Pada November 2022, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi telah menarik perhatian REMAJA. Demi membina masa depan negara Malaysia, Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan slogan baharu “Membangun Malaysia Madani” dalam usaha .
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan perasmian amanat Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Tatakelola Yang Adil Dan Berkesan
Anwar berkata, madani merujuk kepada tatakelola yang adil dan berkesan. Ia juga memberi makna usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai murni kekeluargaan, dan kurikulum yang juga terarah kepada pembinaan masyarakat
Pada terasnya, konsep madani mencerminkan kepercayaan dijalin antara kerajaan dan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama.
“Agenda dasar kerangka madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa tetapi menyentuh pencorakan masa depan negara.
Ads
“Ini sebagai usaha dan upaya untuk mencipta lonjakan baharu buat negara,” kata Anwar ketika menyampaikan amanat selepas wacana “Membangun Malaysia Madani” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dalam pada itu dalam amanatnya, Anwar berharap persidangan Parlimen akan datang “lebih siuman, tenang dan manusiawi” daripada sebelum ini.
Beliau percaya hasil sokongan daripada pimpinan politik dalam Jemaah Menteri, kerajaan perpaduan boleh melakukannya.
“Kalau tak manusiawi, lawannya itu jelik. Jadi sebab itu saya percaya kita boleh lakukan,” katanya.
Ads
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau tidak akan mencampuradukkan sebarang bentuk penyelewengan dan rasuah dalam negara.
Beliau berkata, sebarang pengambilan harta negara harus dipulangkan semula.
“Harus dipulangkan kepada negara dan rakyat,” katanya.
Demi Masa Depan Generasi Akan Datang
Ads
Anwar turut mahu kegemilangan negara dimartabatkan semula demi masa depan generasi akan datang.
“Saya tegaskan semula, buka pintu hati kita selamatkan negara kita yang pernah tunjuk potensi baik. Ia mesti dimulai sekarang,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata slogan baharu bukan bermaksud akan meninggalkan dasar yang lama. Katanya, idealisme itu mesti diterjemahkan kepada dasar sedia ada.
Sebelum ini, “Keluarga Malaysia” adalah slogan diperkenalkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara pengalaman hidup yang tak boleh dilupakan adalah ketika mengambil ujian memandu bersama JPJ. Biasa sangat kita dengar tentang kisah tuan/puan JPJ yang bengis dan menakutkan, sampai boleh effect konsentrasi nak memandu.
Pernah tak korang alami situasi macam ni?
Ada yang sampai tak tidur malam sebab bukan main takut nak ambil ujian memandu pada keesokan harinya.
Chill guys. Belum ada sejarah pegawai JPJ yang makan orang la. Hiks!
Kalau rasa tak yakin nak test JPJ tu, ini tip mudah nak lulus ujian memandu yang telah dikongsi oleh seorang brother di laman twitternya.
Semoga bermanfaat.
Ada yang rileks & peramah
Ada pula yang sporting, cool dan kaki maki sikit
Macam-macam ada..
Paling penting, jangan lupa signal
Erkkk, yang ni seram
Kami budak baru belajar
Rasanya mesti korang dah dapat gambaran serba sedikit tentang perkara-perkara biasa yang dilalui ketika menjalani ujian memandu bersama pegawai JPJ. Tak ada apa la yang nak ditakutkan. Mereka pun manusia biasa kan? As long as you guys are prepared dan lakukan dengan betul, takkan mereka nak marah pula kan?
So, untuk korang yang nak ambil lesen memandu tu, Remaja ucapkan semoga berjaya dan jangan lupa baca bismillah. Hiks!
Kumpulan hip hop yang berasal dari Sabah, Kclique telah pun mendapat pencalonan dalam kategori Best Southeast Asia Act mewakili rantau Asia Tenggara bagi Anugerah Muzik Eropah MTV (MTV EMA) 2020 yang akan berlangsung pada 8 November depan.
Turut dicalonkan dengan kumpulan hip hop itu adalah Agnes Monica (Indonesia), Ben&Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).
Kumpulan yang dianggotai oleh 8 orang termasuk MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas sebelum ini popular dengan lagu Mimpi duet bersama Alif Sleeq. Memulakan kerjaya nyanyian mereka seawal tahun 2014, namun sekitar setahun yang lepas nama mereka semakin dikenali kerana sebelum ini Kclique hanya bergerak secara indie dan underground.
Undian telah pun dibuka sekarang di laman web mtvema.com dan akan ditutup pada 2 November nanti. Selain itu, pencalonan MTV EMA 2020 turut didominasi oleh Lady Gaga, kumpulan Kpop BTS dan diikuti oleh Justin Bieber.
Tahniah kami ucapkan kepada Kclique kerana telah berjaya dicalonkan dalam anugerah berprestij ini. Bagi peminat kumpulan hip hop ini, korang boleh mula mengundi sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita memang sudah berhati-hati namun ada ketikanya kita tetap terkena dengan scammer. Kebanyakkan rakyat Malaysia sekarang ramai yang duduk di rumah disebabkan pelaksanaan PKP dan juga PKPD. Namun, scammer lebih bijak dalam mencari peluang sekaligus membuatkan ramai hilang duit.
Terkini, disebabkan ramai mengunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membeli barang ‘online’ scammer menggunakan phising website untuk menipu orang ramai. Perkongsian dari Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police mengenai phising website dan orang ramai harus berhati-hati agar duit tak hilang dalam akaun ya.
Teknik mereka mengunakan tektik emel palsu oleh Pos Malaysia, pihak Cyber Crime memohon kepada mereka yang menerima emel sedemikian agar menyemak dahulu status bungkusan. Hal ini agar anda tidak menjadi mangsa ‘phishing‘.
Antara contoh email Pos Malaysia yang digunakan..
Oleh itu, sekiranya ada yang telah tersebarkan kepada orang yang tidak sepatutnya, pihak Cyber Crime menasihati agar segera memaklumkannya kepada pihak insitusi kewangan.
Selain itu, orang ramai juga digalakkan melengkapi peranti masing-masing dengan aplikasi anti virus dan keselamatan internet.
Rata-rata warganet juga berkongsi pengalaman pernah menerima email sebegini.
Tahukah anda apa itu ‘phishing website’?
– Laman web yang dibangunkan oleh scammer untuk mendapatkan maklumat perakaunan anda seperti no kad ATM, kata laluan atau ID perbankan internet dll maklumat yang membolehkan scammer masuk dan akses perbankan anda untuk memindahkan wang ke akaun lain.
Ishh…dasyat betul orang sekarang ni, macam cara dorang buat untuk menipu dan memperdayakan duit kita…begitulah dunia tanpa sempadan.