Pada November 2022, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi telah menarik perhatian REMAJA. Demi membina masa depan negara Malaysia, Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan slogan baharu “Membangun Malaysia Madani” dalam usaha .
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan perasmian amanat Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Tatakelola Yang Adil Dan Berkesan
Anwar berkata, madani merujuk kepada tatakelola yang adil dan berkesan. Ia juga memberi makna usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai murni kekeluargaan, dan kurikulum yang juga terarah kepada pembinaan masyarakat
Pada terasnya, konsep madani mencerminkan kepercayaan dijalin antara kerajaan dan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama.
“Agenda dasar kerangka madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa tetapi menyentuh pencorakan masa depan negara.
Ads
“Ini sebagai usaha dan upaya untuk mencipta lonjakan baharu buat negara,” kata Anwar ketika menyampaikan amanat selepas wacana “Membangun Malaysia Madani” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dalam pada itu dalam amanatnya, Anwar berharap persidangan Parlimen akan datang “lebih siuman, tenang dan manusiawi” daripada sebelum ini.
Beliau percaya hasil sokongan daripada pimpinan politik dalam Jemaah Menteri, kerajaan perpaduan boleh melakukannya.
“Kalau tak manusiawi, lawannya itu jelik. Jadi sebab itu saya percaya kita boleh lakukan,” katanya.
Ads
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau tidak akan mencampuradukkan sebarang bentuk penyelewengan dan rasuah dalam negara.
Beliau berkata, sebarang pengambilan harta negara harus dipulangkan semula.
“Harus dipulangkan kepada negara dan rakyat,” katanya.
Demi Masa Depan Generasi Akan Datang
Ads
Anwar turut mahu kegemilangan negara dimartabatkan semula demi masa depan generasi akan datang.
“Saya tegaskan semula, buka pintu hati kita selamatkan negara kita yang pernah tunjuk potensi baik. Ia mesti dimulai sekarang,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata slogan baharu bukan bermaksud akan meninggalkan dasar yang lama. Katanya, idealisme itu mesti diterjemahkan kepada dasar sedia ada.
Sebelum ini, “Keluarga Malaysia” adalah slogan diperkenalkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika kita masih memikirkan bahawa wabak pandemik yang mengakibatkan lebih dari 4.2 juta penduduk dunia dijangkiti akan berakhir, persepsi kita itu ternyata salah. Malah kalau kita merasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diperkenalkan oleh kerajaan sebagai satu langkah menyekat kebebasan kita untuk bergerak ke sana ke mari, ia juga sebenarnya adalah satu “nikmat” kesihatan yang Allah berikan untuk mengelak kita dari dijangkiti penyakit ini.
Ini kerana semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran, COVID-19 tidak akan hilang dan penduduk dunia perlu terima hakikat dan belajar hidup dengannya.
Mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam di Geneva memaklum yang COVID-19 tidak akan hilang selamanya
Ketika beberapa negara di seluruh dunia mulai secara beransur-ansur melonggarkan sekatan perintah berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan masing-masing untuk menghentikan penyebaran pandemik COVID-19, WHO mengatakan ia mungkin tidak akan dihapuskan sepenuhnya.
Virus ini kali pertama muncul di Wuhan, China akhir tahun lalu dan kini sudah menjangkiti lebih daripada 4.2 juta orang di seluruh dunia dan membunuh hampir 300,000 di seluruh dunia.
“Kami mempunyai virus baharu yang menyerang populasi manusia, oleh itu sangat sukar untuk diramalkan bila kita akan mengatasinya,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.
“Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan virus ini mungkin tidak akan pernah hilang.
“Seperti jangkitan HIV tidak hilang – tetapi kita telah mengatasi virus ini,” katanya pada sidang media maya di Geneva. Lebih daripada separuh penduduk dunia terpaksa mengikut perintah berkurung sejak krisis kesihatan ini bermula lebih enam bulan lalu,” kata Ryan.
Penduduk dunia harus bersedia menghadapi COVID-19 kerana wabak ini tak akan hilang selamanya
Justeru, WHO memberi amaran bahawa tidak ada jaminan bagi kebanyakan negara yang mula melonggarkan sekatan perintah berkurung tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan kedua.
“Banyak negara ingin keluar (daripada pandemik COVID-19) dengan cara yang berbeza.
“Jadinya, kita mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada tahap tertinggi,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Sumber : Zik Z Peace
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum hilang virus Covid-19, kini penduduk dunia berdepan dengan penyakit ‘Monkeypox‘ pula. ‘Monkeypox‘ atau cacar monyet merupakan sejenis jangkitan virus yang mempunyai beberapa persamaan dengan cacar air (smallpox).
Apa yang mengejutkan baru-baru ini satu kajian mendedahkan bahawa 95 peratus kes cacar monyet (monkeypox) disebarkan melalui aktiviti seksual. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada hari Khamis (21/7) datang ketika pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih berdebat sama ada untuk mengklasifikasikan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.
Wabak ini sangat tertumpu di kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, dan virus itu banyak ditularkan melalui hubungan seksual.
Memetik halaman NDTV, penyelidikan ini diketuai oleh beberapa pakar di Queen Mary University of London, England. Pakar telah memerhatikan 528 kes jangkitan yang disahkan di 16 negara, antara 27 April dan 24 Jun 2022.
“Adalah penting untuk menekankan bahawa cacar monyet bukanlah jangkitan seksual dalam erti kata tradisional; bagaimanapun, penghantaran boleh berlaku melalui sebarang jenis hubungan fizikal yang rapat, ” kata pengarang kajian John Thornhill dalam satu kenyataan.
Malah, menurut The Guardian, di United Kingdom, Hospital Guy di London mengalami kebanjiran pesakit apabila ada yang beratur selama tiga jam untuk mendapatkan vaksin – dengan mereka yang menunggu giliran hampir semua lelaki gay dan biseksual.
Wabak ini sangat tertumpu di kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, dan virus itu banyak ditularkan melalui hubungan seksual. Walaupun mesej ini kelihatan sudah jelas, tetapi terdapat sebahagian pasangan gay yang masih berdegil dan tidak mempedulikan mesej kesihatan awam.
Foto Via BBC
Selain itu, para penyelidik menekankan dalam satu kenyataan bahawa virus itu juga boleh disebarkan melalui sentuhan fizikal, seperti pernafasan dan penghantaran melalui pakaian dan permukaan lain.
Simptom Monkeypox
Terdapat tempoh inkubasi antara tujuh hingga 14 hari jelas CDC yang gejala awalnya adalah :
selesema,
demam
menggigil
keletihan
sakit kepala
lemah otot
bengkak pada nodus limfa yang membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit.
ruam di bahagian muka, badan, mulut, tapak kaki & tangan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Kasih ibu dibawa ke syurga, kasih ayah tiada pengganti’. Begitulah hebatnya kedua orang tua kita sehingga ada peribahasa yang menggambarkan betapa mulianya mereka dan sebagai anak, kita perlu sentiasa menghormati keduanya.
Namun, apa yang terjadi hari ini sepatutnya dijadikan pengajaran dan teladan kepada kita semua. Hanya kerana ditegur supaya mengemas rumah dengan nada yang agak tinggi, seorang remaja perempuan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat yang lalu.
Ibu kepada remaja 17 tahun ini, Hasanatul Kalikah berkata, pada hari anaknya itu keluar dari rumah, dia ada menegurnya supaya mengemas rumah.
“Selepas itu, saya nampak dia keluar bawa beg tapi taklah terfikir nak lari. Mungkin agaknya dia merajuk dengan saya,” katanya.
Dia menyangka anaknya, Nur Ainin Sufiah Mohd Adam hanya keluar ke rumah kawan. Namun begitu, anaknya itu langsung tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.
Cubaan menelefon dan menghantar mesej melalui Whatsapp gagal kerana tidak dijawab oleh anaknya.
Ibunya sekali lagi cuba untuk bertanya tentang anaknya itu di dalam Whatsapp Group sekolah. Menurut kawan anaknya, remaja itu selamat dan kini berada di rumah ibu tirinya di Port Dickson.
“Saya nak cari Ainin pun tak tahu alamat rumah ibu tirinya di mana. Saya betul-betul risau kerana dia perempuan dan berada di bawah tanggungjawab saya sebagai ibu kandung sejak ayahnya meninggal dunia Jun lalu,” katanya.
“Ibu minta maaf jika terkasar,”rayunya.
Kata ibu itu lagi, dia tidak lagi memarahi Ainin dan hanya mahukan anaknya itu pulang dalam keadaan selamat kerana terlalu merinduinya.
Rata-rata netizen memberikan nasihat kepada adik Ainin supaya cepat-cepat pulang ke rumah.
Walau apapun perselisihan antara kita dan ibu bapa, sebaiknya sebagai anak kita perlu lebih banyak bersabar kerana buruk baik mereka pun tetap mak ayah kita. Jadi, sama-samalah kita doa yang baik-baik ya?