Berita baik kepada pelajar institusi pendidikan tinggi apabila permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau BYPDA bagi 2022 telahpun dibuka bermula semalam, 19 Januari 2022.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), permohanan biasiswa ini dikhususkan kepada pelajar pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) sama ada yang menuntuk di dalam mahupun di luar negara.
Apa yang menarik mengenai biasiswa BYDPA ini adalah kerana ia menyediakan 12 biassiwa secara keseluruhannya; enam adalah untuk pelajar pengajian Sarjana dan enam lagi untuk pelajar pengajian PdD. BYPDA juga khusus untuk jurusan Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.
Tambah JPA lagi, calon perlulah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih dari 35 tahun pada 1 Januari 2022. Mereka juga perlu mempunyai keputusan akademik cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.
Ads
Selain itu, JPA juga meletakkan syarat kelayakan lain di mana seorang calon perlulah telah mendapatkan tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di Institusi Pengajian Tinggi yang telah disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
Tentunya, sekiranya calon pernah aktif terlibat dalam aktiviti di luar jurusan mereka seperti penghasilan kerja-kerja kreatif & inovatif; sebagai contoh penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya, ia akan memberi kelebihan dan poin bonus buat calon Sarjana. Manakala bagi calon PhD, penglibatan aktif ini adalah salah satu daripaada syarat wajib.
Bagi mereka yang layak dan berminat untuk memohon, mereka boleh berbuat sedemikian dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian menerusi portal esilav2.jpa.gov.my bermula sekarang hinggalah tarikh tutupnya pada 22 Februari 2022.
Untuk setiap permohonan, pelajar perlu melengkapkan borang permohonan dan menyediakan dokumen sokongan seperti yang dituntut dalam senarai syarat-syarat permohonan. Ia perlu dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari sama ada secara serahan tangan ataupun melalui kiriman pos.
Haa, ada yang berminat dan layak?
Ads
Dapatkan makluman lanjut mengenai biasiswa BYDPA ini menerusi portal JPAatau hubungi talian 03-8885 3879 / 3569 / 3438 / 3371 / 3571 pada hari bekerja mulai 9 pagi higga 5 petang atau emelkan pertanyaan kepada penawaranldp@jpa.gov.my.
All the best!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama Loh Kean Yew mekar kebelakangan ini dek kecemerlangannya mewakili Singapura. Dia juga mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama negara itu yang memenangi acara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia BWF pada 2021
Loh yang kini merupakan pemain badminton nombor satu Singapura telah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik Singapura 2022 dalam majlis Anugerah Sukan Singapura (SSA), yang berlangsung di Marina Bay Sands, kelmarin.
Seiring dengan kemenangannya, pemain nombor 3 dunia itu membawa pulang sebuah piala iringan dan wang tunai berjumlah S$10’000.00.
Jejaka berusia 25 tahun ini dalam satu hantaran di Instagramnya menyatakan rasa terharu apabila diberikan anugera tersebut. “Malam tadi, saya telah diberi penghormatan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sukan Singapura dengan anugerah Olahragawan Terbaik 2022. Saya sangat berterima kasih atas pengiktirafan ini dan sangat gembira untuk semua orang yang menerima anugerah.
“Apa yang lebih istimewa ialah kehadiran ibu bapa saya di Anugerah Sukan Singapura untuk berkongsi detik gembira ini dengan saya. Terima kasih ayah dan ibu atas pengorbanan dan sokongan anda, anugerah ini saya dedikasikan untuk anda,” tulisnya panjang.
Anugerah Sukan Singapura bertujuan mengiktiraf pencapaian atlet dan memberi penghormatan kepada mereka atas pencapaian sepanjang tahun. SSA, yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sport Singapore dengan sokongan Tote Board, kembali diadakan selepas ditiadakan selama setahun apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pemain Singapura yang kian menyinar ini pada asalnya merupakan rakyat Malaysia. Loh Kean Yew dilahirkan di Pulau Pinang dan pernah berlatih di bawah Pertubuhan Badminton Pulau Pinang sebelum dia berhijrah ke Singapura pada 2010 ketika berusia 13 tahun.
Dia yang mendapat biasiswa untuk berlatih selama empat tahun di Sekolah Sukan Singapura kemudiannya menjadi sebahagian daripada atlet negara itu dan memilih untuk menjadi warganegara Singapura. Walaupun kini bergelar atlet Singapura, Malaysia masih lagi menjadi kampung halaman untuk pemain badminton ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kehilangan sijil pendidikan bukan perkara yang baru kerana sejak dulu lagi, ada individu yang menghadapi masalah ini dan sukar untuk mendapatkan semula sijil mereka kerana perlu melalui banyak prosedur.
Selain digunakan sebagai syarat untuk kemasukan pelajar di Institut Pengajian Tinggi, sijil-sijil pendidikan di sekolah juga digunakan sebagai sokongan untuk urusan temuduga pekerjaan. Untuk perkara-perkara formal seperti ini sudah tentulah ia memerlukan salinan sijil yang original kan?
Tapi, kalau ada sijil yang hilang memang runsing dibuatnya.
Nah, tak perlu risau lagi kerana sekarang ni kalau ada sijil pendidikan persekolahan korang yang hilang, semuanya boleh diselesaikan dengan lebih mudah. Jika dulu ada yang kata kita perlu ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memohon sijil yang baru, kini semuanya boleh dilakukan secara online sahaja.
Mungkin ada yang tidak tahu cara untuk minta salinan keputusan peperiksaan PMR/SPM/STPM dan lain-lain oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, jadi jom kita lihat tutorial berikut:
1. Pergi ke laman web e-Lembaga Peperiksaan: elp.moe.gov.my, pilih Perkhidmatan
2. Kemudian, pilih nak salinan sijil peperiksaan yang mana
3. Klik disitu dan isikan maklumat pada borang pemohonan
4. Caj dikenakan. Bayar mengikut harga yang ditetapkan
5. Tak sampai seminggu sijil asal diterima melalui pos
Wah, mudah sangat ni. Kalau ada sesiapa yang kehilangan sijil SPM atau yang berkaitan dengannya, bolehlah cuba cara ini.
Hasil usaha bersungguh-sungguh dan berkat doa serta berkat daripada ahli keluarganya, anak teruna kepada usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM telahpun memperolehi keputusan cemerlang 6A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Anak Liana Rosli, Faris ketika mengambil keputusan SPM 2023.
Sebagai ibu kepada anak lelaki tunggalnya itu, tentunya Kak KM teruja meraikan anaknya itu. Menerusi muat naik di Instagram Story, Kak KM dan Faris dilihat berlinang air mata atas rasa syukur terhadap rezeki keputusan yang diperolehi pelajar Sekolah Menengah Setiabudi, Selangor itu.
Seperti dijangka, keputusan SPM 6A itu bukan satu-satunya ‘rezeki’ yang diterima oleh Faris.
Tidak lama selepas pulang dari mengambil keputusan SPM di sekolah, Kak KM membuat kejutan dengan menghadiahkan Faris sebuah kereta mewah dan satu cek bernilai RM10,000!
“Faris, sempena kejayaan abang.. First ini kereta.. (menghulurkan kunci kereta).. nombor dua.. ini dia (menghulurkan cek),” kata Kak KM yang terus dipeluk erat oleh anaknya itu dalam kegirangan.
Tentunya sebagai remaja berusia 18 tahun, Faris teruja dengan pemberian ibunya itu lantas menangis di bahunya. Kak KM juga dilihat berulang kali mengulang rasa syukurnya ke hadrat Ilahi atas kejayaan yang diperoleh Faris serta berkata, “Anak Mama pandai..” sebanyak beberapa kali.
Bagi Kak KM dan suami, inilah cara mereka menghargai usaha anak-anak yang telah melunaskan keinginan mereka melihat kesemuanya rajin belajar dan membesar menjadi insan berguna.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen cukup mencuit hati apabila rata-rata warganet mengesyorkan agar Kak KM mengambil mereka sebagai anak angkatnya. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa gembira apabila melihat keakraban hubungan anak beranak itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah wanita kerja mengemas ini tular selepas dia berjaya mengumpul RM4,000 dalam tiga minggu tanpa berhutang, hanya melalui kerja keras dan kejujuran.