Kontroversi pemeriksaan badan oleh organisasi Miss Universe Indonesia 2023 sehingga memaksa para pesertanya menanggalkan pakaian dalam di hadapan 20 orang staf organisasi termasuklah lelaki, mendapat perhatian serius daripada Organisasi Miss Universe.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dilampirkan oleh organisasi tersebut hari ini, ia serta-merta menamatkan kontrak francais yang dipegang oleh pemilik baharu Miss Universe Indonesia dan Miss Universe Malaysia itu.
“Organisasi Miss Universe telah memutuskan untuk menamatkan pertaliannya dengan francais terkini di Indonesia, PT Capella Swastika Karya dan Pengarah Kebangsaannya, Poppy Capella.
“Melihat situasi terbaru yang berlaku di Miss Universe Indonesia, adalah jelas bahawa francais tersebut tidak menepati piawaian jenama, etika atau harapan seperti yang termaktub di dalam buku panduan serta kod tatalaku francais kami.”
Datin Wira Poppy Capella bersama juara Miss Universe 2022 dari Amerika Syarikat, R’Bonney Gabriel serta dua lagi wakil yang menempatkan diri mereka dalam kedudukan Top 5 sewaktu berada di Kuala Lumpur.
“Adalah satu keutamaan bagi Organisasi Miss Universe untuk memastikan keselamatan wanita terjamin dan beberapa kejadian yang berlaku di pertandingan ratu cantik tersebut amatlah bertentangan dengan apa yang kami perjuangkan sebagai satu organisasi,” ulas kenyataan tersebut.
Ads
Dalam pada itu, Organisasi Miss Universe juga memaklumkan bahawa pemilikan organisasi Miss Universe Malaysia oleh PT Capella Swastika Karya akan ditamatkan serta-merta. Mereka juga tidak akan diberikan sebarang kontrak tambahan pada masa hadapan bersama Organisasi Miss Universe.
Petikan deskripsi terhadap pemilik organisasi Miss Universe Malaysia, Just Capella Sdn Bhd menerusi laman web rasminya.Datin Wira Poppy Capella (tiga dari kanan) di acara pelancaran gilang-gemilang organisasi Miss Universe baharu di bawah pemilikannya.
“Kami akan membatalkan pertandingan Miss Universe Malaysai 2023 dan akan menyusun perancangan agar pemenang (Miss Universe) Indonesia 2023 boleh terus bertanding pada edisi Miss Universe tahun ini,” tambahnya lagi.
Sekaligus, nasib yang melanda pertandingan Miss Universe Malaysia 2023 untuk mencari wakil negara yang bakal bertanding di El Savador pada 18 November kelak kini tergantung tanpa bertali dek keputusan ini.
Ads
Malah, spekulasi membabitkan penamaan selebriti tempatan, Amelia Thripura Henderson sebagai wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2023 menerusi cara ‘hand pick’ juga kian kabur.
Datin Wira Poppy Capella bersama suaminya, Datuk Wira Justin Lim yang juga dihambat kontroversi tahun ini.
Organisasi Miss Universe juga menegaskan bahawa tiada sebarang kriteria tetap membabitkan ukuran ketinggian, berat badan dan dimensi fizikal para peserta yang ingin menyertai Miss Universe dari mana-mana negara.
Ads
Oleh itu, jelaslah apa yang diperlakukan oleh organisasi Miss Universe Indonesia tempoh hari telah melanggar kod etika dan wajar dilabel sebagai gangguan seksual.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang biasa makan ayam di Nando’s mesti akan terbayangkan kelazatan ayam peri-peri yang dihidangkan bersama sos favourite.
Tapi, dengan keadaan sekarang, mungkin kita terpaksa fikir banyak kali untuk keluar makan diluar. Tapi tak apa, resipi ayam peri-peri ala Nandos’ tidaklah susah untuk korang cuba. Kalau makan kat luar, harga pun boleh tahan. Apa kata, cuba sendiri ayam peri-peri yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Memang puas hati.
Resipi Ayam Peri-peri
Bahan-bahan: (2-3 orang)
½ ekor ayam
1 biji tomato
3 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
½ biji bawang merah /Holland
2 sudu serbuk paprika/cili
1 biji lemon
1 cubit oregano
1 cubit parsli
2 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
Guna ayam bahagian pinggul dan peha. Jika nak diet gunakan bahagian dada ayam, ambil isi dia sahaja. Bersihkan dan tos air sampai kering.
Sementara tunggu ayam di toskan. Kita sediakan bahan-bahan untuk buat perapan ayam. Jika nak pedas, lebihkan cili merah atau tambah cili padi.
Bakar bahan-bahan untuk dapatkan aroma smoky. Ini bukan terhangus, tapi memang sengaja dibakar sampai macam tu. Jika tak nak bakar, celur bahan-bahan sampai lembut.
Lepas bakar, masukkan dalam pengisar. Letak oregano, parsli dan serbuk paprika. Kalau tak ada paprika, guna serbuk cili pun boleh.
Perah separuh lemon. Kalau tak ada lemon, boleh gantikan dengan limau nipis.
Masukkan minyak 2 sudu. Boleh guna minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, dan sebagainya. Letak garam dan gula secukupnya dan kisar sehingga halus
Tuang bahan kisar ke atas ayam. Perap ayam selama 1-2 jam dalam peti ais agar ramuan meresap ke dalam isi ayam.
Di Nando’s, ayam dibakar atas api. Tapi kat rumah kita bakar dalam ketuhar sahajalah. Tapi untuk dapatkan kesan “bakar”, kita bakar atas kuali dulu. Kalau nak bakar atas kuali macam ni sampai masak pun boleh.
Bakar dua-dua belah. Sementara bakar ayam atas kuali panaskan ketuhar dahulu ke suhu 180°C.
Dah ada kesan bakar, boleh angkat ayam dan letak atas dulang pembakar. Alas kertas minyak supaya mudah nak bersihkan dulang nanti.
Kelar ayam,dan masukkan dalam ketuhar. Ada setengah panggil oven ye? OK! Set oven pada 180°C, bakar selama 30 minit jika oven ada setting convection.
Jika tak ada setting convention, bakar lama sikit. Dalam 45 minit. Jika tak cukup lama, nanti dalam dia tak masak.
Sementara tunggu ayam dibakar, buat sos peri peri. Bahan perapan tadi, kena tambah air dan ditapis. Kalau tak tapis, nanti sos berketul-ketul.
Cantik warna sos peri-peri ni, kan? Panaskan. Tambah garam dan gula secukupnya. Sos ni patut rasa pedas, dan masam.
Kalau tak cukup masam, perah lebihan lemon tadi atau limau nipis. Boleh juga guna cuka untuk tambah rasa masam.
Rasa dah OK, kalau nak pekatkan kuah, campurkan dengan tepung jagung. Sos likat baru melekat pada ayam.
Okay, ayam dah siap bakar! Bau ayam, bau sitrus memang mengancam. Semerbak baunya bila keluar dari ketuhar.
Semasa siapkan ayam, boleh sediakan coleslaw dan goreng kentang. Coleslaw hanya dengan kobis, lobak merah, bawang, mayonis, garam dan lemon.
Hidang cantik dalam pinggan. Paduan ayam yang di tuang sos peri-peri yang pedas, dan coleslaw yang lemak dan sejuk, memang menyelerakan. Kentang tu pun sedap cicah dengan sos peri-peri.
Close up! Memang menjilat jari!
Jemput makan!
Nanti bolehlah cuba di rumah. Rupanya, bahan untuk sediakan tidaklah susah pun. Jimat poket!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini heboh di media sosial apabila dikatakan kumpulan Kpop wanita popular, Blackpink bakal membuat kemunculan semula pada Jun 2020.
Kini, berita ini telah pun disahkan sendiri oleh YG Entertainment apabila mereka memuat naik poster yang tertera tarikh pelancaran single terbaru Blackpink pada 26 Jun 2020, jam 6 petang.
Namun begitu, tidak ada banyak perkara yang dikongsi mengenai single ini tetapi ia sudah pun menarik perhatian Blinks dan rata-rata daripada mereka sudah tidak sabar untuk menunggu single terbaru Blackpink.
Tahun 2019 menyaksikan fenomena supermoon terbesar dan sangat dinantikan oleh seluruh masyarakat dunia kerana bulan berada pada jarak paling dekat dengan bumi dan kelihatan lebih besar serta jelas daripada biasa.
Bulan penuh yang mempunyai perigee atau titik kedudukan paling dekat dengan bumi kurang daripada 360,000 kilometer dikenali sebagai supermoon.
Ketika fenomena ini berlaku, jarak antara bulan dan bumi sekitar 358,761 kilometer, bermakna kita semua boleh melihat bulan dengan lebih besar dan terang.
Menurut laporan yang telah dibuat oleh Astro Awani, fenomena ini berlaku tiga kali pada Januari lepas, yang kedua pada 3 hari lepas dan ketiga pada 21 Mac nanti.
Korang berpeluang tak untuk menyaksikan fenomena ini?
Jom kita lihat antara gambar-gambar supermoon yang cantik di seluruh dunia.
1. Tanjung Sounion, Athens
2. Lisbon, Portugal
3. New York, US
4. London, England
5. Almaty, Kazakhstan
6. Bangunan Sagrada Familia Basilica, Sepanyol
7. Svalbard, Norway
8. Bogota, Colombia
Khabarnya, supermoon seterusnya yang akan muncul lebih dekat hanya akan berlaku pada tahun 2034.
Wah, ada lebih kurang 15 tahun lagi untuk kita tunggu supermoon yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!