Terbaharu, Perodua telah memperkenalkan Alza (2022) yang dilengkapi dengan enjin 1.5 liter 2NR-VE, dipadankan dengan transmisi D-CVT dengan bacaan penggunaan bahan api 22.0 km/liter (4.5 liter/100km).
Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu X, H dan AV dengan variasi warna Vintage Brown, Garnet Red, Elegant Black, Glittering Silver dan Ivory White.
Alza serba baharu ini disertakan pakej teknologi bantuan pemandu termaju, Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang terdiri daripada lima ciri utama iaitu:
Dalam dunia yang terus berkembang ini, generasi muda menjadi sasaran utama untuk diberi pemahaman yang mendalam tentang konsep harm awareness atau kesedaran terhadap bahaya dan alternatif yang tersedia untuk mereka lebih-lebih lagi melibatkan suatu perkara dan topik yang agak sensitif.
Maklumat yang terperinci dan lengkap merupakan salah satu perkara yang amat penting buat seseorang untuk membuat keputusan. Lebih lengkap sesuatu maklumat disampaikan, maka lebih mudah keputusan yang tepat untuk dilakukan oleh seseorang.
Pun begitu, bila bercerita tentang Harm Awareness berkaitan tembakau, pastinya ada yang tidak bersetuju dengan konsep atau kaedah yang cuba diperkenalkan ini. Hakikatnya, generasi muda masa kini sebenarnya lebih terpelajar dan peka dengan bahaya serta kemudaratan yang akan timbul dengan tabiat merokok kerana di usia inilah ramai yang mula ‘mencuba’ dan akhirnya menjadi perokok tegar.
Namun, hal ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya remaja ini didedahkan pada peringkat awal tentang mudarat dan bahaya merokok seperti nikotin, asap rokok dan juga TAR yang biasanya disalaherti oleh ramai pihak.
Seperti yang pernah dibincangkan di Forum Global mengenai Nikotin, ramai yang ingin berhenti merokok ini juga mendakwa tidak didedahkan atau tidak mendapat maklumat yang mencukupi tentang alternatif yang ada bagi membantu mereka mengurangkan ketagihan nikotin ini selain dari merokok.
Selain itu, adalah penting untuk disampaikan kepada umum punca utama kemudaratan yang berkaitan dengan tabiat merokok sebenarnya bukanlah nikotin, sebaliknya ia disebabkan pembakaran rokok yang menghasilkan lebih daripada 7,000 bahan kimia dan sekurang-kurangnya 69 daripadanya dikatakan boleh menyebabkan kanser dan penyakit berkaitan tabiat merokok.
Satu lagi perkara yang sering di salah erti berkaitan rokok ialah TAR yang selama ini ramai salah sangka dan beranggapan ia merupakan tar sama yang digunakan dalam pembuatan jalan raya. Hakikatnya, TAR yang selalu ditulis pada kotak rokok itu adalah pengiraan untuk mengukur kandungan zarah dalam asap setelah rokok dibakar.
Dalam masa yang sama, Third hand smoke atau sisa asap basi (SAB) adalah sisa daripada tembakau yang melekat pada baju, kulit dan rambut.
Jangan Mula Merokok
Sudah pasti, jalan paling selamat untuk menghindari segala kemudaratan dan bahaya berkaitan rokok ialah dengan tidak memulakan tabiat tersebut. Namun, ia tidak bermakna remaja yang terjebak dengan tabiat ini tidak dapat diselamatkan.
Masih belum terlambat untuk kita mendedahkan mereka supaya memilih alternatif yang lebih baik atau kurang mudarat berbanding rokok tradisional. Tetapi, pilihan terbaik semestinya berhenti secara menyeluruh.
Apa yang membuatkan ramai dalam kalangan mereka yang merokok hari ini tidak dapat meninggalkan tabiat berkenaan ialah ketagihan terhadap nikotin.
Hari ini, terdapat pelbagai produk alternatif yang masih memberikan kepuasan terhadap ketagihan nikotin tersebut tetapi kurang memudaratkan seperti terapi gantian nikotin (NRT) yang mengandungi beberapa jenis produk seperti gum nikotin, inhaler nikotin, lozenge mahupun patch.
Selain itu, terdapat juga beberapa produk alternatif lain seperti rokok elektronik, snus atau produk pemanasan tembakau yang kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional.
Secara kesimpulan, sekiranya anda tidak merokok, jalan paling selamat adalah jangan memulakan tabiat tersebut, namun sekiranya anda merupakan seorang perokok, berhenti. Sekiranya tidak boleh berhenti, carilah alternatif lain yang kurang mudarat kepada diri sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam sidang media terbaru hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti dan mukim di Selangor serta di beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
PKPD ini akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai. Jom lihat sekiranya ada di antara kawasan-kawasan tempat tinggal korang yang terlibat dalam perlaksanaan ini:
Jelas beliau lagi, keputusan PKPD ini dilakukan selepas mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).
Susulan itu, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM manakala semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing secara sesuka hati.
Hanya SATU orang sahaja dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli keperluan asas dalam radius 10 kilometer dari kediaman. Penduduk juga tidak dibenarkan untuk keluar selepas jam 8 malam dan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti beriadah seperti jogging atau apa-apa sukan serta senaman.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan turut akan melakukan ujian saringan secara bersasar serta mempergiatkan pemberian vaksin di kawasan-kawasan terlibat.
Hujung minggu ini bertambah hangat berbanding biasa apabila dua pasukan gergasi Premier League (PL), Manchester United dan Arsenal membuka tirai musim 2025/2026 menerusi perlawanan ‘Super Sunday’.
Untuk meraikan adrenalin yang dirasai oleh peminat bola sepak, Astro sebagai penyiar rasmi PL di Malaysia mengajak korang semua untuk sama-sama berkumpul di Ground Floor, Strand Mall, Kota Damansara pada 17 Ogos ini mulai jam 8 malam untuk menyaksikan tayangan langsung berbentuk watch party.
We got your back kerana masuk adalah percuma!
Tambah menarik, ia bukan sekadar tayangan di skrin gergasi sahaja. Turut dilangsungkan adalah program kendalian Adam Carruthers ‘Super Sunday Live’ bersama dua pundit bola sepak, Gary Stevens dan Carlton Palmer mengenai ulasan perlawanan yang berlangsung.
And get this! Astro tidak main-main apabila mengumumkan kehadiran bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner sebagai jemputan khas sempena ‘Super Sunday’ berkenaan.
Nicklas Bendtner
Sambil berpeluang menemui Bendtner face-to-face dan berinteraksi dengan beliau, peminat pasukan Arsenal terutamanya tentu tidak mahu melepaskan peluang dengan fan cam masing-masing.
Tambahan pula, Arsenal sudah lama menantikan kejuaraan liga dan tentunya, Gooners termasuklah Bendtner sendiri mengharapkan agar pasukan bola sepak kegemaran mereka itu berjaya mencapai ekspektasi yang diletakkan.
Selain Bendtner, turut hadir pada malam Ahad ini ialah dua penyanyi tempatan, SonaOne dan Nadeera Zaini yang akan melakukan persembahan untuk menghiburkan hadirin yang ada.
Adakah Manchester United mampu bangkit pada musim PL 2025/2026 setelah merundum pada musim lepas sehingga menamatkan saingan di tangga ke-15. Dan mampukah Arsenal menetapkan benchmark positif dengan memenangi saingan pertama kali ini menentang Manchester United?
Sama-sama kita nantikan di PL Watch Party pada 17 Ogos ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!