“Pertandingan Ini Bukan Setakat Nak Glamor Je!” – Scha Alyahya Ajak Dewi Remaja Beri Makan KFC Kepada Warga Emas & OKU

Share

 

Episod separuh akhir program Dewi Remaja 2018/2019 telah menjadi antara perbualan hangat di media sosial memandangkan penonton mempunyai finalis kegemaran masing-masing.

Mesti ramai peminat yang membayangkan peringkat separuh akhir memerlukan finalis untuk menunjukkan kebolehan catwalk dan menyarungkan busana serta bersolek glamor.

Telahan mereka salah!

Gadis-gadis cantik ini telah dibawa oleh pengacara Dewi Remaja Scha Alyahya ke Rumah Titian Kasih & Pusat Jagaan OKU Nur bersama-sama KFC Malaysia untuk kempen Add Hope Malaysia.

Untuk memegang gelaran Dewi Remaja, finalis perlu sedar bahawa mereka mempunyai platform yang cukup meluas untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Dewi Remaja juga adalah medium terbaik untuk mereka ‘gives back’ kepada masyarakat.

“Add Hope adalah sebuah inisiatif KFC secara global untuk membasmi kelaparan dan juga memberi harapan kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Ada ramai yang hidup dalam kelaparan.

“Jadi, saya ingin adik-adik saya ni tahu apa maksud penderitaan mereka, dan Add Hope adalah salah satu bentuk bantuan yang mudah difahami oleh kita semua.

“Iyalah, siapa je yang tak makan KFC. Bila di kaunter bayaran KFC, anda semua mesti sedar ada tabung Add Hope di sana. Saya dan KFC Malaysia nak bawa finalis Dewi Remaja ini untuk faham ke manakah RM0.50 daripada Add Hope Meal itu disalurkan.

“Apa yang paling penting, Add Hope bukan sekadar mendermakan makanan dan dana, malah mereka juga melakukan aktiviti di sekolah dan rumah kebajikan untuk berikan harapan.

“Kadangkala, mereka ini perlukan kawan untuk luangkan masa bersama. What they need is our time & affection.”

“Sebab itu, saya selalu tekankan kepada finalis Dewi Remaja, pertandingan ini bukan sekadar nak glamor saja, tapi kita perlu berbudi semula kepada masyarakat.

“Biarlah orang tak nampak apa yang kita lakukan, yang penting hati kena ikhlas,” kata Scha.

 

***

Dalam pada itu, Affie Rania telah dipilih sebagai pemenang mingguan untuk episod separuh akhir, sekaligus melayakkan dirinya sebagai salah seorang finalis Top 5 pada malam akhir yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

 

***

 

Sesi penyingkiran semalam juga menyaksikan Arena Iman terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada finalis Top 5 Dewi Remaja 2018/2019 pada musim kesepuluh ini.

Jadi, Dewi manakah byang akan menjulang gelaran keramat kali ini? Adakah Anna Jobling, Affie Rania, Tia Sarah, Haneesya Hanee atau Sherin Amiri?

 

Jangan lupa untuk saksikan malam FINALE DEWI REMAJA 2018/2019 di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula jam 10.30pm. Tapi sebelum itu, SAKSIKAN LIVE RED CARPET pada jam 9.30pm – 10.30pm kerana kami akan menemu ramah finalis dan alumni Dewi Remaja serta Hero Remaja terdahulu!

 

#majalahremaja #dewiremaja #dewi1819

IKLAN