Saban hari Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 yang tinggi dan semalam, 11,985 lagi kes dengan 199 kematian dicatatkan.
Jumlah kes aktif mencapai 137,587 setakat semalam dan ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana keadaan di hospital sekarang. Bukan hanya perlu merawat pesakit COVID-19, ia secara tidak langsung memberi kesan buat pesakit-pesakit lain juga ekoran ketiadaan tempat untuk dimasukkan ke dalam wad.
Oleh yang demikian, menurut Malaysiakini, pesakit bukan COVID-19 di hospital kerajaan di Lembah Klang akan dipindahkan ke hospital swasta serta-merta bagi meningkatkan kapasiti sistem kesihatan awam untuk merawat pesakit wabak itu.
Menurut sepucuk surat kepada Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh, arahan kerajaan itu berkuat kuasa semalam.
Ads
Kos rawatan pesakit yang dipindahkan ini akan ditanggung kerajaan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Sebarang tuntutan bagi kos rawatan yang melebihi kadar yang ditetapkan dalam garis panduan akan dijelaskan selepas penilaian dan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Kesihatan.
Berikut merupakan garis panduan penyumberluaran bagi pesakit bukan COVID-19 di hospital swasta, kadar siling yang ditetapkan:
Ads
• Katil: Wad berkadaran harian yang paling rendah
• Caj pesakit (untuk kes pembedahan): RM45,000
• Caj pesakit (tidak melibatkan pembedahan): RM25,000
• Caj rawatan susulan: RM5,000
Pihak hospital perlu memaklumkan kepada kementerian jika pesakit yang sudah keluar memerlukan rawatan susulan lebih daripada tiga kali. Ia bagaimanapun tidak termasuk rawatan radioterapi.
Ads
Hospital swasta juga tidak dibenarkan untuk memindahkan pesakit ke hospital swasta lain tanpa kebenaran kementerian.
Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan menyediakan lebih banyak ruang untuk pesakit COVID-19 di kemudahan mereka dan sama-samalah kita terus berdoa agar situasi pandemik ini berakhir dengan segera.
Ini persoalan dari kami mewakili Remaja yang sedang menduduki peperiksaan PT3 bagi Bahasa Inggeris yang bermula hari ini selepas penundaan akibat kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra.
Sejak petang tadi tular memo kononnya pelajar yang sedang menduduki ujian Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3) bagi kertas Bahasa Inggeris akan diulang semula pada 10 Oktober 2019.
Pengulangan ini dilakukan kerana pihak KPM mendapati bahawa berlakunya pembocoran kertas Bahasa Inggeris yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2019 jam 11.00-12.00 pagi tadi.
Sehubungan dengan itu, pihak KPM berharap calon-calon PT3 bersabar dengan masalah ini.
Sekian, dimaklumkan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1 Oktober 2019
Siapa individu yang mahu meraih perhatian masyarakat berikutan berita sebegini?
Carian REMAJA di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia setakat jam 6.10 minit petang tadi TIDAK MENEMUKAN LANGSUNG notis berkenaan. Tapi masuk berita jam 6.19 minit adalah kenyataan dari KPM mengenai isu ini.
Begitu juga carian di laman berita BERNAMA juga tidak menemukan berita berkenaan tersiar kerana Bernama adalah portal rasmi kerajaan.
Justeru itu, timbul pertanyaan PRANK DARI SIAPA NIE?
Motif apa? Kenapa menimbulkan suasana tidak selesa pelajar yang mungkin lemah semangat bila mendengar berita begini!
Belajarlah menghormati hak orang lain khususnya remaja yang bersemangat menduduki ujian PT3 bermula hari ini. Sudah-sudahlah membuat lawak untuk masa depan orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, banyak cerita-cerita “luar biasa” mengenai kelewatan perisytiharan istiadat Perdana Menteri Malaysia ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Ada macam-macam teori keluar kerana rakyat sudah letih menunggu dari pagi membawa ke petang tetapi tiada majlis akad sumpah dijalankan.
Dari petang membawa ke malam dan tepat jam 9.50 minit malam, dalam majlis kurang dari setengah jam itu, Tun Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 sekaligus memecah rekod dilantik dua kali sebagai PM.
Tapi apa cerita sebenar yang korang kena tahu di sebalik isu kelewatan ini. Baca tulisan perkongsian dari Ali Imran yang menulis di facebooknya.
Mengapa Perlu Burukkan Istana?
Ya, anda telah menang.
Tapi janganlah tuduh istana macam-macam.
Nak serah anak perempuan kahwin pun kita perhati habis bakal calon suaminya,
Inikan pula nak serah tampuk kepimpinan negara, mestilah nak kena pastikan semua benda terjaga.
Biar aku jawab beberapa kekeliruan yang menular masuk ke telefon pintar anda.
Tuduhan Yang DiPertuan Agong tidak ada dalam negara – – PALSU.
YDP Agong sendiri pun bersengkang mata sampai lebih daripada pukul 3 pagi tadi.
Bila sudah rasmi keputusan PRU keluar dan PKR (rujuk nama parti bertanding) dapat jumlah kerusi tertinggi, baginda perintah Kak Wan datang menghadap.
Kenapa?
Sebab secara sah, Kak Wan adalah Pengerusi PKR.
Dan secara sah, yang bertanding adalah PKR.
Kalau perasan waktu Tun M buat press conference pukul 3.00 pagi tadi, Kak Wan tak ada. Kenapa?
Sebab beliau di istana!
[tambah info] Aku sendiri yang berkomunikasi dengan team Kak Wan yang ke istana malam tadi. Sebab itu aku tahu.
Kononnya Raja-raja tak mahu Tun M jadi PM.
Aku tak tau siapa mulakan benda ini tapi kalau dia kena tangkap, aku doa dia kena hukum cukup-cukup. Akibat tuduhan ini, ada pihak yang sampai buat petisyen dalam talian desak istana terima Tun M.
Pada mata aku yang tak sepandai kau orang, ini hujah aku.
Kenapa belum angkat sumpah?
Jawapanya – The legality process. The procedure.
Dalam real politic, ‘mengaku’ sebagai geng/coalition berbanding legally binded as coalition has such a huge impact. Atas kertas, secara sah tiada parti yang dapat simple majority. Some people call it as ‘hung government’.
PKR dapat 104 kerusi. DAP dapat 9 kerusi. Walaupun kita fahami DAP yang bertanding di Sarawak guna nama DAP itu adalah sebahagian daripada PH, tetapi PH itu sendiri tidak wujud secara legal sebagai sebuah pakatan politik.
Aku yakin Tun sedar perkara ini, sebab itu tadi dalam press confrence beliau maklumkan semua MP PH sudah tanda tangan deklarasi kesepakatan mereka dan persetujuan mereka mengangkat Tun M sebagai PM.
Aku tak tahu sejauh mana istana akan terima deklarasi ini sebagai sandaran yang reliable sebelum memutuskan untuk menyerah tampuk pemerintahan kepada Tun M sebagai PM.
Tindakan yang lebih baik adalah (since PH is already in power) desak ROS luluskan permohonan koalisi mereka dan banyak perkara akan jadi mudah selepas itu.
Bolehkah PH buat begitu? Aku rasa boleh. Malam tadi Tun dah arahkan KSN umumkan cuti umum, betul? Same thing applies.
Malangnya hari ini dan esok cuti umum. ROS pun cuti.
Pokoknya, istana perlu hati-hati. Every petty matters need to be ensured thoroughly.
Jangan bila dah lantik PM tiba-tiba ada pula MP yang pusing 90 darjah atau 180 darjah mencabar perlantikan itu. Lagi kacau nanti.
Tun M sabar menanti dalam tempoh beberapa jam sebelum majlis berlangsung. Pix Twitter PKR
DYMM YDP Agung Sultan Muhamad V berbual mesra dengan PM Tun Dr Mahathir selepas majlis pengisytiharan lantikan PM di Istana Negara
Jangan ingat sultan-sultan itu tak tahu apa-apa.
Biarkan mereka buat kerja mereka.
Ingat! Antara persepsi buruk orang terhadap PH adalah dilabel sebagai anti istana.
Kalau orang PH sayangkan kemenangan ini, jaga perangai. Buktikan tuduhan itu salah.
Kalau baru hari pertama orang dah nampak PH macam nak ‘langgar’ istana, PH akan rugi in the long run.
Ini Timeline sebenar mengenai kelewatan semalam seperti dikeluarkan oleh pihak Istana Negara.
10 Mei 2018:
1.38 petang – Istana Negara terima surat daripada komponen PH menyokong perlantikan Tun M sebagai PM ke-7. 2.45 petang – Istana Negara terima keputusan rasmi PRU 14 daripada SPR. 5.00 petang – Selepas mengesahkan dokumen-dokumen, YDP Agong mengadakan pertemuan dengan pemimpin empat parti komponen PH iaitu DS Wan Azizah, TS Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu
Selepas menemubual kesemua mereka, YDP Agong menjemput Tun M untuk membentuk kerajaan dan mengadakan perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh pada pukul 9.30 malam ini.
6.48 petang – Pertemuan tamat.
9.30 malam – Istiadat perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia.
– – –
Istana Negara menafikan sebarang tuduhan mengatakan YDP Agong sengaja melewat-lewatkan proses perlantikan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Suzy Perez cukup pupular sekitar tahun 1990-an dan awal 2000-an, imejnya yang cukup menawan dan seksi menjadikan dia model pilihan pelbagai majalah. Dia juga pernah membintangi muzik video penyanyi terkenal seperti Jennifer Lopez. Selain itu dia turut pernah bekerja dengan P.Diddy sebagai penari untuk persembahan rapper terkenal itu.
Berasan dari Dominican Republic, Suzy berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menceburi dunia peragaan dan juga hiburan. She is living her American Dream, memiliki kekasih dan memiliki rumahnya sendiri. Malahan dia juga mempunyai seorang anak yang kini sudah berusia 22 tahun.
Namun nasibnya menjadi malang apabila dia dikatakan telah ditipu oleh pihak yang menyamar sebagai agensi peragaan. Laporan menyatakan bahawa lelaki tidak dikenali membius, merogol, dan menganiayainya . Tubuh Suzy semakin terbiasa dengan dadah sehingga membawa kepada ketagihan.
Dia hilang selama beberapa bulan sebelum muncul semula dan ditemui di jalanan New York pada tahun 2005. Keadaannya sangat menyedihkan dengan makan makanan terbuang dari tong sampah serta meminta sedekah.
Menghiasi majalah sebagai model.
CUBAAN PEMULIHAN
Pada 2019, Suzy telah bertemu semula dengan anaknya. Dia kehilangan hak penjagaan ke atas anaknya itu atas faktor dirinya seorang penagih dadah dan juga pengemis.
Pertemuan tersebut dirakam oleh saluran televisyen Univision yang mana wartawan Genela Solano mendekati wanita malang itu. Suzy memberitahu Solano bahawa dia telah berperang dengan ketagihan heroin selama beberapa tahun. Menjadikan situasinya lebih teruk, kematian ibu memberi kesan kepada mental sehingga dia gagal mengawal keadaan diri.
Suzy bersama anaknya saat dipertemukan oleh Univision. DIa ditemubual oleh Solano.
Perjumpaan dengan anak tunggalnya yang dikenali sebagai Senna Celestino menjadi titik tolak kepada perubahan positif dalam kehidupan Suzy. Dia kemudian memiliki akaun Instagram yang mana dia menyiarkan imej yang menunjukkan progres dirinya. Dia dilihat berjaya menambah berat badan dan menonjolkan kapsyen disemat kata-kata positif. Peminat turut meninggalkan mesej meraikan pemulihan bekas model itu.
Suzy melalui perubahan positif sebelum dia kembali menjadi penagih dadah dan hidup di jalanan.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari…
Biarpun dia dilihat seperti semakin pulih. Namun segalanya berubah apabila dia kembali menagih dadah dan kembali ke jalanan. Akaun Instagramnya juga tidak dikemas kini sejak April 2020. Anaknya menggesa orang ramai dalam Tweet yang telah dipadam supaya berhenti meminjamkan wang kepada ibunya kerana dia akan menggunakan wang itu untuk dadah.
“Saya menghargai sokongan yang diberikan kepada ibu saya,etapi dia menggunakan wang yang kamu berikan di jalanan untuk membeli dadah,” tulis Senna di Twitter. Anak saudara Suzy juga menulis di Instagram bahawa keluarga telah cuba meyakinkan Suzy untuk menghadiri pemulihan, tetapi dia menolak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...