Siapa je yang tidak pernah impikan untuk memakai barangan jenama mewah seperti pakaian dan aksesori terbaru.
Namun sudah tentu tidak semua insan mampu memilikinya. Jadi bagi segelintir individu ini, mereka dilihat sanggup menggayakan barangan tiruan semata-mata ingin nampak ‘class’ dengan penampilan masing-masing.
Baru-baru ini, kecoh industri hiburan Korea Selatan apabila Song Ji-ah yang merupakan pempengaruh (influencer) yang kini lebih popular dikenali menerusi program realiti Netflix, Single’s Inferno telah ‘terkantoi’ memakai memakai barangan jenama mewah tiruan.
Ji-ah yang menggunakan panggilan FreeZia di media sosial miliknya seperti Instagram dan YouTube menjadi mangsa kecaman kerana selama ini berpenampilan hidup mewah di televisyen serta video di YouTube. Rupa-rupanya, persalinan jenama mewah seperti Chanel dan Dior yang dipakainya itu tiruan belaka.
Lalu, tanggapan awal peminat dan masyarakat yang pada mulanya terpegun dengan kecomelan serta rupa paras cantik gadis berusia 25 tahun ini telah berubah. Malah, ramai kecewa dengan Ji-ah yang terpaksa berpura-pura dengan gaya hidup yang ditunjukkan selama bergelar YouTuber sejak tahun 2019 semata-mata demi ‘content’ serta imej.
.Song Ji-ah merupakan seorang fesyenista yang digemari kerana sering tampil dengan gaya fesyen mewah. Instagram: @dear.zia
Kantoi Sebabkan Jennie
Kemelut yang melanda Ji-ah ini secara tidak sengaja tercetus setelah warganet berasa sangsi dengan barangan jenama Chanel yang dipakainya. Mereka mendapati baju tersebut berbeza dengan yang rekaan sama yang pernah disarungkan oleh ahli kumpulan Blackpink, Jennie.
Tidak mungkin Jennie pun pakai barangan tiruan Chanel kerana dia sendiri merupakan salah seorang duta antarabangsa jenama Perancis itu!
Kontroversi ini tidak berhenti setakat di situ apabila warganet juga gigih menjalankan ‘kerja-kerja penyiasatan’ dengan menggali akaun media sosial Ji-ah sehingga ke posting lamanya.
Mereka kemudiannya mengumpul bukti bahawa semua barangan yang dipakai Ji-ah adalah barangan tiruan dan mengemukakan buktu itu di beberapa platform komuniti atas talian di Korea seperti Nate Pann dan Theqoo.
Review barangan fake jenama Chanel namun video ini telah pun dipadam
Seorang netizen turut menjelaskan, “Kedudukan logo salah dengan ketebalan yang berbeza. Tag di bahagian dalam juga tiada. Dia telah membuat kandungan digital dengan barangan palsu”.
Err..
Foto: AllkpopFoto: AllkpopSaint Laurent (warna lining dalam berbeza daripada yang sebenar)
Hanya disebabkan ingin menjaga imej agar nampak seorang orang berada, tak fasal-fasal Song Ji-ah terus menjadi bahan kritikan warganet. Justeru, dia telah pun membuat permohonan maaf di laman Instagram-nya.
Pertama sekali, saya memohon maaf kepada semua yang kecewa dan terluka kerana saya. Pada waktu ini, terdapat kontroversi mengenai pakaian yang dipakai di platform SNS dan program ‘Solo Hell’. Dakwaan kontroversi yang diperkatakan sebahagiannya adalah benar. Saya benar-benar minta maaf.
Saya memohon maaf sekali lagi di atas semua keadaan yang berlaku ini kerana melanggar hak cipta pereka. Sebagai seseorang yang mempunyai impian untuk melancarkan jenama sendiri, saya mengiktiraf dan memandang kontroversi ini secara serius.
Pada masa yang sama, kami akan melihat dengan lebih teliti supaya ia tidak akan berlaku. Semua kandungan tersebut telahpun dipadamkan. Saya juga memohon maaf kepada jenama yang ‘terluka’ kerana saya.
Saya secara ikhlas memohon maaf kepada semua pihak termasuk peminat, pelanggan dan pihak jenama dan akan lebih bertanggungjawab pada masa hadapan. Terima kasih kerana membaca muat naik yang panjang ini.
*
Ads
Bukan setakat itu, Song Ji-ah juga telah memadamkan kebanyakan posting lamanya yang menunjukkannya memakai barangan tiruan.
Hm, rasanya isu ini juga sering berlaku dalam masyarakat kita. Untuk kelihatan mewah dan bergaya, ramai tidak kisah memakai barangan tiruan asalkan nampak bergaya dengan jenama mewah.
Sebagai seorang pempengaruh popular, golongan ini seharusnya lebih peka dan tidak menunjukkan contoh kurang baik kepada orang ramai. Takkanlah kita hendak pengikut kita juga bersalah menggalakkan pemakaian barangan yang meniru hak cipta milik jenama lain?
Dalam pada itu, Ji-ah baru saja menghabiskan penggambaran program temubual baharu di saluran JTBC berjudul Knowing Bros serta program variety show di MBS berjudul Omniscient Interfering View.
Namun dek kontroversi kali ini, ramai tidak pasti jika dia akan ditampilkan dalam dua buah program tersebut demi mengekalkan rating.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau korang budak-budak 90-an, mesti ingat lagi drama bersiri remaja Cili Padi yang disiarkan sekitar tahun 1993.
Satu ketika dulu, rancangan hit ini sangat diminati kerana merupakan satu-satunya drama yang menonjolkan kanak-kanak sebagai pelakon utama.
Anne Ngasri (Lili), Melissa Saila (Maria), Tam Suhaimi (Salim), Nik Fariz Nik Fadzil (Syafiq) dan Jaafar Onn (CIkgu Jaafar) adalah antara barisan pelakon yang membintangi drama ini.
Walaupun ada di antara mereka yang masih bergiat dalam dunia seni, tapi tidak lagi seaktif dulu. Malah, ada yang dah beranak pinak pun.
25 tahun berlalu, nah ni antara gambar terkini mereka yang kami kumpulkan. Masih sweet dan awet muda semuanya. Hehe!
1. Melissa Saila (Maria)
2. Anne Ngasri (Lili)
3. Tam Suhaimi (Salim)
4. Nik Fariz Nik Fadzil (Syafiq)
5. Jaafar Onn (Cikgu Jaafar)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati tu memanglah nak kahwin. Tapi korang jangan fikir seronok je perlu fikirkan tentang kehidupan selepas berkahwin juga.
Zaman sekarang, usia masih bawah umur tetapi sudah ramai budak sekolah yang agak berani lafazkan kata-kata cinta pada pasangan yang sama baya. Malah sudah ada yang advance “merancang” perkahwinan dan bertindak lebih berani lari dari rumah jika mak ayah melarang perkahwinan tersebut kerana mahu anak-anak tumpu pada pelajaran dahulu. Serius lah!
Lebih menyedihkan, ada yang mengandung anak tak sah taraf di usia muda.
Terbaru, Wan Azizah di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam peringkat akhir menyiapkan draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KPWKM Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata draf itu akan membabitkan pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Akta 303] dengan menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.
7 Negeri Bersetuju, 7 Negeri Tidak Bersetuju
Menurut Malaysia Kini, sehingga kini hanya negeri Selangor yang telah meminda enakmen berkenaan sementara Wilayah Persekutuan dalam proses pindaan.
“Lima negeri lain yang telah bersetuju untuk meminda adalah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak.
“Masih terdapat tujuh negeri yang tidak bersetuju untuk meminda perundangan berkaitan iaitu di Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.
Netizen Beri Pendapat
Rata-rata warganet memberikan pendapat dan buah fikiran yang pelbagai. Ada yang menyokong dan ada juga yang membangkang.
Anak Luar Nikah & Kemaksiatan
Kewangan Yang Stabil
Nak Kahwin Pun nak Sekat ke?
Tapi kalau dorang memang betul-betul bersedia memikul tanggungjawab macam mana pula eh? Emm…apa pendapat korang?
Apapun, Binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya pada waktu ini, kesemua peminat rancangan variety popular Korea, Running Man sudahpun tahu bahawa salah seorang ahlinya kan meninggalkan ahli-ahli yang lain.
Hari ini, saluran penyiar Running Man iaitu SBS telah menayangkan sedutan klip previu bagi episod yang dimaksudkan pada bahagian penghujung episod yang disiarkan pada hari ini.
Menerusi previu episod minggu hadapan itu, pelakon dan selebriti serba boleh, Lee Kwang Soo dilihat berdepan masa yang sukar untuk meninggalkan ahli Running Man laiin seperti Yoo Jaesuk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Song Jihyo dan HaHa.
Ia menunjukkan Suk Jin, Kwang Soo dan Jong Kook meneruskan hukuman mereka daripada episod hari ini.
Sambil Suk Jin membasuh pinggan mangkuk, beliau berkata, “Ini mungkin adalah hukuman terakhir untuk Lee Kwang Soo. Ia terasa bagus untuk melakukan hukuman ini bersama Kwang Soo,” katanya sebelum disekat oleh Jong Kook yang meminta agar beliau berhenti bercakap seperti ini.
Previu itu kemudiannya menunjukkan babak episod pertama Running Man dari tahun 2010.
Pada waktu itu, setiap ahlinya termasuklah Song Joong Ki dan Gary yang telah terlebih dahulu meninggalkan rancangan popular berkenaan mempekenalkan diri masing-masing kepada ‘keluarga’ Running Man yang baru mereka kenali serta kepada penonton.
Jika korang masih ingat, pada waktu itu ahli-ahlinya selalu membandingkan perbezaan di antara Joong Ki dan Kwang Soo yang merupakan rakan pelakon sebaya namun mempunyai personaliti yang jauh berbeza.
Kini pada usia pertengahan 30-an, Kwang Soo pula yang mengambil keputusan sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang lain.