Perkataan ini sering kita dengar apabila membicarakan tentang personaliti dan psikologi. Tapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan introvert?

Perkataan ‘introvert’ itu sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan moden Latin iaitu introverte; intro – to the side dan vertereto turn. Ia kini digunakan sebagai salah satu terminologi psikologi sejak awal kurun ke-20.

Jadi secara dasarnya apakah karakter seseorang yang introvert. Kalau dalam maksud mudahnya mereka merupakan orang yang sangat ambil berat tentang pemikiran dan perasaan sendiri berbading hal-hal luaran.

Namun ramai yang salah anggap tentang orang yang memiliki karakter introvert. Berikut merupakan 10 mitos yang sering dikatikan dengan introvert.

MITOS 1: TAK GEMAR BERBUAL

7 Mitos Tentang Insan Introvert Yang Wajib Korang Tahu

Ini tidak benar sama sekali. Seseorang yang introvert hanya tidak suka bercakap melainkan mereka ada perkara yang dirasakan perlu sahaja. Mereka tak suka borak-borak kosong. Namun jika kena dengan subjek yang mereka suka mereka tak akan berhenti bercakap.

IKLAN

MITOS 2: PEMALU

7 Mitos Tentang Insan Introvert Yang Wajib Korang Tahu

Sebenarnya sikap pemalu tidak ada kaitan langsung dengan seseorang yang introvert. Malah mereka bukannya takut untuk berkomunikasi dengan orang lain. Apa yang mereka tekankan ialah sebab yang kukuh untuk berkomunikasi. Jika korang mahu berbual dengan seseorang introvert, apa yang penting harus teruskan berbual. Usah risau tentang rasa kekok dan menjadi sopan.

BACA: Awas! Kenali 6 Petanda Kawan Yang Busuk Hati Perlu Korang Waspada

IKLAN

MITOS 3: KURANG AJAR

7 Mitos Tentang Insan Introvert Yang Wajib Korang Tahu

Salah satu mitos yang agak ekstrem. Jangan disebabkan mereka seorang yang agak reserve dan memilih untuk berbual perkara yang lebih penting tidak bermakna itu kurang ajar. Mereka hanya mahukan semua orang lebih jujur, terbuka dan menjadi diri sendiri.

MITOS 4: TAK SUKA ORANG

Tak benar sama sekali. Orang introvert terutamanya sangat menghargai kawan-kawan baiknya. Mereka juga merupakan seorang yang sangat setia dan boleh diharap.

IKLAN

MITOS 5: KURANG GEMAR KELUAR

Another nonsense! Mereka hanya tidak suka berada di luar dalam tempoh yang lama kerana ia bukanlah satu keperluan dan menyenangkan. Mereka cepat absorb maklumat dan faham dengan apa yang berlaku di sekekliling. Disebabkan itulah mereka tak perlukan masa yang lama untuk faham akan situasi.

MITOS 6: SERING BERSENDIRIAN

7 Mitos Tentang Insan Introvert Yang Wajib Korang Tahu

Percayalah rakan-rakan korang yang introvert sangat selesa dengan gaya hidup mereka. Mereka memang banyak berfikir dan berangan-angan. Namun itu tak menghalang mereka untuk menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi.

MITOS 7: ORANG YANG PELIK

7 Mitos Tentang Insan Introvert Yang Wajib Korang Tahu

Persepsi yang sering dikaitkan dengan seseorang yang dianggap pendiam. Mereka tak suka ikut trend semata-mata atau menjadi pengikut membuta-tuli. Mungkin disebabkan itulah mereka dianggap pelik. Walhal hakikatnya mereka lebih senang melakukan hal sendiri.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI