalam banyak perkara.
Best juga kalau ada tahun kucing. Mesti banyak makanan-makanan sedang untuk Si Oyen, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masya Allah..itu lah satu ungkapan yang boleh diucap dengan apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ketika ini.
Sebagaimana kita tahu hidayah itu milik Allah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.Tiada siapa tahu pengakhiran hidup seseorang itu. Sebagaimana kita tahu, baru-baru ini Ebit Lew ada pergi ke Sabah dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu.
Terbaru menerusi perkongsian di Laman sosialnya Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa gembira dan sedih apabila dapat membantu suku Bajau Laut memeluk Islam seperti ditulis di laman FBnya.
Alhamdulillah, seramai 157 orang telah mengucap syahadah sekaligus memeluk Islam. Besar sungguh usaha dakwah Ustaz Ebit Lew sehingga mampu menarik minat suku kaum itu.
Dikala kita dikejar oleh arus kemodenan dan teknologi namun masih ada lagi mereka tidak tahu menggunakan jam, dan mengetahui waktu hanya berpandukan kedudukan matahari.
Untuk pengetahun korang, kaum Bajau Laut ini sering dipanggil “gipsi laut”, merupakan satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara. Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala’u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia.
Sumber : Ustaz Ebit Lew, Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!