Akibat pulut santan binasa. Akibat mulut badan binasa.
Inilah perumpamaan paling sesuai untuk warganegara Bangladesh, Rayhan Kabir yang menjadi orang dikehendaki di negara ini selepas mengkritik cara kerajaan menangani isu COVID-19 terhadap golongan pendatang tanpa izin ketika sesi temubual bersama stesen tv Al Jazeera dalam satu dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown.
Dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak polis namun terus menghilangkan diri selepas isu ini kecoh, ternyata padah terus menantinya apabila permit kerjanya dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sekaligus Rayhan Kabir sah tinggal sebagai pendatang tanpa izin di negara kita selagi tidak ditemui atau ditangkap.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan JIM sudah membatalkan permit kerja Md Rayhan.
"Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selasa lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.
Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing (sumber Harian Metro).
Ads
19,111 Pati sudah dihantar pulang sehingga PKPP
Ketegasan kerajaan menangani lambakan isu pati membuahkan hasil apabila setakat PKPP ini seramai 19,111 pati telah dihantar pulang. Sehingga 7 Julai lalu, tiga negara tertinggi yang terlibat ialah Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.
Apa jadi kalau majikan gajikan Pati? Seram tengok jumlah denda kena bayar.
Ads
Tentu korang nak tahukan apa akan jadi kalau ada majikan gajikan Pati. Dari portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, kalau korang ditangkap menggaji pati macam Rayhan Kabir tu, ni denda dan hukuman penjara menanti.
1) Kesalahan Melindungi atau Menggaji PATI atau membenarkan PATI dalam Premis a. Seksyen 55B. Mengambil pekerja satu atau lebih orang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki suatu Pas yang sah.
Hukuman:
i. Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil. ii. Pada masa yang sama mengambil pekerja lebih dari 5 orang dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.
Dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan Akta.
Hukuman:
Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000. Sekiranya lebih daripada 5 orang boleh dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.
c. Seksyen 55E Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut.
Hukuman:
Denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pendatang Tanpa Izin. Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagi khidmat bas percuma telah diperkenalkan di negara kita dan kali ini negeri Melaka pula mengambil langkah sama seperti kerajaan Selangor lakukan sejak beberapa tahun lalu.
Berita tentang pelancaran bas percuma di Melaka ini telah dilakukan pada awal bulan ini yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
Berkuatkuasa mulai semalam, bas percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Melaka dijangka memberikan manfaat kepada lebih 290 ribu orang penduduk dalam tempih setahun.
Sektor pelancongan terutamanya di kalangan orang muda dna pencong asing dijangka akan terus meningkat dengan pengenalan bas percuma ini.
Di manakah laluan yang akan digunakan oleh bas percuma Melaka?
Terdapat 3 laluan utama iaitu Melaka Sentral ke Mydin (melalui Simpang Kipmart), Melaka Sentral ke Mydin (melalui Hospital Besar) dan Melaka Sentral ke Pasar Transit. Bas percuma ini beroperasi bermula dari jam 6.30 pagi hingga 8.00 malam.
Menurut pengendali iaitu syarikat di bawah kerajaan Melaka, Panorama Melaka Sdn. Bhd., ia merupakan sebagai salah satu inisiatif dalam tempoh 100 hari kerajaan Pakatan Harapan untuk memberikan khidmat cukup bermanfaat ini.
Jadi buat kamu yang ingin berjalan-jalan di Melaka, gunakanlah peluang menikmati bas percuma ini. Boleh jimat duit!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang penjual aiskrim di Gunung Bromo, wilayah Jawa Timur tular di media sosial kerana memiliki wajah yang dikatakan mirip Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok @nareswara.tpuraandtravel, peniaga tersebut dilihat sibuk menyediakan aiskrim yang dipesan pembeli.
Jejaka itu juga kelihatan memakai jaket ungu dan bertopi hitam itu sesekali dilihat tersenyum ke arah kamera ketika menyedari aksinya dirakam.
“Bertuah sebulan kerana bertemu dengan ‘Putera Mateen’ di Bromo,” kata keterangan video tersebut secara berseloroh.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang bersetuju bahawa wajah pemuda tersebut mirip Putera Mateen.
“Sangat seiras!” kata seorang netizen.
“Hey, he is the better version one,” komen lagi seorang pengguna.
“On the way ke Bromo,” tulis pengguna lain.
SUMBER: TikTok Nareswara.tpuraandtravel
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui, bagi mereka yang tidak mematuhi operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mahupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000.
Namun, sebentar tadi tular di laman sosial Twitter apabila ada beberapa akaun yang mendakwa terdapat pelajar matrikulasi dikenakan kompaun kerana melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup mulut di dalam kolej.
Bukan itu sahaja, difahamkan pelajar-pelajar ini juga dikenakan kompaun sebanyak RM1.5k.
Malah , menurut ciapan yang dibuat oleh pemilik akaun bernama @ireen_0000 pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada awalnya telah datang ke kolej matrikulasi tersebut untuk memeriksa kafe kolej memandangkan ada kes keracunan makanan sebelum ini.
Sebenarnya @KKMPutrajaya datang nak tengok kafe yg kena tutup sbb ada kes student keracunan makanan.. semalam lgi diorang dtg then hrini ada lagi.. tak tau pulak hrini dtg nak saman student sbb tak pakai mask.. yes nak ckp salah student but kami dkt metrik dh kena kuarantin-
Namun, pelajar-pelajar ini tidak menyangka pihak KKM turut sama mengambil tindakan yang begitu tegas kepada para pelajar yang tak memakai pelitup mulut itu.
Dalam pada itu, pemilik akuan twitter Injang Nation ini turut ] memberitahu bahawa tindakan pelajar tersebut sememangnya salah, namun mereka semua sudah dikuarantin dari bertemu orang luar dan langsung tidak kemana-mana sejak 5 bulan yang lalu.
Netizen Tak Puas Hati
Hal tersebut mendapat perhatian umum dan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati akan kompaun yang dikenakan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Malah, para netizen juga berasa peraturan tersebut tidak adil kepada pelajar tersebut yang rata-ratanya akan berdepan peperiksaan serta ‘turut dikuarantin’.
Setakat ini, dakwaan tersebut belum lagi mendapat penjelasan daripada mana-mana pihak.
Hm, makin banyak pula kes kita dengar tentang individu yang disaman disebabkan tidak mengikut SOP. Jadi guys, selepas ini walaupun nak masuk kedai sebentar sahaja, pakai facemask, scan terus MySejahtera sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.
Orang kata, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.