Selepas album berjudul 30 yang dilancarkan pada tahun 2021, penyanyi terkenal, Adele baru-baru ini mengumumkan bahawa dia akan berehat dari industri muzik.
Menurut Adele, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan karya atau album baru dalam masa terdekat dan jika album tersebut dihasilkan, mungkin akan memerlukan beberapa waktu.
Penyanyi yang berusia 36 tahun itu juga berkata bahawa dia mahu berehat sementara daripada melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan muzik selepas persembahan residen di Las Vegas tahun ini tamat.
Ads
Menerusi satu temu bual, penyanyi asal United Kingdom ini juga memberi gambaran bahawa dia sudah lama tidak menulis atau menggubah sebarang lagu baharu.
Ads
“Saya langsung tiada perancangan untuk lagu baharu. Tangki saya kosong buat masa sekarang ini. Saya mahu merehat panjang dan melakukan perkara kreatif lain buat seketika”
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Hello ini juga secara berseloroh mendedahkan dia sudah lama tidak berlatih menyanyi di rumah seperti kebiasaan dilakukan sebelum ini.
Ads
Sekadar info, Adele akan membuat persembahan istimewa eksklusif di Munich pada 2, 3, 9 & 10 Ogos dengan tambahan tarikh pada 14, 16, 23 dan 24 Ogos ini. Difahamkan arena persembahan tersebut boleh memuatkan 80,000 orang penonton dalam satu malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah, Ubai turut berkongsi kegembiraan apabila adik perempuannya, Alieya berjaya meraih keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023).
Menurut personaliti media sosial itu, hajat ibu tercinta, Allahyarham Rohani Jamal mahu melihat anak bongsu memperoleh keputusan cemerlang akhirnya tercapai.
“Assalamualaikum mak, anak bongsu mak dapat ‘straight’ A untuk SPM. Hajat dan impian mak tercapai,” katanya dalam perkongsian Instagram.
Katanya lagu, sebagai abang dia bangga melihat pencapaian adiknya yang lebih bagus daripadanya dan adik-beradik lain selain menyifatkan kejayaan mereka empat bersaudara adalah berkat doa insan paling disayangi iaitu bonda tercinta.
“Sebak dan bangga kami. Anak-anak lelaki mak dulu cukup makan sahaja keputusan tapi alhamdulillah, berkat doa mak, kami berjaya.
“Ubai rindu mak. Ini (keputusan) untuk mak,” coretnya lagi.
Menerusi perkongsian tersebut, Ubai turut berkongsi gambar Alieya bersama ibu mereka berserta tangkap layar slip keputusan SPM yang membanggakan itu.
Terdahulu, arwah yang menghidap kanser ovari tahap tiga menghembuskan nafas terakhir pada 30 Julai tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, tular mengenai kisah anak kepada penyanyi kumpulan Spider, Tam (51) yang menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.
Menurut Tam atau nama sebenar, Rustam Mustafah (51), beliau kecewa dengan pihak sekolah yang masih belum membuang enam pelajar pembuli terbabit walaupun sudah bersetuju untuk melakukannya ketika sesi perjumpaan dengan ibu bapa, Sabtu lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Tam berkata pihak sekolah membuat ‘u-turn’ apabila membenarkan pembuli itu masuk semula dan tinggal di dalam bilik warden asrama pada Ahad.
“Alasannya mereka akan menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alasan ini macam tiada kena mengena. Mereka boleh saja belajar di rumah. Saya nampak ada pihak yang main wayang. Isu ini tiada kesudahan. Kalau begini cara sekolah, baik tutup saja.”
Sumber: Tam Spider
“Perkara ini selalu terjadi pada kita. Dah jadi baru nak bertindak. Hari itu mesyuarat, ada keluarga cakap takkanlah nak tunggu sampai anak kami jadi mayat baru nak bertindak?” ujarnya lagi.
Tambahnya, walaupun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan polis sudah bercakap mengenai masalah di sekolah itu, tetapi pihak sekolah masih tidak menemukan jalan penyelesaian. Selain itu, Tam juga difahamkan keluarga pembuli tidak tahu anak mereka ada masalah di sekolah.
Katanya, “mereka terkejut apabila anak-anak dikeluarkan dari asrama. Saya lihat pihak sekolah ada masalah dan cuba sembunyikan perkara sebenar sebelum ini. Malah, ada guru menasihatkan pelajar yang menjadi mangsa buli jangan memberitahu keluarga mengenai perkara itu.”
“Sebaliknya dia sendiri yang akan sampaikan aduan itu kepada pembuli. Jadi, pengadu (mangsa buli) akhirnya menjadi sasaran pembuli untuk balas dendam,” kata penyanyi lagu ‘Relaku Pujuk’ itu.
Sumber: Harian Metro
Tam turut menjelaskan, jika setakat mereka pecahkan gitar anaknya atau mencuri kasut, itu perkara kecil kerana tidak membabitkan sentuhan atau memukul tetapi jika sudah sampai tahap memukul mangsa sehingga mendatangkan kecederaan dan trauma atau lebih teruk jika kehilangan nyawa, adakah nyawa boleh dicari ganti soalnya.
“Anak saya dan Khir Rahman (pelakon) memang tak teruk kena sentuh berbanding anak orang lain. Memandangkan saya dan Khir selebriti, kami secara tak langsung mewakili mangsa yang lain kerana mereka kawan anak-anak kami. Walaupun saya mulanya keberatan nak ke depan tapi saya tak kisah apabila dipetik nama demi keselamatan anak-anak. Percayalah perkara ini serius,” katanya.
Tam percaya, enam pembuli ini pasti berdendam apabila perbuatan mereka dilaporkan kepada pelbagai pihak.
Susulan itu, Tam juga mengambil keputusan untuk tidak menghantar anaknya ke asrama buat masa ini sehingga ada perkembangan baru yang berlaku. Menurutnya lagi, beliau mengambil keputusan ini sehingga perjumpaan kedua ibu bapa dan pihak sekolah pada 14 Oktober ini.
Sumber: Harian Metro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau kami tunjukkan 10 model old sneakers ni mesti ada yang tersenyum teringat kembali kenangan waktu persekolahan dahulu.
Trend memakai sneakers bukanlah satu gaya fesyen terbaru tetap ia sudah wujud sejak berabad lamanya. Kegilaan anak muda dalam memiliki sneakers ini memang tak dapat disangkal lagi kerana terbukti hingga sekarang, masih ada di antara mereka yang gila mengumpul koleksi ini walaupun usia semakin meningkat.
Namun, jangan korang tak tahu kerana model-model sneakers ini masih tetap wujud hingga ke hari ini. Diambil daripada sumber laman sesawang Fashion Beans, jom kita lihat 10 koleksi sneakers old school yang mungkin korang pernah miliki satu ketika dahulu.
1. Reebok Classics
Sneakers ini telah wujud lebih daripada 30 tahun dan direka sebagai running shoes, namun ia juga digayakan oleh anak muda untuk aktiviti-aktiviti harian mereka.
Reebok Classic memiliki tapak yang bergerigi dan lapisan dalam yang lembut, sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti bersukan.
2. New Balance 574
Merupakan generasi sneakers di akhir tahun 80-an dan sepatu ini direka untuk aktiviti larian dan fitness.
Sepatu yang berasal dari Amerika Syarikat ini juga memiliki permukaan dalam yang selesa untuk perlindungan kaki si pemakai.
3. Converse JV
WeaponsDipasarkan pada tahun 1986, “The Weapons” merupakan salah satu sepatu bagi sukan bola keranjang pada ketika itu. Dua bintang lagenda NBA, Larry Bird dan Magic Johnson juga menggunakan Converse Weapons.
Namun, bukan hanya untuk bermain bola keranjang, sepatu ini juga digunakan untuk berjalan-jalan di shopping mall. Style kan?
4. Nike Cortez
Nike Cortez direka untuk aktiviti larian juga dan sepatu ini dipasarkan pada tahun 1968. Ia sangat selesa untuk disarung dan ketika berlari.
Tapi kami rasa ramai juga yang pakai sepatu ni secara kasual kan?
5. Vans Authentic
Menurut sejarah, pada 16 Mac 1966, Paul Van Doren dan saudaranya, Jim Van Doren serta Gordon Lee dan Serge Dalia membuka syarikat Van Doren Rubber Company di California, AS buat pertama kalinya. Hari ini, Van Doren Rubber Company adalah sebuah kedai pembuat sepatu custom made.
6. Air Jordan I
Nike Air Jordan ini merupakan salah satu model sneakers yang bertahan dan menjadi pilihan hingga ke hari ini. Dipasarkan buat pertama kalinya dengan model Air Jordan I, Nike telah mengambil Michael Jordan sebagai duta sepatu mereka.
7. Adidas Superstar
Direka khas untuk permainan bola keranjang tetapi apa yang menariknya adalah sepatu ini tidak mengikut piawaian kerana rekaan low-top tidak sesuai untuk digunakan semasa bermain bola keranjang.
8. Puma Suede
Puma memilih bahan daripada suede untuk rekaan sepatu yang dipasarkan pada tahun 1968 ini. Rekaan ini menjadi kegilaan anak muda yang gemarkan sepatu dari bahan kanvas dan kulit. Pada tahun 1990, sepatu ini dipasarkan kembali dengan pilihan warna yang lebih menarik.
9. Brooks Vanguard
Pertama kali dilancarkan pada tahun 1976, sepatu ini direka khusus untuk aktiviti larian.
10. Converse Chuck Taylor 1970s
Model sepatu ini merupakan yang tertua kerana ia mulai direka pada tahun 1917. Sepatu ini terus diinovasi sehingga akhirnya bersaing dengan model lain seperti Nike. Salah satu keistimewaan rekaan kasut ini adalah ia telah digayakan oleh penyanyi rock terkenal dunia, The Rolling Stone.
Dalam kesemua sneakers yang old school ni, mana yang paling menggamit memori korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.