Siapa sangka, persatuan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) dan usahawanita selebriti, Kylie Jenner boleh berganding bagi dan saling memberikan sokongan!
Susulan pertunjukan fesyen adibusana Schiaparelli untuk musim panas 2023 yang digembar-gemburkan pada Isnin lalu hinggalah ke hari ini, dunia fesyen seakan ‘panas’ dengan kritikan yang diterima oleh rumah fesyen tersebut.
Ini setelah Schiaparelli mengenegahkan beberapa persalinan gaun yang lengkap dengan aksesori kepala haiwan pada bahagian bahu dan perut demi menampilkan kelainan.
Ramai warganet pada asalnya skeptikal mengapa haiwan perlu menjadi mangsa semata-mata untuk fesyen? Begitulah impak betapa realistik kepala-kepala haiwan seperti singa, harimau salji dan musang yang digunakan oleh Schiaparelli bagi koleksi ini.
Kylie, 25 turut terkena tempias kritikan di media sosial apabila beliau dijemput untuk duduk di barisan hadapan pentas dengan menyarungkan gaun baldu hitam dengan ‘kepala singa’ pada bahu kanan. Gaun yang sama dipakai oleh model, Irina Shayk sewaktu berjalan di pentas peragaan terbabit.
Kritikan yang hadir daripada warganet memaksa pihak Schiaparelli untuk menjelaskan bahawa ‘kepala haiwan’ yang digunakan sebenarnya diperbuat dengan tangan daripada bahan foam. Ia kemudian diukir, dihiasi dengan kain berbulu (wool) dan faux fur sebelum dicat agar kelihatan serealistik mungkin.
Ads
Biarpun sudahpun diberi penjelasan, masih ramai yang mengutuk mesej memburu haiwan demi menggunakan bahagian badannya sebagai aksesori pakaian dan dekorasi. Mereka juga meminta agar PETA mengambil tindakan menentang koleksi Schiaparelli ini.
Menariknya, PETA tampil mempertahankan koleksi tersebut apabila ia beranggapan aksesori ‘kepala haiwan’ Schiaparelli itu sebagai ciptaan yang cukup inovatif.
Presiden PETA, Ingrid Newkirk berkata, “Gaun yang dipakai oleh Kylie (Jenner), Naomi (Campbell) dan Irina (Shayk) meraikan keindahan haiwan liar dan ia memberikan mesej untuk tidak meneruskan misi pemburuan singa dan serigala hanya demi memuaskan ego manusia.”
Tambah Ingrid lagi,” Kepala haiwan tiga dimensi ini amat inovatif dan menegakkan mesej ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.’ (Merujuk kepada penciptaan kepala haiwan daripada bahan sedia ada dan bukannya memburu kepala haiwan sebenar).
Ads
“Kami menggalakkan semua pihak terus bebas 100 peratus daripada sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan dan mencegah penderitaan haiwan,” catatnya.
*
Haa! Lain pula pendapat PETA dalam isu ini and we have to say, it IS refreshing.
Terdahulu, PETA menerusi ahli-ahlinya terkenal dengan perbuatan ‘hijack’ sewaktu pertunjukan fesyen demi menyampaikan mesej menentang penggunaan kulit serta bulu haiwan dalam koleksi rekaan jenama antarabangsa.
Ads
Antaranya termasuklah semasa pertunjukan fesyen Oscar de la Renta di mana tiga orang ahli PETA berbogel di sebalik kain rentang berbunyi, “Kami lebih rela berbogel daripada memakai bulu haiwan.”
Acara Oscar de la Renta sekali lagi menjadi ‘mangsa hijack’ apabila ahli PETA mengangkat sepanduk ‘Fur Shame’ sewaktu pertunjukan fesyen berlangsung.
Dan beberapa jenama fesyen lain juga terkena tempiah kempen aktivis PETA termasuklah Valentino (2002), Versace (2002), Jean Paul Gaultier (2002), Julien Macdonald (2003) dan Burberry (2006).
Akhirnya, setelah berbelas-belas tahun, jenama-jenama ini mengambil tindakan untuk ‘mengharamkan’ penggunaan bulu haiwan sebenar dalam koleksi mereka selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siti Nordiana, yang lebih dikenali sebagai Nana, adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Meniti usia 39 tahun, wajah nana yang kekal awet muda sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Dikenali dengan suara merdu dan penampilan yang menawan, Siti Nordiana juga sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
“Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten.
“Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.”
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
“Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.”
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
“Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal.
“Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.”
Hah, inilah rutin harian dan gaya pemakanan Siti Nordiana. Kalau anda rasa nak awet muda dan sihat, boleh lah amalkan apa yang Nana kongsikan. Moga bermanfaat buat semua.
Moga Siti Nordiana terus sukses dalam perniagaan dan menjadi sumber inspirasi kaum wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terlalu ramai saingan daripada model berbilang bangsa yang berasal dari pelbagai negara sehinggakan hanya segelintir saja yang telah berpeluang untuk merasai pengalaman tersebut.
Terbaru, model kelahiran Malaysia iaitu Vanizha Vasanthanathan telahpun mengharumkan nama negara setelah kelibatnya dapat disaksikan pada Minggu Fesyen Milan yang telah rancak berlangsung di sana pada akhir bulan Februari lepas.
Vanizha turut berkongsi momen di sebalik tabir semasa Minggu Fesyen Milan di bahagian highlights-nya. Tangkap Layar : Instagram Vanizha Vasanthanathan
Vanizha, 28 yang merupakan wajah sinonim dengan pertunjukan fesyen di Malaysia dan penggambaran paparan fesyen bagi majalah serta pereka fesyen tempatan dilihat menyarungkan persalinan daripada jenama ACT N°1 dan Marco Rambaldi bagi koleksi musim luruh/sejuk 2022 masing-masing.
Bukan mudah untuk menempa slot sebagai salah seorang model yang menjayakan Minggu Fesyen Milan. Namun Vanizha bukanlah calang-calang.
Sewaktu pertunjukan jenama ACT N°1, dia tampil serba glamor dengan dress berserta bukaan tinggi di tepi dan but hitam paras lutut; seperti yang dikongsikan olehnya menerusi hantaran di Instagram ini.
Manakala bagi pertunjukan Marco Rambaldi, dengan penuh yakin Vanizha membawakan busana yang diperbuatkan daripada fabrik kait yang disatukan ala kolaj; bersama seluar ungu lilac bertekstur.
Pertunjukan Marco Rambaldi. Sumber Foto : ShowStudio
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Vanizha mencipta rekod dalam industri fesyen. Terdahulu, dia pernah terpilih sebagai model keturunan India-Malaysia pertama untuk terlibat dalam kempen jenama kecantikan dan penjagaan diri, Sephora.
Selain itu, Vanizha juga berpengalaman berjalan di pentas peragaan bagi acara Minggu Fesyen Lakme (di Mumbai, India), Minggu Fesyen China dan Minggu Fesyen Jakarta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa cakap hendak jadi cantik itu perlukan tempoh waktu yang lama?
Bagaikan mimpi indah, krim kecantikan untuk semua jenis kulit wajah ini mampu melambatkan proses penuaan bahakan mempercepat penyembuhan terhadap masalah kekeringan yang lazimnya dialami gadis-gadis.
Namun begitu, moisturizer juga memainkan peranan penting untuk kulit wajah. Mencuci muka akan menurunkan nilai pH pada kulit dan disebabkan itu, korang perlu mencari moisturizer yang sesuai untuk mengembalikan protein keratin pada kulit wajah.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, korang kena pandai pilih produk moisturizer yang sesuai dan berikut merupakan beberapa produk yang boleh korang dapatkan.
Tak dinafikan nak cari produk yang sesuai untuk kulit kita ni bukannya mudah. Tapi bila dah ada yang suggest macam ni, sikit sebanyak dapat membantu korang untuk try and error. Mana tahu berkesan kan?
Sumber: Product Review
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!