
Hanya dengan sekali lafaz, pemain badminton beregu negara, Nur Izzuddin selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Mawar Mutiara, pada Jumaat.
Pasangan merpati dua sejoli itu dinikah oleh jurunikah yang dilantik dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Razak.

Pada majlis yang berlangsung sederhana itu, Izzuddin menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 buat pilihan hatinya itu.
Selain itu, Izzudin dan isteri turut dilihat tampil kacak dan cantik mengenakan busana sedondon berwarna putih.

Dalam pada itu, menerusi Instastory milik pengantin perempuan, dia dilihat memuat naik foto menggenggam tangan Izzuddin berserta kapsyen ‘assalamualaikum suami’.
Terdahulu, ketampanan wajah pemain badminton berusia 25 tahun itu menjadi bualan ramai sehingga tular dalam media sosial.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Petanda Besar Teman Lelaki Korang Masih Belum Matang

Apa itu kematangan? Bercakap soal matang kita tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan faktor usia. Ya, tidak dinafikan usia memainkan peranan kerana itulah lumrah manusia, bila semakin meningkat usia dia akan menjadi semakin matang terutama pada fizikal dan juga pemikirannya.
Akan tetapi tidak semua orang mempunyai kematangan yang sama dan ia datang tidak mengira usia. Ada lelaki lebih cepat matang pada usia penghujung belasan tahun dan ada juga lelaki yang umur sudah hampir mencecah ke ‘three series’ pun masih berperangai kebudak-budakan.
Jadi apa itu perangan tidak matang dan kebudak-budakan. Kalau mengikut definisi setiap individu (terutamanya wanita) pastinya sangat berbeza-beza. Terdapat beberapa kriteris menunjukkan secara jelas atau mengenali bagaimana seorang lelaki khususnya pasangan kamu adalah matang atau tidak?
Bgai REMAJA, ini 5 petanda besar yang korang harus perhatikan. Jom sama-sama lakukan silang semak adakah teman lelaki kamu mempunyai ciri-ciri yang REMAJA nyatakan di bawah, Kalau ada… hmmm… belum terlambat nak suruh dia jadi matang sikit. Hehe
1. Hidup tiada hala tuju

Korang sendiri hairan bagaimana dia boleh hidup goyang kaki dengan relaks sahaja setiap hari. Walaupun sudah habis belajar namun dia masih tidak dapat kerja. Bukannya tiada pekerjaan tapi akibat tiada disiplin dan memilih kerja. Bagi korang sebagai teman wanita pastinya mahu seorang teman istimewa yang ada cita-cita dan hala tuju masa depan. Kalau bertersuan begini macam mana?
2. Hidup selekeh dan tidak terurus

Memang kita akui ada sesetengah orang dia bukanlah jenis yang terlalu kemas atau pun teliti. Namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk dia menjadi tidak terurus. Bayangkan kalau si dia asyik ulang pakai t-shirt sama selama 3 hari berturut-turut. Jika hal pakaian sendiri pun tidak boleh beri komitmen bagaimana nak beri komitmen sepenuhnya pada korang.
BACA: 10 Petanda Kamu Sebenarnya Mangsa Penderaan Emosi Hubungan Toksik
3. Selalu elak bercakap hal serius

Ini salah satu petanda paling jelas bahawa dia memang tak matang. Bila bercakap tentang hal diminatinya memang sampai ke pagi pun tak akan habis. Tapi bila ditanya soal kerjaya, masa depan, keluarga dan juga hal-hal serius dia cepat melatah dan naik angin. Kalau tidak melatah pun pasti dia akan cuba alihkan topik perbualan. Plaing teruk dia terus buat tak tahu dan main telefon.
4. Bicara soal permukaan sahaja

Orang yang matang akan sentiasa terbuka untuk berbual, bertukar-tukar fikiran dan berbincang dengan topik-topik yang serius dan mendalam. Jika dia hanya suka berbual tentang soal duniawi dan materialistik semata, itu bermakna dia belum matang.
5. Bertindak dengan impulsif

Kadangkala korang sendiri pening dan tidak faham dengan perangai spontan yang dia lakukan. Bukanlah satu kesalahan untuk bertindak spontan tetapi biarlah kena pada masanya. Sebagai contoh dia membeli komik yang berharga RM50 sedangkan pada ketika itu dia hanya memiliki wang untuk hidup sebanyak RM80. Tidakkah tindakan seperti itu sangat tidak matang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taylor Swift, Shawn Mendes Telah Bertunang Dengan Pasangan Secara Senyap-Senyap?!

Wait, what?!
Angin gosip di Hollywood hangat mengatakan bahawa kedua-dua penyanyi yang baru muncul dengan filem dokumentari sendiri pada minggu lepas ini telahpun bertunang!
*
Kita semua tahu, Taylor Swift akhirnya kini sedang bahagia dalam hubungannya bersama pelakon, Joe Alwyn apabila mereka sama-sama berpendapat untuk tidak menjadikan hubungan mereka itu sebagai ‘public spectacle’ seperti yang pernah terjadi kepada hubungan TayTay sebelum ini.
Begitu juga dengan penyanyi Wonder, Shawn Mendes yang masih kekal dengan Camila Cabello. Walaupun hubungan itu dikatakan hanyalah satu trik promosi dan pemasaran bagi Shawn dan Camila dan tiada rasa cinta sebenar yang wujud di antara mereka, namun ia masih bertahan sejak tahun lalu.
In Hollywood timezone, that just means FOR.E.VER.
Justeru, apabila Taylor dan Shawn digosipkan telahpun mengikat tali pertunangan dengan pasangan masing-masing secara senyap semasa musim pandemik ini, kami sedikit terkejut tetapi jujurnya, boleh mengagak itu adalah langkah seterusnya bagi mereka berdua.
Dalam temuramah bersama Entertainment Tonight, Shawn mengakui dia pernah bercakap mengenai fasa seterusnya bersama Camila.

Seperti yang kami katakan tadi, Shawn dan Camila telah menjadi pasangan ‘official’ sejak 2019. Tetapi kita selalu lupa bahawa mereka telah lebih lama rapat sejak tahun 2014.
Dalam dokumentari terbaru Shawn di Netflix, dia berkata setiap lagu yang pernah ditulis olehnya selama ini adalah mengenai Camila! Ini termasuklah lagu ‘Treat You Better’ semasa Camila sedang bersama lelaki lain.
Kata Shawn kepada Entertainment Tonight, mereka telah berbincang mengenai masa depan hubungan ini termasuklah kemungkinan untuk bertunang.
“Yeah semestinya. Saya rasa untuk saya, walaupun jika saya enggan bercakap mengenai perkara itu, saya pernah memikirkan. I don’t know, saya benar-benar rasakan jika seseorang itu tahu (sudah bersedia untuk bertunang), dia akan tahu.
“Camila telah menjadi salah seorang kawan rapat saya sejak saya berusia 15 tahun. Saya tahu kami masih muda, jadi saya enggan terburu-buru. Tapi bila kita sudah menemui seseorang yang sesuai dengan kita, you know that you have found your person.”
*Ah, sama-samalah kita heartbroken secara berjemaah.*
*
*
Dari satu relationship ke relationship yang lain.
Peminat Taylor Swift percaya bahawa Taylor mungkin telah memberikan petunjuk mengenai persoalan sama ada dia dan Joe Alwyn benar-benar telah bertunang ataupun belum.
Semasa Taylor menyanyikan semula lagu popularnya, Love Story pada minggu lalu, lirik chorus terakhir pada lagu itu telah ditukar. Lirik asalnya berbunyi “baby just say yes”. Sebaliknya, Taylor menyanyikan, “baby just SAID yes”. Ouhh.. did she said YES to him?
Kita semua tahu, Taylor gemar untuk memberikan petunjuk atau easter eggs kepada peminatnya menerusi lagu, persembahan dan video muziknya. Adakah ini satu lagi petunjuk daripada Taylor?
Ketika ditemuramah oleh Entertainment Weekly minggu ini, Taylor secara kasualnya bercakap mengenai hubungannya dengan Joe iaitu sesuatu yang jarang sekali dilakukan olehnya.

“Ketika merekodkan Folklore, orang yang tahu mengenai projek ini hanyalah mereka di dalam studio tersebut, boyfriend saya, keluarga saya dan pasukan pengurusan saya.” BOYFRIEND? Ya kita tahu dia ialah Joe Alwyn.
Cuma, ini adalah kali pertama Taylor memanggilnya dengan gelaran ‘boyfriend’.
Apapun, REMAJA pasti kedua-dua pasangan ini akan sampai ke fasa pertunangan – jika bukan sekarang, pastinya tidak lama lagi.
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dulu Dijaga Dengan Baik, Kim Jaejoong Kini Mampu Beri Ibu Bapa Angkat Duit 10 Juta Won Setiap Kali Berjumpa!

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Korea Selatan, Kim Jaejoong membuat pendedahan mengejutkan apabila berkongsi mengenai jumlah wang yang diberikan kepada ibu bapa angkatnya setiap kali bertemu.
Pada 15 Julai lalu, sebuah siaran di Youtube Neighborhood Friend Kangnami telah memuat naik sebuah video yang berjudul ‘Kim Jaejoong Mempunyai 8 Adik-beradik Perempuan, 34 Ahli Keluarga, Dan Memberikan Mereka Wang Saku? Hari Dimana Kangnam Merasa Seperti Anak Yang Kurang Berbakti’.
Melalui video yang dimuat naik, Jaejoong berkongsi kisah mengenai perkembangan terkini dan keluarganya. Menurut penyanyi lagu Rebel ini, dia mempunyai 8 orang adik-beradik perempuan yang lain dimana usia mereka hampir sama. Disebabkan hal itu, dia merasa perlu bertanggungjawab untuk menjaga dan merawat mereka.

Dalam pada itu, Jaejoong juga berkongsi kisah bagaimana dia diangkat oleh kedua ibu bapanya sebelum ini dan mempunyai perbezaan usia yang sangat singkat dengan adik bungsunya.
“Saya dijadikan anak angkat ketika masih muda. Saya dan adik bongsu beza kurang setahun. Jadi dia tak pernah meraikan ulang tahun kelahiran sebab usia kami sangat dekat. Saya juga baru mengetahui perkara ini ketika umur saya 20 tahun bahawa jarak umur kami kurang dari 10 bulan”
“Saya rasa dia seperti adik perempuan ‘palsu’, bahkan kalau di sekolah kami akan berada dalam satu kelas yang sama”

Berbicara mengenai keluarga besar Jaejoong, dia turut memberitahu bahawa dia mempunyai 8 adik beradik perempuan, 8 ipar, dan kemungkinan jika 8 anak saudaranya mempunyai anak, dia bakal menjadi seorang datuk dalam masa terdekat.
Selain itu, pengacara siaran Youtube tersebut, Kangnam turut bertanya mengenai jumlah wang saku yang pernah diberikan oleh Jaejoong kepada ahli keluarganya setiap kali perayaan. Katanya, dia akan memberikan sejumlah wang sebanyak 5 juta won (RM17,000) kepada ibu dan bapanya setiap seorang apabila bertemu.
“Setiap kali saya berjumpa dengan kedua ibu ayah saya. Saya akan berikan mereka masing-masing 5 Juta Won. Dan bercakap mengenai pasangan ideal, saya tidak memiliki ciri tertentu cuma saya sangat menghargai rasa hormat dan kebaikan. Jadi saya lebih suka dengan seseorang yang menghormati orang lebih tua dan mudah memberikan kegembiraan pada orang lain”
Sekadar info, Kim Jaejoong juga pernah dilaporkan telah menghadiahkan kedua orang tuanya sebuah rumah persendirian yang mempunyai ruang bawah tanah, 3 tingkat dengan kemudahan lift dan sauna bernilai 6 Billion Won.
Apa pun, memang kaya dan pemurah betul Kim Jaejoong ni kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

