Seluruh negara amat ternanti-nantikan pengumuman sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di beberapa buah negeri akan ditamatkan atau dilanjutkan pada minggu ini.
Dalam sidang khas bersama Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, beliau telah menjelaskan mengenai status negeri-negeri di seluruh negara bagi tempoh 7 Disember sehingga 20 Disember kelak.
“Setelah mendengar penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi pergerakan 14 hari terakhir di negeri-negeri yang dilaksanakan PKPB, kerajaan amat memahami kegusaran dan kebimbangan rakyat dalam situasi sukar dan mencabar ketika ini.
“Bagaimanapun, perlaksanaan PKPB masih perlu jika situasi menggesak untuk kerajaan melaksanakannya (berdasarkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 dan jumlah kes pulih).
Ini adalah keputusan sidang khas semalam mengikut negeri.
.
Pulau Pinang
Kes Positif Covid-19 : 2177 Kes Pulih Sepenuhnya : 1824
PKPB di seluruh Pulau Pinang akan ditamatkan kecuali dua mukim yang masih merah iaitu Mukim Barat Daya dan Mukim Timur Laut akan meneruskan PKPB dari 7 Disember sehingga 20 Disember.
.
Perak
Kes Positif Covid-19 : 1858 Kes Pulih Sepenuhnya : 1311
PKPB di seluruh negeri Perak akan ditamatkan kecuali daerah Kinta, daerah Kampar, daerah Hilir Perak, mukim Teja dan mukim Changkat Jung yang akan meneruskan PKPB sehingga 20 Disember.
.
Kelantan
Kes Positif Covid-19 : 381 Kes Pulih Sepenuhnya : 257
Ads
Seluruh negeri bebas PKPB kecuali daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas sehingga 20 Disember.
.
Selangor
Kes Positif Covid-19 : 15,534 Kes Pulih Sepenuhnya : Tidak dinyatakan
PKPB di seluruh Selangor akan dilanjutkan dari 7 Disember sehingga 20 Disember 2020 kecuali 3 buah daerah iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang mempunyai jumlah kes terkawal.
.
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kes Positif Covid-19 : 205 Kes Pulih Sepenuhnya : Tidak dinyatakan
PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya akan ditamatkan pada 6 Disember 2020.
.
Ads
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kes Positif Covid-19 : 6,366 Kes Pulih Sepenuhnya : Tidak dinyatakan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan meneruskan PKPB mulai 7 Disember sehingga 20 Disember 2020
.
Negeri Sembilan
Kes Positif Covid-19 : 1,534 Kes Pulih Sepenuhnya : Tidak dinyatakan
1,486 kes direkodkan di daerah Seremban dan 36 kes di daerah Port Dickson! Oleh itu, PKPB di Negeri Sembilan akan ditamatkan kecuali dua buah daerah itu.
.
Johor
Kes Positif Covid-19 : 2 kes di Mersing dan 14 kes di Kota Tinggi Kes Pulih Sepenuhnya : Tidak dinyatakan
Sebelum ini, PKPB telah ditamatkan di Johor kecuali di daerah Kota Tinggi dan Mersing. PKPB di Mersing ditamatkan, manakala PKPB di Kota Tinggi dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020.
Ads
Tambahan PKPB juga akan dilaksanakan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai dari 7 Disember sehingga 20 Disember 2020.
.
Wilayah Persekutuan Labuan
Kes Positif Covid-19 : 1,365 Kes Pulih Sepenuhnya : 1,282
PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan ditamatkan.
.
Sabah
Kes Positif Covid-19 : 29,577 Kes Pulih Sepenuhnya : Tidak dinyatakan
PKPB di seluruh negeri Sabah dilanjutkan mulai 7 hingga 20 Disember 2020.
*
Negeri-negeri lain seperti Terengganu, Pahang, Perlis, Melaka dan Sarawak kekal di bawah arahan PKPP sehingga 31 Disember 2020.
*
Dalam sidang khas semalam, mereka juga dibentangkan dengan impak semasa dan jangkaan terhadap kesan pemulihan ekonomi negara yang terpaksa dihadapi sekarang jika PKPB terus dilaksanakan. KDNK negara dijangka akan kehilangan sebanyak RM300 juta Ringgit sehari jika PKPB diteruskan.
Ini akan mengakibatkan kemerosotan pasaran, perbelanjaan isi rumah, kehilangan pekerjaan tetap, penutupan perniagaan dan lain-lain kesan.
Sama-samalah kita menjaga diri sendiri dan orang di sekeliling agar kes positif Covid-19 dapat dikurangkan serta-merta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah dua tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Ainul Aishah telah selamat melahirkan puteri sulungnya, sekitar pukul 12.46 pada tengah hari semalam.
Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon filem popular Nana Tanjung itu menerusi entri Instagram miliknya.
Sebelum ini, Ainul mengumumkan bakal menimang zuriat pertama pada Februari lalu, namun tidak mendedahkan jantina anaknya.
Sekadar informasi, Ainul dan suami tercinta, Khalid Redzuan telah mendirikan rumah tangga 18 September 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tinggal sehari saja lagi sebelum juara sulung Ratu Hijabista 2020 dinobatkan secara live di kaca televisyen korang.
Hanya tinggal empat orang finalis yang bakal berentap bagi mendapatkan gelaran tersebut. Dengar cerita, ramai yang sukar untuk membuat ramalan atau prediction akan siapakah yang bakal bergelar juara.
Ini kerana keempat-empat peserta mempunyai kelebihan paras rupa, kebijaksanaan dan potensi yang tinggi bagi mengejar impian serta karier masing-masing.
(Dari kiri): Fiffy Afrina, Tina Aziz, Uyaina Arshad, Mellya Azizi dan Qila Shahirah..
Penulis sempat untuk bertanyakan kepada empat orang finalis tersebut berkenaan saingan sengit mereka untuk episod finale esok. Jom lihat jawapan mereka.
TINA AZIZ
“Pada peringkat akhir ini, saya melihat ia bergantung kepada kematangan peserta dalam memberikan pendapat. Jadi saya rasakan saingan sengit akan diberikan oleh Mellya Azizi. Dia mempunyai pengalaman sebagai seorang ahli parlimen Belia dan cakna dengan perkembangan semasa sejak dahulu lagi.”
QILA SHAHIRAH
“Bagi saya, pencabar terdekat pada malam esok ialah Fiffy Afrina. Selain daripada kelayakan yang dimiliki oleh Fiffy dalam bidang perubatan, Fiffy juga saya lihat menyerlah sepanjang program Ratu Hijabista. Saya ingat lagi momen Saree dan Aisyah tersingkir beberapa episod lalu. Fiffy memeluk saya dan berkata kita perlu sampai ke akhir, and here we are.”
MELLYA AZIZI
“Seorang Ratu Hijabista perlu memiliki kredibiliti yang boleh diakui oleh masyarakat, keunikan pada personaliti dan pakejnya serta tahu untuk blend in bersama komuniti. Saya melihat Tina ada kualiti-kualiti tersebut. Walaupun lantang, dia masih tahu untuk menjaga diri sebagai seorang hijabi dan bagi saya itu mungkin adalah di antara ciri-ciri yang dicari.”
FIFFY AFRINA
“Saingan terdekat untuk malam esok saya lihat akan datang daripada bakal peguam kita, Tina Aziz. Selain mempunyai perancangan karier yang jelas dalam bidang perundangan, Tina juga telah memperlihatkan aura dan sisi matang yang penting jika ingin dijadikan sebagai fugura berinspirasi kepada masyarakat di luar sana.”
*
*
Apa pendapat korang, setuju tak dengan nama yang dpetik oleh finalis di atas?
Sempat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Malaysia selama 5 bulan, membuka mata remaja Jepun ini tentang keunikkan negara kita.
Gadis Jepun ini ditemu bual oleh seorang pelajar Malaysia yang berasal dari Kuala Terengganu dan juga fasih berbahasa Jepun, saudara Ridzwan Mahazan memuat naik rakaman menemu bual rakannya dari Jepun yang pernah menuntut di Malaysia, menanyakan beberapa soalan yang dipetik dari Twitter mengenai Malaysia.
Menerusi temu bual itu, Yuna berkata orang di Malaysia mempunyai sikap yang baik seperti mesra dan tidak sombong. Mula-mula dia sampai ke Malaysia semua dah tegur jadi dia tak rasa malu sangat.
Antara perkara lain mengenai Malaysia, Yuna menggemari pencuci mulut Malaysia iaitu cendol sehingga menggunakan nama Instagram, @yuna_cendol. Yuna juga menyatakan jalan raya di Malaysia ‘menakutkan’ kerana jarak antara kereta yang bergerak terlalu rapat dan hal itu boleh mengakibatkan kemalangan.
Yuna turut ditanya pelbagai soalan yang dipetik dari Twitter antaranya makanan kegemaran, lokasi percutian dan keadaan cuaca di Malaysia.
Tapi apa yang menarik dan mengejutkan ialah bila Yuna Sato ditanya mengenai tandas di Malaysia. Yuna sejujurnya mengakui tidak menyukai kebersihan tandas di negara ini.
Menurut Yuna dia suka tinggal di Malaysia cuma bab tandas yang dibiarkan basah tanpa mengeringkannya itu sedikit menganggunya.
“Ada paip air dalam tandas kan? Kita basuh guna air paip kan. Lepas tu kita biar macam tu saja. Biar dia basah macam tu,” kata Yuna yang pernah menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.
Yuna menambah, sepanjang lima bulan berada di Malaysia beliau sedikit terseksa dengan situasi itu sehingga perlu membawa segulung tisu di dalam beg sebelum masuk ke tandas.
Selain mengenai tandas, Yuna turut mengadu kelewatan memulakan kuliah pengajian di universiti adalah salah satu perkara yang tidak disukainya apabila ditanya mengenai keburukan sikap orang Malaysia.
Aduh, malu pula penulis bila orang asing kata negara kita tak bersih dan tak masa kita tak punctual
Jadi harap-harapnya kita boleh la membuka mata dan mengambil memperbaiki segala kekurangan. Come, let’s work together! let’s make a better nation together!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...