Tangisan yang mengalir pada pipi peserta The Hardest Singing Show, Aisha Retno sewaktu konsert minggu suku akhir malam tadi tidak dibuat-buat setelah diumumkan sebagai peserta dengan kutipan markah tercorot daripada enam peserta.
Aisha, 23 yang membawakan lagu Run The World nyanyian asal Beyonce sekadar memperolehi 63.78 peratus berbanding peserta yang menduduki tangga kelima, Zizi Kirana dengan 67.33 peratus. Aisha sekaligus diumumkan sebagai peserta tercorot pada minggu ini sebelum pengacaranya, Nabil Ahmad dan Rina Nose memberitahu tiada penyingkiran berlaku pada minggu suku akhir berkenaan.
Aisha ketika ditemui REMAJA selepas program berakhir tidak dapat menahan sebaknya apabila terpaksa menerima keputusan juri yang meletakkannya di kedudukan tercorot. Bukan ingin mendabik dada sudah memberikan persembahan terbaik, namun Aisha lebih takut jika dia telah mengecewakan ibunya sendiri.
“Saya akur persembahan saya bukanlah yang terbaik pada minggu ini. Jika saya betul-betul terkeluar pun pada minggu ini, saya anggap ia sebagai pengajaran terbaik untuk karier muzik saya kerana kata-kata juri itu ’emas’ bagi saya.
“Yang buat saya paling sedih malam ini, (saya) takut sudah kecewakan mama saya. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya merasa berada di kedudukan bottom 2 di mana-mana pertandingan. Perasaannya… memang tidak best apabila diumumkan tersingkir,” katanya dalam nada sebak.
Ads
Aisha Retno Bukan Lagi Peserta Big Stage
Tambah Aisha lagi, dia tidak terasa hati dengan komen juri jemputan, Ajai yang berpendapat sudah tiba masanya untuk Aisha sedar dirinya perlu keluar daripada pemikiran sebagai peserta Big Stage yang sekadar memperlukannya untuk menyanyikan semula lagu penyanyi lain.
Ads
“Saya kini dikenali sebagai Aisha Retno yang mempunyai trademark tersendiri. Itu mungkin apa yang juri ingin lihat. InsyaAllah untuk minggu hadapan, saya akan cuba ketengahkan lagi originaliti sebenar saya sebagai penyanyi dan tidak terikut-ikut dengan cara nyanyian penyanyi asal.
“Saya sedar, hanya disebabkan saya terselamat lagi pada minggu ini tidak bermakna saya akan terselamat pada minggu hadapan. Apa yang saya boleh katakan, malam ini bukan malam saya,” ulasnya.
Konsert The Hardest Singing Show minggu suku akhir malam tadi diungguli oleh Putera Muhammad (93.20 peratus) yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once diikuti Ayda Jebat (85.69 peratus), Aepul Roza (81.48 peratus), Stacy (77.30 peratus), Zizi Kirana (67.33 peratus) dan Aisha Retno (63.78 peratus).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Popular dengan lagu ‘Sayang Maafkan Aku’ dan dinobatkan naib juara program Big Stage 2018, siapa sahaja yang tidak kenal dengan ahli bomba dan anak kepada vokalis kumpulan Iklim Allahyarham Saleem ini?
Foto: Instagram Syafiq Farhain
Namun, melalui laporan media tempatan Syafiq akui terkena jangkitan kudis herpes yang menjejaskan aktiviti hariannya. Penyakit ini muncul selepas beliau ‘kebah’ dari demam panas. Sehubungan dengan itu, Syafiq turut menjelaskan bahawa bahawa herpes ini ada dua jenis dan jangkitan dialaminya itu bukanlah penyakit kelamin yang sering terjadi akibat aktif hubungan seksual.
“Herpes ni virus ada dua jenis iaitu HV-1 dan HV-2. Yang saya kena ni yang HB-1 hanya di kawasan bibir. Kalau HV-2 itu yang dekat kelamin. Sejak akhir-akhir ni kerap naik, sebulan sekali ada naik kat kawasan bibir.”
Dalam pada itu, Syafiq berkata virus menyerang jika antibodinya lemah dan perlu dirawat agar tidak merebak ke kawasan lain.
Kata Syafiq lagi, disebabkan jangkitan itu dia berada sakit dan menyukarkannya untuk menyanyi, makan dan bercakap. Ujarnya, dia perlu berehat dirumah dan menjaga pemakanan.
Ini yang korang tahu tentang penyakit herpes ini :
Herpes adalah salah satu jangkitan yang paling umum di dunia. Kebanyakan pesakit tidak akan sedar yang mereka telah dijangkiti dan penyakit ini tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit. Ini kerana pesakit mungkin tidak mendapat sebarang tanda -tanda penyakit atau tanda tersebut amat ringan sehingga mereka tidak merasa sebarang perubahan lalu membiarkan sahaja tanpa rawatan.
Virus Herpes Simpleks
Virus herpes simpleks atau lebih dikenali sebagai herpes; dikategorikan kepada 2 jenis:
Herpes simpleks jenis 1 (HSV-1, atau herpes oral)
Herpes simpleks jenis 2 (HSV-2, atau herpes alat kelamin)
Herpes simpleks jenis 1 (HSV-1) selalunya akan menyebabkan jangkitan di bahagian mulut. Walau bagaimanapun ianya boleh menyebabkan herpes alat kelamin.
Tanda dan simptom
Kesakitan, kegatalan dan kepanasan di kawasan jangkitan dapat dirasa sehari atau lebih sebelum gelembung air jangkitan timbul.
Kesakitan dan gelembung air akan muncul: Gelembung air ini akan pecah dan membentuk ulcer dan ditutupi kepingan keras . Keadaan ini akan berlarutan Antara 2 hingga ke 20 hari.
Simptom seperti selsema, demam, kesakitan otot dan kebengkakan nodus limfa leher.
Herpes keratitis iaitu jangkitan herpes bahagian mata boleh terjadi. Kesakitan, sensitif kepada cahaya, rembesan cecair dan ketidakselesaan boleh terjadi pada satu atau dua mata yang dijangkiti. Kelewatan untuk diagnos dan rawat boleh menyebabkan penglihatan kabur atau buta.
Walaupun, Herpes tidak menyebabkan kematian tetapi ia boleh mengubah kehidupan. Adalah sangat penting untuk mengetahui tentang HSV; faktor-faktor risiko jangkitan virus ini, dan bagaimana untuk menghalang dari merebak dan berulang.
Usia bukan penghalang bagi seseorang individu untuk menuntut ilmu kerana pepatah juga ada mengatakan ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negara China’, ia bermaksud carilah ilmu seberapa banyak yang boleh.
Pelakon wanita Vanidah Imran telah membuktikan bahawa dirinya mampu mengenggam segulung Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) dari Universiti Malaya di usia 49 tahun. Walaupun pernah menangis, mengeluh dan terdetik untuk menarik diri, namun semangatnya untuk meneruskan pengajian kini telah membuahkan hasil.
“Hanya Allah sahaja tahu betapa saya pernah melalui fasa yang sangat sulit. Menangis jangan ceritalah. Bila sudah melalui proses pembelajaran itu, baru saya sedar bukan mudah untuk memperoleh kejayaan,”
“Semuanya harus bertitik tolak pada kesabaran dan kesungguhan. Saya bersyukur kerana dapat melalui fasa itu sekalipun saya terpaksa mengambil masa selama empat tahun untuk menyelesaikan program sarjana ini,” jelas pelakon itu.
Sokongan teman-teman seperjuangan antararanya Profesor Aminah Rapor juga menggerakkan hatinya memilih menyambung pengajian dalam bidang yang dekat dengan jiwanya.
“Saya berbangga dengan kejayaan ini, walapun saya terpaksa ambil masa empat tahun kerana sepanjang tempoh itu, saya harus beri tumpuan pada anak sulung saya yang sedang menghadapi peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia,”
“Saya harus pastikan anak saya selesaikan peperiksaan penting untuk masa depannya. Sebaik selesai urusan itu, baru saya kembali menyambung pengajian,” kata Vanidah.
Sepanjang empat tahun itu juga, selain menghadiri kuliah, Vanidah juga menyiapkan kajian ilmiah (thesis) kajian karakter dalam filem sebagai memenuhi tuntutan pengajian.
Sebelum ini, Vanidah merupakan pemegang Ijazah Pengajian Inggeris dari Open University Malaysia.
Begitulah kegigihan seorang wanita yang telah bergelar ibu untuk menyambung pelajarannya walaupun banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Semoga kejayaan ini dapat memberi inspirasi buat masyarakat untuk mengejar impian dan meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik
Atas dasar simpati kepada rakyat Palestin, penyanyi popular, The Weeknd atau nama sebenar, Abel Tesfaye, 33, melalui organisasi miliknya, XO Humanitarian Fund menderma AS$2.5 juta (RM11.65 juta) untuk bantuan makanan.
Sumbangan dihulurkan penyanyi kelahiran Toronto, Ontario, Kanada itu difahamkan mencukupi untuk 4 juta bekalan makanan kecemasan kepada rakyat Gaza yang terjejas.
Baru-baru ini, Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan sumbangan itu mampu membiayai 820 tan metrik bungkusan makanan, selain dikatakan mampu diagihkan kepada lebih 173,000 rakyat Palestin untuk tempoh dua minggu.
Pengarah WFP Timur Tengah, Afrika Utara dan Rantau Eropah Timur, Corinne Fleischer dalam satu kenyataan berkata, bantuan itu sangat diperlukan di Gaza.
Katanya, ini berikutan krisis yang berpunca daripada pengeboman berterusan tentera Israel terhadap kumpulan militan Hamas.
“Konflik ini mencetuskan malapetaka kemanusiaan yang di luar jangkaan. WFP bekerja sepanjang masa untuk memberikan bantuan di Gaza, tetapi skala besar diperlukan untuk menangani tahap kelaparan terdesak seperti kita lihat.
“Pasukan perlukan keselamatan dan akses kemanusiaan yang berterusan serta sokongan tidak putus penderma demi mencapai lebih ramai mangsa semampunya.
“Kami berterima kasih kepada Abel untuk sumbang sangat bermakna buat rakyat Palestin. Kami berharap Abel menjadi contoh lain untuk menyokong usaha kami,” katanya.
Terdahulu, Tesfaye dilantik sebagai Duta Muhibah WFP sejak Oktober 2021 dan berterusan menyokong pelbagai misi murni persatuan itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!