Baru-baru ini lebihan kehadiran pelatih di Kem Latihan Khidmat Negara (CLKN) Pekan, Pahang menyebabkan seramai 254 pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 1/2026 disarankan untuk pulang selepas kapasiti maksimum kem berkenaan tidak dapat menampung jumlah pelatih yang melapor diri.
Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan seramai 838 pelatih lelaki hadir melapor diri di kem berkenaan, berbanding kapasiti maksimum seramai 556 orang, termasuk selepas pelaksanaan langkah pentadbiran bagi menampung lebihan kehadiran.
Pada masa yang sama, daripada jumlah itu, seramai 282 pelatih lelaki hadir secara ‘walk-in’ pada hari pendaftaran, namun hanya 28 orang dapat diterima masuk selepas pengubahsuaian ruang penginapan serta penyediaan keperluan asas dilakukan.
Bagaimanapun, menurut JLKN, baki seramai 254 pelatih lelaki disaran pulang berkenaan akan ditempatkan semula dalam siri latihan akan datang, selain masih layak membuat tuntutan perjalanan mengikut peraturan sedia ada yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan.
“Lebihan ini turut membabitkan calon pelatih yang telah menerima surat tawaran menerusi sistem balloting dan sukarela, namun gagal membuat pengesahan kehadiran sebelum hadir secara walk-in,” jelasnya lagi dalam satu kenyataan.
Ads
Di samping itu, JLKN turut memaklumkan Kem Latihan Khidmat Negara 515 Kuala Lumpur yang menempatkan pelatih wanita tidak berdepan sebarang isu apabila lebihan 33 pelatih wanita yang hadir secara terus berjaya diterima sepenuhnya selepas pelaksanaan pengurusan dalaman.
Secara keseluruhan, kapasiti asal kedua-dua kem adalah seramai 750 pelatih, membabitkan 500 lelaki di Kem Pekan dan 250 wanita di Kem Kuala Lumpur, namun kapasiti maksimum berjaya ditingkatkan kepada 839 pelatih bagi menampung kehadiran di luar jangkaan.
Ads
Sementara itu, unjuran pengambilan sehingga 950 pelatih juga dibuat sebagai langkah persediaan dengan mengambil kira trend ketidakhadiran atau ‘no-show’ antara 41 hingga 70 peratus yang direkodkan bagi Siri 1 hingga Siri 3 PLKN tahun lalu.
Mengikut data yang direkodkan, daripada keseluruhan 315 pelatih yang hadir secara walk-in di kedua-dua kem latihan, hanya 61 orang atau 7.2 peratus berjaya diterima menyertai program latihan berkenaan selepas proses penilaian serta pelaksanaan pengurusan dalaman dibuat bagi menyesuaikan kapasiti sedia ada.
Ads
Sekadar info, selain isu lebihan pelatih di siri pertama tahun ini, kerajaan juga merancang memperluas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan membuka sehingga 13 kem latihan menjelang tahun 2028, bagi menampung seramai lebih 25,000 pelatih setahun apabila semua pusat latihan mula beroperasi di seluruh negara.
Sumber artikel: Harian Metro
Sumber foto: FB PLKN
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inilah perumpamaan yang boleh dikatakan terhadap kejayaan anak sulung Allahyarham Aziz Desa, Mas Zharif Zhafri Abdul Azid apabila berjaya menggondol anugerah Wartawan TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2022.
Zharif,29, yang merupakan wartawan penyiaran dan juga penyampai berita di saluran TV9 cemerlang mengetepikan saingan empat lagi finalis lain untuk menerima anugerah tersebut.
Dia mememangi kategori tersebut menerusi hasil laporan bertajuk ICU Seluruh Negara Melebih Kapasiti.
Saat ditemubual media, Zharif berkata, “Sesuatu yang sangat luar biasa, ya lah kita daripada background teknikal kemdian cuba menjadi seorang wartawan yang baik, yang mampu menyampaikan laporan kepada masyarakat dan juga kepada kerajaan.”
Bergelar wartawan sejak tahun 2017 apabila menerima latihan industri di bilik berita TV9 dan kemudiannya diumumkan sebagai wajah baharu TV9 ketika itu, Mas Zharif terus cemerlang dalam liganya tersendiri.
“Hadiah ini saya tujukan kepada semua yang membantu, menaikkan nama saya sebagai seorang wartawan dan juga hadiah ini saya tujukan kepada ayah saya, Allahyarham Aziz Desa,” ujarnya mendedikasikan kemenangan tersebut kepada mereka yang banyak berjasa kepada dirinya.
Mas Zharif merupakan graduan lulusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan Diploma Filem dan Video serta Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen.
Selain Mas Zharif, finalis lain yang turut tersenarai dalam kategori Wartawan TV Terbaik ialah Juliana Shahrin (Buletin Utama TV3), Khairul Rizuan Azizan (Buletin Utama TV3), Mohan Chinnasamy (Berita Perdana RTM) dan Nursyamimi Syahira Saripan (Berita Perdana RTM).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sungguh menginspirasikan apabila seorang remaja berusia 14 tahun, Muhammad Asri Rosli baru-baru ini menerima pingat Hang Tuah sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2024 atas keberaniannya menyelamatkan rakan yang terkena renjatan elektrik pada 2 Oktober lalu.
Menurut Asri, dia mengakui teruja, gembira dan terharu yang bercampur-baur disaat menerima anugerah tersebut serta sempat berkongsi kisah ketika kejadian tersebut berlaku.
Katanya, pada ketika kejadian itu berlaku, dia sedang bermain sepak takraw bersama rakan di sekolah mereka di Bukit Beruntung, Selangor.
“Masa saya dan rakan nak ambil bola, saya nampak dia memegang besi dalam keadaan bergetar. Saya tarik dia beberapa kali sebelum tangannya terlepas dari besi. Saya terus peluk dia dan rasa ada aliran elektrik pada badannya”
“Kemudian, saya terus bawa dia ke bilik guru pendidikan jasmani,” katanya.
Dalam pada itu, ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci, Zuraini Harun (49) turut meluahkan rasa bangga dengan tindakan anak keenam daripada lapan beradik itu. Jelasnya, Asri dilahirkan kembar tiga dan antara ketiga-tiga mereka, anaknya itu paling banyak mengalah dan bijak.
“Apa yang dia buat (menyelamatkan rakan) amat membanggakan kami sekeluarga,” ujar Zuraini.
Bercakap mengenai penerimaan pingat anugerah berkenaan, Muhammad Asri membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil penghargaan dan trofi.
Sementara itu, pada majlis yang sama, tujuh anugerah diumumkan merangkumi Anugerah Pingat Hang Tuah, Anugerah Khas Kanak-Kanak, Anugerah Gemilang Akademik, Anugerah Gemilang Kebudayaan dan Keseniaan, Anugerah Gemilang OKU, Anugerah Gemilang Sukan dan Anugerah Khas NGO Kanak-Kanak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar Universiti Malaya (UM), Mifzal Salihin memenangi Anugerah Menteri Pengajian Tinggi dan dinobatkan sebagai ‘Tokoh Siswa Kebangsaan’ sempena Majlis Anugerah Pelajar Terbaik 2022 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tanggal 20 Mac yang lalu.
Jejaka berusia 22 tahun yang merupakan pelajar tahun tiga Fakulti Kejuruteraan itu telah terpilih menerima anugerah tersebut hasil penglibatan cemerlang dalam bidang keusahawanan yang memberi manfaat kepada rakan sekerja di universiti.
Menurut laporan portal UM, Mifzal berkongsi yang dia telah mewujudkan kelas bimbingan dalam talian yang dikenali sebagai AfterKelas.com sejak tiga tahun lalu yang melibatkan penyertaan antara 40 hingga 50 pelajar UM setakat ini.
“Mereka ini merupakan tutor aktif yang mengajar subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Boleh dianggarkan pendapatan bulanan mereka antara RM1,000 dan RM1,500,” kongsinya mengenai penglibatan pelajar UM.
Berikutan kemenangannya itu, Mifzal membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 berserta trofi utama, biasiswa dan sijil disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dalam tinjauan REMAJA ke laman linkedin milik Mifzal, menerusi satu hantaran dia berkongsi perasaannya sejurus menerima anugerah tersebut.
“Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan berbesar hati dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 sempena Majlis Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 anjuran KPT. Saya berasa sangat merendah diri untuk diiktiraf dalam kalangan begitu ramai lagi individu yang berbakat dan bekerja keras.
“Saya percaya anugerah ini bukan semata-mata untuk meraikan dedikasi dan kerja keras yang diberikan kepada Afterkelas.com. Ini adalah mesej kepada semua pelajar untuk mencipta, berinovasi dan terus mencipta nilai kepada individu lain dan komuniti sekeliling,” ujarnya panjang.
Mifzal pernah bergelar felo perdana di Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Malaysia.
Anugerah Tokoh Siswa KPT menjadi wadah menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang termasuk akademik, sahsiah dan kokurikulum. Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu turut berkongsi cita-cita untuk menjadi usahawan berjaya selepas tamat pengajian.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...