Selepas mencipta sejarah sebagai atlet berbangsa India pertama bergelar juara dunia di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, pesilat negara, Thamaraj Vasudevan kini dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa pada 2 Januari ini.
Menurut Setiausaha Persatuan Silat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Noorsyahiddawati Abdullah Sani, ia sebagai penghargaan buat atlet berusia 28 tahun yang telah berkhidmat dalam Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Sibu, Sarawak itu susulan kejayaannya meraih pingat emas kategori bebas putra di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20, Ahad lalu.
Dalam pada itu, turut diberikan kenaikan pangkat Sarjan seorang lagi pesilat yang meraih pingat emas acara silat kreatif tunggal putra Ahmad Fauzan Hadi.
Ahmad Fauzan Hadi yang meraih pingat emas di acara silat kreatif tunggal putra (Kredit: FMT)
“Dia (Thamaraj) akan dipakaikan pangkat Sarjan bersama KPL Ahmad Fauzan Hadi. Kita meraikan mereka pada 26 Disember ini. Ia satu penghargaan besar buat mereka terutama sekali mereka adalah KPTD, jadi mereka layak untuk dipakaikan pangkat,” katanya
Selain itu, Noorsyahiddawati juga meluahkan rasa teruja melihat pencapaian Thamaraj yang beralih daripada sukan taekwondo kepada seni silat hingga membuahkan hasil dengan bergelar juara dunia.
Katanya, atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu telah menunjukkan minatnya dalam sukan silat dan pihaknya telah melatih serta menghantar Thamaraj menyertai Kejuaraan Silat Kebangsaan pada 2022.
Ads
“Dari situ dia (Thamaraj) ‘laku’ ke skuad negara selain pencapaiannya sepanjang tahun ini,” ujarnya.
Thamaraj muncul antara pesilat senior yang menyumbang enam pingat emas pada Kejohanan Pencak Silat Dunia, menyaksikan Malaysia turut membawa pulang sembilan perak dan empat gangsa.
Skuad remaja negara turut cemerlang dengan lima emas, empat perak dan empat gangsa.
Terdahulu, pada aksi di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) itu, Thamaraj menewaskan pesilat Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek, untuk membawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
Ads
Kredit: BernamaKredit: FMT
Sementara itu, Thamaraj ketika ditemui pemberita berkata kejayaan menewaskan Khudoyberdiev ibarat membalas dendam kekalahan sebelum ini dan pada masa sama memberikan keyakinan buatnya mencipta pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa khususnya Kejohanan Asia di Uzbekistan tahun depan.
“Saya pernah bertemu beliau (Khudoyberdiev) sebelum ini tetapi kemenangan dibatalkan kerana (pukulan) terkena di leher. Ia seperti pelanggaran berat. Kejohanan seterusnya adalah Kejohanan Asia di Uzbekistan. Sasaran saya sudah pasti untuk menang emas selepas pingat perak pada dua edisi lepas,” katanya.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua orang obses nak badan cantik. Bukan saja individu yang mempunyai masalah obesiti, yang bertubuh kurus pun tetap ada misi untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.
Maka, ramailah yang teruja nak buat workout sama ada di rumah atau pun gimnasium. Tak kisahlah walau dimana tempat korang workout, paling penting adalah memastikan bahawa gerakan workout itu betul bagi mengelakkan kecederaan.
Selain risau daripada tercedera, kalau buat dengan cara tak betul pun tak ada gunanya. Penat dan sakit badan je la yang korang dapat.
Oleh itu, penting untuk korang tahu sama ada formation workout yang dilakukan itu betul atau tidak.
Jadi apa kata kalau kita lihat antara kesalahan-kesalahan yang mungkin korang pernah buat sebelum ini dan macam mana cara yang betul untuk melakukannya.
1. Jumping jack
Lihat kedudukan tapak kaki korang semasa melakukan jumping jack. Kedudukan bahu juga penting semasa melakukan gerakan ini (lihat video).
2. Plank
Kedudukan punggung yang terlalu rendah atau tinggi adalah sama sekali salah semasa melakukan plank.
Ini adalah posisi yang betul. Tangan berada pada aras dada dan punggung tidak diangkat terlalu tinggi atau rendah.
3. Squat
Kedudukan lutut tidak boleh melebihi kaki. Chest up dan face up. Lagi rendah korang dapat turun, lagi cantik punggung korang nanti.
4. Push up
Lihat kesalahan kedudukan kepala semasa push up. Lebih kurang seperti plank, cuma korang perlu turunkan bahagian badan dan bukannya punggung.
5. Bicycle crunches
Wah senang sangat kalau macam ni. Cara yang betul adalah korang perlu angkat sedikit bahu semasa melakukan cycling kaki. Barulah rasa pada bahagian perut.
6. Mountain climber
Kedudukan punggung tidak boleh terlalu tinggi dan gerakan kaki juga perlu diatur dengan betul. Hayunan kaki kanan ke hadapan dan diikut dengan kaki kiri. Lengan perlu seiring paras dada.
7. Russian twists
Untuk melakukan workout ini, bukan hanya gerakan tangan malah posisi badan juga harus seiring dengan pergerakan tangan ke kiri dan ke kanan.
Kalau nak gambaran lebih jelas, korang boleh rujuk pada video dibawah.
Contoh budi pekerti terbaik seharusnya hadir daripada para pemimpin sendiri dan itulah yang dilakukan oleh Pemangku Raja Pahang pada hari ini.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja bagi tempoh tiga bulan sebagai bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang kini sedang bergelut dengan situasi kehidupan tidak stabil akibat serangan berterusan oleh rejim zionis Israel.
Bantuan yang dihulurkan itu telah diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang berkata, elaun tersebut disumbangkan menerusi tabung Pahang4Palestin yang baru saja dilancarkan oleh kerajaan negeri Pahang semalam.
Catat beliau menerusi akaun media sosial rasminya, “Sesungguhnya patik dan rakyat jelata menyanjung tinggi kurniaan ini yang akan menjadi pembakar semangan dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas.”
Pelancaran tabung kemanusiaan ini turut dibuka kepada mana-mana pihak termasuklah rakyat negeri lain yang berminat untuk sama-sama menghulurkan kudrat kewangan mereka sebagai tanda solidariti terhadap saudara kita di Palestin.
Untuk meringkankan penderitaan mereka, sumbangan boleh disumbangkan ke Perbendaharaan Negeri Pahang di Bank Muamalat bernombor 06010002165711 dengan rujukan (reference) Pahang4Palestin.
Jelas, rakyat amat berbesar hati untuk mendengar mengenai sumbangan tersebut dan memberikan kata-kata positif terhadap gesture yang ditunjukkan ini.
Semoga dengan sumbangan elaun yang dihulurkan oleh Pemangku Raja Pahang dan seluruh rakyat ini diberkati dan mendapat pembalasan berganda oleh Ilahi, insyaAllah.
Amerika Syarikat (AS) merupakan antara negara terbesar dunia dan sudah tentu banyak tempat menarik yang boleh dilawati oleh para pelancong. Namun, agak jarang untuk kita melihat perkongsian tentang percutian di negara AS ini kan?
Amerika Syarikat terkenal sebagai bandar bertaraf dunia, dimana kecanggihan teknologi dan kepesatan pelbagai sektor industri dipelopori oleh negara itu. Maka, tidak hairanlah sekiranya korang bakal jatuh cinta setelah menjejakkan kaki di bumi AS.
Bagi yang ingin melancong ke sana, berikut kami senaraikan antara lima tempat menarik yang boleh dikunjungi, hasil perkongsian daripada rakyat Malaysia yang menetap di AS dikenali sebagai Saif Suhairi.
Yosemite mendapat status taman negara pada tahun 1890 dan terletak di bahagian California. Keunikan di taman negara ini adalah bentuk muka buminya yang cantik dipenuhi hutan, air terjun dan gunung berbatu yang indah. Pasti cantik jika korang mahu merakamkan foto kenangan di sini.
Antara lokasi popular di AS dan kami pasti ramai yang sudah tahu tentang kewujudan dan keindahan gua batu semula jadi ini. Pemandangan indah dengan liku sungai Colorado dan berada di utara Arizona menjadikan taman nasional ini sering mendapat perhatian pelancong.
Kira-kira dua jam dari San Francisco, Yellowstone merupakan taman negara yang mempunyai keunikan air mata pelangi. Korang pasti terpukau dengan keindahan ciptaan Tuhan yang menakjubkan ini.
Waktu paling cantik adalah paling musim luruh, sehinggakan boleh dikatakan pada setiap minggu pasti akan ke lokasi ini. Lihat sahaja gambar yang telah dikongsikan oleh Saif ini, cantik bukan? Rugi kalau tak singgah ke sini sekiranya korang berada di AS.
Kalau korang nak lihat glaciers, beruang kutub utara, bison dan haiwan lain yang tidak ada di tempat biasa, disinilah tempat untuk melihat kesemuanya. Memang menakjubkan!
Jika ada rezeki dan peluang untuk ke Amerika Syarikat, mungkin korang boleh pertimbangkan lokasi-lokasi ini dalam senarai percutian. Selamat bercuti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!